Showing posts with label back to Allah. Show all posts
Showing posts with label back to Allah. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Hanya manusia biasa

In the Name of Allah 

Ada apa dengan BERSIH ?
Apa tujuannya setelusnya...
Apa fungsi asalnya...
Kenapa melayu yang beria-ria?

bersih lagi 
bersih.


Saya tak faham betul la,rasanya baru je buat baru-baru ni...
Eh,rupanya ada lagi...

Jadi apa natijahnya...

BERSIH 2.0
apa yang telah berubah?
apa yang telah diubah?


BERSIH 3.0
datang lagi..
gas pemedih mata lagi..
rusuhan lagi...
di penjara lagi...
kematian berlaku lagi..

Tapi kita masih saja begitu..

Ada yang kelaparan..
Mengharungi perjalanan yang jauh..
Bermalam dalam kereta..tidur yang tak lena..
Mandi hanya di perhentian...

Tenaga,wang,dan masa di korbankan...
Semata-mata untuk tunjukan perasaan..
Hanya dalam sehari kita berpenat dan keletihan...
Kemudian pulang ke rumah masing-masing..

Masih begitu....
Tetap di kedai kopi di waktu luang..
Tetap merokok..
Tetap solat lewat..
Tetap juga boros..

Negara kita masih macam tu,umat kita juga begitu,remaja kita juga tetap begitu,dan aku tetap begini..


lebih baik berhimpun dengan keluarga

Niatnya betul tapi caranya pada saya salah...pasti ada cara yang lebih baik..lebih professional dan lebih matang..

Kenapa ketika waktu solat,ketika azan berkumandang kita tak dapat mengumpulkan seramai itu jemaah di masjid. Solat 5 waktu beramai2...qiamulail beramai2...kita bina keutuhan begitu. Nampak kan kesungguhan dari diri kita... Saya yakin,musuh pasti gerun..

Ketika Rasulullah berdakwah...pernah ke Rasulullah dan para sabiqul awalun,serta sahabat dan sahabiah bersama-sama umat Islam lain berdemonstrasi ?

Sebelum ini,saya amek tak endah je perkara ni..cukup setakat itu. Bagi saya benda ni tak penting..banyak benda lain perlu saya fikirkan.. Haha..

Ternyata saya salah setelah kejadian hari ini terjadi...
Hanya sekadar pendapat diri..jika tak setuju biarkan saja. Tak semestinya saya betul..


UKM PHARMACY AWARENESS 2012

Monday, May 10, 2010

:: Tinggalkan Egomu ::







Dalam menjalani kehidupan seharian,kengkadang kita lupa untuk melaksanakan apa yang telah di ajarkan Rasulullah kepada kita. kita terlupa untuk serapkan sunnah-sunnah yang telah di tinggalkan dalam aktiviti harian. kalau di ikutkan,untuk melaksanakannya bukannya memerlukan pengorbanan yang besar seperti jihad di medan perang,sehingga perlu mengangkat senjata bahkan mental dan fizikal juga perlu di persiapkan..tapi ramai yang mengambil enteng tentang perkara yang juga enteng..


Sunnah yang pertama yang ana ingin kongsikan..


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
{ يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ }


“Wahai anakku, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (HR Bukhari no. 5376 dan Muslim 2022)


Makan dan minum menggunakan tangan kanan!ana yakin plus yakin,ramai di kalangan kita yang faham plus hadam tentang sunnah ni.. tapi berapa ramai yang betul-betul sensitif terhadap pergerakan tangan kita.yang kita taw perut kita lapar dan tekak kita dahaga...aku nak makan,aku nak minum..itu yang sensitif sekali kat otak kita...kalo betul kita tahu, tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul mengamalkannya?? yang kita fikir perut aku lapar,tekak aku dahaga..aku nak makan,aku nak air.....kenapa tak fikir bagaimana aku nak makan bagaimana aku nak minum? adakah kita ni terlalu lemah untuk mengawal pergerakan tangan sendiri? banyak persoalan,tapi ana tujukan khas kepada yang menaip ini....


 Dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ridha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim no. 2734)


yang kedua..


Makan dan minum dalam keadaan duduk disertai bismillah sebelum apa-apa masuk kedalam mulut dan setelah selesai semuanya masuk ke dalam mulut untuk di proses. Padahal,ramai sahaja yang tahu,bismillah itu tinggi darjatnya antaranya,dapat menghindari syaitan untuk join kita makan..kalo tak,sebab tu la makan sepinggan pun tak cukup di tambah pula dengan nafsu makan sendiri.


Imam Ahmad mengatakan, “Jika dalam satu makanan terkumpul 4 (empat) hal, maka makanan tersebut adalah makanan yang sempurna. Empat hal tersebut adalah menyebut nama Allah saat mulai makan, memuji Allah di akhir makan, banyaknya orang yang turut makan dan berasal dari sumber yang halal.






Dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ridha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim no. 2734)


yang ketiga


Adalah penting untuk kita bersedia ketika mahu tidur... persediaan perlu di lakukan..gosok gigi,cuci muka,pakai krim ataw pakai bedak sejuk k,sapu losyen ke seluruh badan ataw apa-apa sahaja,bagi menjamin kesihatan sepanjang zaman.. ana konfem gak la,bab-bab nie ramai je yang pas dan selalu lakukan...tapi


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”


berapa ramai antara kita yang pastikan dirinya berwuhuk sebelum baring di atas tempat beradu yang empuk itu? berapa ramai yang pastikan kata-kata terakhirnya adalah doa? padahal,tidur itu,adalah mati yang sementara,namun tidak mustahil menjadi mati selamanya bukan?


 Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis riwayat Bukhari).


yang keempat


Sehari kalo tak pergi sekali memang tak sah..dari segi biologinya memang tak normal la...rumah syaitan . Tandas dianggap sebagai tempat yang jijik dan kotor. Tabiat syaitan adalah menyukai tempat yang kotor seperti tandas. 

Oleh itu sebagai Muslim, selain disuruh supaya membaca doa keluar dan masuk tandas, kita diwajibkan mementingkan aspek kebersihan. Ia termasuk perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). 


DARIPADA Anas bin Malik, beliau menghabarkan: “Apabila Nabi Muhammad SAW hendak memasuki tandas, Baginda membaca: “Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada bahaya kotoran dan daripada segala macam yang membahayakan.” (Hadis riwayat Bukhari) 





Islam selaku agama yang sempurna menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya.



Berikut adalah beberapa adab masuk dan keluar tandas.
 Mendahulukan kaki kiri. 
 Keluar dengan kaki kanan. 
 Membaca doa sebelum masuk.

Maksudnya: "Ya Tuhan kami, aku berlindung kepada Engkau daripada segala kekotoran."

 Duduk hendaklah diberatkan pada sebelah kiri 
 Tidak menghadap kiblat atau membelakangkannya (sekiranya membuang air di tanah lapang).
 Tidak buang air di air tenang, di atas batu, menentang angin, tempat orang ramai singgah berbual, tidak di tempat orang lalu lintas, tidak di bawah pokok yang berbuah dan sebagainya.
 Tidak bercakap ketika membuang air. 
 Tidak beristinja' dengan air di tempat buang air. 
 Disunatkan beristibrak (bersuara sedikit seperti berdehem) bagi yang membuang air kecil supaya air kencing dapat keluar semuanya. 
 Ketika keluar tandas disunatkan membaca:

Maksudnya: "Mohon keampunan dari Engkau, segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku segala penyakit dan memberi aku kesihatan.

Begitu juga dengan bersuci. Tabiat tidak bersuci (tidak membasuh anggota kelamin sesudah kencing) oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak. Hal ini seperti disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Abbas yang menceritakan : “Nabi berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau Makkah. Lalu kedengaran oleh Baginda suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah : “Kedua-duanya diseksa bukanlah kerana dosa besar.”

