Friday, March 30, 2012

Ayat-ayat Allah

In The Name of Allah

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad diantara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar "(3:142) 



"(Pahala dari Allah) itu bukanlah satu angan-anganmu dan bukan pula angan-angan ahli kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan,nescaya akan di balas sesuai dengan kejahatan itu,dan dia tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah"(4:123)




"Apa sahaja diantara rahmat Allah yang di anugerahkan kepada manusia,maka tidak ada yang dapat menahannya;dan apa saja yang ditahan-Nya tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah yang maha Perkasa dan maha Bijaksana"
(35:2)







"Jika kamu memperoleh kebaikan,(nescaya) mereka bersedih hati,tetapi jika kamu ditimpa bencana,mereka gembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa,tipu daya mereka tidak akan menyusahkan kamu sedikit pun. Sungguh Allah meliputi apa yang mereka kerjakan"(3:120)




Kuatkan hati dengan ayat-ayat Allah. Banyak janji-janji manis dan kabar-kabar gembira yang Allah janjikan.
Teruslah melangkah dengan gagah.
Gigitlah amanah itu dengan gigi geraham.
Gemgamlah amanah itu dengan sekuatnya
Pacakkanlah amanah itu hingga ke pusat bumi.

Masa untuk berehat telah habis.
Amanah terlalu banyak berbanding masa yang ada.
Kuatkanlah hati,yakinkan diri
Kita kan ada Allah
Jangan di fikirkan kelemahan diri,fikirkanlah keadaan umat ini


Saturday, March 17, 2012

Malu dengan Allah

In The Name of Allah

"Semua orang nak balik..
Saya pun nak balik!
Tapi saya masih boleh bersabar!!!"

Rumah tersebut bergegar dengan jeritan pertama di pagi yang hening. Bekung di dada tak dapat di tampung lagi. Kesabaran juga dah tak dapat kawal lagi. Entah depan siapa dia menjerit. Sekadar nak di fahami tapi emosinya dah tak dapat di kawal. Segala tekanan terluah dalam teriakan!

Kenapa hari ni,hatinya benar-benar meletup. Tanpa berfikir rasional tangisan demi tangisan kedengaran. Kali ni esakan demi esakan. Ketenangan tak dapat dicari....

 

Tolonglah jangan pentingkan diri sehingga kebajikan akhwat di ketepikan.
Diakan akhwat kita??

Ya Allah,
Kenapa hari ni aku tidak mampu
Hati ini masih ada kotoran
Masih ada keraguan
Aku masih melemah
Disaat diri ni Kau beri kekuatan
Aku masih membandingkan dengan yang lain.

 

Ya Allah..
Disaat aku masih mampu menahan kemahuanku
Kenapa mereka tidak mampu?
Jika aku nak beralasan sudah pasti lama aku nyatakan
Tapi Allah aku yakin dengan bantuan dariMu
Aku percaya Kau sentiasa ada untuk menjaga dia 
Jagakanlah dia untukku..
Bukan pengumpulan dan kebersamaan di dunia ini 
Yang aku harapkan
Aku mahu ya Allah kami dikumpulkan disyurgaMu nanti
Aku mohon agar pengharapan yang tak putus-putus dalam doaku
Kau kabulkan
Kabulkanlah Ya Allah

Ya Allah,
hari ni satu kelalaian dan kerugian besar untuk ku
Aku tinggalkan ia kerana emosiku
Ampunkan aku Ya Allah
Aku juga manusia biasa..
Ya Allah
Jangan Kau biarkan aku ulangi lagi...




 

Monday, March 5, 2012

Hadiah harijadi akhwatku..

Setiap yang beriman pasti di uji..
Itu janjiNya..



Allah doesn’t promise life will be easy. But,HE promise to be with us always!



Betul. Mana ada ayat Al-Quran yang mengatakan hidup ini akan mudah bagi orang beriman. Tapi Allah janji dan katakan dalam surat cintanya bahawa Dia lebih dekat daripada urat leher hambanya (50:16).

"Kita nak pergi pukul berapa nie?" saya berbisik ketika pengisian

"Pukul sepuluh..."

"Lepas habis pengisian ni kita gerak lah?"

"Haah,okay"

Masing-masing fokus kepada pengisian yang sedang berjalan. Gelak dengan lawak-lawak yang di buat. Tapi kagum sangat-sangat dengan kommitmen yang telah dia buat. Memang mantap lah!

"Akak,nanti lepas follow up,kita singgah la sekolah SMS tu nak?"

Tiba-tibe tersemangat.Mungkin terbooster dengan pengisian.

"Okay,boleh je"

Tepat pukul 10.10 pagi. Pengisian tamat. Pengisi pun dah keluar dewan.

"Kita kena ambil sinergi dulu nie,ada kat bilik Lina. Antunna pergi dulu,nanti ana datang dengan motor. Ana nak sarapan dulu kat dapur."

"Okay. Kita nak amek berapa? 60 lah"

Sinergi Edisi 7! Jangan lupa untuk dapatkan..

