Wednesday, August 15, 2012

Fitrah Kita

In The Name of Allah

Fitrah manusia mahu dekat dengan Tuhannya
Bila rasa lapang dan kosong dia akan cari Tuhannya
Bila rasa sedih dan tertekan dia akan cari Tuhannya

Bila bersama Tuhannya dia akan tenang dan lapang
Hati yang sedih sudah gembira
Masalah yang menggunung rasa macam dah merata

Tapi sering kali,
Movie,game ,facebook,chatting,makan,hiburan
Menjadi rutin yang tak boleh di tinggalkan
Saat masalah melanda
Ini yang dicari sebagai solusi pertama

.Masa berlalu tak terasa kerana asyik berfb
Masa 2 jam terlalu singkat untuk berhibur
16 episode movie sanggup diharungi dengan berjaga malam
Ronda bazar mencari makanan rasa tak puas

Adakah ini yang di Tuhankan.

Solat teraweh 8 rakaat dah mengeluh panas
Stay up untuk tilawah give up sebab mengantuk
Tahjud dibuat macam patuk ayam

Malang sekali manusia kerap tersalah berTuhan

Kenapa kita solat,nak baca surah panjang-panjang lepas baca Al-Fatihah
Boleh pulak soalan ini menjengah
Tiba-tiba hati jawab sendiri
 Supaya kita lama-lama mengadap Allah
(mungkin ada jawapan yang lebih tepat)

Usah berTuhankan pada benda pada manusia.
Sebulan perlatihan dalam Ramadhan 
Satu kelas pengajian berlansung
Mengajar manusia kembali kepada fitrah
Fitrah berTuhankan Allah
Yang menciptakan dan mematikan

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam) sesuai fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus,tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui." (30:30)

Ayuh kembali kepada Allah
Dengannya terletak segala solusi 
Sedang dia yang memberikan masalah itu
BerTuhankan dengan Tuhan sebenar
Dia rasa semua masalah mampu dihadapinya


sesuci macam fitrah baby: Nur Izz Qairen

Selamat Menyambut Aidil Fitri
(^-^)

in pharmaceutical lab waiting for nata to freezing
hope all is welz

Monday, August 6, 2012

Dalam Rakaat Terakhir

In The Name of Allah

Serangan ke atas bandar HAMA berlaku ketika Mujahideen FSA sedang bersolat selepas selesai menjaga satu demontrasi yg diadakan di bandar ini. Dalam rakaat terakhir ketika Qunut mereka telah diserang, Lantas selesai solat terus menggapai senjata ke tangan kembali ke barisan hadapan medan pertempuran.

"Kami adalah tentera Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki melangkah
Jiwa perindu syahid tak akan goyah"

"Wahai tentera Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar syuhada
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah..."

"Letih tubuh dalam perjalanan..
Saat hujan dan badai merasuk badan
Namun jiwa harus bertahan..
Kerna perjalanan masih panjang..."


Sunday, August 5, 2012

Kelat Sekarang

In The Name of Allah

"Akak boleh tak saya nak mulakan semula dari bawah..."

Hanya senyuman yang diberi kearah muka yang bergenang air mata.

Suasana sunyi. Masing-masing menghayati suasana yang sedang berlaku.

"Anti tak boleh patah balik.." sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Inilah jawapan dari kakak itu.

"Sekarang ni saya baru nak faham. Saya rasa useless kalo teruskan... Dakwah entah apa-apa,study pun hampeh! "

Dia teruskan kata dengan sedu sedan walaupun dia sendiri dapat mengagak keputusan yang bakal diberi.

Kini bukan dia sorang,yang lain juga ikut menghayati dengan linangan masing-masing. Mereka juga mengerti memahami.

Ini dulu yang berlaku kepada dia. Tapi dia tetap disini. Langkah masih tetap diteruskan. Dia sedar segalanya perlu dimulakan dengan keterpaksaan. Namun,bukan selamanya keterpaksaan itu wujud. Benar,rasa teruk dan tak berguna itu wujud tapi ia boleh diperbaiki. Tapi lebih seronok jika diperbaiki bersama bukan berseorangan.

Sekarang sorang demi sorang sudah tidak bersama lagi. Tipu jika hatinya tak terusik. Jauh dalam sudut hati..jiwa tertanya-tanya kenapa aku masih disini. Padahal dulu dia yang mula-mula bercita-cita untuk itu.
Jika diimbas kembali pasti lucu.





Hati manusia Allah yang pegang.

Satu hari,ketika masa terluang dia mulakan perbualan. Dimulakan perbualan ringkas tetapi kemudian diikuti dengan isu yang masing berpusing dikepala otak. Sengaja dibangkitkan,nak dengar pendapat dan pengalaman dari orang lain.

"Akak tak terasa sangat tapi terkejut jugak la..." cuba menjawab persoalan.

"Memanglah akak dah lama..dah biasa.Saya ni baru nak jinak-jinak..saya kadang-kadang mula meragui."

"Huish! Akak tak pernah pun rasa macam tu. Akak rasa bahagia je dulu sehingga sekarang. Kalo tak mesti akak dah macam kawan-kawan yang lain. Pergi kelab,kejar dunia,cari hiburan....buang masa buang duit." dengan selamba kakak itu menjawab.

Diam,hati kosong lagi.


"Sejak dua menjak ni...saya mula rasa berat nak melangkah. Nak pergi nak bersiap nak fikir..nak buat,nak datang sini pun rasa berat.. rasa malas." kali ni dia telus.



" Kadang-kadang bab kecil pun kita tak settle. Contoh boikot, ikhtilat..akhlak...aurat. Kalau benda-benda macam ni pun kita tak boleh nak jaga,macam mana kita nak jaga dakwah,..."

Ringkas tak menjawab,tapi terkena.

Benda-benda ni simple je tapi kadang-kadang kita ambil enteng. Tapi pertolongan Allah susah nak datang. Renunglah sendiri..guna iman jangan guna nafsu!

Hakikatnya memang begitu. Jalan dakwah jalan penuh ujian. Kadang-kadang ujian diikuti dengan kemudahan dan kita pun tersenyum penuh kesyukuran. Tapi kadang-kadang ujian diikuti dengan rintangan dan dugaan. Tak habis lagi kekuatan dibina diruntuhkan semula. Tak cukup masa tapi inilah hakikatnya. Tak segalanya mudah...tak setiap masa senyuman masih mampu terukir. Kadang-kadang muka kelat..mencari solusi.

Rasa nak lari tapi tak nak tinggalkan. Tanpa tarbiyah kita mesti kembali ke jalan jahiliyah.

Tekanan itu mampu dihadapi oleh orang yang sabar menanti redhaNya.

Selamat Meraikan Kemuliaan Ramadhan

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..