Wednesday, November 10, 2010

Facebook dan saya.

erkongsianIn The Name Of Allah..

Dulu teringat lagi...mula-mula bukak account facebook. Ntah kenapa saya punya facebook tak boleh nak aktif macam orang lain. Geram..tanya kat akhwat lain semua kata tak tahu.. saya pun tak pasti depa tak nak bagi tahu atau memang tak tahu.. Tapi walau bagaimana pun..saya tetap berusaha..dan akhirnya saya buat emel baru untuk aktifkan facebook saya..entah apa masalah dengan emel lama tue. Akhirnya,saya berjaya..akaun facebook saya aktif macam kawan-kawan lain. Apa lagi,lepas tue saya add semua orang,semua kawan-kawan lama jumpa balik. Sampai teluap untuk hadkan.


                      

Masa tue saya sangat seronok,boleh jumpa dengan kawan-kawan lama. Sampai sekolah rendah punya gambar pun ada di upload. Semuanya ibarat jejak kasih.. Lepas tue mula la nak tahu perkembangan semua orang..tengok-tengok gambar..ada yang macam nie,ada yang macam tue. Ada jugak la perasaaan sedih,dulu kawan-kawan hingusan,pergi sekolah balik sekolah rendah dan sekolah agama sama-sama..petang-petang main rounders sama-sama. Jauh lebih 'matang'..eh matang ke? tak tahu la nak kata apa..jauh lebih dari yang disangka kan...ada yang terdedah sana sini,ada yang berpegang sana sini..dan ada yang memang pelbagai ragam manusia.

Barulah terasa teramat nikmat nya tarbiyah dari Allah nie..yang mengatur hidup saya seperti ketentuanNya..bila di fikirkan balik...segala ketetapan dari Allah telah dirancang dengan sebaik-baik  perancangan untuk diri ini.. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Dari tingkatan satu saya bersekolah asrama...dan saya nie orang yang mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran. Bersekolah asrama agak tidak terdedah dengan persekitaran tambah pula sekolah sebelah dengan kebun kelapa dan bersebelahan selat melaka. Jadi kurang lah pengaruh persekitaran yang berbau tidak sedap disekeliling saya.

Bersambung tentang facebook...walaubagaimana pun,saya masih tidak lokek untuk meluangkan masa di depan laptop mengadap facebook. Memang rasa best la masa tue. Sampai la nak final sem 2 tahun satu. Saya mula sedar..banyak masa saya terbuang di depan facebook. Lalu masa study week saya mula membawa diri jauh dari laptop...jauh hingga saya bawa diri ke surau khas supaya saya betul-betul mengadap buku tanpa ada keinginan untuk bukak laptop. Alhamdulillah saya berjaya untuk jauh dari'nya' beberapa hari. Namun,selang beberapa hari 'ia' mesti di bukak juga supaya otak nie tak asyik terfikir-fikir je. Dalam keadaan macam tue pun saya masih seronok melayan facebook.


Balik rumah..cuti final tahun satu..laptop saya selalu jadi mangsa sebab kakak dan abang tak bawak balik laptop depa. Jadi mangsa untuk apa? semuanya untuk bukak akaun facebook mereka..laptop compact berlatar belakang kan transformer nie selalu bertukar tangan..  Saat tue,saya dah rasa tak seronok,sebab laptop saya yang jadi mangsa. Tapi,kalau depa tak balik pun...saya tetap akan online dan apa yang saya bukak dulu adalah facebook..facebook..dan facebook! Betapa besarnya pengaruh facebook dalam hidup saya...entah la masa tue saya dah mula rasa menyampah! Menyampah dengan diri sendiri...kenapa mesti nie yang aku bukak dulu??

        

Habit nie terus berlalu walaupun saya pernah rasa menyampah..menyampah dengan facebook. Kemuncaknya segala-galanya bermula disini...saya mula 'share' dan 'comment' dengan aktifnya di facebook. Sampai la saya mula berhubung semula ketua praktikum di matrik dulu... Kat matrik dulu saya dan dia tak pernah berurusan apatah lagi nak bersembang-sembang. Senang kata ikhtilat itu terjaga...tapi kenapa dalam facebook nie boleh la plak duk 'comment2'..ngok-ngek nye la diri aku nie.. Dengan tindakan yang drastik,saya terus 'deactivate' akaun saya.

Selepas saya 'deactivate' akaun saya..,saya dapat merasakan ketenangan yang amat sangat! Dan setiap kali terasa nak 'activate' balik akaun saya ingatkan balik perasaan ketika saya 'deactivate' akaun dulu. Walaupun pengorbanan yang saya lakukan nie kecil,tapi saya yakin jika kita lakukannya kerana inginkan JannahNYA dan takutkan azabNya... nikmatnya hanya orang yang melakukan sahaja dapat rasakan.. Alhamdulillah...

Ditambah pula dengan perkaitan facebook dan yahudi. Pernah saya dapat mesej suruh delete semua gambar-gambar kat fb sebab Israel buat mengecaman orang-orang islam atau yang berkaiatn dengannya. Saya pun dah tak ingat tapi macam tue la....

Walaupun ramai yang cakap,kita boleh gunakan facebook untuk dapatkan banyak ilmu..tapi bagi saya nak dibandingkan ilmu dan kelalaian itu...saya dapat banyak kelalaian lebih dari ilmu. Selepas saya 'deactivate' saya sedar saya ada banyak masa...saya dapat luangkan masa banyak blog-blog yang amat bermanfaat,ada masa baca surat khabar dan apa yang sebelum saya tak bukak sebab sibuk sangat klik-klik kat facebook..huhu. Alhamdulillah,terima kasih ya Allah..

