Thursday, March 31, 2011

Terms...

                                                              In the name of Allah.

Seronoknya esok dah hari jumaat! Tak sabar nak tunggu esok. Inilah diantara keluhan-keluhan sahabat-sahabat saya yang menantikan hari Jumaat. Segala-galanya adalah kerana kelas English. Esok adalah kelas english yang terakhir. Maka berakhirlah jugak segala assigment-assignment BI yang lecturer selalu tak puas hati. Bagi saya,kelas English sepatutnya kelas yang mereleasekan tension bukannya mengincreasekan tension...haih!

 Inilah kehidupan pelajar. Saya dan kawan-kawan saya esok adalah kelas Bi yang paling mendebarkan. Esok kami akan di interview berpandukan job advertisement,resume dan cover letter yang kami sediakan. Seram dan mendebarkan...

                                                 

Pesan kak mas..(our english lecturer)

“be prepare with all your words in your cover letter and resume. Make sure you all know well your job advertiseme. Remember , your own words can against you..... ”

“If you think im strict,then my friend is more strict than me....”

Huh,be prepare okay,kawan-kawan semua. One of the possible question that may be asked is...

Are you consider yourself as succesful?.

Saya pernah di tanya oleh kawan saya,kalo die tanya kita soklan nie camna kita nak jawab? Alamak,saya tak tahu la... Tapi berdasarkan contoh yang dibekalkan. Kita kena jawab dengan yakin YES! Dan jelaskan kenapa.

                                    

Berjaya..
adakah kita mengangap diri kita sedang berjaya.???
Jika saya,saya akan jawab ya,sebab saya berjaya sampai ketahap ini,ke tahap umur saya 21 tahun. 
Jadi anda bagaimana..?

Kalo kita pandang-pandang,tidak pegang-pengang,masyarakat kita, sekarang nie kebanyakkannya berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan. Tak payah tengok jauh,kita tengok je sahabat-sahabat kita di kelas ataupun disekeliling kita. Masing-masing dengan cara sendiri untuk berjaya. Untuk lulus semua,untuk mendapat yang terbaik,untuk mendapat yang cemerlang. Moga kita juga termasuk pelajar-pelajar yang sebegitu rupa.

Namun,berjaya tidak pernah lari dari kegagalan. Allah menjadikan segala-galanya berpasangan.  Jadi berjaya pasangannya adalah gagal.

OH TIDAK! Jangan sebut perkataan itu,saya tak suka dengar!

                                          

Ya.. siapa la yang suka dengan kegagalan. Gagal adalah suatu benda yang pelajar akan lari darinya. Sebab tue ramai yang berusaha bersungguh-sungguh. Lagi-lagi bila nak dekat exam....

Saya pernah mengalami kegagalan beberapa tahun lalu. Kalo boleh saya tak nak ingat dah perasaan tue,sedih dan kecewa. Apa yang kita harapkan bukan apa yang kita dapatkan. Di ibaratkan apa yang kita usahakan adalah sia-sia. Lepas tue malu dengan kawan-kawan. Lagi-lagi kalo ada yang tanya keputusan kita berapa. Lagi lah static lidah nak bergerak,menyatakan kebenaran.

Bukan tue saja,bila kita gagal nie,mula la diri kita rasa macam rendah walaupun kita diantara orang yang duduk belakang kalau berbaris. Segala-galanya sebab kita rasa diri kita ini lemah nak di bandingkan dengan kawan-kawan. Nak bagi pendapat pun,rasa macam tak layak. Aish,macam-macam peel.

Tapi semua benda ini akan menjadi berbeza bagi orang yang bersifat optimis. Mereka memandang ke depan . Mereka memikirkan langkah yang seterusnya,tiada guna merenungkan sesuatu yang telah termaktub. Langkah masih boleh diayunkan..maka ayunkanlah.  Gagal bukan bermaksud tidak bodoh,tapi bermaksud kita perlu perbaiki. Jadi perbaikilah...jangan duduk senang. Kita terutamanya,umat ISLAM..hamba Allah..umat Nabi Muhammad. Wajar sahaja berasa kecewa dan sedih jika gagal. Tapi jangan pernah kita berasa putus asa..

