Tuesday, October 8, 2013

Andai semuanya senang

Bismillah..

Bercinta kerana Allah memang best. Kita berlapang dada untuk menerima buruk dan baik seseorang. Kita juga rela menerima segala teguran untuk diperbaiki.


Hari ni, kami isi masa lapang kami dengan beriadah. Lama sudah kami tak mengeluarkan peluh dengan beriadah. Seronok juga main badminton walaupun kami tak lah hebat mana pun. Ada juga yang mengaku LCW jr..haha. Sengit juga regu kami..hebat tak hebat akhwat kita..heh!

Setelah letih, berpeluh main 3 set.. Kami rehat dibangku. Berborak lagi macam biasa.

Masing-masing rasa tak puas beriadah. Kami cadang untuk naik basikal di tasik UTM. Jaraknya agak jauh dari KTDI nak ke tasik UTM...dan, kami nak berjalan. Walaupun...,




"Jom la kita pinjam motor Ukht Ain, dua motor pergi tasik...Jauh ni nak jalan kaki.."

seorang akhwat mula bicara. Yang dua lagi tetap diam, teruskan berjalan. 

Seorang lagi tak ikut bersama sebab ada tugas dakwah lain dipetang yang hening.

"Jauh ni kita nak jalan, nanti da naik basikal kita kena pulang balik.. lepas tu jalan semula balik KTDI..penat laa.."

luah akhwat seorang ni. Yang berdua lagi tetap, teruskan berjalan. Tiada kata balas.

"Ana memang nak jalan kaki, kalau ada motor pun ana nak jalan kaki jugak.. Dah lama tak jalan-jalan.." 

balas salah seorang akhwat.

"Dulu, ada seorang doktor ni berjalan dari pudu raya ke masjid sentul untuk mengisi... Rilex jer.." 

cerita seorang akhwat.

"Ana pun pernah berjalan kaki dari KTSN ke rumah sentul.. 30 minit perjalanan..ok je." 

tambah lagi cerita.


Kami bertiga tetap teruskan perjalanan. Tiada lagi omelan-omelan. Kami borak tentang UTM, tentang mad'u dan bangunan-bangunanya. Jauh memang jauh. Tapak kaki terasa haus..lutut rasa lenguh. Kami jalan lagi, terus bersembang, tengok pemandangan.. Lalu jambatan, tengok anak ikan. di tepi lombong. Dalam hati, balik nanti nak makan ABC untuk balas segala keletihan. Fuh!

Lebih kurang 30 minit perjalanan, kami sampai ke pintu gerbang UTM, dekat dengan tasik. Ada orang main kayak.. Kami jalan lagi ke tempat sewa basikal. Rupa-rupanya basikal dah habes..kosong di tempat simpannya. Semuanya dah disewakan. Kelenguhan lutut makin terasa, letih terluah, penat! Mungkin ada sedikit kekecewaan. Kami bertiga berdiri..diam.

Tiba-tiba ada satu bas UTM lalu,
Dalam hati "Nak balik naik bas ni jugak!! Tak nak jalan lagi!! Letih.."

Kami buat2 lalu depan pak cik bas. Pak cik bas tegur,

"Kamu nak kemana ni? Tak de kerja ke?.."

"Tak la pak cik, kami jalan-jalan nak naik basikal....tapi basikal habes. Kami nak balik KTDI."

"Boleh la tumpang bas ni...bas ni nak balik KTDI jugak.. "

Nak melompat rasanya..haha. Alhamdulillah. Apa lagi, terus naik bas yang kosong tunggu ahli-ahli kelab kayak selesai ko-ko.

" ...Barang siapa bertakwa kepada Allah, Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.." (65:2-3)


                             

Kadang-kadang kita sendiri yang kena meletakkan diri kita dalam kesusahan walaupun ada jalan yang lebih senang. Didik diri supaya membina daya tahan luar biasa dalam menghadapi penderitaan dan kesulitan yang luar biasa di medan juang! Mengajar diri untuk upaya mengambil risiko kerna dakwah ini memang selalu mengajar kita untuk mengambil risiko dan bergantung kepada pertolongan Allah.

Untuk bersenang manusia tak perlu di ajar. Tapi untuk bersusah, memang kita kena belajar. Terutama apabila, yang kita ada semuanya adalah kesenangan.

