Tuesday, January 18, 2011

Tahun 2011

 Alhamdulillah sempat juga saya menghirup udara "free" nie lagi tahun 2011.. Huhu.. Menjelang 2011, ramai dah sahabat-sahabat saya yang dah layak mendaftar untuk mengundi... Tahniah 2x!! Nanti, pilihan raya wat la pilihan yang bagus2.. Macam mana nak buat pilihan?

mungkin boleh pilih yang mana yang meningkatkan amal,meningkatkan ilmu dan meningkan iman..
( sekadar cadangan dan berbsa-basi...('_')

Selamat ulang tahun kepada sahabat-sahabat saya. Safiah Mohd Omar -1 Januari,Fatihah dan Kak Ila- 9 Januari dan terbaru.... Amirah Mohd -14 Januari. Semoga terus - menerus berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa...amin

                                      
                                       
Bagi saya pula, tahun 2011 ini telah banyak membawa saya jauh melangkah dari saya sangka. Ikutkan hati yang ragu-ragu nie,nak je saya menolak. Tapi sampai bila saya nak menolak? Satu hari nanri mesti kena jugak punya... jadi,RUN je la..GRAB the chances..huhu

Yang pertama sekali,jadi forumer. Topiknya adalah akademik. Ikutkan realitinya,saya memang agak tidak alyak untuk membahaskan tentang akademik...result pun cukup-cukup je. Tapi belasah je,share je apa yang anda lalui sebagai seorang pelajar... Yang kedua,bergerak lebih jauh pada setiap minggu. Yang menuntut komitment dan pengorbanan dari segi masa dan wang. Alhamdulillah,ada yang temani... Huh,jika nak dibandingkan dulu,pergi bergerak pun just 10 minit dah sampai,setiap minggu. Tapi kali nie lain... mula-mula dapat tahu,bingung gak,membayangkan apa yang akan terjadi. Tak sangaka pulak ianya secepat ini... Tapi fikir balik,mungkin ini cara Allah mematangkan diri yang lemah ini. Saya harus dan wajib yakin,perancangan Allah adalah yang terbaik. Allah tak akan membebani hambanya sedangkan hambanya tak mampukan? (2: 286)

                                   

Jadi bagaimana harus saya mengatur masa dan hidup saya? Dan apa yang perlu saya utamakan dahulu? Saat saya meluahkan perasaan ni sahabat saya memberi nasihat:

"rancanglah masa,kalau hang gagal merancang bermaksud hang dah gagal!"


"biaq betoi hang nie...tak pernah lagi aku dengaq cam nie. Takut pulak,aku tak nak la sampai gagal.."


"ye la bukan ke ada ayat motivasi kata camtu.."


"kalau ayat tue bukan ke, If you fail to plan,you plan to fail kan??"


"aah..itu la..."


"kalau aku gagal merancang maknanya aku merancang untuk gagal bukannya dah gagal!!"


"oppps..sori2x..hehe"


                                           


Cuak jugak bila die cakap macam tue. Jadi,kuncinya ialah menfaatkan setiap jam,minit,saat dan detik saya. Gunakanlah sepenuhnya untuk bergerak dan juga study. Usaha-usaha jangan malas-malas...berlumbalah untuk berbuat kebaikan (2:148)

Doakan saya agar dipermudahkan...

p/s: mungkin lepas nie tak de masa dah nak update blog nie..sob3x.

Thursday, January 6, 2011

Sahabat atau jiran?

In The Name of Allah

Hari ini seorang sahabat saya,telah mengejutkan saya. Saya betul-betul terpampam melihat muka dia ketika membuka pintu yang di ketuk. Mata dan leher dia bengkak semacam.

                                    

"Ya Allah,Nurul!! Apa jadi kat muka?"

Soalan saya tidak dijawab malah soalan baru yang timbul..

"Zu ketuk bilik Nurul ke tadi?"

"Eh,tak ada pulak. Jap-jap eh..." saya dengan kelam kabut menanggalkan telekung dan terus maju ke bilik Nurul.

"kenapa nie? asal teruk sangat muka?"

"tak de pape,mungkin alergi.."

Tapi muka dan mata dia bengkak semacam. Comel pula saya tengok. Bulat dan berkilat.

"Cuba cerita.."

"Tadi sebelum basuh baju,okey lagi. Lepas tue,tiba-tiba badan rasa gatal-gatal. Naik bintik-bintik merah. Mata jadi bengkak. Pastu,Nurul pergi la jumpa kak F. Kak F,ajak pergi bilik Halimah,nak minta anti-histamine. Tapi Limah tak de kat bilik. Pastu,kak F ajak pergi bilik Wati plak. Wati pun terkejut giler tengok muka Nurul. Wati offer anti-histamine,tapi Nurul da ada..chloropenamine. Beli kat Farmasi Komuniti UKMKL."

                                             

"Owh,ye ke. Kiranya mula rasa lepas asar la."

"Aah,kak F ajak pergi klinik,tapi Nurul tak nak. Kak F samapi talefon senior kita tanya pasal masalah Nurul ni. Senior tue suruh berhenti makan anti-histamine,mungkin ada food-drug interaction. Sebab Nurul ada makan sotong petang tadi."

"Owh yeke? Kami tak tahu la plak...ye la kita kan baru tahun dua. hehe"

"Talefon mak. Mak Nurul risau,suruh abang Nurul amek,bawak pergi klinik. Tapi dah malam,malas pulak"

"Tapi kena pergi klinik la..kami nampak muka dan mata tue bengkak semacam,lagi-lagi batuk dah 3 minggu tak hilang lagi. Bukan nak pesimis tapi jangan amek ringan la,lebih baik kita periksa dulu awal-awal."

"Haah,tue la. Ingat esok nak pergi klinik."

"Esok,kalau nak pergi klinik,ajak kami pergi sekali."

Selepas tue saya mengundur diri selepas bersalaman berpelukan dan meminta maaf.. Selepas tue saya pulang ke bilik dengan perasaan amat sedih. Namun,ku pendam aje dalam hati ini. kerana malu mengatasinya.

Kenapa saya rasa sedih??

Sebab bilik dia dan bilik saya hanya bersebelahan je!! Tapi apabila dia dalam kesusahan saya bukan orang yang dia cari. Saya bukan orang yang dia minta pertolongan. Saya sedih dengan diri sendiri ini....sedih yang terlalu sedih..hmmm. Sahabatku,maafkan aku. Akan ku cuba perbaiki diri ku...

Afwan kathira,ya ukhti.

Sekarang ini,saya sedang membaca buku Dakwah Fardhiyah. Walaupun helaian tersebut telah di baca ,namun kesedaran masih tak ada di hati. Isi buku tersebut,

Rasulullah marah kepada suatu kaum yang sama sekali tidak memahami tetangga.


 “ bagaimana kaum – kaum ini!! Mereka tida memahami tetangga,tidak mahu mengerti,tidak memberi nasihat,tidak memerintah,dan tidak melarang. Sungguh bagaimana kaum-kaum yang tidak memahami tetangga,tidak berusaha menasihati mereka. Demi Allah hendaklah kaum-kaum itu faham terhadap keberadaan tetangga mereka,menasihati mereka,memerintah,melarang dan hendaklah suatu kaum itu belajar dari tetangga mereka,memahami dan meminta nasihat dari sana,atau kalau samapai suatu kaum itu enggan untuk melakukannya,sungguh akan aku segerakan datangnya siksa”


InsyaAllah,lepas nie kita bersama-sama harus sensitif dengan sahabat-sahabat di sekeliling...semuanya adalah kerana Allah.

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..