Saturday, July 9, 2016

Allah adalah mengikut persangkaan kamu

Telefon bimibit bersama kad pengenalanku hilang ketika aku dalam perjalanan pulang daripada jaulah ke Sarawak.
Seminggu kemudian, telefon bimbit baruku tercicir lagi ketika aku dalam perjalanan pulang daripada liqo murabbi di cheras.
Hilangnya dua harta ini ketika aku dalam perjalanan pulang dari tugasan-tugasan dakwah.
Hendak atau tidak, aku tak boleh lari daripada terdetik,

“Seandainya aku tak ditarbiyah, tentu aku tak diuji sebegini”

And that happened when my mind was so irrational. Alhamdulillah aku tak mengambil keputusan yang terburu-buru. Dua kali telefon hilang dalam jangka masa yang sangat dekat dan aku yang selalunya phegnatic jadi melancholic sangat-sangat. Menangis meraung haya Allah saja yang tahu betapa frustratednye aku. Yelah, dalam perjalanan pulang dari kerja dakwah kot ! Dahlah tengah miskin, hilangnya telefon makin menjadi-jadi kemiskinan kau.

ALLAH ADALAH MENGIKUT PERSANGKAAN KAMU
Dalam keadaan aku meraung-raung tu surah 47:7 aku ulang-ulang dalam diriku. But yet, aku bukan memperteguhkan keyakinan diriku tetapi menggoyahkan pula.
“Mana bantuan Allah?” aku ulang-ulang dalam diriku. Bukan mempersoalkan tetapi ketika itu aku benar-benar mencari dan menunggu pertolongan Allah yang ‘tak kunjung tiba’ itu.
Rupanya aku lupa yang Allah itu mengikut persangkaan hambanya.
Kalau kau asyik bersangka buruk dengan Allah je, Allah hujankan emas depan mata kau un kau takkan nampak yang itu adalah pertolongan Allah.
Tapi kalau kau bersangka baik dengan Allah, even Allah turunkan bala macam manapun kau tetap nampak itu sebagai salah satu bentuk pertolongan Allah. Trust me.
Kasih sayang Allah terhadap hambanya melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya. Mana mungkin Allah sengaja membiarkan hambanya keseorangan terkontang kanting mencari Sang Penciptanya.
Aku berulang alik ke KLIA tu, macam-macam yang Allah tunjukkan pada aku. Tapi ketika itu aku buta, dikaburi dengan kesedihan yang melampau, lantas apa yang aku nampak ketika itu yang kesusahan yang bertimpa-timpa.
“Dan Sesungguhnya setiap kesusahan itu ada kemudahan “
                                                                                                                                -Al-Insyirah :5-
Mulanya aku sangka selepas kesusahan itu ada kemudahan. Tapi cub aka baca balik. Maal ‘usri Yusra (Bersama kesusahan ada kemudahan)
Maksudnya apa, dalam setiap kesusahan yang kita hadapi itu, ada jalan-jalan yang Allah dah permudahkan dah pun sebenarnya. Its depend on us. How much we put our trust in Allah. How many percentage of your trust to Allah

Dakwah tidak mengajar kita untuk tahu sifat-sifat Allah tetapi dakwah mengajarkan kita untuk kita semakin kenal Allah, Tuhan kita


So, cheer on and have faith in Allah.

Friday, July 8, 2016

Aku Sudah Jumpa?

Siapakah diri aku?

Seandainya mereka dapat tahu aku dahulu ni macam mana, pasti mereka faham kenapa aku bersyukur sangat terpilih dalam jalan ini.

Kalau mereka mengenali aku dan masa silamku, pasti mereka jelas kenapa aku nak sangat kekal selamanya di jalan ini.

Kalau sesiapa tanya aku, apakah yang aku dapat sepanjang di jalan ini, masyaAllah, rasa macam tak dapat nak luahkan betapa banyak nya Allah dah bagi dan hadiahkan kepada diri ini.

