Saturday, October 30, 2010

Takziah.. ukhti

      Takziah kepada ukhti syakinah....
Semalam dia di kabarkan,ayah nya masuk wad akibat strok... terpana ana ketika dia memberitahu melaui talefon. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.... hari ini dan esok dia masih ada paper...buntu dalam tangisan.

Tapi hari ini,dia dah balik kedah...lepas paper pagi tadi. Dan baru je pukul 8.30 malam tadi sampai dan jumpa dengan ayah nya...




"alhamdulillah,8.30 tadi sampai...ayah ada kat wad biasa sekarang nie, x boleh bercakap dengan betul..lumpuh sebelah badan belah kanan..x berapa nak kenal orang..mula panggil ana pas tue terlelap..pas tue panggil lagi..operation x tahu kena wat ataw tidak.."




Alhamdulillah keadaan ayah nya bertambah baik dari sebelum nie... minta kita sama2 mendoakan ayah sakinah dan keluarganya agar di beri kekuatan dan ketenangan menhhadapi ujian dari Allah.. dan semoga syakinah sempat balik esok sebab dia ada paper lagi esok...


Dari Allah segalanya datang...kepadaNya juga kita meminta pertolongan.....

Wednesday, October 20, 2010

Exam datang lagi.....

Dengan Nama Allah...

           Exam datang lagi....adakah cukup bersedia atau tidak terpulang kepada masing masing. Bagi saya yang penting adalah usaha bersungguh-sungguh walau sesukar mana pun subjek tu.. hadam jangan sampai metabolized. Kalau boleh biarlah ilmu tue irreversible attached to our brain. Janganlah kita belajar sebab peperiksaan tue sebab peperiksaan itu akan berlalu,tapi terus lah belajar kerana ilmu tue...tanamlah sifat ingin tahu dan ingin tahu...sebab ilmu itu akan berguna selamanya..insyaAllah.


sekolahku..sbpi sabak bernam
                              
           Hari isnin yang lalu,selepas tazkirah maghrib di surau A..sahabat saya..

          "aku datang surau nie sebab exam da dekat,kalau tak de exam malas je nak datang. Tak                    sempatlah... tapi kalau exam,tak sempat pun aku sempat kan jugak.."

pengisi tazkirah tue pun berkata...

"baguslah macam tue,at least datang jugak dari tak pernah datang. Cuma yang silapnya adalah niat kita. Kita berbuat sesuatu kerana ingin kan dunia tue..padahal dunia tue haya lah sementara. Allah dah berjanji,sesiapa beramal bukan nya ikhlas kerana Aku,di mahsyar nanti dia akan lihat segala amalnya manjadi debu bertaburan. Rugilah kita masa tue.. okey,kalau macam tue..macam mana kita nak didik diri kita ikhlas datang ke surau,solat berjemaah seta dengar tazkirah kerana kita ingin kan redha Allah? "

Siapa ada idea?

               "bagi saya...kita kena jadi hamba yang bersyukur,sebab Allah dah bagi banyak sangat nikmat kat kita. Sedangkan sedikit sekali kita bersyukur... Jadi kalo saya,saya nak gunakan nikmat yang Allah bagi nie untuk dekatkan diri saya pada Allah.."

lagi?
             "bagi saya pula..memang la kita nie bila susah baru kita nak dekatkan diri kita kat Allah,terutamanya bila exam. Dulu,pun saya jadi habit gak bila nak exam...rajin sangat turun surau,bangun malam...rajin ngaji. semua tue sebab nak cemerlang SPM. Tapi,result SPM saya teruk sangat tak macam yang saya harapkan. Masa tue mula la saya putus harapan..malas..dan tak mengharap sangat pada Allah sebab dalam otak saya time tue,saya dah buat beramal sesungguhnya bangun tengah malam dalam keadaan mengantuk..sedangakn kawan2 saya tidur lena atas katil,cemerlang dari saya..lebih baik aku biasa2 je.. Time tue memang sedih sangat..down. Sampai satu hari tue,ada kawan  saya cakap,die kesian kat saya masa tue,beramal sungguh-sungguh tapi dua-dua tak dapat. Tiada keikhlasan kerana Allah,kejayaan pun tak dapat. Masa tue ,saya rasa rugi sangat.... baru saya sedar,kejayaan itu hak milik Allah..kita sebagai hamba perlu lah redha atas ketentuanNya."

