"Ayat-ayat Allah umpama pisau. Ada yang digunakan untuk kebaikan dan ada juga untuk kejahatan"(Said Hawa)
Showing posts with label berkasih sayang kerana ALLAH. Show all posts
Showing posts with label berkasih sayang kerana ALLAH. Show all posts
Saturday, June 12, 2010
Cinta
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas nikmat oxygen yang diberikan tanpa putus-putus sehingga hambanya ini mampu meneruskan kehidupan yang sentiasa diselebungi 1001 rahsia yang masih belum diterokai. Juga selawat keatas kekesihnya Muhammad Bin Abdullah. Hari akan tetap berlalu walau dalam kepala berlegar-legar macam-macam persoalan. Benarlah, kita akan terus belajar setiap saat walaupun tanpa buku.
Minggu ni saya membaca satu buku tulisan Hilal Asyraf, Kembara Hamba Mencari Cahaya. Buku ni banyak berkisar tentang cinta. Cinta kita kepada Allah,Rasulullah,ibu bapa dan sahabat juga sebaliknya. Yang penting ialah setiap cinta yang dirasai pastinya mempunyai bukti samada dari segi perbuatan mahupun pertuturan. Suasana yang porak peranda dalam keluarga ialah adanya sifat EGO dalam diri kita,kita malu untuk mempamerkan rasa yang tersemat dalam hati. pernah kita katakan kepada
Allah -- "Ya Allah,ya Tuhanku.aku cinta kepada Kau yang Maha Berkuasa keatas diriku"
Rasullullah -- "Terlalu banyak pengorbanan yang kau lakukan untuk umatmu. Aku rindu kepadamu Muhammad"
Ibubapa -- "Mak abah,saya sayang sangat kat mak abah. Terima kasih sebab telah menjaga saya sehingga saya 20 tahun dengan penuh kasih sayang(ketika hari lahir)."
* bukannya "mak abah,mana hadiah hari jadi saya? saya nak laptop baru..."
Sahabat -- "dayah,trimas untuk segalanya,aku beruntung sebab ada kawan macam kau"
[mungkin pembaca ada ayat yang lebih sedap..afwan]
Tapi yang sering segelintir manusia ucapkan rasa kasih dan cinta mereka kepada buayafren dan gilafren
cth(saya x pernah berpengalaman):
"Ani,aku sayang padamu,lautan api mampu aku renangi demi kasihku padamu.."
huh? lautan api?
bangun malam untuk tahjud juga tidak mampu,
mengorbankan masa tidurmu juga tidak mampu..
beramal dengan sunnah juga tidak mampu..
aduh! manusia...
Allah,tuhan yang maha Agung,
setiap ketetapannya mempunyai hikmah..
Allah boleh dianalogikan
tauke kedai runcit kemudian memberikan kedainya kepada kita
dengan syarat supaya kita menjaga kedainya dengan baik,menjalankan perniagaannya dengan jujur dan tulus
kemudian setelah beberapa lama kita menjalankan amanah..
tauke kedai itu datang dengan hasrat untuk membeli kedai runcit itu dari kita
dan diberikan sebuah hypermarket untuk kita..
"sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan surga....."(9:111)
Semalam,saya tengok Oasis,drama bertajuk Jangan Dilukai Hatinya..
ada satu quote menarik
"kadang-kadang kata ibu bapa menghiris hati, tapi anggaplah hanya sebagai satu khayalan"
menarik kan?
ingatlah..
ibu dan bapa kita..
walaupun dah tua,walaupun cerewet,walaupun baran,walaupun asyik mengarah,walaupun terlalu tegas...dan pelbagai lagi yang membuatkan kita asyik mengeluh....
mereka ialah pemegang kunci syurga untuk kita..
ibarat pemegang peta harta karun dan kita adalah lanunnya..
Pernah terdengar satu cerita dari seorang ustaz di tv...
ada seorang sahabat berdoa..
"Ya Allah,jadikanlah aku dari kalangan yang sedikit..."
sahabat lain bertanya..
"kenapa kau bedoa begitu??"
"kerna sedikit sekali orang bersykur,terlalu sedikit sekali orang yang berfikir.." jawabnya..
p/s: solusi terbaru sangat cantik covernya,sangat best isinya..dapatkannya sekarang!
Monday, February 1, 2010
TADABUR ALAM
TANGGAL 31 JANUARI 2010
satu pengalam baru yang ana lalui dan takkan ana lupakan.
bagi ana aktiviti tadabur alam adalah satu cara bagi kita
untuk lebih menghargai setiap penciptaan ALLAH..
tanpa kita sedar kadang-kadang kita lupa akan nikmat yang
telah DIA kurniakan...
semoga dengan penjelajahan ini mengingatkan kami agar sentiasa bersyukur
dan setiap hembuhan nafas kami hanyalah untuk beribadah kepadaNYA..
SEDIKIT CORETAN UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA SAMA
makan..makan..makan..berkelah di tasik ats tikar,..makan atas talam..bersama2 agar ukhuwah yang terbina antara kami makin kukuh keranaNYA

penat berjalan..ketika matahari terbit..bakal doktor dan farmasi yang ditarbiyah..insyaAllah akan menjadi duta-duta Islam dalm profession masing-masing..
berjalan..bermusafirlah..melihat kebesaran tuhan..yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur atas segala kurniaanNYA...
semoga..langkah-langkah kami ini menjadi bukti pengembaraan kami menelajah ciptaan Allah di padang mahsyar nanti....
akhwat-akhwat yang comel berehat sebentar bersama kit -kat....
tengok tue..main jongkang jongkit sambil pegang tafsir...
tak pernah dilakukan...
tapi disinilah kami bermula....amin!
setiap ciptaanNya diberikan penerangan dan penjelasn berdasarkan ayat-ayat Al-Quran....
menjadikan kami bertambah yakin dan tawaduk terhadap penciptanya...
Alhamdulillah..dialah yang memberi perkongsian ilmu bersama kami..
dengan idea dan ilham dari Allah kepadanya memberi kesempatan
kepada kami untu merasai pengalaman yang bagi ana susah untuk didapati...
cantik ciptaanNya..
cuba antunna bayangkan yang ini pertama kali antunna memandngnya..
mesti antunna kagumkan..
kebanyakkan kita kurang menghargai kerana sudah biasa melihatnya..cuba kalo penglihatan kita ditarik waktu itulah baru kita tersedar akan nikmat kurniaanNYA
ukht fatin,ukht zura,ukht syahid,ukht dayah,ukht zu,ukht alun,ukht ila
semoga perjuagan kami tidak terhenti disini...tapi akan terus berjuang dalam apa jua keadaan pun..
VIDEO AKTIVITI KAMI...
Subscribe to:
Posts (Atom)
AIM TOWARDS THE END..