Kemudian Baginda melanjutkan perkataannya: “Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”

Selepas itu, Rasulullah menyuruh supaya mengambil pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua-dua kubur itu, masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya: “Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab Baginda : “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” 
Jelasnya, membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat terbuka seperti di tepi jalan tanpa bersuci dilarang oleh Islam. Hal ini kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan, selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit. 





mungkin empat sahaja yang mampu ana kongsikan disini..ana anak ajak semua supaya sematkan dan selitkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam aktiviti seharian.
Jangan hanya sekadar tahu,sekadar membaca juga sekadar menaip...


 ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa  buah.. 


jadilah duta-duta Islam walau di mana anda berada. tegakkan syiar Islam...






wallahualam...



Monday, May 3, 2010

Saturday, April 24, 2010

terBanGun Aku..


minggu ini merupakan minggu yang mendahsyatkan gelora hati ana..minggu ini memang membuatkan ana terfikir panjang...

pertamanya,ana terjumpa kembali sahabat ana ketika di matrik dahulu..
sahabat seperjuangan yang mengajak ana ke jalan yang ana pilih sekarang. sahabat yang banyak memberi inspirasi serta pengertian mendalam tentang jalan yang ana pilih ini..sahabat yang menunjukkan contoh yang memang ana akan menyusurinya..tapi semua ini dulu..dulu yang tak sampai setahun berlalunya masa..namun ketetapan Allah itu pasti.
Benar jalan dakwah ialah jalan yang penuh onak liku,jalan yang penuh duri-duri tajam,jalan yang memang penuh dugaan dan ujian....oleh itu,hanya orang yang terpilih sahaja yang layak menyusurinya..tapi jangan sangka,jika menyusuri jalan itu ketika ini,esok,bulan depan atau tahun depan,kita akan tetap menyusurinya..tidak,tidak dan memang tidak,tiada yang dapat memastikannya melainkan yang mengaturnya..

jika tidak percaya,sahabat ana telah membuktikannya..

jika dulu dia auratnya terjaga rapi
jika dulu batasan pergaulan di jaga dan di elakkan,
jika dulu dia pemberi semangat juga inspirasi
jika dulu dia orang bersemangat untuk berkorban
jika dulu keutamaannya adalah pandangan Allah semata

tapi kini segalanya berubah,namun ana tak tahu hatinya bagaimana..
kata orang rotate 180'

kini dia sudah berselendang
kini dia sudah bersosial dengan semua makhluk tanpa batasan
kini dia sudah melarikan diri dari jalannya
kini dia sudah menyenarai kan pelbagai alasan
kini dia sudah tidak mahu lagi halaqah,tarbiyah..
dia tidak mahu..dia yang menyatakan dia tidak mahu..
padahal dia dahulu orang yang faham tentang jalan ini.
kini dia sudah berbeza dengan dia ku kenali dahulu..

dia sudah pilih jalan yang dia suka..

ana terlalu sedih..sedih mengenangkan sahabat yang seorang ini..
bagaimana ini boleh terjadi..
apa silapnya ketika dia faham dahulu...

ana tak kisah jika dia mufaraqah tapi masih menjadi dia yang sama..
tapi bukan itu yang dia tunjukkan..bukan...
namun ana takkan tinggalkan dia begitu sahaja...
semoga hatinya dilembutkan semula..

yang keduanya..

ana di khabarkan bapa seorang akhwat yang ana kenali di matrik dahulu telah meghembuskan nafasnya yang terakhir..kemudian barusan tadi sepupu seorang akhwat di ukm ini juga menghembuskan nafas terakhirnya......"innalillahiwainnailaihirajiun"

bergoncang jantung ana ketika mendengar khabaran tersebut,meleleh air mata.. memang perit berita tersebut apabila kita menerimanya,terutamanya kita apa bila orang terseyang kita yang tak sempat kita nak berbakti kepadanya....mudah mulut mengatakan redha,tapi hati yang menanggung lara..namun ikhlaskan hati mu..dan yakin akan janjiNya