mungkin tak ada point penyelesaian sangat tapi cukup sebagai peringatan....

pentazkirah menyambung:

"bagi saya pula..kita kena tamakkan dua kejayaan...kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Tapi,kalau kita berjaya dengan pointer yang bagus tue bukan bermakna hidup kita sudah sempurna,bukan bermakna kita memperoleh kejayaan akhirat yang mutlak itu. Itulah,dlaam hidup kita sebagai muslim,imbangkan kepentingan dunia dan akhirat. Jangan kita beramal sebagai muslimah itu hanya untuk memperoleh kejayaan dunia semata-mata."

                  Dan hari nie,kinah dah exam...kepada kinah dan sahabat2 lain...

"selamat berusaha keranaNya,selamat berjuang keranaNya....."

ingat,study kita juga ibadah..niatlah kerana Allah..

            

surau dan kantin pak mat...

Thursday, October 14, 2010

Mukhayyam itu...

 Alhamdulillah,perkhemahan itu menunjukkan kesan yang amat memberansangkan. Mereka lebih faham apa yang mereka lakukan sekarang,mereka lebih jellas untuk apa mereka di ajak sekarang. Jika dulu,mereka terlalu banyak beralasan,diketuk pintu tidak di buka,apabila berbicara mukanya tidak ceria.... tapi sekarang sedikit sebanyak mereka telah berubah. Jika mereka membeli makanan,makanannya di pelawa,jika berkata-kata mukanya ceria,senyum. Jika diterangkan mereka memberi respons... Alhamdulillah,semuanya kerana Allah. Ya Allah,aku bersyukur padamu atas segala kemudahan yang Kau berikan kepada kami untuk terus teguh dijalanMu.


mungkin begini suasana mukhayyam itu....hmmmm
                             


Selepas mukhayyam... ada yang berkata...

                   "sebelum nie,saya tak tahu kenapa saya pergi halaqah,tapi sekarang baru saya faham.."

sedih juga dengar...ingatkan apabila diterangakan kepentingan tarbiyah,mereka boleh la faham sedikit,tapi ana masih tak mampu lagi untuk memahamkan.

                      "sepanjang program tu rasa macam nak nangis je"

kenapa? ana tak tanya pula... ada akhwat lain kata,sebabnya dia amat terharu dengan akhwat2 yang hadir bersama-sama ketika mukhayyam.. Akhwat2 kita memang hebat...!

                                                     "zu,rugi zu tak pergi...."

ayat nie,di ulang berkali-kali ketika minta mereka berkongsi tentang apa yang mereka dapat... Tak pe,antunna ada untuk sampaikan balik ilmu2 yang antunna dapat kan?? hehe..
apabila,ana minta mereka kongsikan balik,alhamdulillah memang mereka dapat la kefahaaman sedikit sebanyak...
ada yang kongsikan tentang

surah anfal ayat 27....tentang amanah...
surah al-imran ayat 104,110,114...tentang amar maaruf nahi mungkar..





Pagi tadi,dalam bas...ana terserempak dengan salah seorang dari mereka. Gembira ana jumpa dia...jarang jumpa di fakulti,selalunya di bilik je. Apa yang lebih mengembirakan lagi,ana nampak ada kain putih bercorak-corak terkeluar di pergelangan tangannya. Pemakaiaan juga berbeza... teringat ana ketika mula-mula di tarbiyah..begitu juga.. dari segi akhlak memang agak lambat untuk nampak perubahan,tapi segalanya bermula dengan pemakaian.. Bagi ana ,perubahan melalui pemakaian sudah cukup untuk mengatakan

                                               "mulai saat ini aku,ingin berubah..."

