Sunday, June 8, 2014

PRP 1

Bismillah,


Alhadulillah, selesai sudah perjalanan pulang balik ke Labuan. Walaupun kerja bertimbun, banyak persoalan VIVA tak di jawab lagi, discussion dengan patner tunda lagi. Case report tak siap lagi. Patient tak follow up lagi. Aduh! Banyak..

Terlalu banyak, membuatkan aku sendiri menjadi malas. Hilang sudah sikap melancoly yang eager untuk siapkan amanah dengan sebaiknya. Entah kenapa..

Lagi banyak kerja tak di susun, makin banyak kerja tertunda.
Provisional pharmacist is not a honeymoon period. Bahkan tension lebih dari ketika belajar.

Banyak benda nak luahkan, cuma cuba untuk bersabar. Dan akhirnya di sini mungkin akan terluah segalanya. Supaya yang berat menjadi ringan. Secara tak langsung boleh motivasikan diri sendiri.

Lagi bertambah down kalau dalam department clinical. Masuk wad, clerk case, check dosage, jawab query doktor lagi. Jawab query la yang paling ambil masa. Terutama query dari specialist.. berketaq lutut nak pergi jumpa Specialist bila HO bagitahu. Fuh! Makesure jawapan lengkap dan difahami. Kalau tak tahu, jawab let me confirm first with my boss..then go and inform dr pakar tu. Yang tak boleh tahan, muka dia macam tak berminat ja maw tahu jawapan.

Ok gud luck.. plan well ur time.. make sure everything settle esp VIVA before mukhayyam.
Pray me all da best!


Tuesday, May 6, 2014

Shols's Solution

Bismillah,




Tiba-tiba aku rindu dengan kakak ni
the best friend and the best pembimbing

a lots of story to share with her
asking her opinion
to go through everything with her
share problems and update everything.

luv her

semua orang sedang sibuk dengan tugasan amanah masing-masing,
Aku? masih lagi dengan masalah diri yang tak selesai-selesai..
keep up the quality mutabaah!
show the best..

the be professional yang beriman! stand on ur principal.. :)


"..t0 settle the shols's solution to ensure chlorhexidine aqeous 0.05% is well prepared.."

wallahualam..

Monday, January 27, 2014

Keep in Pray

Bismillah,

Kini sampai sudah satu tahap,
Aku tak tahu apa yang aku mahu!

Hilang sudah prinsip dan pendirian,
Ikut bergelora seperti gelora ujian mendatangi,

Kalah dengan nafsu dan keinginan diri...

Dimana kualiti tarbiyah?
Mungkin itu yang harus dipersoal
Ketika di sumbat dengan kesibukan dunia
Di himpit dengan perkembangan zaman

Di mana tersebarnya tarbiyah yang di bawa bertahun-tahun..
Di mana?

Hilang sudah segalanya..
Hilang sudah,
Segalanya kini kabur,
Tinggal seperti lembu di cucuk hidung
Juga seperti lalang di tiup angin

Hilang sudah kemahuan yang kuat,

Ya Allah..
UjianMu simple dan mudah. Hanya satu..
Tapi aku ni lemah dan terlalu rapuh
Sudah kutemui banyak kelemahan dan kekurangan diri
Terlalu banyak..!

*Down

Allah, kuatkan aku
Yakinkan aku denganMu..
Jangan Kau hilangkan arah tujuanku..
Sedang jalannya ada di depanku..

Allah,
hold my hand! Keep me in your side alwayz...
when im really not ready for all these things..
Everything.. what im facing now...

Sumpah! untuk adapt bukan perkara yang mudah....

Wednesday, January 1, 2014

Kapal di Sini



Bismillah..

Kapal!

Dulu tempat  kegemaran, makanan di sana makanan yang menggembirakan.

“Tension, ...jom pergi kapal.”

“Tak selera makan,...jom pergi kapal.”

“Hepi..nak celebrate something..jom pergi  kapal”.

“Kalau takde pape pun..boleh pergi kapal.”

Kapal adalah restoran makanan barat di kampung baru.

Makanan paling murah adalah french fries rm 3. Tak mengeyangkan. Jadi, minima akan membelanjakan dalam RM 12 sekali datang. Mungkin menunya chicken chop dan air jus. YummY!

Sampai pada suatu tahap, jadi hilang selera, pergi kapal jadi rasa macam berdosa. Makan nasi dan telur rasa lebih nikmat.

