Wednesday, December 23, 2015

Aku


Bismillah,

Hidup adalah perjuangan,
Andai malas untuk berjuang, maka lebih baik tidak perlu hidup.

"Akak,saya fail minggu ni....."

Selepas hampir 20 minit baru dapat balasan. Dalam 20 minit tu juga, perasaan aku >_< .

"Anti solat taubat 4 rakaat sebelum masuk halaqah. Dan mabit di masjid."

"IA noted akak." malu dengan diri sendiri.

                              

Adakalanya, kekuatan yang harus di bina. Kemampuan perlu di usahakan.

Tolong jangan kenal erti putus asa, apatah lagi menyerah dengan keadaan.

Aku mahu perjalanan ini di lalaui oleh mereka-mereka yang mencintainya, mabuk dengan kemanisannya,..

Wallahualam,
Jom solat Isyak,
Banyak pula pesakit malam ni.

Extended KKTM.

Friday, October 30, 2015

Hidup kita, pilihan kita


Bismillah,

Actually banyak sangat benda yang nak dicoretkan kat kertas putih ni. Tapi, masa yang tak sempat menyempat je sekarang. Dalam fasa mentarbiyah diri untuk terus kuat dan terus berbuat semampu yang mungkin.

Benarlah, apa yang di katakan sejak aku degree tahun kedua.

"Buang mentallity nak makan gaji, kalau makan gaji dakwah tak kemana..."
Rasa terhempap sangat.

Sekarang dah ada cara lain nak luahkan perasaan dan tekanan. Sekarang jom melukis,..ahha!

Sungguh tekanan tu jangan di simpan. Luahkanlah kepadaNya dahulu dan lepas tu buanglah segala tekanan yang ada di dada. Sebab terlalu banyak benda yang perlu nikmati kat dunia ni. Ehhe!


Di usia 25 tahun, banyak jemputan ke situ dan ke sini, sorang-sorang dah mengakhirkan zaman. Tapi aku buat lek lu.. Ada juga kadang-kadang anak-anak halaqah akan bertanya-tanya, soal selidik itu dan ini.

Bagi yang dah matang aku akan jawab,:

Bila kita dah sibuk mentajmik, membina, liqa' dan syuro tambah lagi kerja.. Tak sempat nak fikir pun tentang satu lagi fasa hidup ni.Kita akan larut dengan kesibukan kita sampai tak terasa dah umur yang lanjut sebab dakwah membuat kita muda sentiasa. Maka senyaplah mereka..haha

Bagi yang baru-baru esp HLM:

Bila antunna semua ni dah matang dan buat lebih baik dan banyak dari apa yang sedang ana buat sekarang.. Jadi antunna nak taw bila, antunna cepatlah matang. Herm..

Tapi bila abang yang bertanya..

Tak terfikir lagi, rileks la dulu. Banyak benda nak buat. Nak sambung master lagi..

Hidup ini kalau fikirkan manusia, kita tidak akan pernah merasai nikmatnya hidup di dunia.
Cara kita adalah pilihan kita.

Jika sekali di tarbiyah selamanya akan tertarbiyah.
Itu janji yang telah terpatri!

Allah, kokohkan langkah kami dan kuatkan kesabaran kami.

#sorry entry sket je sebab sekadar nak hilangkan tekanan buat report bulanan.


Sunday, August 30, 2015

Motivasi :" Make it Simple "

Bismillah..

Masih teringat ketika awal permulaan aku bekerja di semenanjung.. Kena bangun lebih awal dari biasa, mandi sebelum suboh. Lepas usai menunaikan solat suboh, dah kena bersiap-siap terus ke kerja. Menanti KTM.

Suboh di semenanjung lebih lewat dari Sabah, jadi aku terkial-kial sedikit untuk mengurus masa. Ketika di Sabah, aku sempat memasak sarapan, menelaah sebelum ke kerja ataupun tidur semula. hew2.

Ketika menanti KTM, kawan-kawan di sekeliling aku ketika itu kebanyakkannya adalah orang indonesia yang datang ke sini mencari rezeki. Bahkan mereka selalu lebih awal dari aku keluar dari rumah. Gigih sehingga sekarang.

---------------

Wraghhhhh! Hari itu selepas suboh, aku melangkah bergerak longlai, naik ke rumah, cucuk kunci di tombol dan tolak pintu. Kaki terus melangkah lemah masuk ke rumah. Mata masih mengantuk, otak suam-suam kuku berfikir. Liqa' habis lewat semalam. Laki terus melangkah sehingga masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba mataku terus segar.

Aku lihat baju bergantung tak berlipat di penyangkut, Buku-buku bertimbun tersusun di atas meja. Tiba-tiba teringat baju dalam bakul tak berbasuh lagi. Ketika tu, masa tak cukup untuk aku uruskan semua tu. Aku perlu bersiap-siap terus ke kerja. Dalam hati serabut...di otak terlintas perkataan,
M.A.N.A.G.E.M.E.N.T.

Siapa suka duduk dalam suasana tak kemas? Busy macam mana pun die, tak akan sampai die selesa duduk dalam keadaan yang serabut.