Syukur Alhamdulillah.

Allah memang dah tutup semua aib ku, kisah buruk ku, zaman gelap ku. Tanpa sedar, dari dulu sampai sekarang Allah bagi peluang berkali-kali, dan akhirnya aku telah sampai di sini.

Kalau lah mereka tahu...

----------------------------------------------------------

Aku masih ingat lagi.

Dahulu, ayat-ayat yang aku selalu bacakan dalam doa-doa ku adalah, 

"Ya Allah, berikanlah perkara yang terbaik untuk diri ku, terbaik untuk duniaku dan akhiratku"

Ku asyik ulang-ulang doa yang sama, semua ayat yang sama pasti ada. Sebab aku betul-betul mengharapkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Cuma, pada masa tu aku banyak fikir 'kejayaan' itu dari sudut yang lain. Lebih kepada keduniaan, kemewahan, segalanya indah, mudah dan cepat dapat.

Aku langsung tak terfikir, dan langsung tak memahami apa erti sebenar 'untuk mendapatkan yang terbaik di dunia dan di akhirat'.

Tetapi, pada waktu itu, apa yang aku usahakan dan kerjakan sebenarnya sangatlah berbeza dengan apa yang aku doakan.

Perkara yang melalaikan? Aku masih buat lagi. 

Karat-karat jahiliyah? Itu dah jadi normal untuk aku.

Buat benda yang berdosa? Memang ada je.

Ada buat maksiat? Sememangnya aku selalu sangat buat.

Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullahal'azim. Aku berharap dan berdoa Allah ampunkan dosa-dosa aku yang dahulu. Terlalu banyak, dan aku tak sanggup nak kembali ke zaman itu.

--------------------------------------------------------------

Itu semua kisah dahulu. 

Aku bersyukur sangat Allah sayangkan aku. Aku bersyukur sangat Allah memilih aku. Aku bersyukur sangat aku masih hidup untuk memperbetulkan kesalahan dan menyucikan diri ini dari dosa.

Kini, aku mahu mengumpul pahala. Aku mahu berubah. Aku mahu improve kan diri.

Aku mahu benda baik. Aku mahu jadi baik. Aku mahu berbuat baik. Aku mahukan kebaikan. Aku mahu sebarkan kebaikan. 

AKU MAHU MENGAJAK DAN MEMBAWA LEBIH RAMAI LAGI KE ARAH KEBAIKAN DAN  SAMA-SAMA MENJAUHI KEMUNGKARAN.

*Jom tengok Surah 3, Ayat 110
Sila buka Al-Quran terjemahan sekarang, dan kita refer sama-sama. :)

Dah siap baca maksudnya, word by word? Okay boleh sambung baca bawah ni.*

--------------------------------------------------------------------

AKU MAHU MENGAJAK DAN MEMBAWA LEBIH RAMAI LAGI KE ARAH KEBAIKAN DAN  SAMA-SAMA MENJAUHI KEMUNGKARAN.

Tolong sangat. Tolonglah jangan sesiapa jadi seperti aku yang dulu. Aku tak mahu sesiapa lagi jadi macam aku. Amin. Amin. InsyaAllah.

Betapa pentingnya amar makruf dan nahi mungkar.

Betapa pentingnya:
Dakwah & Tarbiyah

Alhamdulillah, aku sudah jumpakan apa yang aku tercari-cari selama ini. Itulah yang aku mahukan dan yang aku selalu doakan.

Aku yakin.

Aku dah tak ragu-ragu.

Aku dah jumpa.

"Inilah perkara terbaik untuk ku di dunia dan di akhirat."


------
Semoga Allah permudahkan urusan aku, kau, kita semua. May Allah ease.

