Friday, August 27, 2010

Hidup...(2)

ana nisa yang masih kebingungan..

"amal,ana nak berterus terang je la,tapi anti jangan la pandang rendah kat ana pula nanti"

"ishhh..apa la pulak ana nak pandang rendah,ceritanya pun belum. Insya Allah ana janji ana takkan pandang rendah kat anti.."

"sebenarnya,ana rasa bingung dan letih la dengan gerak kerja dakwah nie.."

"apa maksud anti.." amal mula kebingungan

"ana rasa ana tak dapat nak balance kan masa untuk kerja dakwah dengan study ana. Tahun dua nie,ana rasa macam kelam kabut sangat study. Banyak yang ana tak dapat catch-up,subjek pun dah bertambah. Kalau dulu tahun satu boleh la,4 subjek je pun. Tapi sekarang nie ana kena ambil 7 subjek. Semuanya bukannya senang-senang bahkan memerlukan banyak masa faham. Ana bukannya orang yang cepat dapat dan cepat pikap. Tambah pulak lagi dengan report yang bertimbun-timbun..ana selalu ketinggalan berbanding dengan sahabat ana yang lain-lain. Ana takut sahabat-sahabat ana aka pandang rendah kat ana."

amal hanya merenung muka nisa,mengharapkan lebih penjelasan.

"kekadang ana terfikir,ana rasa cukup lah dengan ana datang ke halaqah sebagai kerja dakwah ana. Ana rasa tak mampu untuk bawa taklim,ana rasa ana tak cukup masa la nak tajmik madu'. Ana jelous tengok sahabat-sahabat ana,hidup mereka tak sibuk pun dengan kerja dakwah..tapi result maintain gempak. Yang ana nie,duk sibuk pi sana sini bergerak masih terkapai-kapai. Ana ingat nak berdakwah melalui study je.." nisa menghentikan kata-katanya,melihat reaksi amal,mengharapkan nasihat.

"ukhti,memang wajar saja seorang daie itu merasa letih,sebab ia bukanlah suatu kerja yang ringan. Dakwah ini adalah suatu kewajipan yang berat,sebab nya kita perlu mengawasi manusia,sejauh mana dakwah kita kepada manusia,sejauh itu pula mereka memperoleh atau tidak memperoleh kebahagian dan akan terpengaruh akan terhadap pahala atau siksa."

Nisa mengangguk faham..baru teringat sebab dah biasa dengar.



"Sejujurnya ana sendiri kadang-kadang merasa letih untuk berbuat,kerna kita juga manusia kan. Tapi cuba kita fikir,Rasulullah dahulu,dugaan dan cobaan dan makian yang baginda hadapi lebih besar kalau nak di bandingkan dengan dugaan kita sekarang nie. Baginda dan para sahabat pernah dipulaukan,di maki dan ketika baginda berhijarah ke Taif,baginda telah di halau sedangkan ketika itu,baginda masih dalam kesedihan atas kematian pakcik dan isterinya yang tercinta. Bukan itu sahaja ukhti,bahkan banyak lagi dugaan yang Allah turunkan kepada baginda padahal baginda adalah kekasihNYA. Sedangkan kita ,dugaannya hanyalah subjek nya bertambah,assignmentnya dan report bertimbun sudah mengeluh tak mampu. Kalo Rasulullah juga bersikap begini pastinya nikmat iman dan islam tak sampai kepada kita.


'apakah manusia mengira mereka dibiarkan hanya dengan mengatakn "kami telah beriman " sedangkan mereka tidak diuji?'(29:2)

dan Allah juga menyebut

'dan sungguh,kami benar-banar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu;dan akan kami uji perihal kamu'(47:31)


"Cuba nati beri alasan tadi tue kepada Allah,anti rasa Allah akan terima tak?
Anti kena ingat yang bagi anti rezeki untuk berada dalam course farmasi ialah Allah. Apalah yang layak nya kita,untuk berkedekut masa dengan Allah. Kalau Allah berkehendak bila-bila masa Allah boleh tarik nikmatnya.Ana rasa anti cuba semak balik aktiviti harian anti,betulkah selepas anti sibuk berhalaqah,bertaklim,bertajmik dan berbuat ubtuk dakwah,masa anti untuk study,assignment dan repot dah tak ada?. Ukhti,itu mungkin ujian Allah terhadap anti"

'dan jangan kamu jual perjanjian dengan Allah dengan harga yang murah,sesungguhnya apa yang ada disisi Allah itu lebih baik jika kamu mengetahui'(16:95)


Nisa mengetap bibirnya,dia sendiri tahu jawapannya...

