Monday, January 7, 2013

Doa mereka

In The Name of Allah


"Bila exam final...? kabo-kabo la... Nak doakan jugak"

statement yang sangat sweet dari seorang kakak saya

Kak zu,akak da stat exam ke? Kitaorang nak doakan..

Ucapan jauh dari Banting..

Dan ucapan-ucapan lain..

Mereka memang sweeet..,hadiah dari Allah.
Menggantikan rasa kesedihan menjawab farmakokinetik...
Allah,permudahkan segalanya..

tak sabar nak grade~!

Thursday, November 29, 2012

Bila mak bersuara

In The Name of Allah


Tiba-tiba sony xperia mini berbunyi. Ada mesej baru masuk...

"Mak akak da bising-bising la sebab akak balik sekejap-sekejap. Dia kata lebih baik tak payah balik. Sebelum ni die ok je.. Tiba-tiba je.." sender : ukhti siti.

Saya sekadar baca,tak boleh nak reply sebab sedang dalam perbincangan dengan akhwat lain. Kena fokus.
Sedang kami memerah idea dalam perbincangan,tiba-tiba talefon berbunyi lagi. Kali ni,kak Siti yang talefon. Mungkin sebab saya tak reply mesej die kot. Saya minta izin untuk menjawab.

"Zu,dah beli tiket dah?"
"Belum lagi,saya tengah ada discussion. Dah habis nanti saya pergi beli.."
"Oh,okay. Zu,taw tak mak akak dah bising-bising dah...."

Tak sempat dia nak teruskan.

"Tu la saya dah baca mesej akak..nanti saya call ya, Saya tengah discuss skang ni..."
"Owh okay..."


Malam tu kami jumpa di KL Sentral untuk naik ETS sama-sama.


"Akak tak taw la kenapa mak akak tiba-tiba bising. Mak akak buat ayat 'touching-touching' bila akak nak keluar. Dia kata kenapa tak tunggu die jumpa doktor dulu..."

"Mak akak nak jumpa doktor?Kenapa?"

"Mak akak ada lymphoma. Doktor nak bedah rabu ni. Tapi tiket akak balik Sabah selasa ni. Mana sempat nak tunggu. Tak kan nak burn,mahal kot nak beli baru. Akak cuti sampai selasa je pun."

"Patutlah mak akak touching,dia kan tengah sakit sekarang ni. Lepas tu akak nampak macam tak kisah je..balik lepas tue keluar balik..."


"Tapi sebelum ni akak keluar tak de pulak. Yang akak tak tahan tu,mak akak kata 'nanti kalau mak dah tak ada buat la apa yang nak buat sekarang'..."

"Mak'ai,touching giler..."

"Akak rasa tension je lepas mak akak cakap macam tu.Lepas tu,akak lepaskan kat adik-adik akak yang tengah bising-bising kat dalam rumah. Akak kata kat diorang.."

"Diamlah,angah tengah pening ni fikirkan masalah umat ni..."

"Syabas la akak,hebat betul kata-kata. Lepas tu apa diorang kata?"

"Diorang diam je..."

Haha,pernah alami? Tiba-tiba mak kita buat ayat-ayat touching yang mencairkan sedikit hati kita. Rasa tak sampai hati lah dan sebagainya.



Saya tiada komen,sebab Allah dah mudahkan untuk saya. Tapi,kita perlu sentiasa mempersiapkan diri kita dengan halangan-halangan yang bakal dihadapi. Persiapkan diri kita dan persiapkan keluarga kita untuk menerima inilah kita,inilah jalan yang kita pilih.

"Mat,nanti ko dah kerja binalah rumah batu untuk mak dan ayah... "

"Mak,ayah jangan risau..mat sekarang ni tengah bina rumah yang lebih hebat dari rumah batu untuk mak dan ayah.."

"Eh,yeke..ada pulak duit kau,kat mana kau bina."

"Mat,tengah bina kat syurga bersama keredhaan Allah..nanti kita boleh sama-sama rehat dan santai kat sana.pasti lebih aman dan selesa..." ^-^

Agak-agak,apa mak dan ayah Mat balas?


Saturday, November 17, 2012

Harapan untuk esok hari


In The Name of Allah


Manusia tidak tahu apa yang berlaku pada esok hari bukan bermakna hanya harus berserah.
Letakkanlah harapan untuk esok hari,
Dia akan melaksanakan yang terbaik.

Ya Allah 
Bantulah saudara-saudara kami di Palestin.
Kurniakan mereka pertolonganmu..
Jangan biarkan kami di sini berhenti berdoa..
Penderitaan mereka tidak pernah berhenti..
Tiada sebab untuk kami berasa selesa di sini..
kami saudara mereka dan mereka saudara kami...

