Sunday, May 27, 2012

............

Kata-kata biasa...

"Pengorbanan itu pahit kerana Syurga itu manis"

 Pengorbanan yang pahit itu memang lumrah dan sunnah perjuangan. Rasulullah dan para sahabat dulu sangat hebat pengorbanan mereka. Bukan main-main. Bukan bila masa lapang baru bekorban.



Tapi dalam setiap pengorbanan itu,pasti ada kemanisanya. Cari kemanisan tersebut. 
Usah di fikirkan sangat apa pengorbanan yang telah dilakukan. 
Biar Allah yang uruskan. Memberi pasti lebih baik dari menerima. 


"Ithar lah untuk imannya."
Hampir terlerai air mata...entah sampai bila mampu untuk ithar?


Moga Allah terus memberiku kesabaran yang utuh.
Memudahkan segala urusan.

Friday, May 18, 2012

Ukhuwah ini bermula dengan Iqab

Kali ini rak-rak buku di selongkar mencari satu buku catatan.
Dairi.
Alhamdulillah jumpa. Dah lama tak buat catatan dalam buku ni.
Berhabuk!
Kesibukan hidup menyebabkkan dairi dilupakan
Tapi digantikan dengan planner.
Selak-selak balik helaian dalam buku ni.
Sebuah kisah kehidupan  yang tak pernah dijangkakan begitu..
Sungguh cantik aturan Allah.
Kuntum senyuman terukir
saat imbasan kenangan lalu datang menyinggah.

Semua kenangan dan perasaan di luahkan pada buku ni.
Diciptakan buku ni sekadar motivasi bagi memastikan
Hari ni lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Namun aplikasinya hanya sementara.
Tapi kesannya agak bagus...boleh cuba sendiri.

Diari ini di cari balik untuk mencoretkan lagi kisah
Cerita untuk di kenang
Ujian untuk bersabar
Pengajaran untuk di ingati



15 mei 2012
selasa,10:15 malam

Satu kabaran yang tak di sangka-sangka..
Meruntun hati sebagai seorang sahabat perjuangan.
Ujian dariNya kali ini bukan ujian biasa.
Tak terbayang andai aku yang di uji sebegini
Jauh di sudut hati,aku dapat merasakan apa yang dia rasa..
Aku juga menangis,berat terasa di hati..
Jika aku begini pasti tuan badan lebih lagi.

Katakanalah pada aku wahai sahabat..
Apa yang boleh aku buat untuk buat hati kau tenang...?
Apa yang boleh aku lakukan untuk bagi kau kuat...?
Apa yang boleh aku beri supaya kau tetap positif...?
aku sanggup!

Tapi... 

Mesej yang di hantar tidak di balas
Panggilan yang di buat tidak di angkat
Mesti dia tak nak di ganggu sekarang..
Mesti dia nak cari ketenangan diri.
Tapi aku tak puas hati..
Nak jugak dengar suara dia
Nak jugak tahu keadaan dia
Aku takut,andai ada keputusan tak wajar diambil

Tak mahu terima!

Semalam..
Kami berjumpa..
Dia minta maaf dan pesan jangan marah..
Sebab tak reply mesej,tak angkat call
Aku cakap,tak pa aku faham..
Persahabatan kita bukan pada mesej dan call..

Mukanya kusam tak ceria
Hatinya aku tahu..
Pasti berat ibarat di timpa bata..
Senyuman nya senyuman pahit
Aku tahu dia cuba gagah!

Ya Allah kau peganglah hatinya dengan erat-erat supaya dia tak lari..
Aku mahu dia tetap melangkah bersama-sama aku
Kalo Kau bolak balikkan hatinya..
Tetapkanlah hatinya untuk mentaatimu,dalam agama mu,dalam berjihad di jalanmu
Aku mahu dia kuat seperti dulu..lebih kuat dari aku..
Aku mahu dia positif,
memandang sesuatu dengan lebih matang seperti dia dahulu..
Aku yakin pasti dia mampu untuk menghadapi ujian ini..
ujian yang hebat untuk orang yang hebat...

Jika tiada orang yang akan menyokong kau..yakinlah aku ada..
Jika tiada orang yang akan menghargai kau...yakinlah aku ada..
Jika tiada siapa mahu mendengar keluhan kau..yakinlah aku bersedia..

Jalan yang kita lalui ini bukan jalan biasa..
Jalan ini masih bersemak dan berduri
Tak ramai nak ikut jalan kita..
Tapi yakinlah jalan ini jalan yang terbaik untuk kita..

Aku nak kau kuat! kena kuat jugak!!!!!!!!!!!!!

still got tears to cry on...



Dairi yang diceritakan tak pernah wujud,
Dan bingkisan untuk dairi tersebut hanyalah copy and paste;
Dari hati yang telus ke jari-jemari...
Khas untuk dia..
Ukhuwah kita bermula dengan iqab...masih ingat?

Thursday, May 10, 2012

Biarlah sibuk

In The Name of Allah

Alhamdulillah,kelas farmakognosi habis awal hari ni.
Terus meluru ke makmal,untuk tukar air nata de coco..
Itulah rutin harian selama 20 hari ni..penat!

Langkah diteruskan jugak,ke perpustakaan.
Kali ni perlu jugak.
Handout berkepuk dalam fail,sampai dah tak muat.
Minta di layan..
Semua highlighter di keluarkan untuk memeriahkan dan meraikan nota-nota tersebut.


Tangan kemas memegang higlighter jenama Faster bewarna kuning..
Perkataan Responsibility in Ward Pharmacy... di gariskan.
Habis perkataan tersebut bewarna kuning..basah! Tapi kejap je ia mengering.

Sedang mata rapat memandang nota Amalan Farmasi III..
Fikiran merawang
Sekarang dan pukul 12.30 tengah hari
Mathurat aku dah settle belum ye?

Terkedu..



Biarlah kita kesibukan mana pun.. Sediakan juga ruang dan masa untuk menjaga hubungan denganNya.
Biarlah kita kesibukan mana pun.. Pastikan Dia yang kita utamakan dulu.
Biarlah kita kesibukan mana pun.. Jaga amalan-amalan kita.
Biarlah kita kesibukan mana pun.. Perihatinlah terhadap kondisi hati ni yang mahu tenang dan lapang.

Inilah yang kita akan rasa jika terlalu utamakan kerja..kerja..kerja.

Hari ni..
Talefon aku habes bateri dari awal pagi..
Tapi hati rasa seronok..
Allah bagi masa untuk lupakan sementara..
Bersihkan hati dan luruskan niat..

Semoga Allah permudahkan segala-galanya.

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..