Sebenarnya banyak masa dan ruang dia yang tidak digunakan sepenuhnya...tapi di isi perkara yang sia-sia. Tak mungkin Allah akan terima alasannya... (getus nisa dalam hati..)

"tentang sahabat-sahabat anti yang tak sibuk pun nak berhalaqah dan berdakwah tapi result gempak-gempak. Bahkan kadang-kadang hubungan dengan Allah pun mereka tak jaga apatah lagi hak-hak Allah. Satu benda yang anti kena ingat,pointer yang cemerlang itu bukan penentu sepenuhnya kejayaan kita di dunia apatah lagi di akhirat. Ada orang yang dapat keputusan  4 flat,tapi interview gagal. Ada yang dapat 4 flat kat matrik,tapi masuk U tapi repeat paper,ada juga yang repeat year. Ada yang dapat dekan kat universiti tapi lepas grad terkantoi-kantoi hidupnya,tak ada hala tuju. Tapi perkara penentu kejayaan hidup kita adalah keredhaan Allah itu sendiri."

"dan kita takkan mampu untuk membawa taklim atau halaqah,pergi tajmik madu' buat muka tebal,atau melakukan apa-apa pengorbanan andai kekuatan itu kita hanya sandarkan hanya kepada diri sendiri. Kita lupa bahwa kita punya majikan yang selalu bersama-sama kita,yang selalu mendegar keluhan kita. Majikan yang memberi kita kekuatan dan keyakinan. Iaitu lah Allah. Dalam kerja dakwah ini,Allah akan selalu mebantu kita,yakinlah."


'wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong agama Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan keduduknmu'(47:7)

ukhti,

'berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Dia tela memilih kamu dan tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.'(22:78).






Nisa masih diam termanggu,terfikir....

"nisa,mungkin ini sahaja ana mampu bagi untuk menjelaskan kebingungan anti"

"amal,terima kasih..."

"sekarang baru ana terfikir secara luas,ana nie terlalu pentingkan diri sendiri,ana lupa apa tujuan sebenar kehidupan ini. Ana dah terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara. Maafkan ana.."

Nisa dan amal berpelukan dalam tangisan..(chewah...haha.)

Sunday, August 22, 2010

Hidup...(1)

Alhamdulillah,pujian kepada Tuhan seluruh alam..

 Suatu petang di surau A selepas membaca mathurat...

Nisa masih tidak bergerak dalam kedudukannya selepas membaca mathurat tadi,termenung. Amalina sahabatnya yang sejak dari tadi memerhatikan nisa memulakan langkahnya.

"salam,nisa..kenapa nie? ana tengok anti asyik murung je sejak hari isnin aritue? Anti okey k?" amalina memulakan perbicaraan

"kenapa amal? muka ana nampak sangat ke yang ana tak okey?"

"tak la..tak de la nampak sangat,cuma instinct ana merasakan yang anti ada masalah sekarang.."

"........................."

"boleh kongsi?"

"amal,afwan..ana bukan tak nak kongsi atau ceritakan kat anti tapi..." kata-kata nisa terhenti,mungkin  memikirkan ayat seterusnya.

"tapi kenapa nisa? ana sedia dan setia mendengar. Mungkin selepas anti luahkan kat ana,beban anti akan berkurang sedikit"

Nisa terdiam...namun,dipipinya ada sesuatu yang mengalir. Nisa tak dapat menahan sebak lagi.. Pada masa yang sama,amalina mula panik dan risau. Maka,bahu nisa terus dipeluk dari tepi untuk sama-sama merasai kesedihan yang di hadapi akhwatnya itu..

"Amal,ana...." nisa masih berat untuk meneruskan kata-katanya.

"tak pe la nisa,kalo anti tak bersedia untuk cerita kat ana sekarang,tapi ingatlah ana sentiasa bersedia jika anti memerlukan peneman"

"syukran ya ukhti.." nisa membalas dalam esakan.