Ya Allah,
permudahkanlah segala-galanya..


biar terjatuh,tersungkur,termengah-mengah,atau mengeluh
tapi jangan pernah berhenti mengejar redhaNya..












Tuesday, September 11, 2012

Menata de Coco


In The Name of Allah



Menjadi pelajar tahun akhir memang akan sibuk...

Tengok jadual kelas pun dah jadi paralyse tetiba.

Bertambah dengan kekusustan projek penyelidikan. Ada yang kata baru nak mula setelah semuanya baru di approve. Ada pulak yang kena tukar method,kena tukar tajuk... Tak kurang juga kepada yang kena ulang balik semula..

"Saya tak puas hati la dengan result kamu... Saya rasa kamu kena buat semula..." senang je Prof C cakap macam tu.

"Rasa" yang dikatakan sama je dengan "nak". Cuma mungkin bunyinya baik sikit.

Tapi memang Prof C selalu kata,buat research memang macam tu. Buat sekali tak akan terus menjadi.
 Memang betul tanpa apa-apa bantahan. Tapi yang menjadi masalahnya ialah masa! Masa sangat suntuk untuk completekan segala-galanya. Tinggal 6 minggu je lagi..beserta dengan jadual pembelajaran yang sangat tersusun cantik.

Perbualan hangat sekarang..

"eh..tak percayalah kita dah final year. Rasa macam second year je lagi..."

Saya sendiri pun macam tak berpijak dibumi yang nyata lagi. Betul ke aku ni nak jadi pharmacist. Layak ke eh? Usah dipersoalkan layak atau tidak. Tapi laksanakan amanah yang diberikan...

Menjadi daie jugak sibuk. 

Sana sini dengan urusan-urusan pentingnya.

"Macam mana ye tajmik kita kali ni? Nak buat hari apa yang sesuai..."

"MOM kenapa tak hantar-hantar lagi?"

"Bila kita punya next syuro...? "

Cukup untuk fokus kepada dua perkara ni betul-betul. Tak payah nak susah-susah join benda-benda lain..

"weh,jom g tengok wayang..." haha..

InsyaAllah,
Busy memang busy..

Tapi biarlah busy itu sekadar fizikal bukan mental.

Jangan disetkan diminda kita akan busy dan sibuk. Tapi bersedialah untuk menghadapi kesibukan dan keperitan bergelar pelajar tahun akhir... Susan diri,masa,iman dan harian dengan cemerlang!

"Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang snagat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kami bersabar dan bertaqwa,maka sesunggunya yang demikian itu termsuk urusan yang patut diutamakan.."(3:186)

Allah akan permudahkan urusan hamba-hambaNya yang Dia sayang.
Banyakkan berdoa dan berusaha..

Tie to Allah!

Jangan kata BUSY tapi kata aku READY!


cukup sekadar karutan yang menjana sebelum kelas bermula esok!


Wednesday, August 15, 2012

Fitrah Kita

In The Name of Allah

Fitrah manusia mahu dekat dengan Tuhannya
Bila rasa lapang dan kosong dia akan cari Tuhannya
Bila rasa sedih dan tertekan dia akan cari Tuhannya

Bila bersama Tuhannya dia akan tenang dan lapang
Hati yang sedih sudah gembira
Masalah yang menggunung rasa macam dah merata

Tapi sering kali,
Movie,game ,facebook,chatting,makan,hiburan
Menjadi rutin yang tak boleh di tinggalkan
Saat masalah melanda
Ini yang dicari sebagai solusi pertama

.Masa berlalu tak terasa kerana asyik berfb
Masa 2 jam terlalu singkat untuk berhibur
16 episode movie sanggup diharungi dengan berjaga malam
Ronda bazar mencari makanan rasa tak puas

Adakah ini yang di Tuhankan.

Solat teraweh 8 rakaat dah mengeluh panas
Stay up untuk tilawah give up sebab mengantuk
Tahjud dibuat macam patuk ayam

Malang sekali manusia kerap tersalah berTuhan

Kenapa kita solat,nak baca surah panjang-panjang lepas baca Al-Fatihah
Boleh pulak soalan ini menjengah
Tiba-tiba hati jawab sendiri
 Supaya kita lama-lama mengadap Allah
(mungkin ada jawapan yang lebih tepat)

Usah berTuhankan pada benda pada manusia.
Sebulan perlatihan dalam Ramadhan 
Satu kelas pengajian berlansung
Mengajar manusia kembali kepada fitrah
Fitrah berTuhankan Allah
Yang menciptakan dan mematikan

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam) sesuai fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus,tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui." (30:30)

Ayuh kembali kepada Allah
Dengannya terletak segala solusi 
Sedang dia yang memberikan masalah itu
BerTuhankan dengan Tuhan sebenar
Dia rasa semua masalah mampu dihadapinya


sesuci macam fitrah baby: Nur Izz Qairen

Selamat Menyambut Aidil Fitri
(^-^)

in pharmaceutical lab waiting for nata to freezing
hope all is welz

Monday, August 6, 2012

Dalam Rakaat Terakhir

In The Name of Allah

Serangan ke atas bandar HAMA berlaku ketika Mujahideen FSA sedang bersolat selepas selesai menjaga satu demontrasi yg diadakan di bandar ini. Dalam rakaat terakhir ketika Qunut mereka telah diserang, Lantas selesai solat terus menggapai senjata ke tangan kembali ke barisan hadapan medan pertempuran.

