Tuesday, January 18, 2011

Tahun 2011

 Alhamdulillah sempat juga saya menghirup udara "free" nie lagi tahun 2011.. Huhu.. Menjelang 2011, ramai dah sahabat-sahabat saya yang dah layak mendaftar untuk mengundi... Tahniah 2x!! Nanti, pilihan raya wat la pilihan yang bagus2.. Macam mana nak buat pilihan?

mungkin boleh pilih yang mana yang meningkatkan amal,meningkatkan ilmu dan meningkan iman..
( sekadar cadangan dan berbsa-basi...('_')

Selamat ulang tahun kepada sahabat-sahabat saya. Safiah Mohd Omar -1 Januari,Fatihah dan Kak Ila- 9 Januari dan terbaru.... Amirah Mohd -14 Januari. Semoga terus - menerus berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa...amin

                                      
                                       
Bagi saya pula, tahun 2011 ini telah banyak membawa saya jauh melangkah dari saya sangka. Ikutkan hati yang ragu-ragu nie,nak je saya menolak. Tapi sampai bila saya nak menolak? Satu hari nanri mesti kena jugak punya... jadi,RUN je la..GRAB the chances..huhu

Yang pertama sekali,jadi forumer. Topiknya adalah akademik. Ikutkan realitinya,saya memang agak tidak alyak untuk membahaskan tentang akademik...result pun cukup-cukup je. Tapi belasah je,share je apa yang anda lalui sebagai seorang pelajar... Yang kedua,bergerak lebih jauh pada setiap minggu. Yang menuntut komitment dan pengorbanan dari segi masa dan wang. Alhamdulillah,ada yang temani... Huh,jika nak dibandingkan dulu,pergi bergerak pun just 10 minit dah sampai,setiap minggu. Tapi kali nie lain... mula-mula dapat tahu,bingung gak,membayangkan apa yang akan terjadi. Tak sangaka pulak ianya secepat ini... Tapi fikir balik,mungkin ini cara Allah mematangkan diri yang lemah ini. Saya harus dan wajib yakin,perancangan Allah adalah yang terbaik. Allah tak akan membebani hambanya sedangkan hambanya tak mampukan? (2: 286)

                                   

Jadi bagaimana harus saya mengatur masa dan hidup saya? Dan apa yang perlu saya utamakan dahulu? Saat saya meluahkan perasaan ni sahabat saya memberi nasihat:

"rancanglah masa,kalau hang gagal merancang bermaksud hang dah gagal!"


"biaq betoi hang nie...tak pernah lagi aku dengaq cam nie. Takut pulak,aku tak nak la sampai gagal.."


"ye la bukan ke ada ayat motivasi kata camtu.."


"kalau ayat tue bukan ke, If you fail to plan,you plan to fail kan??"


"aah..itu la..."


"kalau aku gagal merancang maknanya aku merancang untuk gagal bukannya dah gagal!!"


"oppps..sori2x..hehe"


                                           


Cuak jugak bila die cakap macam tue. Jadi,kuncinya ialah menfaatkan setiap jam,minit,saat dan detik saya. Gunakanlah sepenuhnya untuk bergerak dan juga study. Usaha-usaha jangan malas-malas...berlumbalah untuk berbuat kebaikan (2:148)

Doakan saya agar dipermudahkan...

p/s: mungkin lepas nie tak de masa dah nak update blog nie..sob3x.

Thursday, January 6, 2011

Sahabat atau jiran?

In The Name of Allah

Hari ini seorang sahabat saya,telah mengejutkan saya. Saya betul-betul terpampam melihat muka dia ketika membuka pintu yang di ketuk. Mata dan leher dia bengkak semacam.

                                    

"Ya Allah,Nurul!! Apa jadi kat muka?"

Soalan saya tidak dijawab malah soalan baru yang timbul..

"Zu ketuk bilik Nurul ke tadi?"

"Eh,tak ada pulak. Jap-jap eh..." saya dengan kelam kabut menanggalkan telekung dan terus maju ke bilik Nurul.

