Tuesday, May 3, 2011

Benarkah cuti..?

                                                      In The Name Of Allah..

Alhamdulillah,berakhir sudah satu lagi semester. Semester yang sangat mencabar untuk diterokai dan sangat manis untuk diingati. Segala-galanya ibarat bermula dengan sem ini. Langkah perlu semakin gagah dan yakin.Mengajarkan saya cara untuk hidup.

                                

Kini bermula pula cuti sem yang paling panjang perlu dihargai. Ya hargai..bukan hanya nikmati. Jika dulu,kita beralasan sibuk study sehingga stay up,tak mampu untuk bangun tahjud setiap hari. Tapi sekarang kita seharusnya mampu,sebab kita tidak perlu bersengkang mata untuk study. Mungkin kita juga beralasan tak sempat menghabiskan satu juzuk sehari sebab kelas dari pagi sampai petang. Sekarang dalam cuti 4 bulan kita seharusnya mampu,bahkan lebih lagi....apatah lagi mebaca buku-buku ilmiah..usah beralasan lagi dalam masa luang yang banyak.





Imam Ahamad bin Hambal:
                                                "kerehatan bagi muslim adalah aib"




saya tak pernah buat lagi...apa kata kita sama-sama cuba buat...
jika mengantuk berdiri aja sambail bacanya...(^-^)
                                        


Jadi,jangan aibkan diri kita dengan hanya berehat untuk cuti sem ini,tapi memanfaatkan masa,memanfaatkan diri..Jika sebelum nie,kita tidak ada banyak untuk orang lain,apakata dengan cuti yang panjang ini kita masak untuk famili ke..kita ajar adik ngaji ke..kita bermain-main dengan anak sedara ke..atau banyak lagi yang kita boleh buat kan?


 Hadith nabi:


"khairunnas ma yan fa'unnas" = sebaik-baik manusia ialah orang yang bermanfaatkan untuk orang lain.



Jangan jadi individu yang sama aja setiap hari..tiada perubahan lansung. Bangunlah bina diri..Satu sikap yang setiap muslim perlu ada ialah:



   " memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.".



                               

Musuh untuk dilawan bukan untuk diikuti...dia bukan kawan kita. Tapi kita sendiri yang mengikut tanpa perlu dipaksa. Mungkin ada diantara kita tak taw mana musuh kita nie nak bawa kita...tapi cuba fikirkan matlamat hidup kita..adakah selari dengan ajakannya?? Kalo selari ikutlah (dare to take the risk??)..jika tidak tinggalkan je...toksah fikir panjang.



 "wahai manusia! Sungguh,janji Allah itu benar,maka janganlah kehidupan dunia memperdayaka kamu dan janganlah (setan) yang pandai menipu,memperdayakan kamu tentang Allah" (35:5)





 "Sungguh setan itu musuh bagimu,maka lakukanlah ia sebagai musuh,kerana sesungguhnya setan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." (35:6)



Kalo kita ikut musuh,makna nya kita lari dari petunjuk,kita jauh dari jalan yang benar. Tapi jika kita lawan musuh,petunjuk sentiasa ada untuk kita..dari pelbagai cara. Jadi, penentu kita adalah diri sendiri. Nak patuh dengan musuh? atau nak patuh dengan petunjuk... Ingat yang ruginya kita sendiri,sedangkan Allah takkan akan pernah rugi apa-apa walau secubit yang tajam.



 " dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah sehingga Allah emnjadikan mereka lupa akan diri. Mereka itulah orang-orang fasik. (59:19) "



Jadi,saya mengajak diri saya dan pembaca sekalian. Hidupkan hati,bangunkan jiwa. Usah malas menunggu untuk disuap. Jika ada batu diperjalanan usah berhenti tapi alihkanlah abtu tersebut dan teruskan perjalanan.
Belajarlah untuk hidup untuk orang lain,bukan kebahagaiaan diri sendiri.


                               

     ::::KELEMAHAN UNTUK DIATASI BUKAN UNTUK DITOLERANSI::::::::

Friday, April 22, 2011

Thursday, April 21, 2011

Tembak!

                       In The Name of Allah.




"Okay! hari nie cikgu nak buat latihan menembak. Tapi disebabkan kita nie kurang prasarana. Makanya,dikalangan kamu sendiri yang akan di jadikan bahan. Bahan untuk diletakkan epal di atas kepalanya. Jadi semua akan target pada epal tue. Boleh?" kata cikgu Hisham menguji.

