Tuesday, September 27, 2011

Kisah Punk

In The Name of Allah

Jika kita lihat dan perhatikan dengan mata hati kita,apakah yang sedang berlaku kepada kaum muslimin?

Arus terlalu kuat mengasak umat Islam pada masa kini. Di Jakarta sahaja, satu hari,4 tan heroin di seludup. Belum lagi masalah lain. Berzina,merompak,membunuh dan lain-lain yang kita sendiri boleh senaraikan. Pada tahun 2009,bayi yang lahir tanpa bapa lebih daripada 700 ribu. Dan hampir 90% adalah dari keluarga melayu.

Jika kita kata,kita telah mendidik anak kita atau diri kita dengan baik. Tapi sedarlah bahawa fasyen juga mendidik anak kita. TV juga mendidik. Majalah juga mendidik. Artis juga mendidik.

Ada satu kes,murid tingkatan 3 merogol adiknya sendiri sehingga koma selepas menonton video porno di talefon bimbit atau tv.

Mungkin ada di antara kita,hatinya mula risau ketika membaca kisah ini tapi mungkin di antara kita berkata

"ah,bukan urusan aku.."



Kita tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah ini secara individu atau sorang-sorang. Kita memerlukan kerjasama sesama muslim. Supaya kita sama-sama saling kuat menguatkan untuk menegakkan Islam semula.

Satu kisah dari Ustaz Khairi dari Jakarta Indonesia.
Saya dapat kisah ini ketika mendengar kuliah maghrib yang di sampaikannya.

Suatu hari,kawasan rumahnya kebingaran dnegan himpunan ramai orang. Rupa-rupanya,satu conference diadakan iaitu Conference Punk. Semua ahlinya terdiri dari orang-orang yang mengikut trend punk. Berantai sana sini dan berfesyen pelik-pelik.

Jadi,saya berasa hairan. Tapi saya keluar dari rumah dan cuba dekati beberapa orang ahlinya yang sedang duduk-duduk. Saya berbicara dengan mereka. Lantas,pada suatu masa saya soal mereka,macam mana boleh jadi macam nie?
Mereka memberi respons,ramai diantaranya tidak bersekolah sehingga habes dan mak ayah tidak didik.
Ketika itu hampir masanya maghrib,lalu mereka saya ajak solat ke surau. 15 orang dari mereka mengikut. Alhamdulillah..


Ya,15 orang ke surau untuk maghrib. Tapi semuanya masbuk padahal datangnya bersama saya. Sebabnya membuka tali kasut yang panjang. Tidak apa-apa lah.
Tika solatnya bunyi bising sebab ketika rukuk dan sujud tali rantai yang bergantungan di baju dan seluar bergoyang sama.
Hampir semua jemaah masjid memandang serong mereka. Inilah masyarakat kita,bukan nya mahu membantu tapi hanya tahu menyalahkan saja.

Alhamdulilllah,selesai sahaja solat maghrib saya jemput mereka makan dirumah. Masing-masing bersemangat. Ketika makan,kami bicara lanjut lagi. Pelbagai kisah di kongsikan,ramai juga antara mereka meluahkan masalah-masalah. Saya cuba sambut dengan ilmu-ilmu Allah. Alhamdulillah,di terimanya. Selesai makan,kami solat isyak berjemaah. Mereka mulai rasa dihargai.


Selepas itu,saya offer kepada mereka untuk mengadakan taklim dan halaqah. Dan saya namakan dengan talim punk dan halaqah punk. Memang semua ahlinya merupakan pengikut trend punk. Saya adakan dua minggu sekali. Selepas itu,mereka mula mengerjakan solat sudah tidak tinggal lagi. Mereka juga tidak buat maksiat lagi.

Beberapa bulan kemudian,mereka hubungi saya. Mohon saya datang,kerana mereka ada buat bakti sosial.

Saya rasa puas hati dan bersyukur kerana Allah buka kan hati mereka untuk berubah.

7 comments:

  1. Sometimes, i wonder how this ustaz and other people like him has the strength to approach this kind of people. Huh, nothing can change others except Allah. We're merely persons that inviting them to Allah.

    Semoga Allah beri kekuatan pada mereka yang berjuang untuk Allah.

    ReplyDelete
  2. gua punk gua o.k hehe.

    ana bukan punk.

    ReplyDelete
  3. i "LIKE" he...
    kadang2 dan selalu nya, prg yg mcm ni lah (punk), lebih senang menerima pengislahan...klu cara tegur kene pada tempat nya.

    ReplyDelete
  4. lepas nhe pengkid pulak ke.hehehehe.

    ReplyDelete
  5. jazakillah..

    Haslina: hati manusia Allah yang pegang. Tapi kita sebagai manusia juga harus mampu ingin berusaha.

    siswi: hehe.. kalo anti ada pengalaman,boleh je. Ce cube..~

    Shakirah: never under estimate anyone. they might be better than us..
    just pray for ur istiqamah and istimra'~~

    (^-^)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...hati yang keras jika dilentur secara berhemah akan menjadi lembut juga akhirnya...
    subhanallah...

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..