"Akak nak g M27, ambil la kunci motor kat atas meja tu.."

tawar ukht Atie

"Tak pe la.. akak nak jalan kaki..."

senyum.. ^^

"Sungguh,kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah"
(90:4)

Monday, September 16, 2013

Al-Qasas


Bismillah,

"Dan ingatlah hari ketika Dia (Allah) menyeru mereka, dan berfirman, "Apakah jawabanmu terhadap para rasul?"

"Maka gelaplah bagi mereka segala macam alasan pada hari itu kerana mereka saling tak bertanya... " 

(28:65-66)

Bila tiada lagi ruang untuk beralasan yang ada hanyalah pembalasan,
Bersediakah kita dengan bekalan ?


Benarlah semua kata-kata Allah. 

Saturday, July 6, 2013

Ini Jalannya


Bismillah...





Keimanan seseorang pasti akan teruji sepanjang hidupnya. Kata Allah dalam firmannya surah Al-Ankabut ayat yang kedua.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


Memberi rasa takut dalam hati sebagai salah satu cara untuk mendidik hambanya yang benar- benar bertaqwa. Bukan sekadar itu, ia juga akhirnya akan bertindak sebagai penapis. Menapis golongan- golongan munafik yang keislamannya hanyalah satu kepura-puran semata. Mereka yang berislam hanya ketika mudah, senang dan lapang. Namun, saat diuji dengan kemiskinan, kesempitan dan kepayahan mereka goyah dan akhirnya dengan mudah mereka akan menyerah dengan rela hatinya.


Sebagaimana Allah telah menukirkan satu kisah dalam perang khandak. Para sahabat perlu menggali parit yang panjangnya 3.2m dan lebarnya 4.2m dalam keadaan tanah yang berpasir. Bukan setakat itu sahaja, mereka menggali parit dalam keadaan panas dan berlapar. Ada yang sampai mengadu betapa laparnya perut mereka kepada Rasulullah. Maka mereka dinasihatkan oleh Nabi teragung untuk mengikat perut dengan batu. Projek penggalian parit ini bukan mengambil masa sehari dua tapi selama 28 hari yang berterusan!

Ketika saat kepayahan inilah, terbias kemunafikan sebahagian golongan. Padahal proses penggalian baru ditahap awal jihad. Belum lagi menghadapi musuh yang ternyata lebih ramai dari pihak muslimin. Maka dari golongan ini, mereka mencipta seribu satu alasan untuk berlepas dari perlunya terlibat dalam jihad. Akhirnya Allah menurunkan wahyu dalam surah Al-Ahzab ayat ke-13.

Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang disini), oleh itu baliklah dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan, pada hal dia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).


Ada diantara mereka meminta izin untuk berlepas, ada sebahagian yang secara diam-diam mundur dan keluar dari medan jihad tanpa meminta izin.

Andai tenaga sahaja sudah sulit untuk dikorbankan, bagaimana pula dengan nyawa? Golongan ini, sangat mudah didapati, kita boleh kumpul ramai-ramai untuk memeriahkan suasana perjalanan ini. Tapi hanya meriah saat keberangkatan ketika ringan. Ketika ujian melanda mereka akan menyerah dengan pelbagai alasan.


“Salam. Kak minta maaf saya tak dapat nak teruskan berhalaqah dengan akak. Saya nak tumpukan study. Tinggal saya je yang kelurga harapkan... Saya sayang akak..”



Kui3...siapa kata kerja dakwah akan menghambat study kita? Kenapa ada yang tetap dalam senarai dekan dalam sibuk berhalaqah sana sini.Tak cukup itu, ada yang layak buat master, yang bakal bergelar Dr PhD, yang sudah berjaya bergelar Dr perubatan. Mungkin mereka ini hebat dan menghebatkan diri mereka!! 


                             

“Salam ukht. Afwan, ana tak dapat datang. Ana letih la arini, tak sihat sangat.. ”


Haha..letih dan tak sihat alasan yang sangat biasa untuk tidak berangkat. Ada orang yang tempang tapi masih boleh memandu, ibu yang letih masih mampu memasak, pelajar yang stay up masih mampu datang ke kelas, akhwat yang masih basah lukanya selepas kemalangan kecil masih wujud dalam syuronya! Semuanya kerana cinta dan amanah.. kesihatan tak stabil bukan alasan untuk kita melemah.


“Ana tak mampu nak teruskan kommitmen lagi....ana rasa tak layak. Ana nak masa untuk memperbaiki diri...”