"Cikgu ??? biar betul? Kami nie dah la baru nak belajar menembak. Nanti ada pulak anak orang mati."

"hahaha...Tak la,cikgu saja je nak uji. Lagipun,nie kan kelas pertama kita. Hari nie,Encik Saidi yang akan tunjukkan cara menembak. Tapi tetap kena ada volunter untuk jadi sasaran. Ali dan Abu boleh?"

Ali dan Abu terkejut.


                                                



Dalam keadaan begini. Kita dapat membezakan dua orang. Sama ada yang hanya percaya dan orang yang yakin.

Percaya
Yakin
Tetap berdiri tegak tapi menanti tembakan dengan penuh debaran kencang didada.
Mungkin juga,berdiri terketar-ketar.
Mungkin juga akan menyerah langsung.
Tetap berdiri. Ada ketenangan dihati dan diriak wajahnya.
Menanti tembakan dengan penuh kesabaran dan keteguhan


Begitu juga kita sebagai hamba Allah. Tak cukup sekadar percaya bahawasanya Allah ada. Tapi kita perlu yakin. Yakin bahawasanya Allah itu wujud dan selalu bersama kita tiap detik!.

Jadi,tika di minta untuk bersedekah. Usah fikirkan sangat belanjawan yang tak cukup. Tapi memberilah walaupun sedikit.
Manusia sekarang bekerja,ibarat duit mereka cari sendiri. Lupa Allah yang memberikan rezeki kepada mereka.

Nanti diminta untuk berkorban masa dan tenaga. Kita juga perlu yakin bahawa,Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang lebih indah. Bukan sekadar lulus dan cemerlang dalam exam.,bukan sekadar lancar semua urusan,bukan sekadar diberi nikmat yang special. Bukan sekadar tue, Itu semua hanya di dunia. Tapi yang kita nak di akhirat nanti yang kekal abadi.

Pernah tak kita pandang tapak tangan kita? Itu sapa punya? Jangan jawab terus tapi,tanya hati... Dimulut semua akan jawab Allah,tapi hati kita akan memberi tahu jawapan yang sebenar? Hmmm...

Razif pergi ke sekolah agamanya selepas latihan menembak pagi tadi.

"Cikgu...adik saya tanya. Macam mana buat ikan masin?"

"ha? kenapa kamu tanya cikgu? tak tanya mak kamu terus ke?"

"mak suruh tanya cikgu dulu.."

"ooo...jawapannya. Pertama ikan tu harus mati dulu..kemudian disiang...dan direndam dalam air garam..
eh,betul ke? Razif,cikgu tak pasti la. Tapi macam tue la lebih dan kurang nya.."
                                     
                              

"oo..garam la yang membuatkan ikan tue masin. Ikan kan air kat laut tue yang menyebabkan ikan tue mati sebagai ikan masin."

"Bukan-bukan... "cikgu Norima pun sebenarnya keliru...hhuhu 

Bukan cara untuk buat ikan masin yang masalahnya. Tapi pernah tak kita fikir....

"ikan dilautan yang berenang dalam air garam tue...tak pulak masin .
Tapi ikan yang ditangkap disiang,di letakkan tiga mangkuk garam,dengan mudahnya menjadi ikan masin????"

kenapa ya?...









Monday, April 18, 2011

Kenangan



“wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sebenarnya-benarnya taqwa kepadanya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim”
(3:102)



Suatu masa dahulu:

 Di sekolah yang bersebelahan dengan selat melaka. Suatu pengunguman di lakukan.

"Assalamualaikum wbt. esok akan diadakan satu forum berkaitan permasalahan umat Islam,terdiri daripada panel jemputan bukan dari sekolah kita. Forum di surau Assyakirin. Pukul 2.45 petang. jadi semua pelajar diminta berkumpul disurau. Prep petang tiada esok. Sekian terima kasih." 

Esoknya.Semua pelajar pun berkumpullah di surau seperti diarahkan. Sampai je melangakah ke surau maka saya dan sahabat,umi pun bersila lah,bersedia mendengar apa yang di bincangkan. Beberapa ketika,selesai forumer pertama bercakap....

"weh,bosanlah..."

"aah..aku mengantuk la. Selalunya masa nie aku tidur kat kelas..."

"aku teringin la nak makan ABC pak mat ,ko nak tak? jom wei.. "

"jom la..leh gak. Dari aku kebosanan kat sini."

Jadinya,kami pun meloloskan diri ke kantin. Alhamdulillah tak ada orang. Ye la semua pelajar kan ada kat surau.