"kenapa nie? asal teruk sangat muka?"

"tak de pape,mungkin alergi.."

Tapi muka dan mata dia bengkak semacam. Comel pula saya tengok. Bulat dan berkilat.

"Cuba cerita.."

"Tadi sebelum basuh baju,okey lagi. Lepas tue,tiba-tiba badan rasa gatal-gatal. Naik bintik-bintik merah. Mata jadi bengkak. Pastu,Nurul pergi la jumpa kak F. Kak F,ajak pergi bilik Halimah,nak minta anti-histamine. Tapi Limah tak de kat bilik. Pastu,kak F ajak pergi bilik Wati plak. Wati pun terkejut giler tengok muka Nurul. Wati offer anti-histamine,tapi Nurul da ada..chloropenamine. Beli kat Farmasi Komuniti UKMKL."

                                             

"Owh,ye ke. Kiranya mula rasa lepas asar la."

"Aah,kak F ajak pergi klinik,tapi Nurul tak nak. Kak F samapi talefon senior kita tanya pasal masalah Nurul ni. Senior tue suruh berhenti makan anti-histamine,mungkin ada food-drug interaction. Sebab Nurul ada makan sotong petang tadi."

"Owh yeke? Kami tak tahu la plak...ye la kita kan baru tahun dua. hehe"

"Talefon mak. Mak Nurul risau,suruh abang Nurul amek,bawak pergi klinik. Tapi dah malam,malas pulak"

"Tapi kena pergi klinik la..kami nampak muka dan mata tue bengkak semacam,lagi-lagi batuk dah 3 minggu tak hilang lagi. Bukan nak pesimis tapi jangan amek ringan la,lebih baik kita periksa dulu awal-awal."

"Haah,tue la. Ingat esok nak pergi klinik."

"Esok,kalau nak pergi klinik,ajak kami pergi sekali."

Selepas tue saya mengundur diri selepas bersalaman berpelukan dan meminta maaf.. Selepas tue saya pulang ke bilik dengan perasaan amat sedih. Namun,ku pendam aje dalam hati ini. kerana malu mengatasinya.

Kenapa saya rasa sedih??

Sebab bilik dia dan bilik saya hanya bersebelahan je!! Tapi apabila dia dalam kesusahan saya bukan orang yang dia cari. Saya bukan orang yang dia minta pertolongan. Saya sedih dengan diri sendiri ini....sedih yang terlalu sedih..hmmm. Sahabatku,maafkan aku. Akan ku cuba perbaiki diri ku...

Afwan kathira,ya ukhti.

Sekarang ini,saya sedang membaca buku Dakwah Fardhiyah. Walaupun helaian tersebut telah di baca ,namun kesedaran masih tak ada di hati. Isi buku tersebut,

Rasulullah marah kepada suatu kaum yang sama sekali tidak memahami tetangga.


 “ bagaimana kaum – kaum ini!! Mereka tida memahami tetangga,tidak mahu mengerti,tidak memberi nasihat,tidak memerintah,dan tidak melarang. Sungguh bagaimana kaum-kaum yang tidak memahami tetangga,tidak berusaha menasihati mereka. Demi Allah hendaklah kaum-kaum itu faham terhadap keberadaan tetangga mereka,menasihati mereka,memerintah,melarang dan hendaklah suatu kaum itu belajar dari tetangga mereka,memahami dan meminta nasihat dari sana,atau kalau samapai suatu kaum itu enggan untuk melakukannya,sungguh akan aku segerakan datangnya siksa”


InsyaAllah,lepas nie kita bersama-sama harus sensitif dengan sahabat-sahabat di sekeliling...semuanya adalah kerana Allah.

Friday, December 31, 2010

Sebuah Perjalanan

In The Name of Allah

Satu riwayat ingin saya coretkan....