                         Allah does’nt meant life will be easy. But HE promise to be with us always.

Gagal mungkin akan menjadi buah peria yang kelat bagi orang yang sepanjang hidupnya hanya ada kemenangan memperolehi apa yang di impikan. Okay,cuba kita semua bayangkan. Apa yang kita nak kiat dapat. Apa yang kita idamkan,di tunaikan.

Wah,bestnya!!  Tak yang susah-susah..buat je macam nie,macam nie..macam tue. Macam sana..macam dulu-dulu...dan pelbagai term lagi. Dan pasti dapat...

Eh,betul ke??

Sesuatu yang diperolehi dengan mudah susah untuk dihargai. Tapi sesuatu yang diperolehi dengan usaha yang keras,akan menjadi sesuatu yang dihargai dan bermakna. Itulah kepuasan.

Tapi suatu benda kegagalan yang kita juga perlu aware dan takut dan benci dan jauhi. 

Iaitu kegagalan tarbiyah. 

                                


Berusaha jauhilah kegagalan dalam tarbiayah sebagaimana kita berusaha jauhi gagal dalam peperiksaan. Jagalah kualiti tarbiyah sebagaimana kita jaga kualiti jawapan dalam peperiksaan.

Wednesday, March 23, 2011

Walk Mate

In the name of Allah

Kadang-kadang kesusahan yang mengenalkan kita apa itu dunia.

Setiap hari kita melangkah menuju ke destinasi masing-masing. Kalo kita kata kita ada kereta,kita tetap melangkah menuju ke kereta kita kemudian barulah tayar bergolek. Pernah tak kita mengira berapa banyak kita melangkah dalam sehari? Sebaik-baiknya, kita perlu melangakah 10,000 kali dalam sehari untuk menjamin kesihatan kardiovascular. Jadi sesiapa yang ada application 'walk mate' kat henset gunakan lah untuk  mengira berapa langkah kita sehari.

Tapi pernah tak bila sensitif dengan setiap langkahan kita. Ke manakah ia pergi?
Adakah kita hanya melangkah ke kafe? ke kelas? ke tandas? ke meeting? ke bilik kawan? ke tlasik?
Ya..melangakah lah kemana-mana untuk mendapatkan 10,000 kali langakahan bagi menjamin kesihatan kardiovaskular.



Setiap langakahan mempunyai tujuan. Setiap langakahan kita yang bukan sekadar sehari tapi seluruh hidup kita akan membawa kita kepada tujuan hidup kita yang sebenar. Jadi bagaimana kita mampu melangkah jika tujuan dan matlamat yang jelas kita masih tidak tahu. Ya boleh je nak melangkah tapi sekali kita diuji dan diduga,kita akan mudah dimanipulasikan. Berbeza dengan orang yang mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang jelas. Walauapapun,biar ribut dan beruang datang menyapa,ia pasti akan tempuh sebab dia sudah tahu dan faham tentang jalan yang dipilihnya.

Jelaskanlah pada diri masing-masing apa matlamat kamu,melangkahlah menuju matlamat kamu.

Jangan sampai engkau melutut kepada dunia,biarlah dunia itu sendiri datang bergolek kepada mu.

Usah mengeluh andai dunia mu di uji..itulah tarbiyah Allah.

Kerna matlamat mu adalah akhirat,kehidupan yang kekal abadi..

Allah tidak menjanjikan kehidupan ini senang,tapi Allah janji untuk sentiasa bersama-sama dengan hambanya.



Sunday, March 13, 2011

21

Wah,,,,dah 21 tahun pun saya. Tak sangka saya dah layak untuk mengundi memilih pemimpin sendiri. Hari nie banyak la mesej yang saya dapat dengan wish yang bermacam-macam mengucapkan selamat ulang tahun. Terima kasih kepada kawan-kawan,adik beradik dan semua yang wish saya. Mengingatkan diri yang dah semakin mendekati saat-saat kematian. Tapi,satu mesej lain dari yang lain saya dapat...hehe.

