Alhamdulillah,perkhemahan itu menunjukkan kesan yang amat memberansangkan. Mereka lebih faham apa yang mereka lakukan sekarang,mereka lebih jellas untuk apa mereka di ajak sekarang. Jika dulu,mereka terlalu banyak beralasan,diketuk pintu tidak di buka,apabila berbicara mukanya tidak ceria.... tapi sekarang sedikit sebanyak mereka telah berubah. Jika mereka membeli makanan,makanannya di pelawa,jika berkata-kata mukanya ceria,senyum. Jika diterangkan mereka memberi respons... Alhamdulillah,semuanya kerana Allah. Ya Allah,aku bersyukur padamu atas segala kemudahan yang Kau berikan kepada kami untuk terus teguh dijalanMu.
|
mungkin begini suasana mukhayyam itu....hmmmm |
Selepas mukhayyam... ada yang berkata...
"sebelum nie,saya tak tahu kenapa saya pergi halaqah,tapi sekarang baru saya faham.."
sedih juga dengar...ingatkan apabila diterangakan kepentingan tarbiyah,mereka boleh la faham sedikit,tapi ana masih tak mampu lagi untuk memahamkan.
"sepanjang program tu rasa macam nak nangis je"
kenapa? ana tak tanya pula... ada akhwat lain kata,sebabnya dia amat terharu dengan akhwat2 yang hadir bersama-sama ketika mukhayyam.. Akhwat2 kita memang hebat...!
"zu,rugi zu tak pergi...."
ayat nie,di ulang berkali-kali ketika minta mereka berkongsi tentang apa yang mereka dapat... Tak pe,antunna ada untuk sampaikan balik ilmu2 yang antunna dapat kan?? hehe..
apabila,ana minta mereka kongsikan balik,alhamdulillah memang mereka dapat la kefahaaman sedikit sebanyak...
ada yang kongsikan tentang
surah anfal ayat 27....tentang amanah...
surah al-imran ayat 104,110,114...tentang amar maaruf nahi mungkar..
Pagi tadi,dalam bas...ana terserempak dengan salah seorang dari mereka. Gembira ana jumpa dia...jarang jumpa di fakulti,selalunya di bilik je. Apa yang lebih mengembirakan lagi,ana nampak ada kain putih bercorak-corak terkeluar di pergelangan tangannya. Pemakaiaan juga berbeza... teringat ana ketika mula-mula di tarbiyah..begitu juga.. dari segi akhlak memang agak lambat untuk nampak perubahan,tapi segalanya bermula dengan pemakaian.. Bagi ana ,perubahan melalui pemakaian sudah cukup untuk mengatakan
"mulai saat ini aku,ingin berubah..."
Itu bukan bermakna,cukup mereka sahaja sudah berubah..tapi aku sendiri juga perlu berubah untuk melangkah lebih setapak.. sebab aku tahu apa yang menanti di hadapan bukannya senang-senang lagi tapi segalaanya penuh dengan perjuangan yang menuntut pengorbanan memerlukan kommitmen...
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuk lah ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan lah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musush nyata bagimu"
(2:208)