Akhwat kita kat satu medan ni.

“Makan nasi dengan amplung (tawar tiada rasa), sebungkus meggi tu dibelah dua untuk makan dua hari.

Berhutang untuk datang daurah, sampai yang keluar dari mulut mereka...
Ana da banyak hutang dengan akhwat, tapi ajaibnya

Walau keadaan macam tu pun, tiada satu daurah pun mereka terlepas!”

Subhanallah!

Dan hari ini,ALLAH letak aku bersama-sama mereka. Walau berat kaki mahu melangkah ketika itu. Merah dan bengkak-bengkak mata kerana menangis. Kaki tetap harus melangkah bersama hati yang mungkin masih berat saat itu. Bersama iman yang tiada persediaan. Kecewa dan tetap tiada pilihan.

Jauh di sudut hati, tak pernah membayangkan aku akan ke sini. Mampukah aku hidup seperti mereka? Tapi, aku harus yakin ada sesuatu untuk aku disini. Hidup bersama mereka. Menjadi kakak untuk 11 orang adik mungkin. Dan aku perlu cukup matang.

Allah, berkatilah kehidupan aku dunia dan akhirat! Bersama kenikmatan Kau berilah aku kebijaksaan menguruskannya..




Tahun baru..2014. Plan better for a better hereafter.


Sebuah farmasi tarbiyah is under construction!

#Alhamdulillah,setelah sebulan saya sempat  solat berjemaah dengan pesakit di wad walaupun hanya sekali ^-^.

~Nikmatnya tarbiyah

Tuesday, October 8, 2013

Andai semuanya senang

Bismillah..

Bercinta kerana Allah memang best. Kita berlapang dada untuk menerima buruk dan baik seseorang. Kita juga rela menerima segala teguran untuk diperbaiki.


Hari ni, kami isi masa lapang kami dengan beriadah. Lama sudah kami tak mengeluarkan peluh dengan beriadah. Seronok juga main badminton walaupun kami tak lah hebat mana pun. Ada juga yang mengaku LCW jr..haha. Sengit juga regu kami..hebat tak hebat akhwat kita..heh!

Setelah letih, berpeluh main 3 set.. Kami rehat dibangku. Berborak lagi macam biasa.

Masing-masing rasa tak puas beriadah. Kami cadang untuk naik basikal di tasik UTM. Jaraknya agak jauh dari KTDI nak ke tasik UTM...dan, kami nak berjalan. Walaupun...,




"Jom la kita pinjam motor Ukht Ain, dua motor pergi tasik...Jauh ni nak jalan kaki.."

seorang akhwat mula bicara. Yang dua lagi tetap diam, teruskan berjalan. 

Seorang lagi tak ikut bersama sebab ada tugas dakwah lain dipetang yang hening.

"Jauh ni kita nak jalan, nanti da naik basikal kita kena pulang balik.. lepas tu jalan semula balik KTDI..penat laa.."

luah akhwat seorang ni. Yang berdua lagi tetap, teruskan berjalan. Tiada kata balas.

"Ana memang nak jalan kaki, kalau ada motor pun ana nak jalan kaki jugak.. Dah lama tak jalan-jalan.." 

balas salah seorang akhwat.

"Dulu, ada seorang doktor ni berjalan dari pudu raya ke masjid sentul untuk mengisi... Rilex jer.." 

cerita seorang akhwat.

"Ana pun pernah berjalan kaki dari KTSN ke rumah sentul.. 30 minit perjalanan..ok je." 

tambah lagi cerita.


Kami bertiga tetap teruskan perjalanan. Tiada lagi omelan-omelan. Kami borak tentang UTM, tentang mad'u dan bangunan-bangunanya. Jauh memang jauh. Tapak kaki terasa haus..lutut rasa lenguh. Kami jalan lagi, terus bersembang, tengok pemandangan.. Lalu jambatan, tengok anak ikan. di tepi lombong. Dalam hati, balik nanti nak makan ABC untuk balas segala keletihan. Fuh!

Lebih kurang 30 minit perjalanan, kami sampai ke pintu gerbang UTM, dekat dengan tasik. Ada orang main kayak.. Kami jalan lagi ke tempat sewa basikal. Rupa-rupanya basikal dah habes..kosong di tempat simpannya. Semuanya dah disewakan. Kelenguhan lutut makin terasa, letih terluah, penat! Mungkin ada sedikit kekecewaan. Kami bertiga berdiri..diam.

