In The Name of Allah
Walaupun sudah hampir tiga tahun berlalu,kesedihan masih lagi kuat terasa dihati. Perasaan yang sukar untuk difahami oleh sesiapa yang tidak pernah meraskannya. Jika dahulu,dia hanya melihat manusia lain kehilangan dan merasa simpati. Tapi pada tiga tahun lepas,perkara itu terjadi padanya. Satu tamparan hebat dalam hidup dia yang sedang membesar mengenal dunia. Ditinggalkan oleh orang yang paling dia sayangi.. Peninggalan untuk selamanya.
Sedang dia sibuk dengan persiapan peperiksaan,talefon bimbitnya di hubungi mengabarkan berita sedih tersebut..tiada gambaran boleh diucapkan.Apa yang ada hanyalah perasaan terkejut tanpa kata,kelu. Hatinya cuba untuk mengamit rasa ketenangan,ya memang dia bisa tenang untuk permulaannya. Dia tidak dapat merasakan apa yang sepatutnya saat itu . Dalam fikirannya mememikirkan perasaan itu. Tapi hatinya beku dan kaku tidak tahu apa ekspresi seharusnya. Adakah benar itu berlaku pada dia? Masih tiada titisan air mata yang keluar...dia masih bingung untuk menerima.
Beberapa ketika menunggu untuk diambil oleh kakaknya,pemegang kunci pintu syurga kedua untuk nya menalefon mngabarkan berita yang sama. Apa yang terkeluar dari mulutnya...
"abah..kenapa jadi macma ini..? kan tadi baru je cakap dengan mak...." kelu menahan sedih,tidak terkata..
Hanya perkataan sabar yang terucap dari mulut abahnya yang cuba untuk memahami.
Tragedi tiga tahun lepas banyak mengubah hidupnya. Jika dulu kepulangannya sentiasa di sambut oleh orang dirumah. Keperluannya sentiasa ada yang memikirkan. Permintaannya ada yang cuba butuhi. Segalanya berubah. Rumah makin suram,sudah tiada penyeri. Dapur tiada lagi penggunanya. pokok di halaman seperti mengikut tuannya pergi jua. Sudah tiada lagi yang tinggal,yang ada hanya lalang sebagai pengganti.
Namun langkah dikuatkan juga,tapi entah tidak tahu lagi arah. Kadang ada juga rasa ingin menyusuri kehilangan itu. Tapi peperiksaan harus diduduki tiada alasan. Semua ahli talefon bertanyakan khabar. Hampir setiap hari ayahnya talefon bertanyakan kondisi,hampir setiap minggu dua kali ayahnya datang melawat,dia tahu ayahnya juga sunyi dengan kehilangan itu. Kekuatan tetap di cambahi. Kata hati
"Nabi ketika kecil ditinggalkan bapa dalam kandungan,ditinggal ibu pada usia 6 tahun. Sekurangnya aku ini diberi pinjaman kasih seorang ibu selama belasan tahun...."
Baru dia sedar itulah pinjaman Allah,pinjaman daripadaNya ada yang akan sentiasa mengasihi baik atau buruk kita. Sentiasa ada yang bersabar dengan karenah kebudak-budakkan kita. Hanyalah pinjaman. Tapi,hatinya menjadi keras..takut untuk menyayangi kerna takut kehilangan. Tamparan tiga tahun lepas masih belum hilang kesannya.
Beberapa ketika baru berlalu kejadian itu,kesedihannya diganti dengan tarbiyah dalam tahun yang sama. Kehilangan seseorang yang dikasihi digantikan dengan kesedaran untuk memahami tahapan cinta itu. Tidak mungkin dia akan lepaskan apa yang dia miliki saat itu setelah dia ditinggalkan. Dia tahu,inilah hikmah dan kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah. Kehilangan yang amat berharga digantikan dengan sesuatu yang lagi berharga..
Yang penting adalah kita redha dengan apa yang ditetapkan oleh Nya. Kita mungkin merasakan tiada lagi arah dan kekuatan untuk terus melangkah ke alam jaya,kembali lah kepadaNya,disitu ada jalan yang terbaik. Tika mula-mula kehilangan dia hilang arah,entah tidak tahu lagi arah..tapi selepas itu,satu jalan yang terbentang untuknya yang lebih baik menjadikan dia seorang daie untuk agamaNya.
Cumanya hatinya masih keras untuk kasih sayang,untuk mencintai saudaranya...ketakutan untuk kehilangan. Takut akan tamparan hebat yang melelahkan dirinya yang sedia lemah.
Dialah sahabatku,ku doakan dia tetap di jalan itu hingga akhirnya. Moga hatinya kuat untuk menghadapi itulah realiti sebuah kehidupan. Segala di sekeliling adalah pinjaman. Cukuplah hati ini untuk Allah,sebab Allah tidak akan pernah meninggalkan hambanya selagi kita ini terus menjaga hubungan denganNya. Cintalah yang lain kerana kau mencintaiNya..
"Allah tidak menjadikan dua rongga dalam satu hati........."(33:4)
No comments:
Post a Comment