Sunday, August 30, 2015

Motivasi :" Make it Simple "

Bismillah..

Masih teringat ketika awal permulaan aku bekerja di semenanjung.. Kena bangun lebih awal dari biasa, mandi sebelum suboh. Lepas usai menunaikan solat suboh, dah kena bersiap-siap terus ke kerja. Menanti KTM.

Suboh di semenanjung lebih lewat dari Sabah, jadi aku terkial-kial sedikit untuk mengurus masa. Ketika di Sabah, aku sempat memasak sarapan, menelaah sebelum ke kerja ataupun tidur semula. hew2.

Ketika menanti KTM, kawan-kawan di sekeliling aku ketika itu kebanyakkannya adalah orang indonesia yang datang ke sini mencari rezeki. Bahkan mereka selalu lebih awal dari aku keluar dari rumah. Gigih sehingga sekarang.

---------------

Wraghhhhh! Hari itu selepas suboh, aku melangkah bergerak longlai, naik ke rumah, cucuk kunci di tombol dan tolak pintu. Kaki terus melangkah lemah masuk ke rumah. Mata masih mengantuk, otak suam-suam kuku berfikir. Liqa' habis lewat semalam. Laki terus melangkah sehingga masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba mataku terus segar.

Aku lihat baju bergantung tak berlipat di penyangkut, Buku-buku bertimbun tersusun di atas meja. Tiba-tiba teringat baju dalam bakul tak berbasuh lagi. Ketika tu, masa tak cukup untuk aku uruskan semua tu. Aku perlu bersiap-siap terus ke kerja. Dalam hati serabut...di otak terlintas perkataan,
M.A.N.A.G.E.M.E.N.T.

Siapa suka duduk dalam suasana tak kemas? Busy macam mana pun die, tak akan sampai die selesa duduk dalam keadaan yang serabut.

"Allahu jamil, wa yuhibbul jamil"

Baru tersedar pengurusan diri yang tak terkawal ketika itu. Hal itu mungkin sedikit, tapi kalau aku biarkan pasti melarat tanpa penghujung, Haila....

                                       

Merancang 

Kehidupan ini tak boleh di biarkan, kalau di biarkan memang akan terbiar tak akan pernah membaik sendiri. Sebab tu pentingnya ada perancangan harian dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Supaya tiada satu pun tindakan yang terlepas untuk dilaksanakan.

Dari pengurusan diri akan memberi kesan kepada pengurusan study, pengurusan disiplin, pengurusan emosi, pengurusan ekonomi sehingga yang paling di bimbangkan adalah pengurusan amanah-amanah dakwah.

Bekerja dan berdakwah itu mencabar,
Belajar dan berdakwah juga tak kurang cabarannya.

Sebab tu, aku sangat-sangat perlukan planner. Kalau takde pun minima buku planning kecil untuk tulis apa yang perlu diperbuat hari esok.

Stephen R Covey meletakkan, 
"Begin with the END in Mind"

sebagai salah satu habit orang yang efektif dan Jack Canfiled pula memasukkan prinsip keberjayaan yang ke ketiga adalah 

"Decide what you Want".

Kedua-dua prinsip dan habit ini, cukup untuk menerangkan kepada kita kehidupan ini perlukan perancangan. Jangan di serahkan segala-galanya kepada keadaan. Ibarat melempar benih padi di kawasan lalang.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (Al- Harsy:18)

Allah s.w.t sendiri telah mengajarkan kepada kita untuk berfikir untuk hari esok bahkan lebih jauh lagi, iaitu tentang persediaan kita di hari akhirat. Jika akhirat sahaja yang belum tahu lagi ajalnya bila mungkin cepat dan mungkin juga lambat, (moga Allah memberi pengakhiran hidup yang baik) minta untuk dirancang, apatah lagi hari esok.


                                   
Jadi, sediakan satu buku dan pen peribadi. Bawakan mereka berdua kemana-mana sebagai teman rapat dan mesra.

Manfaatkan mereka dan merancanglah!

Merancang tapi tak melaksanakan

Ketika di perang Khandak berapa ramai yang kemudiannya berpaling tadah disebabkan tak tahan kelaparan , susahnya kerja menggali parit dan ramainya tentera musuh berbanding tentera muslimin ketika itu. Munafik.

Jika di lihat dari segi alasan semuanya di sebabkan tak mahu berusaha dan yang paling penting kurangnya keyakinan kepada Allah. Sama juga, bila kita merancang kita pasti belum yakin atau pasti lagi bahawa setiap perancangan kita itu pasti menjadi realiti.

Teringat kata-kata, Hassan Al-Banna ketika dia memulakan dakwah,

"Aku sendiri pun belum pasti sama ada apa yang aku perbuatkan sekarang ini akan berjaya atau pun tidak.."

Tapi berbekalakan kata-kata itu, adakah kesungguhan dan usaha yang lempias dan dilemparkan ke dalam jalan dakwah ini seperti tahi gigi? Tidak,

Bahkan die mengorbankan segala usaha dan apa yang di miliki sehingga syahid di jalan dakwah. 
Sebab keyakinan beliau bukan pada perancangan beliau tapi pada Allah. Tapi kuncinya adalah usaha semaksimum mungkin untuk melaksanakan sesuatu perancangan.

"Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman,. Sungguh, Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur" (Al-Hajj: 38)

Setiap apa yang kita rancang itu adalah amanah. Amanah dari kita kepada kita sendiri. Semunya hanya dari kita kepada kita. Jika kita mahu pasti kita mampu.

                                   

Belajar dari orang lain

Seorang daie tu pernah menceritakan, bilik die sentiasa kemas di saat die sibuk berdakwah dan menghadiri kuliah.

Orang perantau indonesia mampu untuk bangun awal ke kerja di saat matahari belum muncul

Seorang doktor mampu untuk kekal berkommitmen mentarbiyah mad'u di saat kesibukan bekerja bersama tekanan sekeliling

Seorang pelajar mampu mengekalkan diri dalam senarai dekan sehingga beroleh ijazah dalam kesibukan travel kesana sini, Kelantan, Johor, Perak


Prinsip Kejayaan yang ke 21: Surround Yourself with Successful People.

Dah, jom berubah....


Wallahualam,

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..