"Kami adalah tentera Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki melangkah
Jiwa perindu syahid tak akan goyah"

"Wahai tentera Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar syuhada
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah..."

"Letih tubuh dalam perjalanan..
Saat hujan dan badai merasuk badan
Namun jiwa harus bertahan..
Kerna perjalanan masih panjang..."


Sunday, August 5, 2012

Kelat Sekarang

In The Name of Allah

"Akak boleh tak saya nak mulakan semula dari bawah..."

Hanya senyuman yang diberi kearah muka yang bergenang air mata.

Suasana sunyi. Masing-masing menghayati suasana yang sedang berlaku.

"Anti tak boleh patah balik.." sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Inilah jawapan dari kakak itu.

"Sekarang ni saya baru nak faham. Saya rasa useless kalo teruskan... Dakwah entah apa-apa,study pun hampeh! "

Dia teruskan kata dengan sedu sedan walaupun dia sendiri dapat mengagak keputusan yang bakal diberi.

Kini bukan dia sorang,yang lain juga ikut menghayati dengan linangan masing-masing. Mereka juga mengerti memahami.

Ini dulu yang berlaku kepada dia. Tapi dia tetap disini. Langkah masih tetap diteruskan. Dia sedar segalanya perlu dimulakan dengan keterpaksaan. Namun,bukan selamanya keterpaksaan itu wujud. Benar,rasa teruk dan tak berguna itu wujud tapi ia boleh diperbaiki. Tapi lebih seronok jika diperbaiki bersama bukan berseorangan.

Sekarang sorang demi sorang sudah tidak bersama lagi. Tipu jika hatinya tak terusik. Jauh dalam sudut hati..jiwa tertanya-tanya kenapa aku masih disini. Padahal dulu dia yang mula-mula bercita-cita untuk itu.
Jika diimbas kembali pasti lucu.





Hati manusia Allah yang pegang.

Satu hari,ketika masa terluang dia mulakan perbualan. Dimulakan perbualan ringkas tetapi kemudian diikuti dengan isu yang masing berpusing dikepala otak. Sengaja dibangkitkan,nak dengar pendapat dan pengalaman dari orang lain.

"Akak tak terasa sangat tapi terkejut jugak la..." cuba menjawab persoalan.

"Memanglah akak dah lama..dah biasa.Saya ni baru nak jinak-jinak..saya kadang-kadang mula meragui."

"Huish! Akak tak pernah pun rasa macam tu. Akak rasa bahagia je dulu sehingga sekarang. Kalo tak mesti akak dah macam kawan-kawan yang lain. Pergi kelab,kejar dunia,cari hiburan....buang masa buang duit." dengan selamba kakak itu menjawab.

Diam,hati kosong lagi.


"Sejak dua menjak ni...saya mula rasa berat nak melangkah. Nak pergi nak bersiap nak fikir..nak buat,nak datang sini pun rasa berat.. rasa malas." kali ni dia telus.



" Kadang-kadang bab kecil pun kita tak settle. Contoh boikot, ikhtilat..akhlak...aurat. Kalau benda-benda macam ni pun kita tak boleh nak jaga,macam mana kita nak jaga dakwah,..."

Ringkas tak menjawab,tapi terkena.

Benda-benda ni simple je tapi kadang-kadang kita ambil enteng. Tapi pertolongan Allah susah nak datang. Renunglah sendiri..guna iman jangan guna nafsu!

Hakikatnya memang begitu. Jalan dakwah jalan penuh ujian. Kadang-kadang ujian diikuti dengan kemudahan dan kita pun tersenyum penuh kesyukuran. Tapi kadang-kadang ujian diikuti dengan rintangan dan dugaan. Tak habis lagi kekuatan dibina diruntuhkan semula. Tak cukup masa tapi inilah hakikatnya. Tak segalanya mudah...tak setiap masa senyuman masih mampu terukir. Kadang-kadang muka kelat..mencari solusi.

Rasa nak lari tapi tak nak tinggalkan. Tanpa tarbiyah kita mesti kembali ke jalan jahiliyah.

Tekanan itu mampu dihadapi oleh orang yang sabar menanti redhaNya.

Selamat Meraikan Kemuliaan Ramadhan

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..