Hari ini seorang sahabat saya,telah mengejutkan saya. Saya betul-betul terpampam melihat muka dia ketika membuka pintu yang di ketuk. Mata dan leher dia bengkak semacam.
"Ya Allah,Nurul!! Apa jadi kat muka?"
Soalan saya tidak dijawab malah soalan baru yang timbul..
"Zu ketuk bilik Nurul ke tadi?"
"Eh,tak ada pulak. Jap-jap eh..." saya dengan kelam kabut menanggalkan telekung dan terus maju ke bilik Nurul.
"kenapa nie? asal teruk sangat muka?"
"tak de pape,mungkin alergi.."
Tapi muka dan mata dia bengkak semacam. Comel pula saya tengok. Bulat dan berkilat.
"Cuba cerita.."
"Tadi sebelum basuh baju,okey lagi. Lepas tue,tiba-tiba badan rasa gatal-gatal. Naik bintik-bintik merah. Mata jadi bengkak. Pastu,Nurul pergi la jumpa kak F. Kak F,ajak pergi bilik Halimah,nak minta anti-histamine. Tapi Limah tak de kat bilik. Pastu,kak F ajak pergi bilik Wati plak. Wati pun terkejut giler tengok muka Nurul. Wati offer anti-histamine,tapi Nurul da ada..chloropenamine. Beli kat Farmasi Komuniti UKMKL."
"Owh,ye ke. Kiranya mula rasa lepas asar la."
"Aah,kak F ajak pergi klinik,tapi Nurul tak nak. Kak F samapi talefon senior kita tanya pasal masalah Nurul ni. Senior tue suruh berhenti makan anti-histamine,mungkin ada food-drug interaction. Sebab Nurul ada makan sotong petang tadi."
"Owh yeke? Kami tak tahu la plak...ye la kita kan baru tahun dua. hehe"
"Talefon mak. Mak Nurul risau,suruh abang Nurul amek,bawak pergi klinik. Tapi dah malam,malas pulak"
"Tapi kena pergi klinik la..kami nampak muka dan mata tue bengkak semacam,lagi-lagi batuk dah 3 minggu tak hilang lagi. Bukan nak pesimis tapi jangan amek ringan la,lebih baik kita periksa dulu awal-awal."
"Haah,tue la. Ingat esok nak pergi klinik."
"Esok,kalau nak pergi klinik,ajak kami pergi sekali."
Selepas tue saya mengundur diri selepas bersalaman berpelukan dan meminta maaf.. Selepas tue saya pulang ke bilik dengan perasaan amat sedih. Namun,ku pendam aje dalam hati ini. kerana malu mengatasinya.
Kenapa saya rasa sedih??
Sebab bilik dia dan bilik saya hanya bersebelahan je!! Tapi apabila dia dalam kesusahan saya bukan orang yang dia cari. Saya bukan orang yang dia minta pertolongan. Saya sedih dengan diri sendiri ini....sedih yang terlalu sedih..hmmm. Sahabatku,maafkan aku. Akan ku cuba perbaiki diri ku...
Afwan kathira,ya ukhti.
Sekarang ini,saya sedang membaca buku Dakwah Fardhiyah. Walaupun helaian tersebut telah di baca ,namun kesedaran masih tak ada di hati. Isi buku tersebut,
Rasulullah marah kepada suatu kaum yang sama sekali tidak memahami tetangga.
InsyaAllah,lepas nie kita bersama-sama harus sensitif dengan sahabat-sahabat di sekeliling...semuanya adalah kerana Allah.
No comments:
Post a Comment