Itu bukan bermakna,cukup mereka sahaja sudah berubah..tapi aku sendiri juga perlu berubah untuk melangkah lebih setapak.. sebab aku tahu apa yang menanti di hadapan bukannya senang-senang lagi tapi segalaanya penuh dengan perjuangan yang menuntut pengorbanan memerlukan kommitmen...


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuk lah ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan lah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musush nyata bagimu"
                                                                         (2:208)

Monday, October 11, 2010

Mukhayyam vs Opkim

Alhamdulillah,akhirnya dapat juga saya menulis lagi. Walaupun,penulisan tidaklah sebagus mana tapi saya tetap nak menulis di sini sebab saya rasa menulis sedikit sebanyak memberi indikator kepada iman dihati..insyaAllah.

Dari saat ini,hanya tinggal dua minggu untuk kami final. Namun,pada hujung minggu lepas,masih sempat untuk kami menjalan program khidmat masyarakat di Sg.Timun,Linggi.
Pada mulanya saya rasa amat sedih dan terkilan untuk ikut bersama dalam program nie,sebab pada masa dan waktu yang sama ada mukhayyam jugak. Saya terpaksa memilih program ni sebab ianya wajib dan menyumbang markah dalam subjek khidmat masyarakat dan juga memberi effect kepada pointer saya nanti,kalo saya tak ikut konfem2 gagal. Saya katakan kepada diri saya..

                    "tak pe,at least aku ada menyumbang untuk mukhayyam ini walaupun tak dapat ikut ".

Kalo saya ikut mukhayyam nie,pasti iman dan kefahaman saya meningkat walaupun hanya sedikit..berbanding saya ikut HM nie.. Apa boleh buat????

Sampai di Linggi,selepas majlis perasmian...kami diserahkan kepada ibu angkat masing-masing. Saya,Hamiesah,Ivy dan Karen secara tidak langsung menjadi adik beradik angkat selama tiga hari nie..huhu. Mungkin best kan?? Tapi lagi best anak-anak Pn. Asmalela..hehe. Sebabnya,kami masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.. ajk protokol lah,memasak kenduri lah,koir lah dan keselamatan lah..




Pn.Asmalela dan En.Yaakob mempunyai 7 orang anak,5 orang duduk bersama-sama mereka. Pekerjaan meraka adalah menangkap dan menjual. Ayah menangkap udang dan ikan,mak menjual udang dan ikan. Bengkel udang dan ikan bersebelahan sahaja dengan rumah mereka. Selain tue,mereka juga membela ayam,angsa,ikan puyu,ikan baung dan kucing.Mereka jual atap nipah juga.. Saya suka suasana rumah mak..sebab suasana kampung yang begitu hidup dan indah. Saya juga sangat kagum dengan ayah dan mak sebab mereka betul-betul berdikari untuk mencari sesuap nasi...berbanding hanya makan gaji. Waktu malam pula,kami di bawa secara percuma oleh alang bersama adik-adik baru melihat kunang-kunang di sepanjang sungai..wah! sangat mengagumkan! Pada mulanya,tak jadi sebab alang pergi memancing,tapi dengan izin Allah,dia balik awal..maka sempatlah kami menziarahi kuang-kunang.....hehe



Kehidupan meraka sangatlah sederhana dan sempoi tapi saya boleh rasa mereka cukup dan bersyukur...banyak lagi kalo nak diceritakan. Saya harap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat sebab mereka sangat best!! Kalo ada peluang,saya nak datang lagi!

Berbalik kepada mukhayyam vs opkim....
Sangat berbeza kalo nak dibandingkan... tapi hanya satu yang opkim dapat beri kepada saya. Bukannya keseronokkan,kegembiraan atau kepuasan juga ketenangan tapi dengan ketentuanNYA,saya dapat satu keluarga yang baru,yang pasti amat bernilai dalam hidup saya...