"Allahu jamil, wa yuhibbul jamil"

Baru tersedar pengurusan diri yang tak terkawal ketika itu. Hal itu mungkin sedikit, tapi kalau aku biarkan pasti melarat tanpa penghujung, Haila....

                                       

Merancang 

Kehidupan ini tak boleh di biarkan, kalau di biarkan memang akan terbiar tak akan pernah membaik sendiri. Sebab tu pentingnya ada perancangan harian dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Supaya tiada satu pun tindakan yang terlepas untuk dilaksanakan.

Dari pengurusan diri akan memberi kesan kepada pengurusan study, pengurusan disiplin, pengurusan emosi, pengurusan ekonomi sehingga yang paling di bimbangkan adalah pengurusan amanah-amanah dakwah.

Bekerja dan berdakwah itu mencabar,
Belajar dan berdakwah juga tak kurang cabarannya.

Sebab tu, aku sangat-sangat perlukan planner. Kalau takde pun minima buku planning kecil untuk tulis apa yang perlu diperbuat hari esok.

Stephen R Covey meletakkan, 
"Begin with the END in Mind"

sebagai salah satu habit orang yang efektif dan Jack Canfiled pula memasukkan prinsip keberjayaan yang ke ketiga adalah 

"Decide what you Want".

Kedua-dua prinsip dan habit ini, cukup untuk menerangkan kepada kita kehidupan ini perlukan perancangan. Jangan di serahkan segala-galanya kepada keadaan. Ibarat melempar benih padi di kawasan lalang.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (Al- Harsy:18)

Allah s.w.t sendiri telah mengajarkan kepada kita untuk berfikir untuk hari esok bahkan lebih jauh lagi, iaitu tentang persediaan kita di hari akhirat. Jika akhirat sahaja yang belum tahu lagi ajalnya bila mungkin cepat dan mungkin juga lambat, (moga Allah memberi pengakhiran hidup yang baik) minta untuk dirancang, apatah lagi hari esok.


                                   
Jadi, sediakan satu buku dan pen peribadi. Bawakan mereka berdua kemana-mana sebagai teman rapat dan mesra.

Manfaatkan mereka dan merancanglah!

Merancang tapi tak melaksanakan

Ketika di perang Khandak berapa ramai yang kemudiannya berpaling tadah disebabkan tak tahan kelaparan , susahnya kerja menggali parit dan ramainya tentera musuh berbanding tentera muslimin ketika itu. Munafik.

Jika di lihat dari segi alasan semuanya di sebabkan tak mahu berusaha dan yang paling penting kurangnya keyakinan kepada Allah. Sama juga, bila kita merancang kita pasti belum yakin atau pasti lagi bahawa setiap perancangan kita itu pasti menjadi realiti.

Teringat kata-kata, Hassan Al-Banna ketika dia memulakan dakwah,

"Aku sendiri pun belum pasti sama ada apa yang aku perbuatkan sekarang ini akan berjaya atau pun tidak.."

Tapi berbekalakan kata-kata itu, adakah kesungguhan dan usaha yang lempias dan dilemparkan ke dalam jalan dakwah ini seperti tahi gigi? Tidak,

Bahkan die mengorbankan segala usaha dan apa yang di miliki sehingga syahid di jalan dakwah. 
Sebab keyakinan beliau bukan pada perancangan beliau tapi pada Allah. Tapi kuncinya adalah usaha semaksimum mungkin untuk melaksanakan sesuatu perancangan.

"Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman,. Sungguh, Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur" (Al-Hajj: 38)

Setiap apa yang kita rancang itu adalah amanah. Amanah dari kita kepada kita sendiri. Semunya hanya dari kita kepada kita. Jika kita mahu pasti kita mampu.

                                   

Belajar dari orang lain

Seorang daie tu pernah menceritakan, bilik die sentiasa kemas di saat die sibuk berdakwah dan menghadiri kuliah.

Orang perantau indonesia mampu untuk bangun awal ke kerja di saat matahari belum muncul

Seorang doktor mampu untuk kekal berkommitmen mentarbiyah mad'u di saat kesibukan bekerja bersama tekanan sekeliling

Seorang pelajar mampu mengekalkan diri dalam senarai dekan sehingga beroleh ijazah dalam kesibukan travel kesana sini, Kelantan, Johor, Perak


Prinsip Kejayaan yang ke 21: Surround Yourself with Successful People.

Dah, jom berubah....


Wallahualam,

Thursday, June 25, 2015

Ramadhan 2015


Bismillah,

Ramadhan yang lalu aku bertalu-talu tembak doa supaya dapat pindah ke semenanjung.

Tahun ini,

Aku tembak doa bertalu-talu untuk sambung master seterusnya pHD dan lecturer!

Allah perkenananlah!

Hasbunallah manikmalwakeel.

Sungguh Ramadhan itu peluang untuk menjadi hamba yang bertaqwa.


Andai Ramadhan ini Ramadhan yang terakhir,
Apa yang aku ada untuk dipersembahkan...

Tuesday, May 26, 2015

Sembang si Murobbi: Part 1


Bismillah.

