Saturday, March 13, 2010

miniti ajal dihadapan

Alhamdulillah ya Allah
Kau yang maha berkuasa
memberi kesempatan untuk aku meneruskan
sisa-sisa hidup ini...amin.

hari ini,13 mac 2010
genap umur aku 20 tahun..
terima kasih mak n abah
menjaga dan mendidik aku sehingga 2o tahun
melayan kerenah anak yang bermasalah ini..

Ya Allah..ya Tuhanku..
untuk aku sampai sehingga 20 tahun nie
banyak sudah cabaran hidup yang aku hadapi
banyak sudah rentetan pancaroba
namun aku masih tidak kenal dunia..
tapi aku mohon,
Kau teruslah kuatkan hati aku ini...

bagiku hidupku bermula
ketika aku masih dimatrik..matrikulasi pulau pinang..

dimatrik nilai hidup aku mula meningkat ke satu tahap..
di situ aku bagai dilahirkan semula..
aku mula kenal erti kehidupan
aku mula faham tentang apa tujuan sebenar hidup
sesuatu yang aku tak pernah terfikir akan terjadi..
senang kata..
disitu aku ditemukan dengan tarbiyah Allah
mempunyai sahabat yang _______________

tapi sebelum aku mendapat nikmatmu itu Ya ALLAH...
aku perlu menghadapi
perkara yang paling menyedihkan dan megecewakan aku
dan aku langsung tak boleh sebut dan fikir
mudah sungguh air mataku mengalir..
Ya Allah...





tempatkanlah dia di tempat yang mulia
beliau tak sempat melihat pengislahan aku
aku tak sempat memohon maaf darinya
aku tak sempat menunjukkan kepadanya
saya boleh mak!!! saya boleh!!
moga kami dikumpulkan semula disyurga....
amin..

dan kini..perkara tergempar
yang aku sendiri ternanti-nanti
apakah nasib hidupku...
adakah aku akan
masih belajar seperti biasa
atau hanya akan terbaring menunggu ajal...

Ya Allah,jika itu yang kau takdirkan untukku
kau kuatkan semangatku
kau kuatkan iltizamku
jangan kerana kelemahan yang aku ada
jangan kerana kekurangan yang kau berikan
memberi kredit untukku beralasan...
yakinkanlah aku supaya
aku kuat untuk menghadapinya...!!
Allah,aku hambamu yakin dengan ketentuanmu..Kau aturlah hidupku sebaik-baiknya
supaya cintaku,hatiku masaku dan hartaku hanya untukMU

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..