                                                                  **********************



"Assalamualaikum...." pintu bilik nisa di ketuk.
"itu suara amal tue..." bisik nisa.

pintu terus dibuka,mereka pun bersalaman dan berpelukan ibarat sudah sebulan tidak ketemu. Padahal,mereka selalu bertemu disurau.

"Afwan,ana ganggu anti pula,henset ana rosak tak boleh nak call dulu tadi.."

"owwh ye ke..tak pe amal ana tak kisah pun anti datang ,lagipun ana gembira sangat anti datang malam nie. Lagipun,hati ana memang tak tenang sikit sekarang"

Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka,jika salah seorang datang ke bilik waktu malam semestinya mereka akan mabit bersama.

"hmmmmm....."

"Amal sebenarnya ana malu nak luahkan kat anti..."

"Nisa jangan la macam tue,kalo tidak apa gunanya kita bersahabat? "..

***bersambung...

Wednesday, August 11, 2010

Restoran Kapal

Alhamdulillah,akhirnya kempunan untuk makan di restoran kapal berakhir. Dengan perancangan yang Maha Esa..semalam halaqah digantikan dengan liqa dan selepas tue musykillah akan disuarakan di restoran kapal. Semuanya atas perancanga murabiyyah..kami yang lainnya sangat bersetuju,sehingga ada yang melompat kegembiraan..alhamdulillah,pujian kepada Allah. Maka,pada jam 10.25pm berakhir lah liqa di isi dengan taujih yang membuatkan kami terfikir..berkaitan akhlak dan persiapan ramadhan.


order..
    

Kemudian,berjalanlah kami dari plazarah ke restoran kapal...berbual kegembiraan. Jarang kami berjalan bersama-sama membincangkan masalah masing-masing..terlalu jarang. Sampai je depan restoran,ada usul baru..

"kita makan di HR Steak House je la...murah sket."
"tapi kena jalan depan sket la..."
"x pe,beres!!.."

maka berjalan lah kami..melalui masjid kampung baru. Ibarat..sedang melakukan lawatan. Kebanyakkan kami tak tahu lagi,masjid kampung baru kat mana..walaupun esoknya da nak solat terawih..maka perjalanan ke HR agak bermakna jugalah walaupun penat. Sebabnya,setibanya kami disana...meja penuh,orang ramai...huhu.
Terpaksa pulang semual ke kapal. Tapi sebelum tue,sewaktu kami melangkah masuk ke HR,dalam suasana yang agak suram(sebab memang sikit je lampu yang dipasang)..ramai orang memandang kami..huhu. Biasalah dengan pakaian seorang akhwat,pada pukul 11 malam pula tue...tapi kami dengan konfidennya melangkah masuk kemudian keluar balik sebab penuh dan ramai orang.
Bak kata seorang akhwat,cuma tinggal kita cakap..
                                                      "kami dari jabatan agama Islam.."
mesti ramai yang menggelabah...huhu

Berpatah la balik kami ke kapal. Sampai di kapal,saya memilih tempat duduk kegemaran. Tapi,malangnya jiran tempat itu,ialah sepasang pasangan. Jadi ada yang cakap duduk tempat lain je la..sebab malas nak menyaksikan cengkerama yang akan diaksikan..hahhaaaa. Tapi,kami tetap juga duduk di situ,selepas perbincangan 15 saat,sebab mengharapkan agar pasangan itu berhati-hati sebab berjiran dengan kami..hehehe.

Kami pun orderlah...makanan barat. Sambil tue,adalah musykillah yang dibincangakan..setiap orang mengutarakan musykillah-musykillah sendiri dengan medan sendiri semetara menunggu makanan sampai.
Kami order,chicken chop,lamb chop,mix lamb chop,sizzling chicken dan......(x ingat).Sangat meriah sewaktu makan...ayam,kambing dan ikan bertukar-tukar pinggan. Ada yang tak makan kambing teroder kambing,kemudian digantikan dengan ikan..tapi,saya makan dengan sungguh-sungguh penuh kepuasan..memang kegemaran..^-^


chicken chop :rm 8.90
  




lamb chop :rm 10.90
                                                                   


minuman jus : rm 2.50 segelas


Selepas saya selesai makan,teringat pula...nak ambil gambar. Jadi dalam kesuraman suasana sebab lampu tempat kami terbakar..saya snap la beberapa photo. Alkisahnya,snap saya yang pertama menmancarkan cahaya flash yang sangat cerah,sehingga pasangan yang berjiran dengan kam,tiba-tiba melepaskan tangannya di bahu perempuan itu. huhu..  