Sudah menjadi rutin saya dan Az akan ke rumah sahabat kami. Tapi perjalanan kali ini,lain sikit..jauh dari kebiasaannya. Perancangannya kami akan ke masjid India dulu sebab nak beli barang penting. Hari nie je kami ada masa untuk keluar. Jadi kesempatan tidak boleh dilepaskan begitu saja. Jadi seboleh-bolehnya kami nak beli barang tue hari tue jugak.

Al-kisahnya....
Kami keluar kolej dan jalan keluar ke seberang jalan untuk tunggu teksi. Tapi teksi yang kosong tidak muncul- muncul. Yang tak ada penumpang pula,menggelengkan kepala dan menggoyangkan tapak tangan. Sebagai tanda tak terima pelanggan. Semuanya gara-gara, jalan sesak di bulatan Pahang seta jalan disekelilingnya. Aduh,macam mana nie. Kami nak samapai ke LRT Titiwangsa je. Kalo keadaan yang macam nie,memang tak ada gaya la kami nak sampai ke LRT tue.

                                      




Jadi,kami sepakat. Daripada membuang masa lebih baik kami jalan kaki. Maka,buat pertama kalinya saya dan Az jalan kaki menuju ke bulatan Pahang dan sterusnya sampai di hdpan HKL. Di sini, usaha kami menahan teksi masih lg dteruskan walaupun percentage kami untuk mdapatkannya agak tipis. Namun, berbekalkan keyakinan terhadap Allah, doa dan kesabaran, sbuah teksi telah berjaya kami tahan. Tiada unkapan yg paling indah terkeluar dari mulut kami ktika itu mlainkan satu ayat iaitu 'Alhamdulillah'. X tergambr ksyukuran kami kpd Allah ktika itu, dlm keadaan jln yg 'jam' tentu sahaja pmandu2 teksi berasa letih utk trprngkap dlm ksesakan lalu lintas, tp Allah yg Maha Pengasih tlah mndgr doa kami dan mlmbutkan hati pmndu tersebut.

peta bulatan pahang


Sedang kami sangka dugaan yg d hdapi ktika itu tamat disitu shj... kami terus di uji dgn terperangkap  dalam 'jam' yang amat panjang, prasaan kami saat itu hanya Allah shj yg tahu(dan sape2 yg penah alaminya la). skali lg, dgn berbekalkan ksbran akhirnya kami sampai jua di destinasi yg dituju... Fuh! lega. tgok je meter teksi tu, hampir terkeluar 'eyeball' kami....mahalnya!!RM14.40....wah xpenah naik teksi tmbg smhal ni, sebelum nie dlm teksi kaki kami 'ter'tendang2 antara satu sama lain setiap kali harga meter naik... (tanda protes scara snyap sbab jln 'jam')  tp xpe....bila tujuan sbenar adalah mncari redha dan rahmat Allah, kami brjaya mghdpi smua ni dgn tenang dan jayanya(syabas buat kami).

Baru je kaki kami mnjejak tanah(trun dari teksi), azan maghrib terus berkumandang...ish kalu ingat2 kat umah x penah plak brada luar rumah waktu ni. tp xda apa yg kami bleh buat krana ianya dsbabkan jln 'jam'....(Ya Allah..xpenah nak salah kan diri sndiri,kena muhasabah balik ni). Kami terus mnuju ke kedai yg kami hajati. Cari punya la cari...aish, mana kdai ni, tgok balik mesej yg d hntar oleh seorg sahbat tntg alamat kedai tu,ekh...da betul alamt ni. macam mana ya....emmm. tnpa mmbuang masa kami terus mnuju ke masjid india untuk mmnuhi hak Allah, kami solat di sana.