Alhamdulillah sempat juga kami membuat kunjugan ke rumah seorang murobbi ni. Ajakan seorang akhwat atas alasan dah lama tak dengar suara si murobbi ni. Hadooi.

Perjalanan pulang yang patutnya bermula awal aku tangguhkan dulu. Biar SABAT pulang dengan akhwat lain. Aku tumpang si akhwat ni. Naik AXIA baru.

Tapi sebenarnya, aku pun ada beberapa musykillah untuk di rujuk. Kalau sembang ni. konfem luas wawasan dakwah kami.

Sesi bermula sebelum maghrib, bersambung lagi selepas maghrib dan hampir kepada isyak.Tu pun, terpaksa berhenti sebab si murobbi ada liqa'.

Satumomen yang perlu aku lekatkan dalam otak.

Antara soalan perbincangan kami,

1. Akhwat yang lebih eager untuk bukak GG, isi spreadsheet berbanding nak bukak buku siapkan tutorial dan assignment.



Belajar perlukan matlamat yang sangat jelas. Bukan study untuk diri sendiri dan pointer, tapi study untuk dakwah. Sama juga keperluannya bila dakwah minta kita sambung study, ambil master PhD kemudiannya jadi lecturer dan sebagainya. Semuanya untuk dakwah. Kalau, kita tak membumikan dakwah kita, sampai bila-bila dakwah yang kita bawa, dakwah yang kita yakini pada saat ini akan terhalang. Sampai bila-bila kita akan isi spreadsheet, berhalaqah takde tempat dan lebih penting sekali panggilan dakwah kita tak bersambut. Betapa susahnya dakwah yang kita rasai kita sekarang ni tanpa lecturer.

Jadi, sebab tu kena jadi lecturer senang untuk kita mentajmik pelajar, sibuk macam mana pun berdakwah tak akan fail bahkan dakwah kita akan lebih nampak mulia. 

"...bila sambung master, pangkat kita tak naik pun bahkan gaji pun tak bertambah..."

Inilah antara alasan yang kemudiannya menyebabkan seorang itu mufaraqah, bilamana kita minta untuk sambung master. 

Astaghfirullah,mentality yang sempit macam ni memang tak akan pernah fikirkan dakwah.

Sebab tu, study kena jaga sibuk macam mana pun sebab kita jelas dengan matlamat kita.

Kalau dalam bidang farmasi cuba targetkan bukak kilang. Hasilkan ubat sendiri. Sekarang ni sibuk bising-bising tentang ubat ni ada babi la, ubat tu ada gelatin.Ubat cair darah ada babi tapi terpaksa guna, takde pilihan dan darurat.

" Sampai seorang alim ulama' yang terlantar terpaksa cucuk ubat cair darah yang ada babi disebabkan takde pilihan darurat. Siapa yang nak bertanggugjawab tu? Kalau bukan kita ni yang faham..." 

Hampir menitis air mata, kerana kecilnya wawasan dan matlamat.Kiat berseang lenang dengan jawapan darurat tapi kita tak pernah   berusaha untuk keluar ataupun cari alternatif lain. Sikap melayu...

"Ubat yang ada sekarang ni dari syarikat-syarikat kafir! Diorang peduli apa ada babi ke, gelatin ke...kita ni yang tak pernah berfikir!"

Ya Allah, betul-betul nak menangis, hentak kepala!

Kalau di Mesir sendiri, mereka ada 40,000 PhD holder! Hilang satu berganti.. hilang Dr Morsi mereka banyak lagi calon-calon yang akan teruskan perjuangan. Kita.. hilang sorang yang jadi doktor pun belum lagi..dan berhingus-hingusan.

Dalam jalan ni, tolong bela umat yang sedang menderita! Bukan jalan nak cari duit.!!

"Ingat pesan ana ni, nanti kalau ana dah takde, teruskan perjuangan jangan pernah berhenti..."


















 
Pertemuan yang pastinya membuka minda,keluar dari keadaan selesa. Hadapilah masalah untuk menyelesaikan masalah.

Ya Allah pimpinlah kami dengan cahaya dan redhaMu.!

Bersambung...


Sunday, March 8, 2015

Emosi


Bismillah,


Emotional quotation.

Banyak yang aku dengar kebelakangan ini. Mengurus emosi dengan baik. Berfikir jangan menggunakan emosi. Jangan kalah dengan emosi.

Halaqah yang baru sahaja habis,juga mengenai emosi. Aku diam mengiakan.

                         Image result for emosi

Godaan keluarga adalah emosi
Tekanan adalah emosi
Amanah juga adalah emosi
Dugaan dan ujian adalah emosi

Dan segala-galanya dalah emosi apabila kita tak mampu untuk menguruskan dengan baik.

Betapa yang penting adalah teguhkan prinsip. Apa pun yang datang, ini adalah jalan yang aku pilih!


Allah, jagakan hatiku untuk selalu ikhlas mencari redhamu,
Andai ada sisa maksiat dan kotoran masih berbekas
Bantu aku untuk tsabat dan kuat untuk menyentalnya.

Amin.

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..