In The Name of Allah
"Asif la,ana memang seorang phlegmatik. Ana memang susah nak berfikir dan sensitif dengan antunna punya masalah"
"Jadi kalo seorang phlegmatik tu memang tak perlu hirau tentang masalah orang lain. Dia memang akan hidup dalam dunia dia sendiri la? Hanya memikirkan tentang diri sendiri?"
Diam,tiada balas.
"Afwan,ana memang seorang choleric yang sangat cepat melenting bila statement tak wajar di keluarkan."
Apa perasan anda sekarang?
Pernah buat personality test?
Selalu berlaku bila seseorang itu memberi alasan berdasarkan personaliti dia. Nanti si sanguini pulak...
"Ana memang tak pandai nak manage,ana seorang sanguini"
Apa kita nak balas?
Hal ini akan jadi satu penyakit yang kronik jika tak dirawat segera. Memberi alasan atas alasan personaliti memang sangat tak wajar. Cukup,jika kita buat personality test untuk orang lain tahu siapa kita sebenarnya. Biar orang yang berurusan dengan kita faham dengan sikap kita dan tahu bagaimana nak berurusan dan bergaul. Personaliti sanguini,phegmatik,choleric dan melancoly hanya rujukan untuk orang lain.
Bukan untuk diri kita!
Bukan bermakna untuk kita juga faham dengan sikap kita. Tapi untuk kita perbaiki mana kurangnya. Jika tahu diri ni memang jenis tak tersusun,maka buatlah jadual. Tak kan semua urusanya berterabur.
Tak mungkin kan.
Tapi apabila dia merasakan sesuatu perkara tu penting,saya jamin dia akan susun dengan baik walaupun dia seorang sanguini.
Ada akhwat pernah mengadu,urusannya tak teratur. Terlalu banyak yang perlu di uruskan. Sedangkan dia seorang choleric. Akhirnya,dia ditegur sebab merancang hanya dalam otak. Sudah bagus merancang tapi perancangan itu perlu ditulis sebab urusannya banyak.
Ada juga si melancoly,terlalu memikirkan akibat sehingga menyebabkan dia tidak bertindak.
Bagus tak sikap ni?
Berfikir tu bagus,tapi perlu berpada-pada. Bertindak saja belum...
Konklusinya,jangan pernah melimitkan keupayaan kita kerana terlalu mengikat diri dengan personaliti.
Kita adalah kita.
Tak selamanya kita kekal dengan personaliti itu. Bukan setiap masa kita perlu bertindak dengan personaliti itu.
Kita ada common sense. Kita masih manusia biasa.
Berinterkasilah sebagaimana kita ingin di layan.
Jangan pernah melabelkan diri kita apa-apa.
Tapi berusahalah untuk jadi hamba Allah yang bertaqwa.
No comments:
Post a Comment