" SLMT HARI LAHIR, Semoga sentiasa sihat & ceria. Negara bangga mempunyai belia spt anda."

Haha,kelakar pulak dapat mesej macam nie.. Tak pe la,terima kasih gak la,kepada yang antar. Ye la,kita kan mesti jadi manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara..kan?

Terasa indah pulak,perjalanan hidup yang di lalui sehingga mencecah 21 pada hari ini. Segalanya terancang dengan baik,terima kasih ya Allah. Sehingga pada hari ini,saya masih menikmati nikmat tarbiyah yang membawa saya lagi mendekatiNya. Tak pernah terlintas dalam fikiran,apa yang telah saya lalui sekarang ini.


Dari tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah ke matrik dan sekarang di universiti...

Dari seorang yang pendiam dan pasif menjadi seorang yang aktif dan proaktif (insyaAllah)...

Dari seorang yang mementingkan diri sendiri,kini belajar untuk menghormati dan mengutamakan orang lain...

Dari seorang yang corot di kelas,tapi sekarang mampu menjejak ke universiti...

Dari seorang yang anak yang manja kini mampu untuk berdikari...

Dari seorang  tak tahu memasak kini pandai memegang senduk dan kuali...

Dari seorang yang tahu merempit,kini mampu memegang stereng...

Dari seorang yang mudah melemah,kini mampu membina kekuatan diri..

Dari seorang yang dulu sekadar berislam untuk diri sendiri kini belajar untuk menyebarkannya...

Alhamdulillah,segalanya berlaku atas dorongan dan sokongan tarbiyah dari Allah..jika saya ini masih sendiri-sendiri tak taw la apa yang jadi kat diri ini. Masihkah ada cahaya Allah untuk saya..

Semoga,dugaan,demi dugaan di lalui menjadikan saya sekarang lebih cekal dan bersedia menghadapi hari esok. Semoga manusia mulia yang telah melahirkan saya tenang di alam sana dalam keredhaan Allah. Terlalu banyak jasanya tidak dapat dan tidak mampu saya balas. Semoga doa dari anak yang soleh tidak pernah putus mendoakan dia di alam sana,tak kan pernah putus.



Semoga peluang dengan umur yang masih ada ini,menjadikan saya hambaNya yang akan mempersembahkan amal yang terbaik di mahsyar nanti..

Semoga hidayah dan cahaya dari Allah sentiasa mengiringi saya dalam langkah mendekatinya hingga nafas terakhir..ameen.!

Dan jazakillah wa kairan kathira kepada adik -adik dan kawan kawan yang dah wish dua hari awal. Terkejut dan tersentap gak hati masa tue. Cume dapat kawal lagi la sebab mesej dari seseorang membuat saya dapat merasakannya.Menggeletar tangan nak potong kek,dah lama tak potong kek!
Semoga berjaya dalam final dan dapat result yang terbaik...


Terima kasih kepada semua. Doakan saya semoga terus tsabat dan berbuat,

Monday, March 7, 2011

Pandangan itu perlu jauh..


“apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,kami telah beriman sedangakan mereka tidak diuji?”
“dan sungguh,kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang yang benar-benar beriman dan pasti mengetahui orang yang berdusta” (29:2-3)



“Allah telah menurunkan air(hujan) dari langit,maka mengalirlah ia (air) di lembah-lembah menurut ukurannya,maka arus itu membawa buih yang mengembang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat ada(pula) buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan tentang yang benar dan yang batil. Adapun,buih,akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada gunanya,tetapi yang bermnafaat bagi manusia,akan tetap ada di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan.” (13:17)



“sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalh mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya,kemudian mereka tidak ragu-ragu,dan mereka berjihad dengan ahrta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar” (49:15)



dalam mencari kekuatan dan keyakinan....
kegagalan dunia belum lagi menentukan kejayaan akhirat ku..
masih punya peluang untuk terus berusaha dan memperbaiki..
masih banyak lagi rintangan belum aku hadapi..
usah berputus asa wahai usaha..
usah berpaling tadah wahai keyakinan
usah ragu-ragu lagi keimanan..
setiap yang beriman pasti di uji..
itu janji Allah..
diri..,teruslah berperang supaya ku menang..
contohilah..
emas yang di lebur untuk mendapatkan yang tulen..
ingatlah.. 
ku bergerak,melangkah mencari kejayaan akhirat..