Lepas tue,saya ada baca satu buku' Dahsyatnya Hidayah' karangan Amru Khalid. Dibawah tajuk menjaga kehormatan. Disitu ada menceritakan  kisah nabi Yusoff a.s dengan berbagai godaan yang mengintainya.

" ketika Nabi Yusoff digoda, tersedia segala sarana untuknya melakukan maksiat,isteri al-aziz juga menguncikan seluruh pintu dengan rapat. Artinya ,posisi yusoff ketika itu aman,dan perbuatan yang akan mereka lakukan tidak akan ketahuan sesiapa pun. Isteri al-aziz juga selalu membujuk yusoff agar mahu berbuat maksiat dengannya. Tapi,meskipun maksiat telah ada dihadapannya, dan di dokong dengan sarana,yusoff tetap tidak tergoda. Apa kira-kira yang akan kita lakukan manakala kita berada dalam situasi sebagaimana yang di alami yusoff?"


                            

Saya lebih tenang dan yakin..walaupun semua orang ada facebook tapi tidak saya... Saya anggap sahaja,saya tidak sekuat mereka...cukuplah Allah untukku.

Dan sekarang ada dua orang yang terdekat dengan saya yang ada akaun facebook... Tapi kedua-duanya mendapat manfaat yang berbeza yang di kongsikan dengan saya. Kawan yang pertama selalu kongsikan dengan saya berkaitan pos-pos yang bermanfaat contohnya pasal Salleh yang tak mahu berpuasa tue dan yang terbaru sesuatu,kalau tak silap azmeer fisabilillah kot,seorang yang banyak pos nota-nota yang bermanfaat. Kawan yang kedua pula selalu kongsikan dengan saya apa yang selalu sahabat-sahabat saya yang lain pos berkaitan kehidupan seharian mereka. Apabila diceritakan tentang apa yang kawan pertama kongsikan langsung kawan yang kedua nie tak tahu apa-apa..hal ini lagi membuatkan saya tetap sebagai seorang yang tidak ada fb. Walaupun sebelum nie,akak dan abang soh 'activate' balik sebab nak share n tag-tag gambar yang berkaitan.. Saya tetap nak tetap dengan pendirian..

Selain tue,ada juga kawan-kawan dimatrik yang dah 'deactivate' akaun mereka..padahal depa lagi kuat sosial
dari saya. Terkejut juga masa mula-mula taw..Bila ditanya mengapa...jawapan yang sama juga saya terima...banyak buang masa dengan facebook. Insya Allah...semuanya nie Allah aturkan supaya saya yang lemah nie dapat mencagah dari melalaikan diri...semoga saya istiqamah!

                                  

Segala-galanya adalah berdasarkan pendapat diri nie dan pengalaman yang di alami sebelum nie. Ada yang cakap kat saya,depa bukak baca -baca kat home je..reply comment dan tutup. Itulah saya kata bergantung kepada orang...saya nie jenis yang lemah dan mudah terpengaruh. Jika dapat menghindarkan diri dari lalai dan melakukan perkara yang lagho...alhamdulillah. Tapi saya tidak yakin dengan diri ini sebab tue saya lebih memilih untuk jauh darinya..dan hati saya lebih tenang dan bahagia tanpa fb...

6 comments:

  1. ana ada fb.hehe.sekian.dan tahniah berjaya deactivate.ana ada dua akaun.satu dah delete.satu dah active selepas deactivate atas urursan kerja.

    zaman la nhe semua berkaitan hal penting2 nak post kat fb.huhu.layan ~ my fb wiil b active untill 31 dec 10.dikesempatan ini ana add semua kenkawan wanita ana sahaja dan ambik no fon untuk berukhuwah selepas pendeletetan fb ana kelak.

    sekian.

    ReplyDelete
  2. salam..
    menarik post kali ni..ana pun penah rasa mcm ni..
    ada bukan sj penah reactivate FB, malah DELETE TERUS fb pun penah apabila tahap marah kat diri sbb asyik berfb sampai ke kemuncak(kawan ana yg pandai IT hack ana punya akaun-dgn izin ana- n entah apa dia buat terus didelete)
    pastu...dah lama2...
    ana buat AKAUN BARU =_='
    disebabkn byk kerja/urusan/perhubungan m'gunakan fb..dan sampai skang ana active fb..
    sehari mesti wajib bukak..huhu...
    tp ana limitkan diri ini bila buka FB-buka home,bc msg,bc cerita /tgk video islam pastu TUTUP!
    tapi bila kdg2 bosan...
    "terbukak" balik =_=''''
    adeyh~
    pepun,terima kasih atas peringatan..ya ukhti,ana akan berusaha juga seperti ukhti!!!

    ReplyDelete
  3. jaga pergaulan di fb.kita kan insan ditarbiah.hehe.jangan dilayan lelaki2 yang komen merapu tu.budget jek semua tuh.

    ingatan diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. to adeq: syukran..ana pun ada amek ym kengkwan spy ukhuwahnya terputus..

    ezan: alhamdulillah,setakat nie ana tak ada perkara yang perlu berurusan di fb lagi..

    betul kita insan ditarbiyah perlu bijak membawa diri..

    ReplyDelete
  5. supaya ukhuwah terputus di tengah jalan ye ukht.hihi.

    ReplyDelete
  6. adeq: aah terputus di fb...bersambung di ym..
    hahaaaa..apa yang kufikirkan ketika menaip tadi..(-0^)

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..