                                              -  TERUSLAH BERJUANG DI BUMI ALLAH  -

Monday, September 27, 2010

Tension sangat!!!!

Suatu hari ana ditanya ketika dalam bas... oleh seorang sahabat berbangsa cina beragama kristian..

"zu,kamu pernah tension tak?"
"hmmm..." ana berfikir.
"kalo kamu tension kamu buat apa?"
"ting,saya tak pasti lah,jarang lah saya fikir tentang tension..,kalo tentang assignment,apa yang jadi pun,saya tetap kena buat.."
"aah..betul-betul.."

perbualan berakhir di situ..

Dan sekarang ini,ana benar-benar sedang tension...tension apabila kita perlu buat sesuatu yang kita tak suka dan tak ada masa untuk melakukannya..

Green Lung..satu persatuan under fakulti farmasi. Ana pun tak pasti macam mana ana boleh join club nie plak!!!! Aish,masalah nya ialah..club nie nak buat program juga weekend nie! Pas tue ana kena jadi facilitator for kopitian station and sketsa and everything need to be in english!!! Ana tak nak join!
Membuatkan otak ana serabut je..

 Ana tak ada masa untuk semua tue...banyak lagi assignment yang ana nak kna buat,report 2,3 lagi..dan kerja dengan Allah lagi...yang paling tak tahan..kami semua perlukan rehearsal 2-3 kali sebelum perkhemahan selama tiga hari itu..benar-benar membuang masa! Club nie dipegang oleh pelajar cina..tak tahu lah macam mana pelakasanaan nya,tentatifnya...
Yang paling membuatkan ana stress,everything will be done in english and have to make the activity havoc..how could i do it!!!  TENSIONNYA!

Ditambah pula dengan result midsem yang baru keluar...menambah semangat supaya usaha lebih sikit..terlalu teruk! Final tinggal 3 minggu je lagi....tapi kalo macam nie,macam mana ana nak  concentrate....buntu!!!!!!!!!!!!!!!!

Yang paling dan memang ana tak suka dan tak minat dan membuatkan ana tension ialah...GREEN LUNG. Ana harap sangat ana demam untuk minggu nie supaya tak boleh join perkhemahan tue...

"Ya Allah permudahkanlah!"

Para sahabat,tolong doakan ana..

Dah lama rasanya tak rasa macam nie,,,,,

Friday, September 24, 2010

Traffik

                                                                   In The Name of Allah






kenapa lah hati nie rasa sesak je..banyak betul traffik jam dalam otak nie. Aish,pusing jalan nie..ada accident plak berlaku.. pusing kanan...lampu isyarat pulak rosak..pusing belakang dah tak boleh... kat mana aku nak pusing nie???  atau aku hanya ikut je jalan asal...apa nak jadi jadilah.. Tapi tue bukan jalan penyelesaiannya, Itu bukan memebantu tapi melepaskan peluang yang ada..

Aku ingin segalanya indah..aku ingin mereka semua faham..aku ingin apa yang aku rancangkan menjadi... Tapi sebaliknya pula..aku mula la bingung..

"Ya Allah,jika ini ujan dariMu..berilah aku kekuatan untuk menghadapinya..berilah aku petunjuk untuk menerus kannya. Kurniakan aku ilham mencari jalan penyelesaiannya..kurniakanlah kepada aku juga ketenangan dalam mencari jalan yang paling baik"

Ini baru sikit masalah,anak halaqah tak dapat nak datang semua. Lepas tukar jadual 3 kali supaya semua boleh datang...last minute ada juga yang tak boleh nak datang...

Sabarlah wahai hamba Allah...engkau merancang dan Allah merancang dan sebaik-baik perancangan adalah  Allah...

Yakinlah kepadaNya..setelah engkau telah berusaha semampu dan sesungguhnya...