Tiba-tiba ada satu bas UTM lalu,
Dalam hati "Nak balik naik bas ni jugak!! Tak nak jalan lagi!! Letih.."

Kami buat2 lalu depan pak cik bas. Pak cik bas tegur,

"Kamu nak kemana ni? Tak de kerja ke?.."

"Tak la pak cik, kami jalan-jalan nak naik basikal....tapi basikal habes. Kami nak balik KTDI."

"Boleh la tumpang bas ni...bas ni nak balik KTDI jugak.. "

Nak melompat rasanya..haha. Alhamdulillah. Apa lagi, terus naik bas yang kosong tunggu ahli-ahli kelab kayak selesai ko-ko.

" ...Barang siapa bertakwa kepada Allah, Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.." (65:2-3)


                             

Kadang-kadang kita sendiri yang kena meletakkan diri kita dalam kesusahan walaupun ada jalan yang lebih senang. Didik diri supaya membina daya tahan luar biasa dalam menghadapi penderitaan dan kesulitan yang luar biasa di medan juang! Mengajar diri untuk upaya mengambil risiko kerna dakwah ini memang selalu mengajar kita untuk mengambil risiko dan bergantung kepada pertolongan Allah.

Untuk bersenang manusia tak perlu di ajar. Tapi untuk bersusah, memang kita kena belajar. Terutama apabila, yang kita ada semuanya adalah kesenangan.

"Akak nak g M27, ambil la kunci motor kat atas meja tu.."

tawar ukht Atie

"Tak pe la.. akak nak jalan kaki..."

senyum.. ^^

"Sungguh,kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah"
(90:4)

Monday, September 16, 2013

Al-Qasas


Bismillah,

"Dan ingatlah hari ketika Dia (Allah) menyeru mereka, dan berfirman, "Apakah jawabanmu terhadap para rasul?"

"Maka gelaplah bagi mereka segala macam alasan pada hari itu kerana mereka saling tak bertanya... " 

(28:65-66)

Bila tiada lagi ruang untuk beralasan yang ada hanyalah pembalasan,
Bersediakah kita dengan bekalan ?


Benarlah semua kata-kata Allah. 

Saturday, July 6, 2013

Ini Jalannya


Bismillah...





Keimanan seseorang pasti akan teruji sepanjang hidupnya. Kata Allah dalam firmannya surah Al-Ankabut ayat yang kedua.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


Memberi rasa takut dalam hati sebagai salah satu cara untuk mendidik hambanya yang benar- benar bertaqwa. Bukan sekadar itu, ia juga akhirnya akan bertindak sebagai penapis. Menapis golongan- golongan munafik yang keislamannya hanyalah satu kepura-puran semata. Mereka yang berislam hanya ketika mudah, senang dan lapang. Namun, saat diuji dengan kemiskinan, kesempitan dan kepayahan mereka goyah dan akhirnya dengan mudah mereka akan menyerah dengan rela hatinya.


Sebagaimana Allah telah menukirkan satu kisah dalam perang khandak. Para sahabat perlu menggali parit yang panjangnya 3.2m dan lebarnya 4.2m dalam keadaan tanah yang berpasir. Bukan setakat itu sahaja, mereka menggali parit dalam keadaan panas dan berlapar. Ada yang sampai mengadu betapa laparnya perut mereka kepada Rasulullah. Maka mereka dinasihatkan oleh Nabi teragung untuk mengikat perut dengan batu. Projek penggalian parit ini bukan mengambil masa sehari dua tapi selama 28 hari yang berterusan!

Ketika saat kepayahan inilah, terbias kemunafikan sebahagian golongan. Padahal proses penggalian baru ditahap awal jihad. Belum lagi menghadapi musuh yang ternyata lebih ramai dari pihak muslimin. Maka dari golongan ini, mereka mencipta seribu satu alasan untuk berlepas dari perlunya terlibat dalam jihad. Akhirnya Allah menurunkan wahyu dalam surah Al-Ahzab ayat ke-13.

Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang disini), oleh itu baliklah dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan, pada hal dia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).


Ada diantara mereka meminta izin untuk berlepas, ada sebahagian yang secara diam-diam mundur dan keluar dari medan jihad tanpa meminta izin.

