In The Name of Allah
Tiba-tiba sony xperia mini berbunyi. Ada mesej baru masuk...
"Mak akak da bising-bising la sebab akak balik sekejap-sekejap. Dia kata lebih baik tak payah balik. Sebelum ni die ok je.. Tiba-tiba je.." sender : ukhti siti.
Saya sekadar baca,tak boleh nak reply sebab sedang dalam perbincangan dengan akhwat lain. Kena fokus.
Sedang kami memerah idea dalam perbincangan,tiba-tiba talefon berbunyi lagi. Kali ni,kak Siti yang talefon. Mungkin sebab saya tak reply mesej die kot. Saya minta izin untuk menjawab.
"Zu,dah beli tiket dah?"
"Belum lagi,saya tengah ada discussion. Dah habis nanti saya pergi beli.."
"Oh,okay. Zu,taw tak mak akak dah bising-bising dah...."
Tak sempat dia nak teruskan.
"Tu la saya dah baca mesej akak..nanti saya call ya, Saya tengah discuss skang ni..."
"Owh okay..."
Malam tu kami jumpa di KL Sentral untuk naik ETS sama-sama.
"Akak tak taw la kenapa mak akak tiba-tiba bising. Mak akak buat ayat 'touching-touching' bila akak nak keluar. Dia kata kenapa tak tunggu die jumpa doktor dulu..."
"Mak akak nak jumpa doktor?Kenapa?"
"Mak akak ada lymphoma. Doktor nak bedah rabu ni. Tapi tiket akak balik Sabah selasa ni. Mana sempat nak tunggu. Tak kan nak burn,mahal kot nak beli baru. Akak cuti sampai selasa je pun."
"Patutlah mak akak touching,dia kan tengah sakit sekarang ni. Lepas tu akak nampak macam tak kisah je..balik lepas tue keluar balik..."
"Tapi sebelum ni akak keluar tak de pulak. Yang akak tak tahan tu,mak akak kata 'nanti kalau mak dah tak ada buat la apa yang nak buat sekarang'..."
"Mak'ai,touching giler..."
"Akak rasa tension je lepas mak akak cakap macam tu.Lepas tu,akak lepaskan kat adik-adik akak yang tengah bising-bising kat dalam rumah. Akak kata kat diorang.."
"Diamlah,angah tengah pening ni fikirkan masalah umat ni..."
"Syabas la akak,hebat betul kata-kata. Lepas tu apa diorang kata?"
"Diorang diam je..."
Haha,pernah alami? Tiba-tiba mak kita buat ayat-ayat touching yang mencairkan sedikit hati kita. Rasa tak sampai hati lah dan sebagainya.
Saya tiada komen,sebab Allah dah mudahkan untuk saya. Tapi,kita perlu sentiasa mempersiapkan diri kita dengan halangan-halangan yang bakal dihadapi. Persiapkan diri kita dan persiapkan keluarga kita untuk menerima inilah kita,inilah jalan yang kita pilih.
"Mat,nanti ko dah kerja binalah rumah batu untuk mak dan ayah... "
"Mak,ayah jangan risau..mat sekarang ni tengah bina rumah yang lebih hebat dari rumah batu untuk mak dan ayah.."
"Eh,yeke..ada pulak duit kau,kat mana kau bina."
"Mat,tengah bina kat syurga bersama keredhaan Allah..nanti kita boleh sama-sama rehat dan santai kat sana.pasti lebih aman dan selesa..." ^-^
Agak-agak,apa mak dan ayah Mat balas?
salam,
ReplyDeletemenarik :)
bg ana, 'ala kulli hal ketaatan anak perempuan masih pada ibu bapa.
tapi bkn bermaksud merendahkan keutamaan dakwah dan tarbiyah.
dalam kes di atas, mungkin mak ukht itu sedang saket. mmg kebiasaan siapa sahaja yg saket, akan sensitif. mungkin kita perlu meraikan sedikit permintaan ibu kita yg mahu menunggu pembedahannya. siapa tahu, mungkin itu permintaan terakhir si ibu. siapa tahu selepas itu tidak dapat lg bertemu.
itu pasti akan meninggalkan penyesalan di hati. tidak dapat menunaikan permintaan hati si ibu. kalau ibu berkecil hati dgn kita bagaimana?
bukankah surga di bawah telapak kakinya, ukhti? ya, kita pemikir, penggerak dakwah... tapi bukan bermakna ibu bapa kita, adik-adik kita langsung tidak bermakna di sisi kita (66:6)
mungkin ukhti ada pandangan sendiri yg lebih baik..
dan ini sekadar pandang dari ana, si kerdil.
-nurul
nurul,
Deletesebenarnya situasi ukhti siti ini perlu di selami lebih lagi. Apa cuba ana ceritakan hanya sedikit,ada yang lebih lanjut.Hari rabu tu sekadar jumpa doktor untuk mengesahkan. Jika ada,hanya minor surgery.Alhamd,Ukht siti sentiasa menghubungi ibunya bertanya kabar...
Pada ana dalam situasi kita kepentingan dakwah perlu diutamakan. Ibu bapa perlu perlu difahamkan sedikit demi sedikit. Keredhaan Allah terletak pada tempat yang paling tinggi mangatasi segalanya. Jika ibu bapa tidak redha,Allah tidak redha. Tapi jika Allah redha,keredhaan ibu bapa bukan lagi keutamaannya.. InsyaAllah,boleh baca dalam FIQH JIHAD karya Yusuf Al-Qadhrawi.
Ana juga masih belajar (^?^)
nak bocor rahsia bleh jawapan mat tu?
ReplyDeleteNurhabib(asif,tak leh tulis jawi...hehe)
DeleteSilakan..agak2 apa ya?