“wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sebenarnya-benarnya taqwa kepadanya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim” (3:102) |
Suatu masa dahulu:
Di sekolah yang bersebelahan dengan selat melaka. Suatu pengunguman di lakukan.
"Assalamualaikum wbt. esok akan diadakan satu forum berkaitan permasalahan umat Islam,terdiri daripada panel jemputan bukan dari sekolah kita. Forum di surau Assyakirin. Pukul 2.45 petang. jadi semua pelajar diminta berkumpul disurau. Prep petang tiada esok. Sekian terima kasih."
Esoknya.Semua pelajar pun berkumpullah di surau seperti diarahkan. Sampai je melangakah ke surau maka saya dan sahabat,umi pun bersila lah,bersedia mendengar apa yang di bincangkan. Beberapa ketika,selesai forumer pertama bercakap....
"weh,bosanlah..."
"aah..aku mengantuk la. Selalunya masa nie aku tidur kat kelas..."
"aku teringin la nak makan ABC pak mat ,ko nak tak? jom wei.. "
"jom la..leh gak. Dari aku kebosanan kat sini."
Jadinya,kami pun meloloskan diri ke kantin. Alhamdulillah tak ada orang. Ye la semua pelajar kan ada kat surau.
"cik,ABC dua bungkus."
"wei,umi. Kita nak makan kat mana nie?"
"makan kat kelas la...rehat-rehat bawah kipas"
"orait.."
Dalam perjalanan ke kelas dari kafe, dengan sebungkus ABC ditangan masing-masing. Kami terserempak dengan cikgu Add Math.
"kamu buat apa kat sini"
"aaaaa...." kami tersenyum..dalam hati berdebar-debar gak. Jarang sangat buat macam nie.
mujurlah selamat. Lagipun,cikgu add math nie sempoi dan sporting. Kalo jumpa dengan PK Hem masa tue, pasti kantoi sampai ke perhimpunan.
Suatu petang..
"wei,korang malam nie Brazil lawan Italy la..Aku nak tengok Brazil main...."
"weh,,,ye ke. Tapi camna nak tengok..hari nie kan hari Rabu. Bilik tv mana boleh masuk"
"ye la wei..kita tengok je la keputusan kat surat khabar esok pagi...kat kelas.." pasrah.
"tapi kalo kita tengok game die kan lagi best..lagi real,lagi feel. Masa perlawanan kul 2 pagi..camna ye kita nak tengok??"
"ha! aku ada idea. Bilik tv tue bukan kunci pun. 2 pagi mana ada student hidup.. Camtu,jom je la kita..hahaha"
"woit..ko biar betul.. warden tahu abeh la kita. Nampak bercahaya-cahaya kat tingkap bilik tv..."
"ish! ko nie..negatif la. Warden tak de nya la nak berjaga pagi-pagi.."
"weh..aku setuju!!! Orait..malam nie kita stay up ramai-ramai.."
Malam tue,maka semua ahli geng nie pun turun ke bilik tv untuk menonton perlawanan yang di nantikannya. Tapi belum lagi perlawanan habis,sorang-sorang dah surrender,tidur! Dalam pukul 4.30,perlawanan tamat..Brazil kalah..sob3. Memandangkan ramai yang dah terlentok,maka mereka pun tidur je dalam bilik tv tanpa memikirkan risiko yang bakal di hadapi.
Esoknya. Perbuatan mereka di ketahui oleh pihak pengawas. Tapi apa heran...pengawas tue sama batch dengan mereka. Tak berani la dia nak cakap lebih-lebih. Paling teruk pun sindir je...hahah. Tak ingat dah..sama ada perbuatan nie sampai ke pihak warden ke tak.
Dah besar sikit:
tuck..tuck..tuck..( pintu bilik di ketuk.)
tuan punya bilik pun bukak.
"Eh,tak pe..pergi dulu."
"tak pe nak tunggu.."
esokknya..
"eh..pergi dulu.."
"owh ok.."
esoknya lagi..
"jom.."
"jom.."
lepas nie bersedia la..supaya nanti dia tak yah tunggu.
Orait dah dengar derapan kaki,dia dah sampai. Maka lampu dan kipas di tutup. Pintu dikuakkan...tapi..hahha kelakar-kelakar. Kenapa..apa yang dia nampak?
Kelihatan kawannya,sedang lari secepat-cepatnya, dari penglihatan saat pintu dikuakkan.
Nak je jerit...
"ha! lari laju lagi..semoga jatuh tangga!"
tapi tak terkeluar sebab takut dosa.
Alhamdulillah..dah takut dengan dosa..
Akan datang:
ketika syaitan datang membisik
ketika nafsu memujuk
ketika bosan dengan perkara baik
ketika ingin melanggar peraturan
ketika inginkan kebebasan
ketika mendambakan kemewahan
Ingatlah Allah.
“dan jika syaitan datang kepadamu menggodamu,maka berlindunglah kepada Allah.Sungguh Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” (7:200) |
Cukup-cukuplah mengikut hawa nafsu. Cukup-cukuplah menerima ajakan syaitan...
Jom kita jadi hamba yang bertaqwa. Yang merasakan kehadiran Tuhannya,walau di mana sahaja kita berada.
Dunia bukan matlamatnya. Tapi akhirat yang di dambakannya.
Doa Abu Bakar:
"Ya Allah jadikanlah dunia di tanganku,bukan dihatiku"
betul tuh..sedih melihat orang sekarang yang lebih bangge apabila sering melakukan dosa
ReplyDelete"Di sekolah yang bersebelahan dengan selat melaka"...
ReplyDeleterindunye.
ety: betol2..jadi jom kita wujudkan masyarakat rasa bersalah ketika buat dosa.
ReplyDeletesumayyah:alamak!!! pengawas dah datang!
betul la rindu kat sekolah tue...
ReplyDeletecikgu-cikgunya..
asramanya..
kantinnya..
suraunya..
gotong royong...
dormnya...
kawan-kawannya...
huhu