Showing posts with label ilmu itu cahaya jahil itu bahaya. Show all posts
Showing posts with label ilmu itu cahaya jahil itu bahaya. Show all posts

Friday, April 23, 2010

suRau >>A



mungkin ramai pengguna atau lebih sedap lagi di panggil jemaah surau A tahu. Surau kita banyak kelemahannya. Mungkin kelemahan ini hanya di pandang remah oleh segolongan kita,tapi bagi aku...melalui surau dan aktivitinya lah kita nak tarik mad'u baru. Tapi apa yang terjadi,surau A terlalu hambar. Ini mungkin juga salah jemaahnya termasuk juga aku.Kebanyakkan kami nakkan pengisian tersebut,tapi tiada siapa ambil inisiatif,termasuk juga aku..kebanyakkan kami ingin solat awal waktu..tapi tiada siapa mahu jadi imam. Masing-masing tolak kawan masing-masing....

"wei,jom solat..cepatla da azan da..aku nak study pas nie..cepat la wei"
"jom r,ko jadi imam..."
"asal plak aku..??? ko la"

**********************************************************
"siti,jadi imam..siti tak pernah jadi imam lagi..."
"tak boleh la..kite jenis yang gemuruh..."
"x pe la,pertama kali memang la..lama2 okey la"
"x boleh la...ko la.."
****************************************************************

"cepat nad..jadi imam"
"okeh,tapi ko bace doa..."
"boleh la..jom!!!"

******************************************************************

melihatkan keadaan surau A yang agak kritikal. Aku mula terfikir bila kejadian ini berlaku ketika waktu isyak dah masuk..

ada seorang hamba Allah,die nak study pas isyak..jadi dia pun dah malas nak suruh-suruh orang,terus dia ke saf dan iqamat. kemudian semua jemaah lain,turut memenuhi saf,tapi yang peliknya,tempat imam kosong..tiada siapa nak berdiri kat situ....

Ya Allah..jahil sangatkah kami untuk menjadi imam hanya kepada sahabat-sahabat seperjuangan kami..sehingga kami terpaksa melakukan aksi tolak menolak setiap waktu solat??

tiada siapa yang isi tempat imam,sehingga 10 minit,di biarkan kosong,setelah iqamat di laungkan...Astaghfirullahazim..kenapa keadaan ini boleh berlaku...???

mari kita renungkan kembali...

ana pernah tanya pada murabiyah ketika di matrik dulu...

"macam mana kita nak develop untuk jadi imam,ya akak?" soalan yang ringkas dari ana..
"owh,kalo kita nak bina keyakinan itu..pertama kita mestilah selalu solat berjemaah di mana sahaja,tak semestinya di surau.. kedua,mula kan dengan selalu iqamat..ketiga berdoa..tak semestinya siapa yang jadi imam,dia yang mesti membaca doa..peluang perlu di beri untuk mendidik orang lain dan yang terakhir jadi lah kamu imam.."

"owh"

"tapi semua peluang ini tidak disediakan,tapi kita sendiri perlu merebutnya,seperti mengoffer diri atau membuat perjanjian dengan sahabat yang boleh menjadi imam"

"bagusnye langkah-langkah itu...moga dipermudahkan untuk di amalkan"


"sebab apabila kita berjaya menjadi imam...=
kita akan selalu memperbaiki mutu bacaan kita
kita akan selalu menghafal surah-surah lazim bagi mengelakkan terlupa
kita juga akan selalu memperbaiki akhlak kita secara tidak langsung..
yang selebihnya anti fikirla sendiri,anti akan dapat merasainya bila melakukannya
ISLAM AGAMA YANG PRAKTIKAL,kita perlu lakukan untuk merasai kesannya"

"syukran ya ukhti..tapi sebelum itu,macam mana nak menghadirkan keinginan untuk menjadi imam??"

"jika seseorang itu mampu solat dengan sempurna lima waktu yang cukup,dia sebenarnya sudah layak untik menjadi imam.."

ana tambah lauknya lagi..

"aah kita nie kalo bab peluang perkara dunia contoh jadi fc ESZ,tak pandai cakap bi,terkontang kanting...pun nak gak cuba,"tak pe kita cari la pengalaman,bila lagi peluang tue nak datang,nak dapat nie pun susah.."....