Mesti depa ingat JAIS datang ambil gambar depa...pastu,saya apa lagi,ambil lagi gambar dan snap lagi..semua gambar akhwat diambil... selesai je semua makan,tengok-tengok pasangan tersebut,sudah hilang...mungkin cari privasi di tempat lain. Tahu pun takut! Makanan atas meja depa x habis pun,.ada tiga pinggan yang makan dua orang je pun..tak habis pula tue,banyak lagi bakinya...haish,membazir betul!

Ini memang pengalaman..walaupun secara tidak langsung dapat la sikit pengalaman mencegah maksiat. Lagi pun kami ramai,jadi boleh la nak berani sket...alhamdulillah. Balik tue semua kekenyangan dan tido..ada juga yang menyiapkan assignment,minta tolong akhwat senior ajarkan...




Lepas nie tunggu berbuka pula untu kesana bersama-sama lagi....syukran ya akhwat2!

Sunday, August 8, 2010

Saya..

                                                                 Dengan nama Allah

Alhamdulillah,syukur kepada penguasa seluruh alam. pada hujung minggu ini,akhirnya saya di beri kesempatan melawat saudara yang di timpa musibah. Sepatutnya,saya dah melawat beberapa bulan yang lalu,namun perancangan Allah yang terbaik. Walaubagaimana pun,saya masih berkesempatan melawatnya. Saya nampak kekuatan dirinya, dia sentiasa tersenyum dan ketawa. Membuatkan saya sendiri terlupa bahawa dia dalam kesakitan. Seronok mendengar dia bercerita bermacam-macam.


beliau bakal guru..doakanlah beliau.


Ditambah pula,dengan mak beliau yang kelihatan sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan kami..pelbagai makanan di keluarkan. Bak kata orang rezeki jangan di tolak,walaupun perut dan penuh..namun makanan tetap harus dijamah,sebab mak ndak dah menghidangkan makanan di depan mata kami. Cuma perlu basuh tangan dan baca basmalah sahaja. Senang kan? hehehe

Tengahari tue,ada sedikit pengisian berkaitan bersyukur dan juga persiapan menghadapi ramadhan. Satu kondisi boleh di analogikan. Rumah terbakar..

                                 kontraktor: bersyukur sebab dapat kontrak baru
                                 mangsa : sedih sebab tak de tempat tinggal dah..

jadi dalam setiap situasi,sifat sabar dan syukur patut hadir walaupun portion tidak sama. Kalau kita hanya bersyukur mungkin kita lupa kawal diri. Kalau kita bersabar sahaja kita lupa kita sepatutnya bersyukur juga sebab setiap perkara pasti ada hikmahnya..

Azam puasa tahun nie,
       raya pakai baju yang sama sahaja
       jika ibu bapa dah sediakan duit untuk beli baju raya,berani untuk berkata..

"mak ayah,tahun nie saya tak nak beli baru baru..saya nak pakai baju tahun lepas sahaja. Duit yag mak dan ayah sediakan itu,saya nak infakkan untuk saudara kita di Palestine,semoga Allah memberkati keluarga kita.."

Malamnya,selepas makan malam..kami bermain bedah Al-quran. Pertama sekali,kami di minta menghafal 1 surah juz 30. Saya cuba mengahafal surah baiyinah. Tergagap dan tiada keyakinan. Macam otak nie tak teratur. Pening dan mengantuk sebab petang tidur lama kot.. Ditambah pula,sudah dua malam berturut-turut stay up over limit nak siapkan report dan study immunology. Tapi,permainan tersebut,tetap menarik.. walaupun tergagap-gagap masih boleh di baca juga surah al-baiyinah. Kak madiah jadi moderator..hehe. Pastu,beliau suruh kami hafal surah-surah.

                                                Contohnya: "surah hud,surah ke berapa?"