farmasi/2..ukmkl





Sunday, February 20, 2011

Kenyataan



semoga terus di beri kekuatan untuk terus berjuang

sebagaimana tegarnya para sahabat berperang..

sebagaimana teguhnya prinsip yang di pegang..

sebagaimana lancarnya langkah di atur..

sebagaimana sabarnya tika di uji..

sebagaimana bijaknya mengatur strategi..

sebagaimana kukuhnya integriti diri..

dan.

pantang menyerah sebelum nafas terhenti..



  tegurlah diri ini,andai ada langkah tersilap
pimpinlah diri ini jika masih ragu untuk berbuat
bantulah diri ini supaya lurus dengan niat
kuatkanlah diri ini dengan bantuan dan sokongan

ku tahu,
ku pasti lemah berseorangan
ku tahu,
ku pasti lalai berangan
ku tahu,
ku pasti leka bersenangan

maka bantulah,ku sebagai sahabat,saudara dan akhwat..

sesungguhnya bukan mudah untuk merobah diri ini berseorangan..


Thursday, February 17, 2011

Keberkatan

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah,pencipta sekalian alam. Serta selawat dan salam ke atas junjungan besar dan tauladan sepanjang zaman Rasulullah,Muhammad bin Abdullah. Moga diberi kerkuatan dan kesedaran untuk mengikuti sunnahnya sedekat-dekatnya. InsyaAllah.

Alhamdulillah,sekali lagi,saya diberi kesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman agar menjadi pengajaran buat yang lainnya. Jika hanya berkata-kata akan mudah dilupa,jika menulis mungkin akan mudah untuk di ingati walaupun diri ini telah di panggil oleh yang berhak.

Alkisah tentang seorang daie yang sedang berusaha berubah dan merubah orang lain supaya mendekati Allah,Tuhan pencipta sekalian alam.

Minggu ini adalah minggu exam baginya dan coursematenya serta sahabat perjuang FSKB. Jadi,seluruh mereka sibuk dengan persiapan mengahdapi exam yang berturut-turut selama seminggu. Setiap hari ada exam at least satu paper. Masing-masing bertungkus lumus dengan usaha masing-masing.

Tiba-tiba,hari khamis yang esok nya ada paper anti infektif pada pukul 3.30 petang di TIBE, coursemate bagi taw,kelas BI set mereka ada kelas esok,pukul 8 hingga pukul 12 t/hari. Dia terkejut sebab selalunya,kalo minggu exam,tak ada kelas,mahupun kelas BI. Ada jugak tersirat dalam hati untuk ponteng je...ala BI je pun.
Tambahan pulak,esok paper anti infektif. Aduh banyak nak kena ingat.. nama bakteria,ubat nya,mechanism ubat la,mechanism bacteria la. buakn satu dua ubat tapi berlambak..bacteria nie boleh guna ubat nie,ubat nie boleh guna untuk bacteria nie..saling bersilang dan bercampur. Senang kata,baca satu nie,yang lain cam da lupa..itulah sedikit sebanyak cabaran.

Lupakan kelas BI tue,malam tue study bebetul..biarla tak leh ingat..at least baca. Mana taw masa nak jawab tetiba teringat..hmm. Itu la,harapan si daie ini. Pada masa yang sama die nie dok pening gak tentang pengangkutan untuk gi program..akhirnya,tak pe serahkan je kat ajk pengangkutan.

Esoknya,jumaat..sedang si daie nie membaca lagi nota-nota yang cuba di fahami..satu mesej di hp di terima.

                                          "salam.g tak kelas bi"   dibalasnya   "pegi".

Walaupun,dalam sudut hatinya,agak berat,langkah tetap digagahi..walaupun mungkin dia seorang je yang hadir kelas bi nie. Teringat akan kata-kata seorang doktor yang selalu memberi pengisian,

    "sekarang nie,antunna semua kali boleh jangan cuba untuk ponteng kelas saja-saja"

kata-kata nie,cukup untuk menguatkan langkahnya untuk turun tangga blok ke PKP.

