Monday, November 22, 2010

Buat bukan Cuba


Dulu,sebelum cuti sem saya ada lah berpesan kepada mutarabbi,tentang persiapan yang perlu dilakukan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

“Kita perlu persiapkan iman sewajarnya kerna pengaruh suasana ketika dirumah agak  tidak membantu jika iman dan disiplin kita sendiri goyah. Yang paling penting kita perlu kommitmen dengan mutabaah,lakukan seikhlas hati. Berbuatlah kerana Allah. Kalo boleh terus istiqamah dan meningkat,yakin dengan janji-janji Allah”

Saya berpesan sebernarnya kepada diri sendiri terutamanya. Azam di hati nak keadaan dan suasana cuti kali ini lebih bagus,bukannya menghadapi keadaan yang sama seperti cuti sebelum nie. Sem nie,bagi saya pelbagai ujian dan cabaran telah di hadapi takkan keadaan dan keupayaan hati melawan nafsu pada tahap yang sama. Jika sama,bererti,apa yang saya telah lalui pada sem ini masih tidak berkesan untuk menjadi lebih baik. Maka apa yang saya lalui masih sia-sia padahal banyak sudah pengalaman yang pengajaran dikutip. Jadi,harus lebih baik!. Semoga,mutarabbi saya juga begitu.

Alhamdulillah,saya selamat sampai juga dirumah dengan menaiki bas transnasional. Segalanya berjalan lancar,walaupun ramai yang menasihati agar berhati,baca doa banyak2,baca je ayat apa2 dalam bas tue, dan jangan tido lama-lama dalam bas sebab,al-maklumlah sekarang nie banyak betul bas yang kemalangan.

Keadaan tak seindah disangka,sampai dirumah beberapa hari,iman saya 'down',kualitinya entah seberapa. Ishhh..saya mula rasa lemah dan beralasan. Ishh...tak boleh jadi nie,pastu apa yang saya buat? Saya online,chat dengan shakirah. Sembang-sembang kosong akhwat. Adalah nasihat yang diberi. Baca buku... Hmm,bagus jugak,saya pun baca buku lebih banyak lagi..banyak masa di habiskan dalam bilik untuk baca buku,tapi lain yang jadinya. Tertido pulak,dari kerusi turun ke tilam..

Esoknya,saya dapat satu mesej dari murabbiah,

"Ganjaran hebat berupa pahala besar buat para daie."Turunlah kamu berdakwah kepada seorang manusia sahaja sehingga dengan perjuanganmu itu dia dapat menempuh jalan hidayah dan beristiqamah didalamnya...yakinlah,sekalipun engkau tidur disaat dia solat malam,engkau makan disaat dia berpuasa,engkau tinggal dirumah saat dia mengerjakan haji dan engkau tidak turut berjuang disaat dia berjihad di jalan Allah...pahalanyakan tetap mengalir untukmu setara dengan pahalanya tanpa dikurangi sedikit pun!!! SUBHANALLAH"

Masa baca,mesej nie..memnag terkena. Ye la,duduk rumah bermalas-malsan dengan iman yang 'down'. Masih tidak sedar,banyak masa telah dirugikan dengna melayan perasaan iman 'down' tue.Sedangkan orang lain berhempas-pulas dengan kerja mereka meraih pahala dan redha Allah. Betapa ruginya la diriku ini.

Beberapa hari lepas tue dapat mula mesej dari hqmate

"salam..
Bismillah
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk
dpucuk2 daun...
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian"

Jazakillah ukhti,inilah yang di katakan nikmat berukhwah kerana Allah. Cantik susunan ayatnya seindah mesej yang ingin di sampaikan. Mesej ini memang betul-betul terkena kat dahi nie.


                                     


Lepas tue ,saya teringat akan sebuah ibrah yang ceritakan oleh seorang sahabat.

"Dalam berazam sesuatu,jangan kata cuba tapi katakanlah buat"

Maksudnya,jika kita ingin melakukan sesuatu,jangan kata"saya akan cuba untuk melakukannya" tapi katakanlah"saya akan melakukannya". Nampak tak berbezaan?

Jika kita kata cuba buat,kita tidak akan merasakan betul2 kesungguhan yang benar dan jika tidak dapat buat kita akan mula beralasan. Jika kita kata kita akan buat,kita akan berusaha untuk melakukannnya.

Jadi,untuk mengatasi untuk merealisasikan azam,kita seharusnya berbuat bukannya hanya mencuba dan menyerah jika gagal.

Jadilah,sekreatif yang mungkin untuk melawan nafsu,melawan kehendak....fikirkanlah keperluan!


2 comments:

  1. salam..post ni sama mcm post ana..ya, suasana di rumah agak mencabar utk mempertahankan kualiti iman.

    semoga anti kuat ya..jgn layan bisikan syaitan dan kehendak nafsu..(pesanan utk ana juga)..teruskan mujahadah di jalanNya.

    ReplyDelete
  2. jom sama2 tngktkn iman hujung mggu ni!!! jmpa kamu nanti ya!!!

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..