Monday, March 5, 2012

Hadiah harijadi akhwatku..

Setiap yang beriman pasti di uji..
Itu janjiNya..



Allah doesn’t promise life will be easy. But,HE promise to be with us always!



Betul. Mana ada ayat Al-Quran yang mengatakan hidup ini akan mudah bagi orang beriman. Tapi Allah janji dan katakan dalam surat cintanya bahawa Dia lebih dekat daripada urat leher hambanya (50:16).

"Kita nak pergi pukul berapa nie?" saya berbisik ketika pengisian

"Pukul sepuluh..."

"Lepas habis pengisian ni kita gerak lah?"

"Haah,okay"

Masing-masing fokus kepada pengisian yang sedang berjalan. Gelak dengan lawak-lawak yang di buat. Tapi kagum sangat-sangat dengan kommitmen yang telah dia buat. Memang mantap lah!

"Akak,nanti lepas follow up,kita singgah la sekolah SMS tu nak?"

Tiba-tibe tersemangat.Mungkin terbooster dengan pengisian.

"Okay,boleh je"

Tepat pukul 10.10 pagi. Pengisian tamat. Pengisi pun dah keluar dewan.

"Kita kena ambil sinergi dulu nie,ada kat bilik Lina. Antunna pergi dulu,nanti ana datang dengan motor. Ana nak sarapan dulu kat dapur."

"Okay. Kita nak amek berapa? 60 lah"

Sinergi Edisi 7! Jangan lupa untuk dapatkan..

Tepat jam 10.30 kami meluncur laju ke destinasi. Yang kat belakang memang memejamkan mata merehatkan diri. Tinggal co-driver menemai driver ke destinasi. Tepat jam 12.00 tengah hari,kami sampai ke rumah ukhti Atia. Tumpang makan tengah hari. Bagus jugak,save jugak la budget. Perbincangan masa makan pun bermula.

"Atul,anti inform depa buat pukul brapa?" saya mulakan bicara

"Lepas zohor..."

"Owh sama la ngan ana.."

"Kak atia?"

"Diorang tak datang kot. Akak cakap pukul 12 tengah hari. Tapi skang da pukul 12.30 tgh hari tak ada siapa pun mesej akak"

"Ha? Akak! Asal akak cakap pukul 12...mana sempat!"

"Aah la! Kak atia nie..."

"Ala..akak saja nak test diorang. Ni e konfirm diorang tak datang"

Kami semua terdiam. Ada betul juga test anak taklim macam nie. Tiba-tiba..

"Tak la kak,entah-entah depa tengah tunggu akak kat surau tue sambil study. Depa kan slalu je study kat surau tu. Positifkan fikiran..."

"Haha..betul jugak tue.."

"Kita zohor kat sana la"

10 minit kemudian kami sampai ke destinasi sebenarnya. Sampai-sampai,kami terus ke surau besar untuk solat zohor. Tengah-tengah bersiap untuk mengambil wudhuk,handphone kak Atia di halakAn kepada saya oleh tuannya sendiri.


"Kenapa nie?"

Tiada jawapan berbalas.. Saya terus baca apa yang ada di skrin Samsung Corby.



Salam,kak...
XX1,XX2,XX3 tak dapat nak join usrah lagi atas sebab-sebab tertentu..... Harap akak halalkan segala ilmu yang diberi. Terima kasih kak
                                                                                                                                     sender XX1

Saya terus pandang wajah Kak Atia. Saya sendiri tersentap... Fuh! Mesej yang melemahkan jiwa.
Tiada kata nak terucap..

"Bagus! 3 orang dah excreted..." saya luahkan

"Ha? EXCRETED???" Atul kepelikan..

"Keluar la maksudnya" saya jawab dnegan lemah

"Kak Tia...sabar la kak. Memang kita akan di uji. Bagus jugak,tak yah kita nak fikirkan depa yang bermasalah macam ini"

Tiada jawapan yang berbalas. Saya berlalu untuk terus mengambil wuduk.

Selesai mengambil wudhuk,Kak Atia masih di situ..tidak bergerak merenung handphonenya...