Wednesday, July 6, 2016

Al-Quran dan Kita

Bismillahirrahmanirrahim…
“Siapa lagi tak dapat al-quran?!!”
Cepat buat kiraan cukup tak 7 orang!!
Semua mesti pegang al quran ni!!
“1..2..3..4..5..6..7..”
Dah cukup!!
7 orang pemuda memegang al quran bersama-sama sebagai tanda mereka betul-betul menyayangi al-Quran itu. Semangat yang ditunjukkan mereka mengalirkan semangat pada akhwat-akhwat di sekeliling mereka.

Andainya semangat ini ada dalam diri setiap pemuda, pasti kita tidak akan membiarkan sesiapapun terlepas dari memahami dan menghayati al-Quran. Kerana al-Quran merupakan surat cinta Allah untuk hambanya, kata-kata motivasi lamgsung dari Allah dan paling utama sekali sebagai panduan untuk setiap perbuatan yang kita mahu lakukan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Pernahkah kau dengar tentang sirah Rasulullah dan para sahabat?
Kisah Rasulullah yang berdakwah di Thaif sehingga berkocak darah dalam kasut baginda?
Kisah para sahabat yang berperang dalam bulan Ramadhan walau hanya 313 orang yang brjuang?
Kisah Khulafa’ ar-Rasyidin yang menyambung pemerintahan setelah wafatnya Rasulullah?
Terkadang kita hanya membaca dari buku teks sahaja tentang sirah-sirah, hanya untuk pengetahuan. Jarang sekali kita menghayati dan memahami perjuangan mereka. Mengapa mesti Rasulullah menyebarkan Islam walaupun ramai yang menolak, mengapa mesti para sahabat turut berjuang di samping Rasulullah sedangkan mereka sedang berpuasa? Mengapa mereka meneruskan dakwah meskipun Rasulullah telah wafat?
Mendengar sirah mereka, kita tahu bahawa Rasulullah dan para sahabat sangat bersemangat dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam menyebarkan Islam. Andainya mereka tidak berbuat demikian, maka Islam tidak akan wujud pada hari ini. Mungkin sahaja generasi padahari ini akan terasa sangat asing mendengar perkataan Islam.
Umpama air di sungai yang sentiasa mengalir, asbab air itu sentiasa mengalirlah, sungai sentiasa bersih dan masih kekal walaupun telah lama.Cuba kita lihat pula pada air di tasik yang tidak bergerak, lama-lama tasik itu akan menjadi kotor dan mungkin saja tertimbus sehingga pada suatu hari tiada siapa tahu pernah terwujud tasik di situ. Begitu jugalah Islam, al-Quran perlu dipelajari dan diajarkan kepada orang lain agar apa yang Allah turunkan sebagai panduan tersebar luar. Jika tiada siapa yang terus menyampaikan pada orang lain, akhirnya al-Quran akan hilang seperti air tasik tadi.
“……………jadilah generasi Rabbani kerana engkau mengajarkan dan sentiasa mempelajari kitab” [3:79]
Perjuangan Rasulullah dan para sahabat sangat besar. Mereka mengorbankan segala-galanya demi Islam. LIhat sahaja pengorbanan Abu Bakar as-Siddiq yang mengorbankan seluruh hartanya sehinggakan apabila ditanyakan apa yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya, Abu Bakar as-Siddiq menjawab “hanya Allah dan Rasul”. Hasil perjuangan mereka, kini kita dapat merasai Islam.

Bagaimana pula dengan generasi masa hadapan?
Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan mereka mendapat nikmat Islam?
Sudah tentulah KITA yang bertanggungjawab. Untuk itu, kita mesti berjuang seperti Rasulullah dan para sahabat, pengorbanan kita juga mesti sehebat mereka. Kita mesti kembali menghidupkan al-Quran dalam diri setiap orang di atas muka bumi ini, agar Islam dapat menguasai dunia dan akhirnya mencapai ustadziatul alam.
Kita sangat bertuah dikurniakan pelbagai nikmat yang Allah berikan pada kita, sudah tiba masanya untuk kita pula berbuat untuk Islam, agar di akhirat kelak apabila ditanyakan apakah yang kita lakukan dengan nikmat pemberian-Nya, kita tidak akan malu sendiri memikirkan segala keburukan yang kita lakukan. Paling utama, agar kita mencapai redha Allah apabila kita benar-benar membantu agama Allah seperti yang disebutkan dalam surah 47 ayat 7, jika kita menolong agama Allah, nescaya Allah akan membantu agama kita.
Bangkitlah wahai sahabatku!!!
Mari dekatkan lebih ramai orang untuk memahami Islam yang sebenar!!