Tepat jam 10.30 kami meluncur laju ke destinasi. Yang kat belakang memang memejamkan mata merehatkan diri. Tinggal co-driver menemai driver ke destinasi. Tepat jam 12.00 tengah hari,kami sampai ke rumah ukhti Atia. Tumpang makan tengah hari. Bagus jugak,save jugak la budget. Perbincangan masa makan pun bermula.

"Atul,anti inform depa buat pukul brapa?" saya mulakan bicara

"Lepas zohor..."

"Owh sama la ngan ana.."

"Kak atia?"

"Diorang tak datang kot. Akak cakap pukul 12 tengah hari. Tapi skang da pukul 12.30 tgh hari tak ada siapa pun mesej akak"

"Ha? Akak! Asal akak cakap pukul 12...mana sempat!"

"Aah la! Kak atia nie..."

"Ala..akak saja nak test diorang. Ni e konfirm diorang tak datang"

Kami semua terdiam. Ada betul juga test anak taklim macam nie. Tiba-tiba..

"Tak la kak,entah-entah depa tengah tunggu akak kat surau tue sambil study. Depa kan slalu je study kat surau tu. Positifkan fikiran..."

"Haha..betul jugak tue.."

"Kita zohor kat sana la"

10 minit kemudian kami sampai ke destinasi sebenarnya. Sampai-sampai,kami terus ke surau besar untuk solat zohor. Tengah-tengah bersiap untuk mengambil wudhuk,handphone kak Atia di halakAn kepada saya oleh tuannya sendiri.


"Kenapa nie?"

Tiada jawapan berbalas.. Saya terus baca apa yang ada di skrin Samsung Corby.



Salam,kak...
XX1,XX2,XX3 tak dapat nak join usrah lagi atas sebab-sebab tertentu..... Harap akak halalkan segala ilmu yang diberi. Terima kasih kak
                                                                                                                                     sender XX1

Saya terus pandang wajah Kak Atia. Saya sendiri tersentap... Fuh! Mesej yang melemahkan jiwa.
Tiada kata nak terucap..

"Bagus! 3 orang dah excreted..." saya luahkan

"Ha? EXCRETED???" Atul kepelikan..

"Keluar la maksudnya" saya jawab dnegan lemah

"Kak Tia...sabar la kak. Memang kita akan di uji. Bagus jugak,tak yah kita nak fikirkan depa yang bermasalah macam ini"

Tiada jawapan yang berbalas. Saya berlalu untuk terus mengambil wuduk.

Selesai mengambil wudhuk,Kak Atia masih di situ..tidak bergerak merenung handphonenya...

"Dah siap berwudhuk ye? Jagakan beg" kata Kak Atia..tiada perasaan.

"Ok.. Akak kenapa? Akak nangis ke?"

"Sedih la.." sambil air mata dua tiga titik di kesat.

"Sabar la kak ye..." cuba untuk menenangkan walaupun tak tahu bagaimana seharusnya.

Dia berlalu mengambil wuduk juga.

"Atul...Kak Atia nangis la"

"Yeke..kesiannya....nak buat macam mana. Sabar jela"

Seusai solat zohor berjemaah... Kami ke tempat perletakkan beg kami. Di situ masing-masing sibuk melipat telekung. Tapi Kak Atia duduk menundukkan kepala. Kali ini bukan tangisan biasa yang terkeluar. Tangisannya benar-benar tangisan disertai esakan demi esakan. Saya yang ada di sebelah pun terasa nak menangis. Setelah kami cuba menengangkan..keadaan menjadi sedikit reda.

Kesedihan dirasakan kerana kasih yang sudah terukir dihati.
Tapi kemudian ditinggalkan.
Biarlah jika orang lain menangis di tinggalkan kekasih,
 tapi kita menangis di tinggalkan mad'u.

tapi tak perlu sedih sangat...^-^

"Tak pa kak,hari ini jugak kita akan dapatkan pengganti!!" saya cuba untuk semangatkan keadaan.

"Afwan la...terukla menangis depan antunna. Akak sedih sangat.. Sebab arini hari ini hari jadi akak...akak ingat nak surprisekan diorang dengan sesuatu"

"Ha?????" Terkezut saya.. "Apa?" Saya masih inginkan kepastian.

"Hari ni hari jadi dia..."

Ya Allah..yeke? Hari ini 4 haribulan mac. Teruknya aku ni,macam mana aku sendiri tak alert! Dia dah pernah bagitahu sebelum ni. Dah la aku selalu berbincang dan berjaulah bersama dengan dia...
Ya Allah.....   dia yang disurprisekan.

Saya lagilah bertambah sedih.
Keadaan menjadi suram kembali

Kehadiran Anis dan Nasuha mengubah suasana. Apatah lagi depa membawa kawan-kawan baharu. Pelajar PDT!
Ya Allah..Kau makbulkan permintaan kami. Menggantikan sesuatu yang lebih baik...InsyaAllah!
Kami masing-masing senyum dan tersengih..
Kemudian di ikuti kehadiran adik-adik saya.

Aktiviti bermula seperti biasa.

 

Lumrah dalam mengajak. Meninggalkan atau ditinggalkan. Ianya akan tertapis dengan sendiri.
Hadiah hari jadi..
Dimulakan dengan kesedihan di akhiri dengan senyuman...

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..