"dunia nie penuh tipu daya dan godaan..hanya orang-orang yang berfikir sahaja dapat mengambil pelajaran...pernahkan dengar tanda-tanda akhir zaman....keadaan serupa juga akan berlaku ...ukhti,kekuatan perlu di bina bukan ditunggu.."

"fuh!!! lega dapat dengar nasihat ini.."
"jazakillah ukhti..."



ana meminta diri,sebab perut sudah berkeroncong dengan bunyi seksofon

Tuesday, December 15, 2009

AKU YAKIN DENGAN ISLAM AGAMAKU

secara jujurnya ana pernah meragui tentang agama ISLAM.. ana mula berfikir bila ana form 1 sebab sekolah yang ana masuk tu agak 'islamic'. ana terdedah dengan banyak nilai islami. sejak itu ana terfikir "betul k agama ISLAM nie agama yang benar? macam mana kita taw yang ISLAM nie agama yang lurus padahal agama yang lain tu sesat?" persoalan ini ana pendamkan aje,ana tak tanya pun orang lain;kawan mahupun ustaz sebab ana tak nak fikir lagi. tapi pergolakan hati ana bermula kembali bila waktu form 2 sahabat ana mengutarakan soalan yang sama..ana makin ragu-ragu..benarkah ISLAM??. soalan yang sahabat ana tanya tu ana hanya mampu menjawab dengan senyuman..kerana ana pun keliru..tak ada hujah dan bukti untuk ana utarakan...ana makin keliru. tapi ana tetap dengan mendiamakan diri tanpa mencari persoalan..ana pun sedar semua agama menyuruh kearah kebaikan dan melarang segala kemungkaran. bagi ana semua agama baik, yang membezakan hanya amalan-amalan dalam agama tersebut..itulah fikiran pelajar form 2..
sekarang tiba persoalannya...mengapa ana boleh berfikir macam tu atau dengan jelas ana sangsi tentang ISLAM padahal seluruh keluarga ana ISLAM? dan tak mustahil perkara dan persoalan ini boleh berlaku kpd adik2 kita kan?? kalo antunna sumua di tanya apa yang antunna nak jawab? tak kan jawapan yang sama macam ana yang masih form 2 tue...
apa yang jelas dalam pandangan ana hal ini terjadi kerana kita hanya mewarisi ISLAM dari keluarga yang muslim,jadi kebanyakkan dari kita kurang menghargai nilai ISLAM dan IMAN yang diperoleh secara automatik.mereka hanya follow the flow..mereka tak tahu pun malah tak mengenali ISLAM tersebut. ISLAM bukan hanya agama dan pengangan tapi ialah panduan hidup muslim.. maklumat dalam AL-QURAN tak pernah manyalahi penemuan2 saintis,panduan di dalam nya relevan sepanjang zaman..ana yakin
  1. ISLAM mengajar kita tentang kpntingan masa. apa bila melaksanakan solat 5 waktu seorang muslim akan sentiasa alert dengan masa. kalo ana ma'zurah ana banyak lalai dan management masa ana berterabur..
  2. ISLAM gaya hidup sihat. ISLAM satu2nya gama yang melarang umatnya minum arak dan makan babi sejak awal2 lagi. sebab arak memabukkan dan manusia akan hilang kawalan akal dan melakukan prkara yang tidak sepatutnya. babi merupakan binatang yang kotor.
  3. ISLAM menggalakkan umatnya menjalinkan silaturrahim dengan berjemaah di surau atau masjid dan mengimarahkan rumahNYA. dengan itu ukuwah yang terjalin keranaNYA insyaAllah diberkati berbanding berjumpa dikedai kopi.
  4. ISLAM tidak tengok darjat. setiap manusia telah ditentukan jodoh,rezeki,dan ajal. setiap rezeki yang diberi sebenarnya ada hak orang lain bukan hak mutlak hamba tersebut.
  5. ISLAM tak pernah berlaku keraguan dalam urusan akidah,tetapi agama lain banyak sebenarnya kesangsian tentang kebenaran tentang JESUS dan asal usul BUDDHA serta banyak lagi.
oleh itu marilah kita mendalami ISLAM secara lebih mendalam jangan biarkan pertanyaan tanpa jawapan. banyak perkara yang kita tak tahu menjadi isu yang tak sepatutnya sedangkan kita tak sedar banyak yang kita tidak tahu.....
AKU YAKIN ISLAM AGAMAKU

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..