In The Name of Allah
Satu perkongsian ringkas yang saya nak berkongsi. Pada cuti yang baru sahaja berlalu,ayah saya pergi ke klinik gigi. Masalah dengan gigi gerahamnya. Dulu berlubang tapi malas nak tampal,tapi sekarang dah dimakan dek isi gusi,lagi sakit! Menyesal pun da tak guna.Jadi penyelesaiannya adalah pergi klinik gigi dan cabut je la gigi geraham tue.
Jadi,pagi suatu hari tue ayah saya pun pergi la klinik gigi. Beberapa jam kemudian pulang. Dia mengadu pening sangat. Owh,biasalah bius kat gusi belakang lagi,mestilah banyak blood capillary. So,pening tue normal je la. Hmmm....
"tapi sakit la...dia cabut gigi geraham,tinggalkan lubang besar "
"oooo...ye ke. Tak pe la,kejap lagi rasa okey la tue "
"tapi kenapa doktor tue tak jahit? biar je berlubang besar"
Gusi boleh je jahit? Mesti la keras....kan? Tapi saya diam je tak membalas apa-apa..
"aduh,lapar la pulak..."
"abah nak makan apa?"
"abah rasa tak boleh nak makan la...sakit lagi bahagian mulut nie. Cuba tengok pipi abah bengkak tak? Rasa tak selesa la..."
"la ye ke..tak hilang lagi sakit. Meh tengok.."
Aah..memang bengkak. Tapi lepas tue ayah saya makan pisang sikit,alas perut. Sebelum pegi klinik tadi ayah makan sikit je. Mana boleh tahan sampai petang. Malam tue ayah saya dah rasa okey sikit,ayah saya da boleh mula makan nasi tanpa lauk. Sekadar hilangkan rasa lapar diperut.
Selama dua hari,selepas cabut gigi. Ayah saya hanya makan nasi dan kuah sahaja lauk yang diambil sikit sangat. Mungkin rasa sakit lagi tak hilang. Ye la kan,gigi geraham..gigi yang paling besar. Mempunyai akar tunjang yang kukuh..bila dicabur pasti rasa sakit sangat.
Pada hari ketiga,ayah saya panggil saya untuk tengok giginya sebab ayah saya rasa macam ada makanan yang terlekat dan dia rasa tak selesa. Saya masa tue rasa terkejut. Yang saya fikir,"aku kena tutup mulut aku nie... ak tengok gigi orang (sebab dentist semua tutup mulut bila periksa gigi pesakit)...". Tapi lepas tue,saya tengok je mulut ayah saya tue,tak yah nak tutup-tutup mulut,bukannya orang lain,ayah sendiri. Ayah saya pun tunjuk kawasan mana yang die rasa tak selesa. Saya tak nampak ada makanan pun dalam lubang gusi tue. Tapi lubang tue memang besar la..
Tapi sebenarnya saya terkejut sebab bukan kawasan tue je ayah saya tiada gigi..tapi di beberapa tempat lain. Senang kata,sebenarnya kebanyakkan gigi ayah dah dicabut.Masa tue terlintas dihati...ayahku sudah tua rupanya. Saya masih melayan dia sebagaimana saya melayan ayah semasa saya kecil. Saya baru terfikir...ayah saya sudah berusia,umurnya sudah meningkat,giginya pun banyak yang dah tak ada. Masa tue saya terkenang semua jasa dan pengorbanan ayah yang dah membesarkan saya. Sedih bila diingatkan,apa yang kita balas dengan semua kebaikan ayah. Sedikit sekali saya balas dengan kasih sayang kepadanya. Yang saya tahu,permintaan dan kehendak saya harus dipenuhi. Jarang sekali saya fikirkan kepentingan ayah saya.
Walaupun hanya setakat gigi,tapi gigi tue cukup untuk mengungkapkan segala pengorbanan dan penat lelah yang ayah lakukan untuk diri saya dan adik beradik lain. Kini kami semua dah pun jadi manusia yang berguna malah masing-masing mampu untuk berdiri sendiri tapi tanpa ayah siapalah kami sekarang nie. Doanya sentiasa ada untuk mengiringi kejayaan kami. Keredhaannya perlu sentiasa menjadi keutamaan kami.
Kini bagi saya,dialah ayah dan dialah manusia yang paling saya ada dan paling saya sayang di dunia ini sekarang.
p/s: appreciate ur parents as they are still here to pray for ur success. Don't eva regret anything when one day one of them of both of them leave u first!
(^^,)
ReplyDeletei get the point!!
bukan gigi yang nk diceritakan but ada sumthing disebalik itu!!
terharu~!!!
ReplyDeletekbtln ayh aq pn skit gigi skang ni..hmmm
hehe..
ReplyDeleteyeke bahi,sama la kita.
p/s:
walaupun sakit gigi je,dont take it lightly...
sakit gigi antara 3 rasa sakit yang paling sakit...