masjid india,tempat kami solat
                            

Seusai solat, kami teruskan pncarian mncari kdai tu. namun hampa yg kami temui.. kami terus mngambil kputusan untuk terus pulang mnuju ke rumah seorg shbat. disebalik apa yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi...hanya Allah yg  mengetahui. Sampai ke destinasi,kami keletihan. Lutut masing-masing rasa kejang..lenguh! Apa yang kami dapat? Secara kasar dan jelasnya..kami tak dapat apa-apa pun. Malah tak dapat pun beli barang yang kami nak. Tapi,jika diperhati dan diteliti dengan iman di dada,kami sebenarnya peroleh pengalaman dan juga iktibar. Apabila kami muhasabah balik, kenapa kami terus mencari kedai yang dihajati ???  padahal azan sudah berkumandang menyeru untuk kami ke masjid. Dimana kah keyakinan kami terhadap ketetapan Allah dan ketentuan-Nya. Kami akhirnya,tak dapat pun berjemaah ketika solat maghrib. Kalo diikutkan kalo kami pergi terus ke masjid ketika azan berkumandang,kami pasti tidak akan rugi 27 kali ganda pahala....


                   Iktibar: Utamakan apa yang perlu diutamakan.
                                   Dan pastinya,ketika mana dan dimana pun anda....
                                      sentiasa letakkanlah Allah yang utama!

Sunday, December 26, 2010

Tak Ku Sedar

In The Name of  Allah

Satu perkongsian ringkas yang saya nak berkongsi. Pada cuti yang baru sahaja berlalu,ayah saya pergi ke klinik gigi. Masalah dengan gigi gerahamnya. Dulu berlubang tapi malas nak tampal,tapi sekarang dah dimakan dek isi gusi,lagi sakit! Menyesal pun da tak guna.Jadi penyelesaiannya adalah pergi klinik gigi dan cabut  je la gigi geraham tue.

Jadi,pagi suatu hari tue ayah saya pun pergi la klinik gigi. Beberapa jam kemudian pulang. Dia mengadu pening sangat. Owh,biasalah bius kat gusi belakang lagi,mestilah banyak blood capillary. So,pening tue normal je la. Hmmm....

                                    


"tapi sakit la...dia cabut gigi geraham,tinggalkan lubang besar "

"oooo...ye ke. Tak pe la,kejap lagi rasa okey la tue "

"tapi kenapa doktor tue tak jahit? biar je berlubang besar"

Gusi boleh je jahit? Mesti la keras....kan? Tapi saya diam je tak membalas apa-apa..

"aduh,lapar la pulak..."

"abah nak makan apa?"

"abah rasa tak boleh nak makan la...sakit lagi bahagian mulut nie. Cuba tengok pipi abah bengkak tak? Rasa tak selesa la..."

"la ye ke..tak hilang lagi sakit. Meh tengok.."

Aah..memang bengkak. Tapi lepas tue ayah saya makan pisang sikit,alas perut. Sebelum pegi klinik tadi ayah makan sikit je. Mana boleh tahan sampai petang. Malam tue ayah saya dah rasa okey sikit,ayah saya da boleh mula makan nasi tanpa lauk. Sekadar hilangkan rasa lapar diperut.

                           

Selama dua hari,selepas cabut gigi. Ayah saya hanya makan nasi dan kuah sahaja lauk yang diambil sikit sangat. Mungkin rasa sakit lagi tak hilang. Ye la kan,gigi geraham..gigi yang paling besar. Mempunyai akar tunjang yang kukuh..bila dicabur pasti rasa sakit sangat.

Pada hari ketiga,ayah saya panggil saya untuk tengok giginya sebab ayah saya rasa macam ada makanan yang terlekat dan dia rasa tak selesa. Saya masa tue rasa terkejut. Yang saya fikir,"aku kena tutup mulut aku nie... ak tengok gigi orang (sebab dentist semua tutup mulut bila periksa gigi pesakit)...". Tapi lepas tue,saya tengok je mulut ayah saya tue,tak yah nak tutup-tutup mulut,bukannya orang lain,ayah sendiri. Ayah saya pun tunjuk kawasan mana yang die rasa tak selesa. Saya tak nampak ada makanan pun dalam lubang gusi tue. Tapi lubang tue memang besar la..

