In the name of Allah.
Seronoknya esok dah hari jumaat! Tak sabar nak tunggu esok. Inilah diantara keluhan-keluhan sahabat-sahabat saya yang menantikan hari Jumaat. Segala-galanya adalah kerana kelas English. Esok adalah kelas english yang terakhir. Maka berakhirlah jugak segala assigment-assignment BI yang lecturer selalu tak puas hati. Bagi saya,kelas English sepatutnya kelas yang mereleasekan tension bukannya mengincreasekan tension...haih!
Inilah kehidupan pelajar. Saya dan kawan-kawan saya esok adalah kelas Bi yang paling mendebarkan. Esok kami akan di interview berpandukan job advertisement,resume dan cover letter yang kami sediakan. Seram dan mendebarkan...
Pesan kak mas..(our english lecturer)
“be prepare with all your words in your cover letter and resume. Make sure you all know well your job advertiseme. Remember , your own words can against you..... ”
“If you think im strict,then my friend is more strict than me....”
Huh,be prepare okay,kawan-kawan semua. One of the possible question that may be asked is...
Are you consider yourself as succesful?.
Saya pernah di tanya oleh kawan saya,kalo die tanya kita soklan nie camna kita nak jawab? Alamak,saya tak tahu la... Tapi berdasarkan contoh yang dibekalkan. Kita kena jawab dengan yakin YES! Dan jelaskan kenapa.
Berjaya..
adakah kita mengangap diri kita sedang berjaya.???
Jika saya,saya akan jawab ya,sebab saya berjaya sampai ketahap ini,ke tahap umur saya 21 tahun.
Jadi anda bagaimana..?
Kalo kita pandang-pandang,tidak pegang-pengang,masyarakat kita, sekarang nie kebanyakkannya berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan. Tak payah tengok jauh,kita tengok je sahabat-sahabat kita di kelas ataupun disekeliling kita. Masing-masing dengan cara sendiri untuk berjaya. Untuk lulus semua,untuk mendapat yang terbaik,untuk mendapat yang cemerlang. Moga kita juga termasuk pelajar-pelajar yang sebegitu rupa.
Namun,berjaya tidak pernah lari dari kegagalan. Allah menjadikan segala-galanya berpasangan. Jadi berjaya pasangannya adalah gagal.
OH TIDAK! Jangan sebut perkataan itu,saya tak suka dengar!
Ya.. siapa la yang suka dengan kegagalan. Gagal adalah suatu benda yang pelajar akan lari darinya. Sebab tue ramai yang berusaha bersungguh-sungguh. Lagi-lagi bila nak dekat exam....
Saya pernah mengalami kegagalan beberapa tahun lalu. Kalo boleh saya tak nak ingat dah perasaan tue,sedih dan kecewa. Apa yang kita harapkan bukan apa yang kita dapatkan. Di ibaratkan apa yang kita usahakan adalah sia-sia. Lepas tue malu dengan kawan-kawan. Lagi-lagi kalo ada yang tanya keputusan kita berapa. Lagi lah static lidah nak bergerak,menyatakan kebenaran.
Bukan tue saja,bila kita gagal nie,mula la diri kita rasa macam rendah walaupun kita diantara orang yang duduk belakang kalau berbaris. Segala-galanya sebab kita rasa diri kita ini lemah nak di bandingkan dengan kawan-kawan. Nak bagi pendapat pun,rasa macam tak layak. Aish,macam-macam peel.
Tapi semua benda ini akan menjadi berbeza bagi orang yang bersifat optimis. Mereka memandang ke depan . Mereka memikirkan langkah yang seterusnya,tiada guna merenungkan sesuatu yang telah termaktub. Langkah masih boleh diayunkan..maka ayunkanlah. Gagal bukan bermaksud tidak bodoh,tapi bermaksud kita perlu perbaiki. Jadi perbaikilah...jangan duduk senang. Kita terutamanya,umat ISLAM..hamba Allah..umat Nabi Muhammad. Wajar sahaja berasa kecewa dan sedih jika gagal. Tapi jangan pernah kita berasa putus asa..
Allah does’nt meant life will be easy. But HE promise to be with us always.
Gagal mungkin akan menjadi buah peria yang kelat bagi orang yang sepanjang hidupnya hanya ada kemenangan memperolehi apa yang di impikan. Okay,cuba kita semua bayangkan. Apa yang kita nak kiat dapat. Apa yang kita idamkan,di tunaikan.
Wah,bestnya!! Tak yang susah-susah..buat je macam nie,macam nie..macam tue. Macam sana..macam dulu-dulu...dan pelbagai term lagi. Dan pasti dapat...
Eh,betul ke??
Sesuatu yang diperolehi dengan mudah susah untuk dihargai. Tapi sesuatu yang diperolehi dengan usaha yang keras,akan menjadi sesuatu yang dihargai dan bermakna. Itulah kepuasan.
Tapi suatu benda kegagalan yang kita juga perlu aware dan takut dan benci dan jauhi.
Iaitu kegagalan tarbiyah.
Berusaha jauhilah kegagalan dalam tarbiayah sebagaimana kita berusaha jauhi gagal dalam peperiksaan. Jagalah kualiti tarbiyah sebagaimana kita jaga kualiti jawapan dalam peperiksaan.