Monday, March 14, 2016

Dakwah dan Makan gaji

Bismillah,

Sejak dari dahulu... Kami di beri kefahaman supaya jangan makan gaji.

Makan gaji menjadikan kita malas dan tidak produktif.
Makan gaji membentuk bangsa subsidi.

Makan gaji melemahkan otak dan pemikiran.Tidak berani ambil risiko.

Tiap-tiap bulan gaji akan masuk walaupun hasil kerja biasa2 atau produktif.

Tapi aku sekarang, terpaksa mungkin. Pernah je berniat untuk berhenti makan gaji. Tapi lepas tu nak buat apa? Yang pasti tangung hutang untuk bayar pampasan.huh!

Allah..

Teringat lagi conversation dengan Dr. Hizul usai LGK 3.0. Aku meluahkan kepenatan menguruskan dakwah sedang aku makan gaji 8.00 pagi hingga 5.00 petang kadang hingga 10.00 malam.

Malam, pulang dari kerja di sibukkan dengan liqa' yang tidak akan habis kalau belum jam 3.00 pagi. Esoknya jam 8.00 pagi harus berada dalam farmasi, cergas seperti orang lain. Walaupun hakikatnya kepala pening, mata sembab. Ada masanya asyik ditegur,muka tak fresh. Alahai..

Aku selalunya hanya membalas dengan senyuman.

Dalam halaqah sendiri aku tersungguk-sengguk. Menjadi kebiasaan untuk aku berdiri ketika mengantuk. Kadang berdiri pun mata terlelap..

Baru-baru ini aku ditegur murobbi..

"Tengah suap maruku pun boleh tidur ke? Anti ubah tempat ke sini." Arahan supaya aku tak mengantuk. Lawak pun ada jugak. Haha.

Pernah juga dalam halaqah sendiri, anak halaqah aka mutarobbi aku, mungkin kesian..

"Akak, akak tidurlah dulu. Nanti kami da siap task kami kejut.." Aku terus terbeliak mata, sebab ketika itu aku terlelap.

"Eh, tak boleh.. Ana kena join antunna dari awal hingga akhir." Bukan aku memberatkan diri, tapi aku sedar, tanggungjawab aku untuk melibatkan diri dalam halaqah tersebut secara keseluruhan. Walaupun, hakikatnya aku malu tertidur depan mereka. Moga Allah mengampuni aku.

Allah,
ketika itu hanya kepada Dia aku mengadu .
Berjhadapan dengan masa-masa keletihan, tiada daya tapi aku tahu aku harus berbuat.


Ya Allah,tapi sekarang aku terasa sangat lemah,

Lain pula ujian yang Kau berikan untuk aku terus tsabat. Jika dulu Kau uji aku dengan ketahanan fizikal dan jasmani. Sekarang Kau uji aku untuk menguruskan dakwah ini.

Jujur, makin lama,aku merasakan diri ini makin tak layak, makin tak mampu.. tak mampu untuk buat yang terbaik. Tapi aku tak nak berputus asa. Aku harus letak keyakinan dan kesungguhan padaMu.

Aku tak nak letih dengan kegagalan,
aku tak nak letih dengan kritikan,
aku tak nak letih dengan makian
Aku tak akan letih, sebab aku hanya mengharapkan RedhaMu ya rabbi.

