Friday, June 29, 2012

Jom

In The Name of Allah


"Dengan die anti tak leh guna ganti nama ana anti... Kena guna nama dia."

"Hmm.."

Macam macam jenis akhwat kita jumpa. Nak cara ni,tak selesa dengan cara ni,lebih selesa dengan cara ni..

Tapi yang penting berbuatlah dengan cinta,dengan kasih sayang.
Seorang murobiyah perlu itu ada sikap keibuan,keperihatinan...

"Ala..ana tak pandai la.."


"Anti kena belajar jugak. Ana tahu kat luar anti nampak je keras dan tegas. Tapi hati tu masih lembut...ada taman,bak kata orang"

Berseloroh kami berlima..

Itulah hakikatnya..

Dalam tarbiyah ni tapaknya bukan sekadar IMAN tapi juga UKHUWAH.
Iman itu untuk bekalan kekuatan diri sendiri dan ukhuwah pulak untuk dikuatkan.Kedua-duanya sangat-sangat diperlukan supaya KEMANISAN tetap mengalir dalam menelusuri jalan tarbiyah yang penuh onak dan liku ini.Seorang yang bergelar daie tak akan mampu untuk hidup seorang.Tak mungkin seorang daie tak mampu untuk ada cinta di hatinya.Sedangkan Allah telah mengajarkan dia tentang cintaNya yang agung.




Jika dikenang-kenang zaman jahiliyah rasanya tak layak untuk dapat rasa nikmat pengampunan dari Allah. Rasa diri ni kotor penuh dosa. Apatah lagi berasa layak untuk berada di barisan orang -orang yang soleh.
Tapi  hakikatnya,saat kita datang berjalan kepadaNya, Allah mampu untuk datang berlari kepada kita. Menerima diri kita yang penuh dosa. Yang dulunya sungguh lalai sungguh jauh darinya.

Dalam kita ditarbiyah. Perkara pertama yang kita belajar adalah cinta Allah.

"Jangan difikirkan diri kita tak layak.. Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang."


"Jalan tarbiyah ini bukan untuk orang yang baik-baik.. tapi untuk orang yang nak jadi baik"


"Kasih sayang Allah itu seluas langit dan bumi... Tak akan pernah habis jika di sebarkan kepada semua hambanya"



“Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Alllah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh,Dialah yang maha Pengampun,maha Penyayang” (39:53)



Macam-macam kata semangat yang diluahkan untuk meneguhkan hati kita. 

Tapi kenapa bila CINTA itu sudah sampai kepada kita,tak mampu untuk kita sebarkan?

Persoalan yang ibarat penampar di pipi sendiri.

lembutkablah hati ini dengan cinta

Ya Allah ajarkanlah kami tentang cintamu.. 
Dekatkan kami dengan akhlak Rasulmu...
Untuk kami sebarkan sebagai inti kepada tarbiyah..

LETS' CHANGE

Friday, June 22, 2012

Ana memang...

In The Name of Allah

"Asif la,ana memang seorang phlegmatik. Ana memang susah nak  berfikir dan sensitif dengan antunna punya masalah"

"Jadi kalo seorang phlegmatik tu memang tak perlu hirau tentang masalah orang lain. Dia memang akan hidup dalam dunia dia sendiri la? Hanya memikirkan tentang diri sendiri?"

Diam,tiada balas.

"Afwan,ana memang seorang choleric yang sangat cepat melenting bila statement tak wajar di keluarkan."

Apa perasan anda sekarang?
Pernah buat personality test?


Selalu berlaku bila seseorang itu memberi alasan berdasarkan personaliti dia. Nanti si sanguini pulak...

"Ana memang tak pandai nak manage,ana seorang sanguini"

Apa kita nak balas?

Hal ini akan jadi satu penyakit yang kronik jika tak dirawat segera. Memberi alasan atas alasan personaliti memang sangat tak wajar. Cukup,jika kita buat personality test untuk orang lain tahu siapa kita sebenarnya. Biar orang yang berurusan dengan kita faham dengan sikap kita dan tahu bagaimana nak berurusan dan bergaul. Personaliti sanguini,phegmatik,choleric dan melancoly hanya rujukan untuk orang lain.

Bukan untuk diri kita!

Bukan bermakna untuk kita juga faham dengan sikap kita. Tapi untuk kita perbaiki mana kurangnya. Jika tahu diri ni memang jenis tak tersusun,maka buatlah jadual. Tak kan semua urusanya berterabur.

