Saturday, June 18, 2011

Sinergi Datang Lagi



In The Name of Allah


Sinergi tampil dengan edisi ke-5. Padat dan sarat dengan perlbagai informasi bertemakan 

SEMANIS RACUN BERBISA

Sebenarnya adakah di dunia ini racun yang manis? Tapi saya yakin semua tahu yang racun pasti berbisa.
Jadi apa yang dimaksudkan dengan semanis racun? Jika racunnya manis pasti sudah ramai yang terminumnya tanpa sedari kesannya... Oh tidak!!! Adakah kita diantara orang sudah ditipu dengan rasa manis tersebut???

Ketahui dengan lebih lanjut dengan membeli majalah ini
dengan harga yang berpatutan untuk setiap lapisan. Dapatkan majalah sinergi dengan harga hanya RM 3 senaskah! Dapatkan segera!!! Hubungi saya untuk sebarang pembelian...

Wednesday, June 15, 2011

Syafakillah

Segalanya begitu pantas..dalam sekelip mata ia berlaku tanpa di duga. Ia lah siapa kita yang bisa tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Kita hanya hambaNya yang lemah lagi lalai. Kudrat yang ada pun bergantung padaNya. Syafakillah..

Ia akan merasa berat dan sedih meraung andai kita rasa ia milik kita
Tapi kita akan tenang dan redha jika kita tahu kita tak punya apa-apa
Semuanya milik Yang Maha Esa
Bahkan yang mengambil dari jika adalah Tuannya..
Yang perlu kita kuatirkan..
Adakah kita memulangkan pinjaman tersebut dengan pinjaman yang baik
Dengan memanfaatkan ia sebaik-baiknya
Atau adakah pinjaman kita di pulangkan kepada Tuannya
Dengan seburuk-buruk pinjaman...

Moga Allah kuatkan ukhti..
Tabah dan sabar merempuh dugaaNya..
Bukan kah Allah telah berfirman,
Orang beriman pasti di uji..

Aku dapat melihat betapa tabahnya dan redhanya atas ujianMu Ya Allah
Tiada titisan air mata yang ku lihat ketika menziarahinya Ya Allah
Bahkan kami yang melihatnya,bergenang air mata di kelopak
Dia lancar bercerita tentang keadaan dirinya,sedang kami sendiri sudah mengetahuinya.
Kami sendiri kelu untuk berbicara  ketika melawatnya,tidak tahu apa yang hendak dimulakan dulu..
Mata dan mulut tak mampu menahan kesedihan,tapi kami tabahkan jua hati ini..
Jika dia yang merasainya sendiri tabah,kami yang melihatnya jua perlu lebih tabah,
Kesedihan tak perlu di tonjolkan
Cukuplah dalam bisikan doa kepadaMu,untuknya..

Masihku ingat Ya Allah
Seorang jururawat berasa insaf
Bila berbicara tentang dirinya..
Saat darah matanya masih mengalir ke telinga
Lukanya masih basah
Tanggungjwabnya kepadaMu tetap dilaksanakan
Tidak ia tinggalakan,saat itu kerja dakwah tetap berjalan
Tanpa perlu bicara apa..
Cukuplah dengan menunjukkan betapa pentingnya
Menjaga hubungan denganMu walau apa jua keadaan.

"Comelnya dia"
Kata seorang jururawat..
Saat dia disoal untuk memastikan tiada kecederaan di otaknya
Dia menjawab dengan bersemangat
Dengan suara ceria walau fizikalnya penuh dengan darah
Betapa kuatnya dirinya Ya Allah..

Ya Allah,
Kau sembuhkanlah dia sebaik-baiknya,
Permudahkanlah segala urusannya,
Pasti ada yang lebih baik untuknya yang Kau sediakan dihadapan..
Sesungguhnya tidak Kau membebani kami melainkan sesuai dengan kesanggupan kami.

