Alhamdulillah,akhirnya dapat juga saya menulis lagi. Walaupun,penulisan tidaklah sebagus mana tapi saya tetap nak menulis di sini sebab saya rasa menulis sedikit sebanyak memberi indikator kepada iman dihati..insyaAllah.
Dari saat ini,hanya tinggal dua minggu untuk kami final. Namun,pada hujung minggu lepas,masih sempat untuk kami menjalan program khidmat masyarakat di Sg.Timun,Linggi.
Pada mulanya saya rasa amat sedih dan terkilan untuk ikut bersama dalam program nie,sebab pada masa dan waktu yang sama ada mukhayyam jugak. Saya terpaksa memilih program ni sebab ianya wajib dan menyumbang markah dalam subjek khidmat masyarakat dan juga memberi effect kepada pointer saya nanti,kalo saya tak ikut konfem2 gagal. Saya katakan kepada diri saya..
"tak pe,at least aku ada menyumbang untuk mukhayyam ini walaupun tak dapat ikut ".
Kalo saya ikut mukhayyam nie,pasti iman dan kefahaman saya meningkat walaupun hanya sedikit..berbanding saya ikut HM nie.. Apa boleh buat????
Sampai di Linggi,selepas majlis perasmian...kami diserahkan kepada ibu angkat masing-masing. Saya,Hamiesah,Ivy dan Karen secara tidak langsung menjadi adik beradik angkat selama tiga hari nie..huhu. Mungkin best kan?? Tapi lagi best anak-anak Pn. Asmalela..hehe. Sebabnya,kami masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.. ajk protokol lah,memasak kenduri lah,koir lah dan keselamatan lah..
Pn.Asmalela dan En.Yaakob mempunyai 7 orang anak,5 orang duduk bersama-sama mereka. Pekerjaan meraka adalah menangkap dan menjual. Ayah menangkap udang dan ikan,mak menjual udang dan ikan. Bengkel udang dan ikan bersebelahan sahaja dengan rumah mereka. Selain tue,mereka juga membela ayam,angsa,ikan puyu,ikan baung dan kucing.Mereka jual atap nipah juga.. Saya suka suasana rumah mak..sebab suasana kampung yang begitu hidup dan indah. Saya juga sangat kagum dengan ayah dan mak sebab mereka betul-betul berdikari untuk mencari sesuap nasi...berbanding hanya makan gaji. Waktu malam pula,kami di bawa secara percuma oleh alang bersama adik-adik baru melihat kunang-kunang di sepanjang sungai..wah! sangat mengagumkan! Pada mulanya,tak jadi sebab alang pergi memancing,tapi dengan izin Allah,dia balik awal..maka sempatlah kami menziarahi kuang-kunang.....hehe
Kehidupan meraka sangatlah sederhana dan sempoi tapi saya boleh rasa mereka cukup dan bersyukur...banyak lagi kalo nak diceritakan. Saya harap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat sebab mereka sangat best!! Kalo ada peluang,saya nak datang lagi!
Berbalik kepada mukhayyam vs opkim....
Sangat berbeza kalo nak dibandingkan... tapi hanya satu yang opkim dapat beri kepada saya. Bukannya keseronokkan,kegembiraan atau kepuasan juga ketenangan tapi dengan ketentuanNYA,saya dapat satu keluarga yang baru,yang pasti amat bernilai dalam hidup saya...
- TERUSLAH BERJUANG DI BUMI ALLAH -
No comments:
Post a Comment