Bismillah...
Keimanan seseorang pasti akan teruji sepanjang hidupnya. Kata Allah dalam firmannya surah Al-Ankabut ayat yang kedua.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Memberi rasa takut dalam hati sebagai salah satu cara untuk mendidik hambanya yang benar- benar bertaqwa. Bukan sekadar itu, ia juga akhirnya akan bertindak sebagai penapis. Menapis golongan- golongan munafik yang keislamannya hanyalah satu kepura-puran semata. Mereka yang berislam hanya ketika mudah, senang dan lapang. Namun, saat diuji dengan kemiskinan, kesempitan dan kepayahan mereka goyah dan akhirnya dengan mudah mereka akan menyerah dengan rela hatinya.
Sebagaimana Allah telah menukirkan satu kisah dalam perang khandak. Para sahabat perlu menggali parit yang panjangnya 3.2m dan lebarnya 4.2m dalam keadaan tanah yang berpasir. Bukan setakat itu sahaja, mereka menggali parit dalam keadaan panas dan berlapar. Ada yang sampai mengadu betapa laparnya perut mereka kepada Rasulullah. Maka mereka dinasihatkan oleh Nabi teragung untuk mengikat perut dengan batu. Projek penggalian parit ini bukan mengambil masa sehari dua tapi selama 28 hari yang berterusan!
Ketika saat kepayahan inilah, terbias kemunafikan sebahagian golongan. Padahal proses penggalian baru ditahap awal jihad. Belum lagi menghadapi musuh yang ternyata lebih ramai dari pihak muslimin. Maka dari golongan ini, mereka mencipta seribu satu alasan untuk berlepas dari perlunya terlibat dalam jihad. Akhirnya Allah menurunkan wahyu dalam surah Al-Ahzab ayat ke-13.
Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang disini), oleh itu baliklah dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan, pada hal dia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).
Ada diantara mereka meminta izin untuk berlepas, ada sebahagian yang secara diam-diam mundur dan keluar dari medan jihad tanpa meminta izin.
Andai tenaga sahaja sudah sulit untuk dikorbankan, bagaimana pula dengan nyawa? Golongan ini, sangat mudah didapati, kita boleh kumpul ramai-ramai untuk memeriahkan suasana perjalanan ini. Tapi hanya meriah saat keberangkatan ketika ringan. Ketika ujian melanda mereka akan menyerah dengan pelbagai alasan.
“Salam. Kak minta maaf saya tak dapat nak teruskan berhalaqah dengan akak. Saya nak tumpukan study. Tinggal saya je yang kelurga harapkan... Saya sayang akak..”
Kui3...siapa kata kerja dakwah akan menghambat study kita? Kenapa ada yang tetap dalam senarai dekan dalam sibuk berhalaqah sana sini.Tak cukup itu, ada yang layak buat master, yang bakal bergelar Dr PhD, yang sudah berjaya bergelar Dr perubatan. Mungkin mereka ini hebat dan menghebatkan diri mereka!!
“Salam ukht. Afwan, ana tak dapat datang. Ana letih la arini, tak sihat sangat.. ”
Haha..letih dan tak sihat alasan yang sangat biasa untuk tidak berangkat. Ada orang yang tempang tapi masih boleh memandu, ibu yang letih masih mampu memasak, pelajar yang stay up masih mampu datang ke kelas, akhwat yang masih basah lukanya selepas kemalangan kecil masih wujud dalam syuronya! Semuanya kerana cinta dan amanah.. kesihatan tak stabil bukan alasan untuk kita melemah.
“Ana tak mampu nak teruskan kommitmen lagi....ana rasa tak layak. Ana nak masa untuk memperbaiki diri...”
Ini saya pelik.. Memperbaiki diri? Macam mana nak memperbaiki diri dengan meninggalkan halaqah? Bukankah halaqah untuk orang mentarbiyah dirinya? Jalan ini bukan jalan orang yang suci dan maksum. Tapi jalan inilah jalan untuk menyucikan diri. Sudah join halaqah tapi masih buat maksiat, makanya halaqah seminggu sekali tak cukup, mungkin 2 atau 3 kali seminggu sebagai solusinya. Bukannya meninggalkannya terus.
Seorang pesakit diabetes yang sudah makan Metformin 500mg TDS untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Tapi setelah makan tiga kali sehari seperti yang diarahkan, kandungan gula dalam darahnya masih tinggi..
Jika anda adalah pesakit ini, apa tindakan anda...?
Tidak makan ubat ini sebab tak berkesan? Dan membiarkan penyakit ini berlanjutan sehingga kaki dipotong, sehingga mata mula kabur (retinopathy), atau saraf dah terganggu (neuropathy) ? Inilah keadaannya, jika kita meninggalkan halaqah dengan alasan di atas.
Jadi solusinya bukannya tidak makan ubat langsung! Mungkin pesakit tidak mengamalkan diet yang sihat dan mungkin Metformin 500mg tak cukup untuk mengawal penyakitnya. Maka ...
1. Amalkan diet yang sihat [tinggalkan maksiat sesungguhnya]
2. Tambah kombinasi dengan Glicazide [sibukkan lagi dengan aktiviti tarbiyah]
Dan sebagainya. Alasan ini tak ada hadnya. Macam-macam asbab boleh dijadikan. Tak perlu diajar, mereka pandai sendiri! Susah sikit tak boleh... Kebersamaan mereka hanya akan membantutkan perjalanan kita. Tujuan kita dan mereka sudah tak sama.
Maka terhasillah golongan yang benar-benar ikhlas dan beriman dalam perjalanan ini. Perjalanan ini akan tetap meriah dan bertambah berkat. Yang masih kekal , teruskan perjalanan dengan senyuman dan berbuatlah!!
Jangan ditangisi keciciran mereka. Usahakanlah diri untuk sentiasa meluruskan dan memurnikan niat agar tidak terhakis keimanan kita oleh penapis-penapis Allah. Sebagimana para ikhwanul muslimin telah buktikan kesungguhan mereka. Keluar masuk penjara merupakan perkara biasa, tapi semangat mereka dan matlmat mereka tidak pernah sesekali luntur.
" ....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki.... " [BQ]
Hanya yang benar-benar beriman akan berjaya ke peringkat seterusnya.
Ya Allah berkatilah Mesir ,
Lindungi dan rahmatilah Dr Mursi dan orang-orang yang bersama beliau,
Laknatlah orang yang mengkhianati beliau dan sekutunya.
Laknatlah orang yang mengkhianati beliau dan sekutunya.
Amin...
No comments:
Post a Comment