 Dimulakan dengan sampai surah ke-20,kemudian sampai surah 50,kemudian surah 70 dan terakhir sampai114. Setakat 20 boleh la saya lepas tapi lepas-lepas tue,otak mula la pening..namun cabaran tetap diambil. Sambil tue,kami juga bincangkan ayat yang famous dalam surah-surah tertentu. Refreshment..
Jam 11.30 kami beransur tidur..



saya bukan anak manja!!

Berada di sana membawa sedikit ketenangan..melupakan semua assignment dan report-report. Melupakan semua beban dunia... Membawa sedikit kegembiraan,ibarat pulang ke kampung sendiri. Sejujurnya,hati saya selalu merasakan kesedihan sejak masuk ke tahun dua nie..kosong!! Saya pun tak pasti kenapa..tak tahu bagaimana untuk mengatasinya. Berbuat seperti biasa..sampai bila? Rindunya kehidupan di tahun satu..suasana seperti dulu telah tiada. Mereka semua di sana...saya masih termanggung keseorangan di sini..blurr. Masih terkapai-kapai...mencari diri sendiri.

Mungkin Alllah nak kuatkan hati saya..tingkatkan kebergantungan kepadanya..untuk mematangkan fikiran. Saya selalu cakap kat diri saya,tolonglah tabahkanlah hati kuatkanlah diri..sebab kau ada Allah!!

                                      "cukuplah Allah untuk ku.."

Saturday, July 31, 2010

Kali Pertama

                                                             Dengan Nama Allah

Alhamdulillah ku panjatkan ucapan syukur kepada Allah yang senantiasa memerhatikan hamba-hambanya. Pada hari ini,pada malam ini..kehidupan saya bermula,bermula menjadi seseorang yang saya nak jadi tapi tidak yakin untuk menjadi....Ya Allah berikanlah aku kekuatan.

Walaupun dalam kekekokan, masih saya teruskan jua,dengan persediaan yang sedikit saya hadapai jua. KepadaNya, saya bertawakal dan meletakkan pengharapan..moga-moga permulaan yang saya lakukan adalah satu permulaan yang baik. Saya mengharapkan mereka meletakkan persepsi yang suci pada jalan ini.

Namun,saat berlangsungnya situasi tersebut,saya rasakan macam objektif dan penerangan yang saya ucapkan kurang jelas. Sejujurnya,hati saya sendiri kurang tersentuh dengan kata-kata yang terkeluar,padahal telinga saya yang paling dekat dengan mulut yang berkata-kata itu... Ya Allah,permudahkanlah urusanku,.

Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah..


Jesteru,saya bertanya kepada peneman tugas saya yang juga merangkap pembantu..

"ok ke kami cakap tadi,kami rasa macam kelam kabut dan terlalu laju..huhhhhh,"

"x de lah,okep je..macam biasa je"

"kami rasa macam tak menyentuh hati la,sebab hati kami sendiri tak terasa.."

"x de la,okep je..."

Tapi aku lebih yakin dengan apa yang aku rasakan..memang tak berkesan dan kelam kabut....muka mereka juga masih dalam kebingungan...adakah cara saya yang terlalu formal? atau kata-kata saya yang terlalu skema?

saya kesedihan untuk kali pertama ini...mungkin semua ini atas dosa-dosa yang saya lakukan...

"Ya Allah,tunjukkanlah aku jalan...berilah aku kekuatan utuk terus memperbaiki diri ini. Aku mahu menerima juga memberi..Kau lancarkanlah kata-kataku,kurniakanlah aku ketenangan..."


                 "Kepada mereka,bersabarlah dengan saya semetara saya memperbaiki diri ini..."

Wednesday, July 28, 2010

Bangkitlah...

DENGAN NAMA ALLAH..

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafah
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Dicelah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah taifah
Disini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuh lah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun.... 
Dunia Baru Islam


Makna disebalik lirik lagu ini membawa maksud yang besar bagi kita sebagai umat Islam. Inilah matlamat kita sebagai khalifah di bumi ini. Dan untuk merealisasikannya bukan sesuatu yang mudah dan jalannya penuh liku dan dugaan. Kadang-kadang kita sendiri terhambat oleh dugaan tersebut..mungkin sudah penat berbuat namun hasilnya tidak tampak,menyebabkan kita sendiri putus asa kurang keyakinan,kemudian memilih jalan hidup yang lebih senang. Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri bahawa,

                                   play the game until u win or u die.. 
                                                                  do more and get more..