Ini saya pelik.. Memperbaiki diri? Macam mana nak memperbaiki diri dengan meninggalkan halaqah? Bukankah halaqah untuk orang mentarbiyah dirinya? Jalan ini bukan jalan orang yang suci dan maksum. Tapi jalan inilah jalan untuk menyucikan diri. Sudah join halaqah tapi masih buat maksiat, makanya halaqah seminggu sekali tak cukup, mungkin 2 atau 3 kali seminggu sebagai solusinya. Bukannya meninggalkannya terus.

Seorang pesakit diabetes yang sudah makan Metformin 500mg TDS untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Tapi setelah makan tiga kali sehari seperti yang diarahkan, kandungan gula dalam darahnya masih tinggi..

Jika anda adalah pesakit ini, apa tindakan anda...?

Tidak makan ubat ini sebab tak berkesan? Dan membiarkan penyakit ini berlanjutan sehingga kaki dipotong, sehingga mata mula kabur (retinopathy), atau saraf dah terganggu (neuropathy) ? Inilah keadaannya, jika kita meninggalkan halaqah dengan alasan di atas.

Jadi solusinya bukannya tidak makan ubat langsung! Mungkin pesakit tidak mengamalkan diet yang sihat dan mungkin Metformin 500mg tak cukup untuk mengawal penyakitnya. Maka ...

1. Amalkan diet yang sihat [tinggalkan maksiat sesungguhnya]

2. Tambah kombinasi dengan Glicazide [sibukkan lagi dengan aktiviti tarbiyah]



                                     

Dan sebagainya. Alasan ini tak ada hadnya. Macam-macam asbab boleh dijadikan. Tak perlu diajar, mereka pandai sendiri! Susah sikit tak boleh... Kebersamaan mereka hanya akan membantutkan perjalanan kita. Tujuan kita dan mereka sudah tak sama.

Maka terhasillah golongan yang benar-benar ikhlas dan beriman dalam perjalanan ini. Perjalanan ini akan tetap meriah dan bertambah berkat. Yang masih kekal , teruskan perjalanan dengan senyuman dan berbuatlah!!

Jangan ditangisi keciciran mereka. Usahakanlah diri untuk sentiasa meluruskan dan memurnikan niat agar tidak terhakis keimanan kita oleh penapis-penapis Allah. Sebagimana para ikhwanul muslimin telah buktikan kesungguhan mereka. Keluar masuk penjara merupakan perkara biasa, tapi semangat mereka dan matlmat mereka tidak pernah sesekali luntur.

     

" ....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki.... " [BQ]

Hanya yang benar-benar beriman akan berjaya ke peringkat seterusnya.


Ya Allah berkatilah Mesir ,
Lindungi dan rahmatilah Dr Mursi dan orang-orang yang bersama beliau,
Laknatlah orang yang mengkhianati beliau dan sekutunya.
Amin...

Friday, May 31, 2013

Momen penting

Bismillah,

Segala-galanya mungkin akan berakhir sengkang beberapa masa lagi. "Mungkin".kerna penentuannya hanya Allah yang tahu. Perjalanan 4 tahun yang penuh dengan segala-galanya. Hari ini hari terakhir untuk sesi pembelajaran kami di UKMKL. Hari terakhir duduk dalam dewan kuliah, hari terakhir untuk tidur dalam kelas...hari terakhir untuk aktiviti sebagai pelajar. Sambung master?.. tak tentu lagi...

Jadi, setiap momen sangat-sangat penting. Sikit-sikit kena ambil gambar..katanya kenangan. Betul la tu..kenangan kami bersama, penat jerih. Ketika mula-mula mendaftar di UKM as a pharmacy student. Saya masih ragu-ragu.

Ini projek model farmasi komuniti kami. Kami lah arkitek,
bisnesswomen dan juga clinical pharmacist.

"Betul ke nak ambil farmasi ni, boleh ke nak bawak.. Betul ke nak kerja sebagai health professional ?"

Sebenarnya saya nak meletakkan perguruan dalam pilihan UPU sebab kerja mudah, banyak cuti dan lebih rilex dan abah menggalakkan. Arwah mak pulak, membangkang habis-habisan sebab murid sekarang ni sangat agresif. Tapi segalanya berubah, apabila murobiyyah minta tukar kepada kos kesihatan memandangkan ramai akhwat kita yang sudah dan akan jadi cikgu, tapi bidang kesihatan ada seorang je. Saya pun tukar je la..memang tak de pendirian sangat masa tu. Tapi alasan kakak tu agak munasabah. Malangnya...yang ramai tu, tinggal kenangan..