"cik,ABC dua bungkus."


                                            


"wei,umi. Kita nak makan kat mana nie?"

"makan kat kelas la...rehat-rehat bawah kipas"

"orait.."

Dalam perjalanan ke kelas dari kafe, dengan sebungkus ABC ditangan masing-masing. Kami terserempak dengan cikgu Add Math.

"kamu buat apa kat sini"

"aaaaa...." kami tersenyum..dalam hati berdebar-debar gak. Jarang sangat buat macam nie.

mujurlah selamat. Lagipun,cikgu add math nie sempoi dan sporting. Kalo jumpa dengan PK Hem masa tue, pasti kantoi sampai ke perhimpunan.

Suatu petang..

"wei,korang malam nie Brazil lawan Italy la..Aku nak tengok Brazil main...."

"weh,,,ye ke. Tapi camna nak tengok..hari nie kan hari Rabu. Bilik tv mana boleh masuk"

"ye la wei..kita tengok je la keputusan kat surat khabar esok pagi...kat kelas.." pasrah.

"tapi kalo kita tengok game die kan lagi best..lagi real,lagi feel. Masa perlawanan kul 2 pagi..camna ye kita nak tengok??"

"ha! aku ada idea. Bilik tv tue bukan kunci pun. 2 pagi mana ada student hidup.. Camtu,jom je la kita..hahaha"

"woit..ko biar betul.. warden tahu abeh la kita. Nampak bercahaya-cahaya kat tingkap bilik tv..."

"ish! ko nie..negatif la. Warden tak de nya la nak berjaga pagi-pagi.."

"weh..aku setuju!!! Orait..malam nie kita stay up ramai-ramai.."

                                             

Malam tue,maka semua ahli geng nie pun turun ke bilik tv untuk menonton perlawanan yang di nantikannya. Tapi belum lagi perlawanan habis,sorang-sorang dah surrender,tidur! Dalam pukul 4.30,perlawanan tamat..Brazil kalah..sob3. Memandangkan ramai yang dah terlentok,maka mereka pun tidur je dalam bilik tv tanpa memikirkan risiko yang bakal di hadapi.

Esoknya. Perbuatan mereka di ketahui oleh pihak pengawas. Tapi apa heran...pengawas tue sama batch dengan mereka. Tak berani la dia nak cakap lebih-lebih. Paling teruk pun sindir je...hahah. Tak ingat dah..sama ada perbuatan nie sampai ke pihak warden ke tak.

Dah besar sikit:


tuck..tuck..tuck..( pintu bilik di ketuk.)

tuan punya bilik pun bukak.

"Eh,tak pe..pergi dulu."
"tak pe nak tunggu.."

esokknya..

"eh..pergi dulu.."
"owh ok.."

esoknya lagi..

"jom.."
"jom.."

lepas nie bersedia la..supaya nanti dia tak yah tunggu.
Orait dah dengar derapan kaki,dia dah sampai. Maka lampu dan kipas di tutup. Pintu dikuakkan...tapi..hahha kelakar-kelakar. Kenapa..apa yang dia nampak?

Kelihatan kawannya,sedang lari secepat-cepatnya, dari penglihatan saat pintu dikuakkan.

Nak je jerit...
"ha! lari laju lagi..semoga jatuh tangga!"
                                                     


tapi tak terkeluar sebab takut dosa.
Alhamdulillah..dah takut dengan dosa..


Akan datang:

ketika syaitan datang membisik
ketika nafsu memujuk
ketika bosan dengan perkara baik
ketika ingin melanggar peraturan
ketika inginkan kebebasan
ketika mendambakan kemewahan

Ingatlah Allah.


“dan jika syaitan datang kepadamu menggodamu,maka berlindunglah kepada Allah.Sungguh Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”
(7:200)



Cukup-cukuplah mengikut hawa nafsu. Cukup-cukuplah menerima ajakan syaitan...
Jom kita jadi hamba yang bertaqwa. Yang merasakan kehadiran Tuhannya,walau di mana sahaja kita berada.
Dunia bukan matlamatnya. Tapi akhirat yang di dambakannya.