Cukuplah,jika aku mampu bertemu dengan Mu bersama hati yang ikhlas dan tulus.



Pharmacistzu
140316
POT

Friday, January 8, 2016

Daie itu


Bismillah,


Entah kenapa dua tiga hari ni, terasa diri sangat lembap. Mungkin memang lembap dan merasa lebih lembap. Manusia.

Bila ada perasaan macam ni, selalunya aku akan baca blog ni balik sebab kadang-kadang ada ja nasihat untuk diri sendiri. Atau baca balik conversation dengan akhwat yang aku curhat bila aku down. Kat situ pun banyak taujih dan nasihat-nasihat untuk hati ni.

Allah, Engkau mengetahui semua rahsia.

Solat dhuha hari ni membekas dalam hati.

Seperti biasa 2 rakaat sebelum pukul 8.00 pagi. Kalau lewat, bersedialah untuk mengadap bos.

Entah kenapa selepas 2 rakaat tu sangat terasa betapa besarnya nikmatNya yang aku miliki sekarang. Walaupun, tuntutan dariNya banyak tidak sepatutnya aku menutupnya dengan kekufuran. Aku, sepatutnya rasa bersalah dan berdosa terlalu leka dengan masalah-masalah kerja sehingga terabai akan amanah hakiki, daie.

Sedang orang lain, sudah berazam untuk menginfakkan dirinya untuk dakwah walau usianya sekadar 8 bulan dalam tarbiyah. Bahkan memberatkan lagi, jika mufar bersamaan dirinya masuk ke neraka. Allahu,

(Allah) berfirman, "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) engkau dari manusia yang lain (pada masamu) untuk membawa risalahKu, sebab itu berpengang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur." [7:144]

Tiada alasan untuk berhenti menyebarkan risalah ni. Sedang amanah ni dah diberikan kepada orang yang layak. Tapi apa yang perlu adalah memperbaiki diri. Kelalaian dalam alam pekerjaan perlu di perbaiki.

Jadilah daie di mana pun kita.

So,jom berazam!


Wednesday, January 6, 2016

Moga Rajin

Bismillah,

Jangan membalas tekanan yang di hadapi dengan bermaksiat kepada Allah.

Jangan cari nahas,dengan membuang masa menzalimi diri sendiri.

Awal tahun ini, laporan tahunan banyak pembetulan. Ada pula, satu KPI yang tak tercapai. Bos bising-bising dengan pencapaian tahunan.

Aku, mangsa untuk membetulkan keadaan.

Allah, sabarkanlah aku menghadapi karenah manusia.

Hari ni, pesakit yang di nantikan hadir. Seperti yang kami dah agak, pesakit tu memang akan tak puas hati. Januvia akan ditukarkan kepada Metformin. Hospital Serdang sudah tidak dapat bagi bekalan lagi.

We are facing educated patients here. So, must have skill how to handle the patient without letdown our reputation.

To be continue when rajin to write...

Hopefullly rajin cepat. :)


                       

Wallahualam.

Wednesday, December 23, 2015

Aku


Bismillah,

Hidup adalah perjuangan,
Andai malas untuk berjuang, maka lebih baik tidak perlu hidup.

"Akak,saya fail minggu ni....."

Selepas hampir 20 minit baru dapat balasan. Dalam 20 minit tu juga, perasaan aku >_< .

"Anti solat taubat 4 rakaat sebelum masuk halaqah. Dan mabit di masjid."

"IA noted akak." malu dengan diri sendiri.

                              

Adakalanya, kekuatan yang harus di bina. Kemampuan perlu di usahakan.

Tolong jangan kenal erti putus asa, apatah lagi menyerah dengan keadaan.

Aku mahu perjalanan ini di lalaui oleh mereka-mereka yang mencintainya, mabuk dengan kemanisannya,..

Wallahualam,
Jom solat Isyak,
Banyak pula pesakit malam ni.

Extended KKTM.

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..