Showing posts with label selongkarlah. Show all posts
Showing posts with label selongkarlah. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

:: sembang kosong::


"kimi,kimi tahu tak nama penuh kimi apa? kimi dah sembilan tahun kan? mesti tahu kan??" tanya aku kepada anak saudara..
"kenapa ucu tanya? mestilah kimi tahu..kimi tulis nama sendiri taw kat buku,tak minta tolong ibu pun.."
"saja je nak test kimi..cakap la apa nama penuh kimi,kalau kimi tahu..buktikan..hihi"
"ucu nie..nama penuh kimi ialah, Mohammad Arif Hakimi bin Yunus..betul tak,ucuku??"
"aik,marah k?? hakahaa..betul dan tepat..kalo ada sepuluh markah,ucu bagi 15 markah..hihi"


"kimi,kimi tahu tak kenapa nama kimi ada Muhammad? siapa Muhammad tue? kalo kimi perasan kebanyakkan,kawan-kawan kimi yang melayu ada nama Muhammad kan?"


"betul-betul..aah,macam semua je ada nama Muhammad.. Muhammad kan nama nabi.."
"Kalo nama nabi,kenapa nama kimi pun kena ada nama Muhammad?"
"mana kimi tahu,ibu yang letak nama kimi..kimi ikut je la.."
"biar ucu cakap..nama kimi ada nama sama dengan nama nabi bukan sebab semata-mata kimi melayu ataupun islam..tapi sebab ibu nak kimi ikut suri tauladan terbaik.."
"?????..tak faham la ucu.."
"pada nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W..ada contoh akhlak terbaik,oleh itu,kita sebagai umatnya kena la ikuti contoh yang terbaik..dalam Al-Quran pun Allah ada sebut.."
"................"


"okey.ucu tanya soalan yang lain..nama kimi tue sapa yang bagi??"
"ibu la..sapa lagi.."
"kenapa ibu,bukan papa k,wan k,tok k, ntah2 ucu k...sebenarnya nama kimi tu gabungan nama yang di beri arwah tok dengan ibu.."
"ucu nak cerita sikit..waktu kimi kecik2 dulu,arwah tok yang banyak jaga kimi dengan ibu waktu ibu tengah pantang,pastu kalo kimi nak balik umah ucu dulu,ibu selalu pesan suruh tok tolong belikan susu kimi sebab berat nak bawa walaupun naik kereta,ucu pun tak faham..then tok yang suruh wan belikan.susu kimi tue da la susu SNOW,susah taw nak cari..kalo wan tak jumpa kat sungai buloh,tok desak juga wan cari sampai jumpa,takut nanti kimi lapar waktu samapi kat umah nanti..wan cari juga"



"betul k ucu?? "
"betul la,x de mase ucu nak tipu..kimi taw kan ibu kimi garang,kadang-kadang arwah tok yang back up kimi,layan kimi macam anak manja."


"aah,betul tue,tok selalu bagi apa yang kimi nak.."


"tapi kimi,sekarang tok dah tak ada..Allah dah panggil tok ke sisinya..kimi sayang tak kat tok?"
"sayang la,mesti la sayang"
"ingat waktu,abang hariz cakap waktu tok meninggal.."mak tok dah mati,tapi abang sayang maktok"(sebab mak ana yang jaga dia dari kecil)"
"kimi kalo kimi sayang tok,kimi kena selau doakan tok,jadi kimi kena rajin solat,jangan malas-malas..kalo kimi malas macam mana nak doakan tok..kalo betul kimi sayagkan tok,kimi mesti buktikan.."
"tapi ucu kimi nak doakan apa??"
"kimi doakan tok supaya diampuni dosa-dosa dan semoga Allah merahmatinya selalu...dan ucu selalu doa supaya dapat berjumpa kembali di syurga"
"kimi,kimi taw x kenapa ucu tanya soalan nie?"
"kimi pun pelik jugak,tibe-tibe je ucu tanya soalan macam nie"
"kimi,kimi bukannya budak kecik lagi,ucu nak kimi matang..ucu selalu nampak,lepas kimi solat,bagi salam pastu terus lipat sejadah,macam solat terpaksa.. siapa yang tak berdoa pada Allah,dialah orang yang sombong dan Allah murka kepada orang itu.."
".............."

Saturday, April 10, 2010

mazhab??

ADAKAH WAJIB BERPEGANG DENGAN MAZHAB DAN BOLEHKAH KITA BERPINDAH-PINDAH MAZHAB?
Dimasukkan oleh Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari
Label: Faham Tentang Mazhab
Terima kasih kepada saudara yang bertanya tentang perkara ini. Ini juga di antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat sekarang. Pada zaman wujudnya ulama terdahulu, perkara sebegini tidaklah menjadi masalah. Malah para sahabat baginda sallallahu alaihi wasallam yang tidak sampai ilmunya ke tahap ijtihad maka mereka juga mengikut para sahabat yang lain yang sampai ke tahap tersebut tanpa berlaku perbalahan. Tetapi yang menjadi keajaiban bagi kita pada zaman yang penuh dengan kekurangan ilmu pengetahuan walaupun hebat dan canggih dalam teknologi, boleh timbul permasalahan sebegini. Mengapa boleh berlaku sebegini? Jawapannya mudah, kerana sudah tidak yakin dengan para ulama terdahulu dan merasakan diri sudah layak sebaris dengan para ulama mujtahid.Malah dipandang rendah kepada golongan yang bertaqlid kepada sesuatu mazhab.

