In The Name of Allah...
Alhamdulillah setelah sebulan memlalui bulan penuh pendidikan dan kini telah lima hari saya menyambut hari raya. Semoga kita semua kembali kepada fitrah asal..insyaAllah. Teringat tentang tazkirah diakhir bulan ramadhan diantara solat sunat terawih..
"para sahabat dahulu,tika ramadhan mula berakhir dan syawal mula menghampiri,mereka akan merasa sayu dan sedih serta hiba...sebabnya,dalam hati dan fikiran mereka risau tentang dua perkara..."
"dua perkara yang mereka risaukan adalah,adakah amalan mereka di bulan ramdhan diterimaNya?..kemudian mereka sedih dan hiba menegenangkan adakah lagi ramadhan akan datang untuk mereka ? "
"yang mereka amat risaukan bukan adakah sudah banyak mereka beramal tapi adakah amalan -amalan mereka diterima oleh Allah s.w.t...tiada gunanya banyak amalan tapi tidak diterimaNya"
bila saya mendengar ,saya juga dapat merasakan hampa dan sedih..andainya,amalan yang kita lakukan tidak dterima Allah swt bahkan menjadi debu bertaburan di mahsyar nanti...betapa ruginya.
Tambahnya lagi,
"oleh itu,ketika beramal niat harus ditetapkan...iaitu,harus ikhlas hanya untuk dan kerana Allah swt,bukan kerana nak menunjuk ataw nak berlumba pula dengan kawan-kawan atau pun hanya menjadi ikut-ikutan.. yang akhirnya apa yang kita akan dapat hanya penat dan lelah semata..."
"kemudian lakukanlah mengikut sunnah Rasulullah... selama sebulan kita berpuasa dan menghadapi bulan ramadhan,selalulah kita meluruskan niat,jika boleh setiap pagi ketika bersahur..perbetulkan kembali niat kita.."
InsyaAllah,ilmu ini tetap bermanfaat bagi saya walaupun dapatnya diakhir ramdhan..mungkin boleh diaplikasikan untuk ramadhan akan datang..
kemudian,khutbah di hari raya,yang saya rasa agak menarik...
"kita jangan terpengaruh dengan orang-orang yang jahil..ketika tiba di bulan ramadhan mereka berduka cita,terpaksa menahan lapar dan dahaga...tetapi apabila tiba syawal merekalah orang yang paling gembira. Mereka sibuk menyediakan pelbagai persiapan menanti kedatangan syawal dengan pelbagai jenis fesyen baju raya,persiapan rumah dan pelbagai juadah hidangan. Namun,taida apa yang mereka persiapkan untuk mengahadapi bulan ramdhan. Ada juga,bukan sahaja tiada apa yang mereka persiapakan bahkan tiada apa yang mereka lakukan melainkan menahan lapar dan dahaga sepanjang sebulan di ramadhan...astaghfirullahalazim"
"tapi tiba bulan syawal,mereka yang tidak tahu malu ini,bergaya mengalahkan orang lain...mulalah berfesyen ,aurat mula terpaksa didedahkan untuk mengikuti perkembangan fesyen tahun ini..."
Ayat yang dikeluarkan memnaglah agak peda dan siapa yang terasa pedas itu,mesti agak sakit hati..tapi apa yang penting kita fikirlahlah apa yang kita dah lakukan.. WALAUPUN PEDAS,TAPI IANYA ADALAH BENAR...inlah kondisi umat kita..
InsyaAllah..inil;ah yang saya nak kongsikan..
Selamat Hari Raya Maaf Zahur dan Batin......taqaballahuminnawaminkum..
semoga ada lagi ramadhan untuk kita..amin!^_^
No comments:
Post a Comment