Thursday, September 22, 2011

Perubahan

people change

saya percaya,

setiap orang yang berusaha pasti mahu berubah
berubah untuk menjadi lebih baik
walaupun dirinya tidak lah baik sangat
sebab semua orang sukakan kebaikan.




 seorang ayah yang pencuri pasti tak mahu anaknya menjadi pencuri juga



ada juga orang yang mahu berubah tapi masih memikirkan persekitaran..


 pukul 10.30,masa rehat..

  rasa nak solat dhuha

"alamak ada pulak orang lepak dalam surau sekarang ni. Tak jadi lah..
nanti depa ingat aku nie alim sangat,segan pulak aku"

sementara nak tunggu zohor nie,nak ngajilah..

"alamak ramainya course mate aku kat sini,depa tak pegi makan ke.
segannya. Tak jadilah.. nak pegi sembang dengan depa."



alahai...
mudahnya kita nie diperkotak katikan oleh perasaan sendiri.


orang bersembang sampai kecoh surau tak pulak malu
orang yang mengaji komik tak pulak malu
kadang-kadang orang yang tengok video dalam surau pun tak  rasa segan.

selagi kita nie yakin nak buat kebaikan,jangan ragu-ragu. Terus lah melangkah.
Syaitan sentiasa untuk menjadi penasihat yang tak perlu di undang..

jika riak ketika mengaji,
jangan berhenti tapi
perpanjangkan ngajinya sampai riak itu hilang..
inilah ubat nya..

tapi tidak semua orang mampu untuk memperoleh kebaikan.
kerana tiada kekuatan. Bukan sekadar kekuatan fizikal tapi
yang utama nya ialah kekuatan jiwa.

Saya percaya,
yang membuat seseorang itu berjaya
kerana kesungguhan dan tekadnya
yang di tanam dalam hati




nasib yang tidak diusahakan tetapi tawakal di dahulukan.




"seorang pencuri pasti mahukan kerja yang lebih baik..
  tapi baginya inilah cara mencari rezeki yang dia mampu"



                                          "nak buat macam mana dah nasib saya tak pandai"



kalo tak pandai itu,usahalah. Bukan semua yang berjaya itu pandai.
Ada saja yang dulu SPM 5A,tapi di matrik 4 flat..


satu lagi kes sebaliknya..

ada pula yang tidak boleh menerima seseorang itu berubah
masih menganggap setiap orang itu tetap sama
dimanakah "husnuzzonnya?? bersangka baik"

"elleh dia nie panas-panas tahi ayam.."

"mula-mula memang la macam tue"

ilmu dikumpul bak ulama'
tapi amalannya ibarat orang yang tak berilmu
samalah ibarat keldai yang membawa timbunan kitab

perumpamaan orang yang diberi tugas membawa taurat kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah.......(62:5)

ilmu disimpan didada sebagai bekalan berhujah
juga untuk diamalkan yang sebagai bekalan akhirat


Sokong dan permudahkanlah urusan orang yang nak berubah..
Moga Allah juga menggerakkan hati kita untuk berubah

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..