Andai tenaga sahaja sudah sulit untuk dikorbankan, bagaimana pula dengan nyawa? Golongan ini, sangat mudah didapati, kita boleh kumpul ramai-ramai untuk memeriahkan suasana perjalanan ini. Tapi hanya meriah saat keberangkatan ketika ringan. Ketika ujian melanda mereka akan menyerah dengan pelbagai alasan.


“Salam. Kak minta maaf saya tak dapat nak teruskan berhalaqah dengan akak. Saya nak tumpukan study. Tinggal saya je yang kelurga harapkan... Saya sayang akak..”



Kui3...siapa kata kerja dakwah akan menghambat study kita? Kenapa ada yang tetap dalam senarai dekan dalam sibuk berhalaqah sana sini.Tak cukup itu, ada yang layak buat master, yang bakal bergelar Dr PhD, yang sudah berjaya bergelar Dr perubatan. Mungkin mereka ini hebat dan menghebatkan diri mereka!! 


                             

“Salam ukht. Afwan, ana tak dapat datang. Ana letih la arini, tak sihat sangat.. ”


Haha..letih dan tak sihat alasan yang sangat biasa untuk tidak berangkat. Ada orang yang tempang tapi masih boleh memandu, ibu yang letih masih mampu memasak, pelajar yang stay up masih mampu datang ke kelas, akhwat yang masih basah lukanya selepas kemalangan kecil masih wujud dalam syuronya! Semuanya kerana cinta dan amanah.. kesihatan tak stabil bukan alasan untuk kita melemah.


“Ana tak mampu nak teruskan kommitmen lagi....ana rasa tak layak. Ana nak masa untuk memperbaiki diri...”

Ini saya pelik.. Memperbaiki diri? Macam mana nak memperbaiki diri dengan meninggalkan halaqah? Bukankah halaqah untuk orang mentarbiyah dirinya? Jalan ini bukan jalan orang yang suci dan maksum. Tapi jalan inilah jalan untuk menyucikan diri. Sudah join halaqah tapi masih buat maksiat, makanya halaqah seminggu sekali tak cukup, mungkin 2 atau 3 kali seminggu sebagai solusinya. Bukannya meninggalkannya terus.

Seorang pesakit diabetes yang sudah makan Metformin 500mg TDS untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Tapi setelah makan tiga kali sehari seperti yang diarahkan, kandungan gula dalam darahnya masih tinggi..

Jika anda adalah pesakit ini, apa tindakan anda...?

Tidak makan ubat ini sebab tak berkesan? Dan membiarkan penyakit ini berlanjutan sehingga kaki dipotong, sehingga mata mula kabur (retinopathy), atau saraf dah terganggu (neuropathy) ? Inilah keadaannya, jika kita meninggalkan halaqah dengan alasan di atas.

Jadi solusinya bukannya tidak makan ubat langsung! Mungkin pesakit tidak mengamalkan diet yang sihat dan mungkin Metformin 500mg tak cukup untuk mengawal penyakitnya. Maka ...

1. Amalkan diet yang sihat [tinggalkan maksiat sesungguhnya]

2. Tambah kombinasi dengan Glicazide [sibukkan lagi dengan aktiviti tarbiyah]



                                     

Dan sebagainya. Alasan ini tak ada hadnya. Macam-macam asbab boleh dijadikan. Tak perlu diajar, mereka pandai sendiri! Susah sikit tak boleh... Kebersamaan mereka hanya akan membantutkan perjalanan kita. Tujuan kita dan mereka sudah tak sama.

Maka terhasillah golongan yang benar-benar ikhlas dan beriman dalam perjalanan ini. Perjalanan ini akan tetap meriah dan bertambah berkat. Yang masih kekal , teruskan perjalanan dengan senyuman dan berbuatlah!!

Jangan ditangisi keciciran mereka. Usahakanlah diri untuk sentiasa meluruskan dan memurnikan niat agar tidak terhakis keimanan kita oleh penapis-penapis Allah. Sebagimana para ikhwanul muslimin telah buktikan kesungguhan mereka. Keluar masuk penjara merupakan perkara biasa, tapi semangat mereka dan matlmat mereka tidak pernah sesekali luntur.

     

" ....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki.... " [BQ]

Hanya yang benar-benar beriman akan berjaya ke peringkat seterusnya.


Ya Allah berkatilah Mesir ,
Lindungi dan rahmatilah Dr Mursi dan orang-orang yang bersama beliau,
Laknatlah orang yang mengkhianati beliau dan sekutunya.
Amin...

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..