Friday, June 3, 2011

Say

    In The Name of Allah

people say 
"life begin at forthy"


people also say 
"'sweet 17'"


cousins might say 
"life is to enjoy,we're still young"


friends always say 
"just rilex,we have many chances"



parents say 
"straight to your ambition,dont busy with smtg else"


but..
our prophet say 

"Be in the world as though you were a stranger or a wayfarer."
The son of Omar used to say:
"At evening do not expect [to live till] morning, and at morning do not expect [to live till] evening. Take from your health for your illness and from your life for your death."
(related by Bukhari)          

Then,which words should we refer to?

people? cousins? freinds? our lovely parents? 

or our respected and kindest prophet Muhammad pbuh?
We know better rite? Make a wise desicion...

Monday, May 9, 2011

Mari menghangatkan blogger muslimah.html

In The Name of  Allah
assalamualaikum wbt..



blogger2! lets join it! muslim or muslimah pilihan hati



i'm a muslimah blogger.alhamdulillah...



being a muslimah we have a rule to follow

a rule that will lead us to a better life

a rule to attain keredhaanNYA

Oo ALLAH forgive me if im wrong



nah banner ni perlu di copy paste ya!






untuk lebih info sila tengok link ni link blogger muslimah
Salam...ini adalah kali pertama saya di tag selama ada blog nie. Saya tak faham sangat tentang tag-tag nie. Nie pun sebab ada sahabat comel yang tag..maka saya mencuba untuk kali pertama...mungkin ada manfaatnya yang saya takl discover ..wallahualam.

Sunday, May 8, 2011

Masak rupanya

In The Name of Allah

Sementara menunggu data yang tidak kunjung tiba...nak update blog lagi. Rajin betul berblogging sejak abes exam. Banyak benda yang nak dikongsikan. InsyaAllah bermanfaat untuk penulis terutamanya.

Sedapnya bau dari dapur..perut yang sepatutnya memang dah kenyang pun boleh lapar pulak.
Bukan saya yang di dapur sebab saya masih di laptop nie menanti data untuk di hantar kepada penerima. Pelik juga tadi,ayah saya beli ikan kembung kat pasar malam. Nak masak apa dengan ikan kembung..

Rupanya..tadi lepas maghrib ayah pulang ke rumah. Agak jarang ayah balik antara maghrib dan isyak. Memang ada tujuannya..rupanya. Abah balik dan masak nasi..kemudian..

"boy...p masak." sedangkan saya ada je atas kusyen ni dengan laptop. Bang cik (boy) tengah tengok tv.

"ha? nak masak apa?"

"tadi abah beli ikan kembung,masak la asam pedas ke.."

"bahan-bahan ada ke? " saya tekun mendengar perbualan antara mereka.

"bunga kantan,asam jawa,daun kesum ada..semua ada kot."

"kunyit? cili padi ? ada tak?" saya sedikit tercabar

"ooh..tue tak ada. Tapi boleh je masak asam pedas kan?"

Bang cik terdiam..mungkin berfikir tentang resepi.. Kemudian dia bangkit pergi ke dapur. Bagus pulak dia nie.
Pastue,dengar la,bunyi orang potong-potong..tumbuk-tumbuk..proses memasak. Saya jenguk jugak ke dapur,mengambil berkat mungkin dan memastikan betul ke dia ni masak... Hasil tinjauan memang dia masak...semua bahan siap atas meja,ada yang dipotong,ada yang direndam..dan macam-mcam keadaan. Kelihatan hebat.

gambar ehsan dari en google. Masakan tak siap lagi...
                                                                             

Sekarang,saya menikmati bau je dari runag tamu....menanti ikan kembung masak asam pedas. Pasti sedap. Asam pedas merupakan masakan kesukaan dia. Sebelum nie dia pernah masak ikan pari asam pedas..memang sedap! Mungkin ayah saya tertarik dengan maskan dia,sebab tue suruh dia masak agaknya..

Tak pa,lepas nie saya cari masakan yang saya expert!

Jom sahut cabaran.

Friday, May 6, 2011

Tahniah!!

In The Name of Allah

Teringat pulak kenangan masa tahun satu,semester pertama.

"diorang nak g mana tue? masjid india ke?"

"tak la,diorang nak g TS"

"ha? TS? mana tue? tempat apa?"

"Times Square la..shopping mall je."