Doa Abu Bakar:

"Ya Allah jadikanlah dunia di tanganku,bukan dihatiku"

Saturday, April 9, 2011

Tetapkan Langkah

In The Name of Allah

Hari ini bukan smeudah semalam bergelar akhwat tarbiyah
Banyak yang perlu dikorbankan dan banyak juga yang perlu dilepaskan...
Sesekali langkah tersadung,rebah menyembah
Sesekali melangkah gagah,tersenyum megah
dan 
Semua itu memerlukan pengorbanan.
menuntutkan kesabaran dan kadang-kadang air mata
Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,
Usah di gusar pada nikmat tarbiyah.
Anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengejarkan kita
Bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan.
Kuatkan dirimu merempuh ujian yang pastinya akan hadir,agar hidup dalam keredhaanNya.


ukhti...
andai aku melakukan salah,namun lupa untuk meminta maaf..
maafkan aku.
andai kau berbudi namun aku lupa mengatakan terima kasih
maafkan aku.
andai aku pernah tidak membalas senyum tatkala kau tersenyum padaku
maafkan aku.

aku bukan insan sempurna yang akan membuat hatimu berbunga
aku insan biasa yang sentiasa cuba memperbaiki diri
lantaran tarbiyah itu yang dulu mengajar ku begitu
jangan pernah kau tidak berharga padaku
andai saja kau tahu,
nama siapa yang melakari doaku
Pasti nanti kau sedar..
betapa dalam cintaku padamu


SELAMAT BERJUANG UNTUK MENDAPATKAN YANG TERBAIK...
MOGA ALLAH MEMBERKATI SEGALA USAHA KITA..
SEMOGA BEJAYA..
DALAM FINAL..

Thursday, March 31, 2011

Terms...

                                                              In the name of Allah.

Seronoknya esok dah hari jumaat! Tak sabar nak tunggu esok. Inilah diantara keluhan-keluhan sahabat-sahabat saya yang menantikan hari Jumaat. Segala-galanya adalah kerana kelas English. Esok adalah kelas english yang terakhir. Maka berakhirlah jugak segala assigment-assignment BI yang lecturer selalu tak puas hati. Bagi saya,kelas English sepatutnya kelas yang mereleasekan tension bukannya mengincreasekan tension...haih!

 Inilah kehidupan pelajar. Saya dan kawan-kawan saya esok adalah kelas Bi yang paling mendebarkan. Esok kami akan di interview berpandukan job advertisement,resume dan cover letter yang kami sediakan. Seram dan mendebarkan...

                                                 

Pesan kak mas..(our english lecturer)

“be prepare with all your words in your cover letter and resume. Make sure you all know well your job advertiseme. Remember , your own words can against you..... ”

“If you think im strict,then my friend is more strict than me....”

Huh,be prepare okay,kawan-kawan semua. One of the possible question that may be asked is...

Are you consider yourself as succesful?.

Saya pernah di tanya oleh kawan saya,kalo die tanya kita soklan nie camna kita nak jawab? Alamak,saya tak tahu la... Tapi berdasarkan contoh yang dibekalkan. Kita kena jawab dengan yakin YES! Dan jelaskan kenapa.

                                    

Berjaya..
adakah kita mengangap diri kita sedang berjaya.???
Jika saya,saya akan jawab ya,sebab saya berjaya sampai ketahap ini,ke tahap umur saya 21 tahun. 
Jadi anda bagaimana..?

Kalo kita pandang-pandang,tidak pegang-pengang,masyarakat kita, sekarang nie kebanyakkannya berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan. Tak payah tengok jauh,kita tengok je sahabat-sahabat kita di kelas ataupun disekeliling kita. Masing-masing dengan cara sendiri untuk berjaya. Untuk lulus semua,untuk mendapat yang terbaik,untuk mendapat yang cemerlang. Moga kita juga termasuk pelajar-pelajar yang sebegitu rupa.

Namun,berjaya tidak pernah lari dari kegagalan. Allah menjadikan segala-galanya berpasangan.  Jadi berjaya pasangannya adalah gagal.

OH TIDAK! Jangan sebut perkataan itu,saya tak suka dengar!

                                          

Ya.. siapa la yang suka dengan kegagalan. Gagal adalah suatu benda yang pelajar akan lari darinya. Sebab tue ramai yang berusaha bersungguh-sungguh. Lagi-lagi bila nak dekat exam....

Saya pernah mengalami kegagalan beberapa tahun lalu. Kalo boleh saya tak nak ingat dah perasaan tue,sedih dan kecewa. Apa yang kita harapkan bukan apa yang kita dapatkan. Di ibaratkan apa yang kita usahakan adalah sia-sia. Lepas tue malu dengan kawan-kawan. Lagi-lagi kalo ada yang tanya keputusan kita berapa. Lagi lah static lidah nak bergerak,menyatakan kebenaran.