Ya Allah,rindunya aku pada dia..ampunilah dosa-dosanya,rahmatilah beliau dan tempatkan beliau bersama-sama orang yang solehah..

kasih seorang ibu tidak sama dengan kasih seorang ayah
kasih seorang tidak sama dengan kasih ibu tiri
kasih seorang ibu tidak sama dengan kasih 4 kakak dan 2 abang
kasih seorang ibu tidak sama,dan tidak ada apa yang dapat menggantinya..
kasih ibu membawa kesyurga..semoga aku dipertemukan dengannya di syurga nanti
ingin ku peluk dan dakapnya seerat mungkin,dan tak nak aku lepaskannya
aku tidak mahu kehilangannya kembali...

namun aku syukur,di saat aku kesedihan menanggung musibah Allah telah menakdirkan aku di jalan yang sekarang aku pilih...
ibarat kasih seorang ibu di ganti dengan jalan tarbiyah ini..
Allah sebaik-baik perancang..
sungguh ana takkan tinggalkan jalan ini semudah itu..

doakan ana..

Wednesday, April 7, 2010

exam...

Alhamdulillah..syukur ku panjatkan kehadrat ILLAhi dengan kasih dan sayangnya mampu lagi dan layak lagi aku menerima nikmat iman dan islam.. tanpa dua nikmat terbesar itu,nescaya aku termasuk orang-orang yang rugi di dunia mahupun akhirat nanti..alangkah binasanya hidupku,tanpa apa-apa makna...

sekarang ini ana yakin semua orang sedang berhempas pulas habis-habisan untuk final exam yang akan di hadapi beberapa hari sahaja lagi ini.. berhempas pulas supaya sejarah tidak beulang lagi.. teringat ana pada kata-kata kawan ana
"kat matrik dulu pointer 3.9 tapi kat sini nak lepas 2.5 pun tak dapat"
walau apa pun, ayat nie sebenarnya terkena juga pada ana..tapi sahabat ku sekalian hidup di matrik exactly is not as same as matrik. kita kena mengubah cara kita..kita perlu lebih bijak mengatur dan meletakkan prientasi hidup yang tepat.. nanti tanpa kita sedar kita sendiri tercicir di persimpangan..

sahabat sekalian serta diriku ini..memang matlamat kita untuk final nie adalah sama tidak kira lah walaupun course kita berbeza,kita di tahun pengajian yang berbeza bahkan jantina yang jiga berbeza..ana yakin matlamat kita ada lah lulus dan cemerlang dan mengharapkan yang terbaik menyusuli kita..



sedarkah kita keberkatan ilmu yang kita pelajari itu yang utama..yang menentukan kemudahan urusan kita..tanpa keredhaan dari ALLAH..adalah sia-sia sahaja usaha mu..
jadi ketika antunna sibuk menelaah pelajaran..perbaharuilah niat antunna,jagalah hubungan antunna dengan Allah..janganlah antunna jadi hamba kepada exam..!! tapi jadilah hamba ALLAH seumur hidupmu...


"sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepada umatku ialah menyekutukan ALLAH.aku tidak menyatakan yang mereka menyembah berhala,matahari dan bulan tetapi mereka membuat-buat amalan bukan untuk ALLAH tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi" [ibnu majah]

ada jua kemungkinan kita yang sibuk berusaha bermati-matian ini,tidak sempat pun duduk menghadapi peperiksaan tersebut,tapi ALLAH tarik dahulu nyawa kita... ingatlah kematian tiada perkataan AWAS..tiada sejarah yang merekaodkan kematian hanya berlaku sekiranya seseorang itu sakit..dan bukan tiba-tiba... renungkan lah dan fikirkanlah..

semakin bertambah ilmu kita sepatutnya bertambah iman,amal dan manfaatnya..jika tidak itu hanyalah pengetahuan am..maka samalah taraf kita dengan golongan yang kufur..





BETULKAN ORIENTASI HIDUPMU

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..