Tak tahulah sedih nie..sedih kerna result ke sedih sebab perancangan berantakkan...

Tolong lah didik hati ini...

Tuesday, September 14, 2010

Rayakah kita?

In The Name of Allah...

Alhamdulillah setelah sebulan memlalui bulan penuh pendidikan dan kini telah lima hari saya menyambut hari raya. Semoga kita semua kembali kepada fitrah asal..insyaAllah. Teringat tentang tazkirah diakhir bulan ramadhan diantara solat sunat terawih..

"para sahabat dahulu,tika ramadhan mula berakhir dan syawal mula menghampiri,mereka akan merasa sayu dan sedih serta hiba...sebabnya,dalam hati dan fikiran mereka risau tentang dua perkara..."

"dua perkara yang mereka risaukan adalah,adakah amalan mereka di bulan ramdhan diterimaNya?..kemudian mereka sedih dan hiba menegenangkan adakah lagi ramadhan akan datang untuk mereka ? "

"yang mereka amat risaukan bukan adakah sudah banyak mereka beramal tapi adakah amalan -amalan mereka diterima  oleh Allah s.w.t...tiada gunanya banyak amalan tapi tidak diterimaNya"

bila saya mendengar ,saya juga dapat merasakan hampa dan sedih..andainya,amalan yang kita lakukan tidak dterima Allah swt bahkan menjadi debu bertaburan di mahsyar nanti...betapa ruginya.

Tambahnya lagi,

"oleh itu,ketika beramal niat harus ditetapkan...iaitu,harus ikhlas hanya untuk dan kerana Allah swt,bukan kerana nak menunjuk ataw nak berlumba pula dengan kawan-kawan atau pun hanya menjadi ikut-ikutan.. yang akhirnya apa yang kita akan dapat hanya penat dan lelah semata..."

"kemudian lakukanlah mengikut sunnah Rasulullah... selama sebulan kita berpuasa dan menghadapi bulan ramadhan,selalulah kita meluruskan niat,jika boleh setiap pagi ketika bersahur..perbetulkan kembali niat kita.."

InsyaAllah,ilmu ini tetap bermanfaat bagi saya walaupun dapatnya diakhir ramdhan..mungkin boleh diaplikasikan untuk ramadhan akan datang..

kemudian,khutbah di hari raya,yang saya rasa agak menarik...

"kita jangan terpengaruh dengan orang-orang yang jahil..ketika tiba di bulan ramadhan mereka berduka cita,terpaksa menahan lapar dan dahaga...tetapi apabila tiba syawal merekalah orang yang paling gembira. Mereka sibuk menyediakan pelbagai persiapan menanti kedatangan syawal dengan pelbagai jenis fesyen baju raya,persiapan rumah dan pelbagai juadah hidangan. Namun,taida apa yang mereka persiapkan untuk mengahadapi bulan ramdhan. Ada juga,bukan sahaja tiada apa yang mereka persiapakan bahkan tiada apa yang mereka lakukan melainkan menahan lapar dan dahaga sepanjang sebulan di ramadhan...astaghfirullahalazim"

"tapi tiba bulan syawal,mereka yang tidak tahu malu ini,bergaya mengalahkan orang lain...mulalah berfesyen ,aurat mula terpaksa didedahkan untuk mengikuti perkembangan fesyen tahun ini..."

Ayat yang dikeluarkan memnaglah agak peda dan siapa yang terasa pedas itu,mesti agak sakit hati..tapi apa yang penting kita fikirlahlah apa yang kita dah lakukan.. WALAUPUN PEDAS,TAPI IANYA ADALAH BENAR...inlah kondisi umat kita..

InsyaAllah..inil;ah yang saya nak kongsikan..
Selamat Hari Raya Maaf Zahur dan Batin......taqaballahuminnawaminkum..
semoga ada lagi ramadhan untuk kita..amin!^_^

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..