      "manusia sekarang nie,berkejar-kejar mencari kekayaan,mereka lupa untuk mencari keberkatan  rezeki  mereka itu"

kata-kata menguatkan lagi langkahnya untuk sampai ke PKP. Aku bukan nak kan kejayaan tapi aku nakkan keberkatan..

Di lihatnya,ramai juga kawan-kaan sekelasnya sedang menunggu di hadapan PKP. Langkah diteruskan dengan senyuman dan berkongsi-kongsi tentang persediaan menghadapi paper petang nie.
PKP telah buka dan kami mendaki tangga menuju ke kelas,sedang Kak Mas (teacher BI) tak sampai lagi. Kami duduk dan bersedia menghadapi kedatangan Kak Mas. Dia masuk dam melangkah ke kelas dan duduk di tempat disediakan.

Riak wajahnya sedikit terkejut,dan dia terus berkata-kata dalam BI. Apa yang disimpulkan,

"they give a bad impression about them. They give me reason to hate you all. About,next week..some of your fren ask me to cancel our class,and i wont do it since what they have done today.. "

Sahabat-sahabat si daie nie tak kisah di bebel sebab bukan mereka yang ponteng kelas.. tetapi berkaitan dengan cuti minggu depan,rata-rata dah bercadang nak balik sebab khamis kami tak ada kelas.. mereka juga hampa dan marah dengan sahabat yang tidak hadir ke kelas BI pada hari itu. Walaupun 8 orang tak datang,Kak Mas memang terasa hati dan hampir terdiam pilu ketika membebel..menahan tangisan. Dia berkorban keluar rumah jam 6.30 pagio menghadapi jam dan segala bagai di jalan raya. Tetapi,bila samapi di kelas,studentnya sendiri ponteng kerana exam. Satu soalan yang ditanya kepada daie dan rakan-rakan

"when did you know you have paper today at 3.30 pm? its it yesterday????"

some one answer..

"no..before chinese new year"

Kat sini,daie nie nak share dengan kita semua.. betapa pentingkan dirinya sahabat-sahabat yang ponteng kelas hari itu..bukan sahaja mengecewakan gurunya,membuat guru nya sedih dan hampir mengangis tetapi juga mengecewakan dan menghampakan sahabt-sahabatnya untuk pulang minggu depan... Jadi ada sahabat-sahabatnya yang tekad nak balik,nak ponteng kelas lain hari rabu minggu depan kerana tak dapay cuti hari jumaat minggu depan..semuanya kerana sahabat- sahabat mereka yang ponteng kelas BI minggu itu.

Lihat betapa hebatnya orang yang pentingkan diri dengan memonteng kelas,ibarat mereka sahaja yang ada exam hari itu???

Konklusinya,jangan pentingkan diri sendiri,jangan cuba untuk ponteng kelas walapu apa pun kelas sedangkan kita mampu untuk hadir,fikirkan lah pengorbanan guru kita. Ingat depa suka-suka je ke datang ke KTSN pada jam 6.30? Kita bukan hanya nakkan kejayaan tetapi juga KEBERKATAN!!! Keberkatan itulah menjamin keredhaan Allah..

Monday, February 14, 2011

Sinergi Edisi ke -4


In The Name Of Allah

                                                      
    Majalah Sinergi edisi ke-4 akan 
menjengah kembali dalam masa yang tedekat.

Bertemakan 'Dirimu Aku Sanjungi'

InsyaAllah initipatinya akan membawa kita mengenal kekasih Allah dengan lebih dekat.

Membuat kita lebih dekat dengan sunnah-sunnahnya.

Mendedahkan kita dengan teladan-teladan yang perlu di contohi.

Jadi,jangan lepaskan peluang,dapatkanlah Sinergi edisi ke-4!!

Siapa yang berminat boleh terus hubungi saya,di emel,talefon,atau direct..

Jangan lupa dapatkan untuk dengan segera.

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..