Thursday, February 28, 2019

Hakikat Penciptaan Manusia

Bismillah.

It has been long time no more writing here. Now i try to set is as my commitment. 

“ Write it sharpen your brain” - Dr Beni

Alhamdulillah , selepas sebulan lebih hampir satu persatu ayat dalam surah Al Insan di bahaskan dalam usrah di bawah bimbingan murobbiah. Surah Al Insan adalah salah satu surah yang saya suka sangat bila membaca terjemahan ayatnya. Bila di bincangkan secara terperinci lagilah bertambah kefahaman mengenai surah ini. Kehebatan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.


Di awal surah menekankan tentang hakikat penciptaan manusia. Tapi sebelum itu ayat ini di mulakan dengan persoalan yang lembut supaya manusia ini berfikir.

                               Image result for hakikat manusia

“ Bukankah pernah datang kepada manusia waktu daripada masa, yang ketika itu merupakan sesuatu yang belum disebut? ” 
(Al Insan :1)

Ayat seterusnya Allah menjawab persoalan - persoalan tersebut. Hakikatnya manusia ini di ciptakan daripada air mani yang hina yang bercampur - campur yang akhirnya lahir pelbagai kaum, generasi, warisan dan juga keturunan. Semuanya berasal dari sesuatu yang hina. 

Kemudiannya Allah menjelaskan bahawa:

1.  Di tunjukkan kepada kita jalan lurus namun ada yang bersyukur dan jalan kufur
2.  Bagi yang kufur Allah sediakan rantai belengu dan neraka
3. Yang bersyukur/ berbuat kebajikan ( golongan abrar) dapat minum air kafur yang sedap lagi nikmat di syurga nanti.

Daripada 5 ayat awal surah Al Insan sudah cukup mengetuk hati dan fikiran kita tentang apakah tujuan hidup kita. Apakah pilihan hidup kita? Sedangkan Allah sudah cukup baik dan Maha baik menunjukkan kepada kita jalan yang lurus tapi manusia tetap dalam jahiliyah kerana sombong dan ego.

Justeru jadikanlah sifat bersyukur sebagai response atau tindak balas kita yang pertama. Response yang kemudiannay menjadikan pandangan, perasaan dan sikap kita berubah mengikut celupan yang Allah mahukan.

                               Image result for surah al insan


Ayat seterusnya Allah menceritakan maksud celupan Allah iaitu ciri-ciri Abrar yang dimaksudkanNya. 

1. Orang yang memenuhi nazar dan janjinya dengan Allah
2. Orang yang takut azab Allah
3. Orang memberi harta ( makanan, pakaian, masa, duit, etc )yang di cintainya kepada yang lebih memerlukan.

Betapa baiknya Allah menunjukkan kepada kita sesuatu yang kita perlukan. Tinggal hanya kita untuk memenuhi keperluan itu melalui mujahadah diri kita sendiri.

                              Image result for syurga

Golongan Abrar tersebuta akan di beri balasan yang sangat - sangat lumayan dari Allah swt berupa

1. Diberi pakaian daripada sutera
2. Duduk di pelamin ( bagi yang dah merasa boleh bayang perasaan bahagianya duduk di pelamin)
3. Petik buah buahan sambil duduk di pangkin ( subhanallah betapa relax nye )
4. Datang bidadari edarkan air dari gelas - gelas kristal yang ‘custome made’ ikut kemahuan kita 
5. Di kelilingi oleh pemuda yang tetap muda.

Nikmat mana yang kamu dustakan. Boleh bayangkan syurga atau dunia yang lebih nikmat ? Tak terbayangkan sebab tu kenapa ramai manusia gagal bermujahadah di dunia. Kita lupa tentang kehebatan nikmat mahal yang menanti kita di syurgaNya.

“Kenikmatan di dunia untuk di tepis dan di halangi kerana ianya hanya sementara. Sedangkan kenikamatan yang di sediakan untuk di nikmati sepuas-puasnya adalah di syurga. Ia sedang menanti..”

Sebagaimana Rasulullah s.a.w menolak segala tawaran wanita harta dan pangkat daripada orang-orang musyrikin Mekah. Satu je alasannya,

“ Maaf, Tawaran di syurga lebih lumayan.”

Cukuplah syurga menjadi motivasi untuk kita terus beramal dan berbuat kebajikan. Yakinlah Allah tahu di mana titik untuk menggembirakan hati hamba-hambaNya. Pasti yang kekal lebih baik daripada yang sementara.


thedofi
hambakerdil
280219
Sgpetani

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..