Tapi sebenarnya saya terkejut sebab bukan kawasan tue je ayah saya tiada gigi..tapi di beberapa tempat lain. Senang kata,sebenarnya kebanyakkan gigi ayah dah dicabut.Masa tue terlintas dihati...ayahku sudah tua rupanya. Saya masih melayan dia sebagaimana saya melayan ayah semasa saya kecil. Saya baru terfikir...ayah saya sudah berusia,umurnya sudah meningkat,giginya pun banyak yang dah tak ada. Masa tue saya terkenang semua jasa dan pengorbanan ayah yang dah membesarkan saya. Sedih bila diingatkan,apa yang kita balas dengan semua kebaikan ayah. Sedikit sekali saya balas dengan kasih sayang kepadanya. Yang saya tahu,permintaan dan kehendak saya harus dipenuhi. Jarang sekali saya fikirkan kepentingan ayah saya.

Walaupun hanya setakat gigi,tapi gigi tue cukup untuk mengungkapkan segala pengorbanan dan penat lelah yang ayah lakukan untuk diri saya dan adik beradik lain. Kini kami semua dah pun jadi manusia yang berguna malah masing-masing mampu untuk berdiri sendiri tapi tanpa ayah siapalah kami sekarang nie. Doanya sentiasa ada untuk mengiringi kejayaan kami. Keredhaannya perlu sentiasa menjadi keutamaan kami.

Kini bagi saya,dialah ayah dan dialah manusia yang paling saya ada dan paling saya sayang di dunia ini sekarang.

                                        


p/s: appreciate ur parents as they are still here to pray for ur success. Don't eva regret anything when one day one of them of both of them leave u first!

Wednesday, December 22, 2010

Promosi: Majalah Sinergy



Assalamualaikum w.b.t...
Majalah SINERGY edisi yang ketiga kini dipasaran UKMKL! 
Bertemakan 
AJARKAN AKU CINTA 
Hanya RM 3 senaskah.
Sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mengenal apa erti cinta yang sebenarnya.
Terdapat pelbagai kupasan yang cukup menarik berkaitan CINTA.
Dapatkan majalah SINERGY dan belajar untuk mengoptimumkan CINTA kepada yang berhak...!



p/s: untuk langganan dan maklumat lanjut layari: http://synergymedia.com.my/

Tuesday, December 7, 2010

Bangkitlah!




Satu Muharram detik permulaan 
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
...
Asas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta



Satu muharram,tahun baru yang sepatutnya kita sebagai umat Islam raikan dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerna kita masih lagi.....


diberi ruang untuk bernafas dibuminya ini..

diberi ruang untuk bertaubat atas segala dosa di lakukan sebelum ini..

diberi ruang untuk menyesali dan memperbaiki diri..

 kesempatan melawan hawa nafsu dan godaan syaitan...

kita ini diberi ruang meningkatkan kualiti diri...

diberi kesempatan mengikut apa yang dicontohkan Rasulullah..

 ada masa untuk mengamalkan ilmu yang kita ada...

ada peluang untuk memperjuangkan menegakkan kalimah "lailahaillah"..

DAN

beri ruang untuk menyuburkan rasa kecintaan kita kepadaNya...


Senang kata,kita masih ada lagi masa untuk melakukan segala-galanya...masih lagi punya kesempatan. 

Marilah kita sama-sama manfaatkan masa,ruang,peluang dan kesempatan yang kita masih punya!
Tanam azam...bulatkan tekad..

Tingkatkan pengorbanan!
Teguhkan keyakinan!
Mantapkan iman!
Yakinlah dengan Allah!



                                          
                                          Sesungguhnya.....Janjinya Allah adalah pasti!







Monday, November 22, 2010

Buat bukan Cuba


Dulu,sebelum cuti sem saya ada lah berpesan kepada mutarabbi,tentang persiapan yang perlu dilakukan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

“Kita perlu persiapkan iman sewajarnya kerna pengaruh suasana ketika dirumah agak  tidak membantu jika iman dan disiplin kita sendiri goyah. Yang paling penting kita perlu kommitmen dengan mutabaah,lakukan seikhlas hati. Berbuatlah kerana Allah. Kalo boleh terus istiqamah dan meningkat,yakin dengan janji-janji Allah”