Tak mungkin kan.

Tapi apabila dia merasakan sesuatu perkara tu penting,saya jamin dia akan susun dengan baik walaupun dia seorang sanguini.

Ada akhwat pernah mengadu,urusannya tak teratur. Terlalu banyak yang perlu di uruskan. Sedangkan dia seorang choleric. Akhirnya,dia ditegur sebab merancang hanya dalam otak. Sudah bagus merancang tapi perancangan itu perlu ditulis sebab urusannya banyak.

Ada juga si melancoly,terlalu memikirkan akibat sehingga menyebabkan dia tidak bertindak.
Bagus tak sikap ni?

Berfikir tu bagus,tapi perlu berpada-pada. Bertindak saja belum...

Konklusinya,jangan pernah melimitkan keupayaan kita kerana terlalu mengikat diri dengan personaliti.

Kita adalah kita.

Tak selamanya kita kekal dengan personaliti itu. Bukan setiap masa kita perlu bertindak dengan personaliti itu.

Kita ada common sense. Kita masih manusia biasa.
Berinterkasilah sebagaimana kita ingin di layan.

Jangan pernah melabelkan diri kita apa-apa.

Tapi berusahalah untuk jadi hamba Allah yang bertaqwa.

Wednesday, June 13, 2012

Tak Mahu Luntur

In The Name of Allah

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, 
maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. 
Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, 
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas 
untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu 
menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."

"Aku dapat membanyangkan al mujahid itu sebagai 
seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, 
menyediakan bekalan, 
berupaya menguasai fikiran 
yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya.
 Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya 
terhadap persiapan yang terus menerus. 
Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauanya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya..
dirimu dapat membaca pada garis wajahnya, 
melihat kilauan matanya, 
mendengar pada gerakan lidahnya 
segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, 
kesakitan yang terpendam, 
keazaman yang benar, 
kesungguhan cita-cita yang tinggi 
dan 
matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya...."

Imam Hassan Al-Banna





Kenapa asyik teringat..
Rindunya!!!
Moga aman dengan rahmatNya..
Abah kata pisah kejap je..
Tak sabar nak jumpa semula...
Alfatihah..

Thursday, June 7, 2012

Apabila gelap

In The Name of Allah

Satu kejadian kelam kabut di saat-saat akhir...


"Salam,kak. Malam ni ada lampu tak?"

" Tak da la.."

"ha? ye ke..saya nak buat kat mana ni..."

"buat kat bilik anti la.. sini tak da lampu,tak ada kipas"



Elektrik tak ada lagi hari ni. 




"Salam..antunna kat mana sekarang ni?"

"Kami dah sampai.."

"Kita nak buat kat mana ni? Buat je la kat sana.. ok tak?"

"hmmm... kat sini gelap. Panas.."

"Alamak ye ke... Kita buat muhasabah je la cam ni... Cane ni? Cepat fikir.."

"Ha… Ala…Tak tahu...cepat la bagi pengarahan.."

"Hmmm..tak tahu jugak la."

"Camne ni....cepatlah bagi pengarahan.."



 Selepas beberapa minit berfikir..

"Meh datang sini la.. Ana kat K5"

"Okay"
**********************************
"Kita buat kat K5 je..tak yah tahan teksi"
"Okay2"

**********************************
"Dah makan ke?"
"Makan lunch tadi dah sekalikan dengan dinner"

***************************************
"Salam antunna da kat mana? dah makan ke?"
"Jalan jam,kat traffik light... Belum..diorang nak tempah kat Ram"
"Ram tutup la..x ley tempah. Tak pe malam ni kita g makan je la..."



Alhamdulillah,dapat juga berkumpul. Mungkin caranya berbeza... Tak kisah bagaimana pun keadaanya. Tapi jumpa tengok muka pun dah cukup untuk menyentuh iman di dada. Muka orang-orang yang sanggup melangkah bersama-sama. Moga memori malam ni,dapat memperbaiki satu yang kurang antara kita.

Thank You Allah
Ini Kisah Tarbiyah Kami..

Bukan blackout yang terjadi sebenarnya...

Bak kata akhwat..


"Dalam list to do akhwat kita..semuanya hanya tindakan untuk gerak kerja je. Bayar bil elektrik tak muat nak letak..haha"

solute mantap!...toink3! ^-^

**nak exam...cuak! Gud luck to semua mujahid...
All the best.. Allah will do the rest..

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..