Ayah ok,sebab cikgu pilhan kedua saya dan pilihan pertama saya adalah Farmasi UKM. Kalau arwah mak masih ada mesti dia sangat-sangat setuju. Walaubagaimanpun, interview cikgu saya tetap pergi, jaga hati ayah..hehe.

Tahun satu, kami terima peringatan-peringatan ringkas dari senior-senior..

"Jangan mimpi nak dapat pointer macam kat matrik.. Kami sekarang ni target lulus je...n blablablaaaa"

Dan betul pun kata mereka, walaupun ancaman tu menambah keraguan sedang aku baru mula ditarbiyah.

Tapi,

"Study 24 jam tak menjamin result bagus. Keberkatan ilmu tu dari Allah."

"Jika kamu tolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguh kedudukanmu.." (47:7)

Kata-kata ni mecantas semua keraguan. Dan. saya disini sekarang ni, masih tetap ditarbiyah. Masih di halaqahkan, masih menghalaqahkan, masih hadir ke program dan masih follow up ke medan lain. Lulus dan tak tersangkut kat mana-mana... Semua atas nikmat dan izinNya.

Berulang kali saya ditanya

"Kak, farmasi senang tak? "

Jawapannya mesti lah tak,sebab mana ada benda mudah kat dunia ni. Tapi saya akan menjawab,

"Farmasi best dan menarik kalau minat..."



Hakikatnya susah nak mentajmik pelajar farmasi ni. Kalau dapat, dia memang mutiara bersinar..lain dari yang lain.

Yang penting, segala-galanya tidak berakhir dan tak akan berakhir. Keghairahan mereka meraikan final sem, final year tidak dirasai sangat. Sebab, bagi saya cabaran lepas ni pasti lebih mantap!

Akhwat bekerja dan berdakwah... itu pasti! Akan ku gigit dengan gigi geraham..
Sungguh kita telah dimuliakan dengan Islam...

                            

Jangan obses dengan dunia, cukup di genggaman tangan.. ^-^

All the best finalist...~~ Moga perjalanan hidup lebih berkah.

                                          

Wednesday, May 15, 2013

Impian

Bismillah..


IMPIAN seorang murabbi itu adalah memimpin, menyantuni, dan mengislahkan peribadi mutarabbinya agar suatu hari nanti dia dapat melihat mutarabbinya menjadi seorang murabbi yang LEBIH BAIK dari dirinya sendiri..

Kerana tidak selamanya seorang murabbi dan anak2 usrahnya itu akan terus sehidup semati bersama di suatu tempat yang sama. Sumpah setia di jalan ini memerlukan mereka sentiasa berhijrah, sentiasa bergerak, walhal berpisah sekalipun di suatu masa yang ditetapkan nanti jika sudah dipilih Allah untuk perlu. Berjarak dengan segala pahit dan manis yang sudah mereka lalui di dalam ukhwah fillah ini. menjadi laksana kepompong di masa pentarbiyahnnya.Bila sudah tiba masanya dipilih Allah, ia akan menjadi rama-rama yang harus terus terbang melebarkan sayapnya. Menyebarkan bahagia dari bunga ke bunga. Eheh. 

Kerana tarbiyah ini tidak akan sempurna tanpa dakwah, kerja keras ini akan terus melahirkan, melahirkan, melahirkan lagi dan lagi agen2 Allah agar tercapai Ustaziatul Alam kita InsyaAllah!

Teringat kisah Hassan Al Banna yang pernah saya terbaca. Ada seseorang bertanya kepada Hassan AlBanna "Kenapa engkau tidak menulis buku2? Agar lebih memudahkan lagi dakwah ini tersebar? (Walhal sebenarnya Hassan AlBanna pada ketika itu sudah pun berkarya)

Hassan AlBanna menjawab.."Aku menulis manusia.." :)




Sematkan dalam blog, sebagai ingatan sepanjang masa, dalam perjalanan bergelar murobbi dan mutarobbi.

Thursday, April 25, 2013

Senyumlah

bismillah..,

Bila masa tidur bukan milik kita lagi
Bila makan tiada masa untuknya lagi
Bila amanah yang di beri makin bertambah

Senyum dan berbahagialah



"Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Itulah karunia Allah, yang telah di berikan kepda siapa yang dia kehendaki. Dan mempunyai karunia yang besar"

(57:21)

Wednesday, April 3, 2013

An amateur

Bismilllah..

Mad'u is our patient..

treat them not threat them..,


truely, 
an amateur murobiyah

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..