Bukan tue saja,bila kita gagal nie,mula la diri kita rasa macam rendah walaupun kita diantara orang yang duduk belakang kalau berbaris. Segala-galanya sebab kita rasa diri kita ini lemah nak di bandingkan dengan kawan-kawan. Nak bagi pendapat pun,rasa macam tak layak. Aish,macam-macam peel.

Tapi semua benda ini akan menjadi berbeza bagi orang yang bersifat optimis. Mereka memandang ke depan . Mereka memikirkan langkah yang seterusnya,tiada guna merenungkan sesuatu yang telah termaktub. Langkah masih boleh diayunkan..maka ayunkanlah.  Gagal bukan bermaksud tidak bodoh,tapi bermaksud kita perlu perbaiki. Jadi perbaikilah...jangan duduk senang. Kita terutamanya,umat ISLAM..hamba Allah..umat Nabi Muhammad. Wajar sahaja berasa kecewa dan sedih jika gagal. Tapi jangan pernah kita berasa putus asa..

                         Allah does’nt meant life will be easy. But HE promise to be with us always.

Gagal mungkin akan menjadi buah peria yang kelat bagi orang yang sepanjang hidupnya hanya ada kemenangan memperolehi apa yang di impikan. Okay,cuba kita semua bayangkan. Apa yang kita nak kiat dapat. Apa yang kita idamkan,di tunaikan.

Wah,bestnya!!  Tak yang susah-susah..buat je macam nie,macam nie..macam tue. Macam sana..macam dulu-dulu...dan pelbagai term lagi. Dan pasti dapat...

Eh,betul ke??

Sesuatu yang diperolehi dengan mudah susah untuk dihargai. Tapi sesuatu yang diperolehi dengan usaha yang keras,akan menjadi sesuatu yang dihargai dan bermakna. Itulah kepuasan.

Tapi suatu benda kegagalan yang kita juga perlu aware dan takut dan benci dan jauhi. 

Iaitu kegagalan tarbiyah. 

                                


Berusaha jauhilah kegagalan dalam tarbiayah sebagaimana kita berusaha jauhi gagal dalam peperiksaan. Jagalah kualiti tarbiyah sebagaimana kita jaga kualiti jawapan dalam peperiksaan.

Wednesday, March 23, 2011

Walk Mate

In the name of Allah

Kadang-kadang kesusahan yang mengenalkan kita apa itu dunia.

Setiap hari kita melangkah menuju ke destinasi masing-masing. Kalo kita kata kita ada kereta,kita tetap melangkah menuju ke kereta kita kemudian barulah tayar bergolek. Pernah tak kita mengira berapa banyak kita melangkah dalam sehari? Sebaik-baiknya, kita perlu melangakah 10,000 kali dalam sehari untuk menjamin kesihatan kardiovascular. Jadi sesiapa yang ada application 'walk mate' kat henset gunakan lah untuk  mengira berapa langkah kita sehari.

Tapi pernah tak bila sensitif dengan setiap langkahan kita. Ke manakah ia pergi?
Adakah kita hanya melangkah ke kafe? ke kelas? ke tandas? ke meeting? ke bilik kawan? ke tlasik?
Ya..melangakah lah kemana-mana untuk mendapatkan 10,000 kali langakahan bagi menjamin kesihatan kardiovaskular.



Setiap langakahan mempunyai tujuan. Setiap langakahan kita yang bukan sekadar sehari tapi seluruh hidup kita akan membawa kita kepada tujuan hidup kita yang sebenar. Jadi bagaimana kita mampu melangkah jika tujuan dan matlamat yang jelas kita masih tidak tahu. Ya boleh je nak melangkah tapi sekali kita diuji dan diduga,kita akan mudah dimanipulasikan. Berbeza dengan orang yang mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang jelas. Walauapapun,biar ribut dan beruang datang menyapa,ia pasti akan tempuh sebab dia sudah tahu dan faham tentang jalan yang dipilihnya.

Jelaskanlah pada diri masing-masing apa matlamat kamu,melangkahlah menuju matlamat kamu.

Jangan sampai engkau melutut kepada dunia,biarlah dunia itu sendiri datang bergolek kepada mu.

Usah mengeluh andai dunia mu di uji..itulah tarbiyah Allah.

Kerna matlamat mu adalah akhirat,kehidupan yang kekal abadi..

Allah tidak menjanjikan kehidupan ini senang,tapi Allah janji untuk sentiasa bersama-sama dengan hambanya.



AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..