"Dah siap berwudhuk ye? Jagakan beg" kata Kak Atia..tiada perasaan.

"Ok.. Akak kenapa? Akak nangis ke?"

"Sedih la.." sambil air mata dua tiga titik di kesat.

"Sabar la kak ye..." cuba untuk menenangkan walaupun tak tahu bagaimana seharusnya.

Dia berlalu mengambil wuduk juga.

"Atul...Kak Atia nangis la"

"Yeke..kesiannya....nak buat macam mana. Sabar jela"

Seusai solat zohor berjemaah... Kami ke tempat perletakkan beg kami. Di situ masing-masing sibuk melipat telekung. Tapi Kak Atia duduk menundukkan kepala. Kali ini bukan tangisan biasa yang terkeluar. Tangisannya benar-benar tangisan disertai esakan demi esakan. Saya yang ada di sebelah pun terasa nak menangis. Setelah kami cuba menengangkan..keadaan menjadi sedikit reda.

Kesedihan dirasakan kerana kasih yang sudah terukir dihati.
Tapi kemudian ditinggalkan.
Biarlah jika orang lain menangis di tinggalkan kekasih,
 tapi kita menangis di tinggalkan mad'u.

tapi tak perlu sedih sangat...^-^

"Tak pa kak,hari ini jugak kita akan dapatkan pengganti!!" saya cuba untuk semangatkan keadaan.

"Afwan la...terukla menangis depan antunna. Akak sedih sangat.. Sebab arini hari ini hari jadi akak...akak ingat nak surprisekan diorang dengan sesuatu"

"Ha?????" Terkezut saya.. "Apa?" Saya masih inginkan kepastian.

"Hari ni hari jadi dia..."

Ya Allah..yeke? Hari ini 4 haribulan mac. Teruknya aku ni,macam mana aku sendiri tak alert! Dia dah pernah bagitahu sebelum ni. Dah la aku selalu berbincang dan berjaulah bersama dengan dia...
Ya Allah.....   dia yang disurprisekan.

Saya lagilah bertambah sedih.
Keadaan menjadi suram kembali

Kehadiran Anis dan Nasuha mengubah suasana. Apatah lagi depa membawa kawan-kawan baharu. Pelajar PDT!
Ya Allah..Kau makbulkan permintaan kami. Menggantikan sesuatu yang lebih baik...InsyaAllah!
Kami masing-masing senyum dan tersengih..
Kemudian di ikuti kehadiran adik-adik saya.

Aktiviti bermula seperti biasa.

 

Lumrah dalam mengajak. Meninggalkan atau ditinggalkan. Ianya akan tertapis dengan sendiri.
Hadiah hari jadi..
Dimulakan dengan kesedihan di akhiri dengan senyuman...

7 comments:

  1. salam terharu ana baca..

    sanah helwah k.atia.. kami da wish awal, masa program. hehe.

    ReplyDelete
  2. huhu..ana ketinggalan. Dah la tak teringat pulak tu..

    Sanah helwa akak..!

    ReplyDelete
  3. cute nama2x watak cerpen ni..

    nok panggil ah pas ni..

    buat para murabbi dan murabbiyyah di luar

    'jgn risau ditinggalkan anak hq sbab Allah tidak pernah menipu kita' 5:54

    lg banyak anak hq kita lari, lagi banyak pengganti diorang nanti malah jauh lebih hebat..lagi mencintai dakwah daripada yg lama

    innawa'dallah hi haq

    ReplyDelete
  4. kui3..
    ana cabar..ngeh3.

    InsyaAllah,jazakillah atas taujih!

    Moga kami sentiasa diberi kekuatan dan semangat dalam proses pembelajaran nie.

    ReplyDelete
  5. sedih n terharu apabila membaca ni,,, smg Allah gantikan yg lbh baik,,, mula2 ana tgk tajuk, ingat akhwat buat surprise hari lahir ukhti....ttp sebaliknya

    ReplyDelete
  6. Betul...
    Tapi,
    Tidak selalunya kita ini disajikan dengan perkara mengembirakan pad hari yang menggembirakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... hadiah harijadi yg special.. mungkin Allah nak bagi yang lagi special... ^_^

      Delete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..