Showing posts with label ikhlas. Show all posts
Showing posts with label ikhlas. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Pengaduan..

Dengan nama Allah yang Maha Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah..syukur kepada Allah Tuhan sekelian alam. Yang menciptakan segala isi bumi untuk dimanfaatkan oleh hamba-hambaNya. Seminggu sudah berlalu sebagai pelajar tahun dua,senior kepada adik-adik tahun satu. heee... Alhamdulillah,dah jumpa pun adik buddy dan dia pun dah datang bilik untuk amek buku-buku tahun satu saya. Untungnya,dapat kenal rapat dengan orang yang akan menggangap kita sebagai kakak,sebab dia tak ada kakak dan saya tak ada adik. We are complementary to each other,insyaAllah untuk dunia dan akhirat.






Barusan je,meronda-ronda untuk menjual barang-barangan.walaupun banyak yang tak terjual pun,tapi ada kepuasan disitu..insyaAllah,ikhlas kerana Allah Taala. Menceritakan azam baru,selama 2 bulan meningkatkan tsaqafah diri dan harapnya sedikit sebanyak membantu diri yang lemah ini untuk maju selangkah dari tahun lepas.
Kalau ditengok kepada subjek yang saya amek sem nie,pening rasanya,sebab macam semua subjek belajar benda yang sama..balik2 definition of drug,how the drug are absorb,the dose of drug..untuk 4 subjek semua macam very closely related..huhu. Pening.... Yang penting abes je sem dapat result harapnya target2 yang disasarkan mengena.

Kadang-kadang saya terfikir...

Study yang memeningkan jiwa,sebab setiap kali lecture kat  BSH3,rasa tak sabar untuk lecture tue habis,asyik tengok jam je. Teruk betul..aduh,macam perasaan nak tahu tue dah tak ada. Dalam kelas terima je..balik bilik nak study pulak x faham.. Mungkin tak pasang niat sebelum belajar..

Rasanya tahun depan nak duduk plazarah sebab tak nak duduk sorang-sorang macam sekarang. Saya tak nak ada perasaan yang saya ada sekarang,kekekokan berada di surau. Kenapa perasaan ini hadir,padahal surau tue untuk semua yang mentauhidkan Allah.. Mungkin yang penting ikhlas..

Pengorbanan jiwa dan raga serta harta untuk mengajak diri sendiri dan juga saudara lain untuk mendekati Islam. Pengorbanan yang mungkin berfesyen baru bagi saya.. Ibarat ada persaingan dari dalam secara tersirat yang saya pun tak faham macam mana nak menghadapinya. Ya Allah bagilah aku kekuatan,kurniakan aku kefahaman untuk meneruskan perjalanan...


Mantapkan yang ibadah wajib dan kemaskan ibadah sunat....

Tuesday, January 26, 2010

aku yang blurr ke aku yang salah??

PHARMACY FIRST YEAR

hari nie boleh dikatakan hari yang pelik penah aku rasakan
semua benda baru yang aku alami hari ini
yang penting sekali kaki aku sakit
otot perut ak pun sakit etet
x leh nak jalan banyak,naik tangga
heheee manjakan diri plak
tapi memang tak leh nak gelak r
yang pasti...
macam space dalam perut berkurang sudah..
ahhh..mengarut lebih..

kedua ..
aku baru taw yang batch kami ada masalah rupanya..
masalah perpaduan lebih kurang camtue r..
sebelum nie aku ingat semua orang hidup
aman damai dan bahagia
tapi sebenarnya banyak masalh yang tersirat..
boleh dikatakan remeh..
tapi kalo dibiarkan berlarutan..
besar kesanya keatas kami.
kalo difikirkan apa yang merupakan penyebabnya..
aku memang tak ada idea..
lagi2 aku duk jauh dari mereka..
tapi tue tak leh digunakan sebagai alasan
walau apapun dan siapa pun yang mengundang perkara ini
yang pasti kita tak leh membenci dia
tapi bencilah sikapnya....\
ada yang mencadangkan supaya diadakan
pertemuan antara kami..
aku setuju...
tapi betul aku memng blur
cos aku x rasa kesannya
ke aku nie yang lampi...

YA ALLAH..tunjukanlah kami jalan penyelesaiannya
kami sayang akan sahabat2 kami..
kami mahu maju bersama
jangan ada diantara kami yang tercicir
KAU kuatkan lah ikatan antara kami
biarlah kami berbeza pendapat
tapi kau satukanlah hati kami
kerna tujuan kami hanya satu..
syurgaMU..ameen,

"sesungguhnya org2 mukmi itu bersaudara..maka damaikanlah
antara kedua saudaramu yang berselisih.."(49:10)

yang ketiga..
dalam surau..aku solat turn kedua
jadi aku hanya mengaminkan j la doa yang
di baca oleh..insya ALLAH..akma
tapi ketika doa dipanjatkan kehadrat Illahi
masih terdapat 3 orang sahaja yang ketika itu
masih lalai tergelak bersama
walaupun waktu tue ada orng yang pandang
kearah mereka..
sehingga aku yang berdiri dibelakang mereka itu..
menyebut..syyyyyyuhhhhh
barulah tersedar dari xtiviti mereka..
apa yang menyebabkan aku sedih ialah
mereka menonton video sambil
tergelak2..memuji pelakon lelaki..
sesama mereka
tanpa menghiraukan doa yang dibacakan
jahilkah mereka??
yang membuat kau lebih sedih ialah..
tiada sudah sensitivity mereka terhadap surau
rumah ALLAH tempat kita sujud dan memohon keampunanNYA
jahilakh mereka..????
jika benar mereka jahil...
salah mereka tapi tanggungjawab kita.,
yang mengatahui
untuk memimpin saudara kearah jalan yang benar..
sedari itu aku tersedar...
tanggungjawab yang menggalas dibahu..
aku sedih...
sedang aku dan sahabat2 lain sibuk mencari ilmu
masih ada saudara kami yang tertinggal jauh...
sedarlah diri ini..'
juangan terleka..
ramai laagi yang menunggumu untuk membantu mereka
kearah jalan yang lurus....
tegakkan lah Islam dalam diri untuk
menegakkan Islam di dunia..
bantu lah saudara2 kearah kebaikan..

"dan berjihadlah kamu dijalan yang sebenar-benarnya
DIA telah memilih kamu dan
Dia tidak menjadikan kesukaran
kepadamu dalam beragama" (22:78)

dan akhirnya masuk perlara yang keempat..
salah aku taw dia
aku yang patut marah ataw dia...
aku ..
tak taw nak cakap apa..
cos salah aku tak bawak enset..
pastu rasa marah dan tidur plak
cos nk rasa tenang
tanpa aku sedari..
aku telah mengabaikan perasaan dia
betapa teruknya ku ini
masih mementingka persaan sendiri
dikala shabat dalm serba salah
aku berazam benda nie tak berlaku lagi....

maka jadilah malam ini malam kesedihan bagiku..
malam meratapi kelemahan dan kelalaian diri
yang sangat lemah..
aku bertambah blurr dan bingung..
air mata ini sentaisa bertakung
memikirkan amanah aku
masih tergantung,....
apa yang aku dah buat untuk ISLAM..???
apa???
karat2 jahiliyah masih berbekas dalam hati...
bantulah aku untuk melunturkannya..
YA ALLAH..
hidupkanlah aku dengan setiap nafas megingati mu...


.

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..