Saya berpesan sebernarnya kepada diri sendiri terutamanya. Azam di hati nak keadaan dan suasana cuti kali ini lebih bagus,bukannya menghadapi keadaan yang sama seperti cuti sebelum nie. Sem nie,bagi saya pelbagai ujian dan cabaran telah di hadapi takkan keadaan dan keupayaan hati melawan nafsu pada tahap yang sama. Jika sama,bererti,apa yang saya telah lalui pada sem ini masih tidak berkesan untuk menjadi lebih baik. Maka apa yang saya lalui masih sia-sia padahal banyak sudah pengalaman yang pengajaran dikutip. Jadi,harus lebih baik!. Semoga,mutarabbi saya juga begitu.

Alhamdulillah,saya selamat sampai juga dirumah dengan menaiki bas transnasional. Segalanya berjalan lancar,walaupun ramai yang menasihati agar berhati,baca doa banyak2,baca je ayat apa2 dalam bas tue, dan jangan tido lama-lama dalam bas sebab,al-maklumlah sekarang nie banyak betul bas yang kemalangan.

Keadaan tak seindah disangka,sampai dirumah beberapa hari,iman saya 'down',kualitinya entah seberapa. Ishhh..saya mula rasa lemah dan beralasan. Ishh...tak boleh jadi nie,pastu apa yang saya buat? Saya online,chat dengan shakirah. Sembang-sembang kosong akhwat. Adalah nasihat yang diberi. Baca buku... Hmm,bagus jugak,saya pun baca buku lebih banyak lagi..banyak masa di habiskan dalam bilik untuk baca buku,tapi lain yang jadinya. Tertido pulak,dari kerusi turun ke tilam..

Esoknya,saya dapat satu mesej dari murabbiah,

"Ganjaran hebat berupa pahala besar buat para daie."Turunlah kamu berdakwah kepada seorang manusia sahaja sehingga dengan perjuanganmu itu dia dapat menempuh jalan hidayah dan beristiqamah didalamnya...yakinlah,sekalipun engkau tidur disaat dia solat malam,engkau makan disaat dia berpuasa,engkau tinggal dirumah saat dia mengerjakan haji dan engkau tidak turut berjuang disaat dia berjihad di jalan Allah...pahalanyakan tetap mengalir untukmu setara dengan pahalanya tanpa dikurangi sedikit pun!!! SUBHANALLAH"

Masa baca,mesej nie..memnag terkena. Ye la,duduk rumah bermalas-malsan dengan iman yang 'down'. Masih tidak sedar,banyak masa telah dirugikan dengna melayan perasaan iman 'down' tue.Sedangkan orang lain berhempas-pulas dengan kerja mereka meraih pahala dan redha Allah. Betapa ruginya la diriku ini.

Beberapa hari lepas tue dapat mula mesej dari hqmate

"salam..
Bismillah
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk
dpucuk2 daun...
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian"

Jazakillah ukhti,inilah yang di katakan nikmat berukhwah kerana Allah. Cantik susunan ayatnya seindah mesej yang ingin di sampaikan. Mesej ini memang betul-betul terkena kat dahi nie.


                                     


Lepas tue ,saya teringat akan sebuah ibrah yang ceritakan oleh seorang sahabat.

"Dalam berazam sesuatu,jangan kata cuba tapi katakanlah buat"

Maksudnya,jika kita ingin melakukan sesuatu,jangan kata"saya akan cuba untuk melakukannya" tapi katakanlah"saya akan melakukannya". Nampak tak berbezaan?

Jika kita kata cuba buat,kita tidak akan merasakan betul2 kesungguhan yang benar dan jika tidak dapat buat kita akan mula beralasan. Jika kita kata kita akan buat,kita akan berusaha untuk melakukannnya.

Jadi,untuk mengatasi untuk merealisasikan azam,kita seharusnya berbuat bukannya hanya mencuba dan menyerah jika gagal.

Jadilah,sekreatif yang mungkin untuk melawan nafsu,melawan kehendak....fikirkanlah keperluan!


AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..