Bismillah.
Alhamdulillah sempat juga kami membuat kunjugan ke rumah seorang murobbi ni. Ajakan seorang akhwat atas alasan dah lama tak dengar suara si murobbi ni. Hadooi.
Perjalanan pulang yang patutnya bermula awal aku tangguhkan dulu. Biar SABAT pulang dengan akhwat lain. Aku tumpang si akhwat ni. Naik AXIA baru.
Tapi sebenarnya, aku pun ada beberapa musykillah untuk di rujuk. Kalau sembang ni. konfem luas wawasan dakwah kami.
Sesi bermula sebelum maghrib, bersambung lagi selepas maghrib dan hampir kepada isyak.Tu pun, terpaksa berhenti sebab si murobbi ada liqa'.
Satumomen yang perlu aku lekatkan dalam otak.
Antara soalan perbincangan kami,
1. Akhwat yang lebih eager untuk bukak GG, isi spreadsheet berbanding nak bukak buku siapkan tutorial dan assignment.
Belajar perlukan matlamat yang sangat jelas. Bukan study untuk diri sendiri dan pointer, tapi study untuk dakwah. Sama juga keperluannya bila dakwah minta kita sambung study, ambil master PhD kemudiannya jadi lecturer dan sebagainya. Semuanya untuk dakwah. Kalau, kita tak membumikan dakwah kita, sampai bila-bila dakwah yang kita bawa, dakwah yang kita yakini pada saat ini akan terhalang. Sampai bila-bila kita akan isi spreadsheet, berhalaqah takde tempat dan lebih penting sekali panggilan dakwah kita tak bersambut. Betapa susahnya dakwah yang kita rasai kita sekarang ni tanpa lecturer.
Jadi, sebab tu kena jadi lecturer senang untuk kita mentajmik
pelajar, sibuk macam mana pun berdakwah tak akan fail bahkan dakwah kita akan
lebih nampak mulia.
"...bila sambung master, pangkat kita tak naik pun
bahkan gaji pun tak bertambah..."
Inilah antara alasan yang kemudiannya menyebabkan seorang itu
mufaraqah, bilamana kita minta untuk sambung master.
Astaghfirullah,mentality yang sempit macam ni memang tak akan
pernah fikirkan dakwah.
Sebab tu, study kena jaga sibuk macam mana pun sebab kita jelas
dengan matlamat kita.
Kalau dalam bidang farmasi cuba targetkan bukak kilang. Hasilkan
ubat sendiri. Sekarang ni sibuk bising-bising tentang ubat ni ada babi la,
ubat tu ada gelatin.Ubat cair darah ada babi tapi terpaksa guna, takde
pilihan dan darurat.
" Sampai seorang alim ulama' yang terlantar terpaksa
cucuk ubat cair darah yang ada babi disebabkan takde pilihan darurat. Siapa
yang nak bertanggugjawab tu? Kalau bukan kita ni yang faham..."
Hampir menitis air mata, kerana kecilnya wawasan dan
matlamat.Kiat berseang lenang dengan jawapan darurat tapi kita tak pernah berusaha untuk keluar ataupun cari alternatif lain. Sikap melayu...
"Ubat yang ada sekarang ni dari syarikat-syarikat kafir!
Diorang peduli apa ada babi ke, gelatin ke...kita ni yang tak pernah berfikir!"
Ya Allah, betul-betul nak menangis, hentak kepala!
Kalau di Mesir sendiri, mereka ada 40,000 PhD holder! Hilang
satu berganti.. hilang Dr Morsi mereka banyak lagi calon-calon yang akan
teruskan perjuangan. Kita.. hilang sorang yang jadi doktor pun belum
lagi..dan berhingus-hingusan.
Dalam jalan ni, tolong bela umat yang sedang menderita! Bukan
jalan nak cari duit.!!
"Ingat pesan ana ni, nanti kalau ana dah takde,
teruskan perjuangan jangan pernah berhenti..."
|
Pertemuan yang pastinya membuka minda,keluar dari keadaan selesa. Hadapilah masalah untuk menyelesaikan masalah.
Ya Allah pimpinlah kami dengan cahaya dan redhaMu.!
Bersambung...
No comments:
Post a Comment