In The Name of Allah.
Seperti dirancang sebelum ini..
Ingatkan malas dah nak buat..
Tapi takdir Allah menentukan segalanya..
Suka atau terpaksa
Patuh atau ingkar
rupanya
tauge yang dibeli untuk buat inti popia dah layu..
lupa nak rendam selepas beli,
haishhh..jadi lepas nie.
kalo beli tauge tapi nak guna esok lusa..
rendam dulu dalam air jangan terus simpan dalam peti ais..
buruk akibatnya..
(kena masak awal..hehe)
tak pe..boleh la nak panaskan enjin depan akhwat..
makanya..hari nie,sayalah bibik untuk akhwat disini..
hehehe.
"bibik...o..bibik"
"ya buk"
"dah berapa kali saya cakap saya bukan ibu kamu..panggil saya puan seri!"
"ya puan seri"
"ha macam tu la..nanti dah siap kejutkan saya"
hahahhaha..akhwat memang poyo...hik3
Inilah pembuktian sebuah kesaksian segalanya dimasak sendiri.
Senduk,kuali dan inti popia.
Intinya mengandungi:
bawah ditumis sehingga garing,ayam dicincang halus,
tauge diperisi kemas dan lobak dipotong panjang dan halus.
Perisa tambahan:
lada sulah,kiub ayam dan sedikit serbuk lada hitam (rekaan sendiri)
Inti yang telah siap masak,di balut dengan kulit popia yang di beli di
Ong Tai Kim, Gombak.
Jangan letak banyak sangat inti,
nanti susah pulak nak lipat.
Ha! inilah teknik lipatannya.
Mudah dan ringkas.
Kemudian gam je dengan air.
Setelah beberapa minit,popia berjaya dihasilkan atas gerak kerja
4 orang kami
(puan seri dan bibiknya)
heheh.
Sekejap je kan..16 biji popia berjaya dihasilkan.
Sikit je...sebab ini hanyalah satu percubaan.
Kalo sedap..boleh buat lagi..
Ini yang telah siap di goreng..
Yummy..
Alhamdulillah..ada jugak yang kata sedap.
Balik nie,boleh la masak kat ayah..
hehhe.
nak tahu resepi lengkap??
hahha..
saya tengok kat my resepi je..hehe
(sebab kat sini tak ada orang untuk ditanya..)
Sebagai juadah untuk akhwat berbuka puasa..
saya berkesempatan untuk belajar masak gulai ayam...
akhirnya tercapai jugak hasrat nak belajar...
hehehehe..
Tahniah!!
Semoga kemantapan skill terus dan berterusan.