Sebelum melangkah lebih jauh, sebaiknya kita terangkan apakah yang dimaksudkan dengan taqlid. Taqlid menurut ahli bahasa ialah ikatan yang diikat pada tengkuk. Manakala menurut istilah para ulama Usul Fiqh , terdapat dua maksud padanya:

Pertama: Taqlid ialah beramal dengan pendapat seseorang dengan keadaan pendapat tersebut tidak dibinakan di atas hujah-hujah yang diletakkan oleh syarak. Ini tidaklah dibenarkan oleh syarak untuk mengikutinya.

Kedua: Taqlid ialah beramal dengan pendapat ulama mujtahid tanpa kita mengetahui sumber pengambilan dalilnya secara lengkap dan terperinci. Ini sangat-sangat dituntut oleh syarak malah diwajibkan kepada sesiapa yang tidak mampu untuk mencari semua dalil.

Menurut Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah di dalam kitabnya البيان : Apa yang kita maksudkan dengan ((tanpa mengetahui sumber pengambilan secara lengkap dan terperinci)) ialah mengetahui cara-cara untuk mengeluarkan (mengistinbatkan) secara jelas hukum-hakam tersebut seperti yang dilakukan oleh mujtahid.

Siapakah mujtahid?Apakah syarat-syarat untuk meletakkan seseorang tersebut sebagai mujtahid. Di antara syarat-syarat mujtahid ialah:

1. Mengetahui secara terperinci hukum-hakam fiqhiyyah sama ada hukum-hakam yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab fiqh, mengetahui dalil-dalilnya seperti yang diterangkan di dalam kitab usul fiqh, mengetahui juga tentang khilaf(perbezaan pendapat) yang berlaku di dalam masalah furu’(cabang ilmu) di antara para sahabat atau tabi’en dan mengetahui juga berkenaan dengan pendapat yang dipegang di dalam mazhab.

2. Seorang mujtahid perlu menguasai dan memiliki perkara-perkara yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum. Al-Imam Ibn Qawan al-Syafie rahimahullah (889H) menyebutkan di dalam kitabnya التحقيقات في شرح الورقات : Antara perkara yang perlu dikuasai oleh seorang mujtahid ialah ilmu nahu(tatabahasa arab),ilmu bahasa arab(makna bagi sesuatu bahasa) , termasuk ilmu balaghah (bayan, badi’e dan ma’ani). Al-Imam al-Syatibi rahimahullah lebih berat di dalam meletakkan syarat-syarat sebegini.Menurutnya, seseorang mujtahid tersebut perlulah menguasai ilmu nahu seumpama Sibawaih (ulama yang pakar dalam ilmu nahu suatu ketika dahulu) dan mengetahui tentang khilaf ulama seumpama al-Imam Syafie radhiyallahu anhu. Jika kita ingin mengikut pendapat yang disebutkan oleh al-Imam Syatibi rahimahullah maka sudah tentu amat sukar untuk kita temui mujtahid pada masa sekarang.

3. Seorang mujtahid juga perlu menguasai ilmu Rijal(ilmu tentang perawi hadis). Maksudnya mengetahui martabat seorang perawi tersebut sama ada boleh digunakan untuk berhujah atau tidak. Menurut Imam Ibn Qawan rahimahullah, jika seseorang tersebut hanya berpandukan tentang sahih atau tidak sesebuah hadis tersebut berdasarkan apa yang ditetapkan oleh al-Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain ulama hadis maka ia juga dikira bertaqlid kepada para imam tersebut. Sedangkan para mujtahid dilarang mengikut pendapat orang lain di dalam masalah ini. Jadi perlulah mereka juga untuk menguasai ilmu ini dengan mengkaji sendiri masalah tersebut.

4. Mestilah seorang mujtahid tersebut menguasai ilmu berkenaan tafsir al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Seperti mengetahui tentang Nasikh dan Mansukh, Mantuq dan Mafhum, Khas dan Am , Mubayyan dan Mujmal, Muqayyad dan Mutlaq. Mereka juga perlu menguasai ilmu asbab nuzul (sebab penurunan ayat) dan asbab wurud (sebab dilafazkan hadis).
Jika kita perhatikan syarat-syarat mujtahid yang diletakkan oleh para ulama, maka tentu kita boleh berfikir dengan waras dan menilai kemampuan diri kita sendiri. Menurut Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah, jika seseorang tersebut mampu untuk mencari dan mengeluarkan dalil dengan sendiri (berdasarkan syarat yang telah diletakkan) maka tidak perlulah baginya untuk mengikut mana-mana mazhab. Malah haram baginya mengikut mazhab yang lain.

Persoalannya, adakah kita telah sampai tahap tersebut? Jika telah sampai seperti yang diperolehi oleh al-Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal , Abu Thaur, Sufyan al-Thauri, Sufyan bin Uyaynah, Daud al-Zhohiri, al-Auza’ie dan lain-lain maka silakan untuk berijtihad. Saya bukan mencabar, cuma mohon untuk menilai kemampuan diri kita. Ini kerana terlalu banyak orang yang mengaku tidak perlu untuk mengikut mazhab hanya kerana mendengar perkataan sebahagian guru-guru mereka yang belajar tanpa manhaj supaya tidak perlu mengikut mazhab dan boleh untuk berijtihad dengan hanya mempelajari kitab Subulussalam.Pelik kan? Tapi inilah hakikatnya sekarang bilamana seorang tersebut merasakan dirinya sudah sampai ke peringkat yang tertinggi.

Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah ada menyebutkan beberapa tohmahan yang diberikan oleh golongan yang tidak mahu bermazhab.Antaranya ialah:

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..