"owh..ye ke...hoho"

Times Square atau juga kadang-kadang Berjaya Times Square. Malangnya,saya tak tahu apa perbezaannya. Bagi students UKMKL bila rasa nak shopping ke mesti nak g TS. Bila abes exam nak release tension je mesti ada yang nak g TS. TS nie ada KFC,ada panggung wayang,ada cosmos (ntah betul ke ejaannya) dan macam-macam lagi hiburan yang pelik-pelik. Bukan setakat hiburan je pelik-pelik,orang-orang kat situ pun pelik-pelik. Tapi bukan itu isunya sekarang nie. Hehehe..


                                      


Saya dengan berbesar hati,jantung,paru-paru dan juga limpa,ingin mengucapkan  
        
                                                        TAHNIAH 

kepada dua orang akhwat kami yang telah berjaya mencapai targetnya. Semoga segala kejayaan dan kegembiraan di balikkan kepada Allah yang Maha Esa.

Tadi saya berkesempatan menemaninya untuk menyemak keputusan. Alhamdulillah segalanya lancar dan baik-baik sahaja walaupun masa exam week ada diantara mereka yang sedikit kecewa sampai nak tukar profession. Saya dapat rasakan betapa seronoknya dia,walaupun dari gerak gayanya tidak lah excited mana. Mungkin itulah instinct seorang akhwat...hehe. Tahniah ukhti..ana tumpang gembiranya.. (^,^)


"sesungguhnya kejayaan itu tidak diperolehi dengan mudah"
                                  

Semoga dengan kejayaan dariNya membuatkan kita semakin yakin melangkah ke hadapan sebagai akhwat ditarbiyah.,..amen.

Memantapkan skill

In The Name of Allah.

Seperti dirancang sebelum ini..
Ingatkan malas dah nak buat..
Tapi takdir Allah menentukan segalanya..
Suka atau terpaksa
Patuh atau ingkar
rupanya
tauge yang dibeli untuk buat inti popia dah layu..
lupa nak rendam selepas beli,
haishhh..jadi lepas nie.
kalo beli tauge tapi nak guna esok lusa..
rendam dulu dalam air jangan terus simpan dalam peti ais..
buruk akibatnya..
(kena masak awal..hehe)
tak pe..boleh la nak panaskan enjin depan akhwat..
makanya..hari nie,sayalah bibik untuk akhwat disini..
hehehe.

"bibik...o..bibik"
"ya buk"
"dah berapa kali saya cakap saya bukan ibu kamu..panggil saya puan seri!"
"ya puan seri"
"ha macam tu la..nanti dah siap kejutkan saya"

hahahhaha..akhwat memang poyo...hik3




Inilah pembuktian sebuah kesaksian segalanya dimasak sendiri.
Senduk,kuali dan inti popia.


Intinya mengandungi:
bawah ditumis sehingga garing,ayam dicincang halus,
tauge diperisi  kemas dan lobak dipotong panjang dan halus.
Perisa tambahan:
lada sulah,kiub ayam dan sedikit serbuk lada hitam (rekaan sendiri)


Inti yang telah siap masak,di balut dengan kulit popia yang di beli di
Ong Tai Kim, Gombak.
Jangan letak banyak sangat inti,
nanti susah pulak nak lipat.


Ha! inilah teknik lipatannya.
Mudah dan ringkas.
Kemudian gam je dengan air.


Setelah beberapa minit,popia berjaya dihasilkan atas gerak kerja 
4 orang kami
(puan seri dan bibiknya)
heheh.
Sekejap je kan..16 biji popia berjaya dihasilkan.
Sikit je...sebab ini hanyalah satu percubaan.
Kalo sedap..boleh buat lagi..



Ini yang telah siap di goreng..
Yummy..
Alhamdulillah..ada jugak yang kata sedap.
Balik nie,boleh la masak kat ayah..
hehhe.
nak tahu resepi lengkap??
hahha..
saya tengok kat my resepi je..hehe
(sebab kat sini tak ada orang untuk ditanya..)


Sebagai juadah untuk akhwat berbuka puasa..
saya berkesempatan untuk belajar masak gulai ayam...
akhirnya tercapai jugak hasrat nak belajar...
hehehehe..

Tahniah!!

Semoga kemantapan skill terus dan berterusan.

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..