Semalam sempat berbual dengan sahabat yang baru sahaja masuk ke alam kampus. Dia mengadu tidak dapat adapt lagi dengan suasana disini. Dia tidak pernah tinggal berasrama dengan bangsa lain,tidak pernah merasakan perkauman dan yang paling saya terasa dan segan apabila mendengarnya...

                               "kalau saya kat sana dulu,katil sentiasa tegang...
                                  jarang saya baring-baring atau rehat-rehat..."

                          (mungkin yang mengalaminya memahami maksud ayat nie)

Masa tue,rasa rendah sangat diri nie,aduh...jauh betul kehidupan aku dengan gaya itu...Kita ingin Islam menang tapi apakah kita sudah berusaha betul-betul?

                                         agar tertegak kalimah Allah
                                                       agar terbangun dunia baru Islam...
 Jadilah seorang yang matang,kerna....

seorang yang matang itu akan bersungguh sungguh berbuat,

seorang yang matang itu akan berpandangan jauh,

seorang yang matang itu selalu berhati-hati,

seorang yang matang itu selalu tahu kepentingan dan keutamaan dalam hidupnya,

seorang yang matang itu sanggup berkorban,

seorang yang matang itu bijak berfikir

seorang yang matang itu sentiasa ingin maju



dan ini.....

bukan jalan orang yang manja,
bukan jalan orang yang beralasan,
bukan jalan orang yang terpaksa,
bukan jalan bila dunia didahulukan 

                                                            berjiwa besar dan berfikiran matang 



Sunday, July 25, 2010

Aina Bukan Badot 2

                                Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih




aina temanggu keseorangan..

Sudah seminggu Aina mengalami trauma dan persoalan dalam dirinya... Mengapa kita berbuat baik tapi akhirnya hati kita juga sakit.?? Mengapa perlu kita terasa walaupun kita sebenarnya ingin berbuat baik.?? Namun,persoalan dalam dirinya masih tidak terjawab..dia menjadi semakin binggung hingga menyebabkan konflik dalam dirinya sendiri.

Dengan fikiran yang sememangnya bijak,Aina bertanya secara personal dengan ustazahnya. Semua kondisi yang dialami di ceritakan kepada ustazah Mariam. Ustazah Mariam merupakan seorang guru di sekolah agama KAFA yang tinggal berdekatan dengan rumahnya. Walaupun,hanya mengajar di KAFA,penerangan yang diberinya cukup jelas dan memuaskan hati Aina dan menguatkan lagi semangatnya untuk berbuat baik.

"ustazah,aina rasa konfius la apabila berbuat baik.."

"konfius? macam mana tue,ustazah tak faham la..cuba aina jelaskan..mungkin ustazah boleh bantu.."

"saya nak berbuat baik dan banyak menolong orang tanpa ragu-ragu lagi. Tapi apa yang saya rasa selepas itu membuatkan saya ingin menghentikan sahaja niat tue"

"Subhanallah,ya ke?kenapa?"ustazah Mariam inginkan penjelasan lebih jelas.

"sebab kadang-kadang saya rasa macam dibuli,apa yang orang tolong atau arahakan semuanya saya buat..sebab memang kalo nak bagi alasan,saya tak ada alsan yang kukuh..takkan saya nak kata penat? nak tidur? nak study...hmmmm
kadang-kadang juga saya  rasa macam badut,yang selalu menghiburkan orang tapi hati sendiri juga yang sakit..macam mana nie ustazah?"

"wah,aina...bagus la kamu nie..ada niat yang murni iaitu sentiasa ingin menolong orang,ustazah bangga la dengan kamu. Tapi cuma yang salahnya ialah di mana kamu meletakkan niat aina..
pertama sekali,aina kena letakkan niat kenapa aina nak sentiasa menolong orang yang memerlukan..kenapa aina nak menjaga dan menghiburkan hati orang lain.."

bersahabat kerana ALLAH,bukan kerana sahabat..


"apa maksudnya?"

"Aina kena tahu yang niat ini merupakan perkara asa sebelum melakukan sesuatu. Niat menentukan apa yang kita akan dapat..menurut hadith dari imam nawawi..ustazah bacakan,aina dengar dan fahamkan ye.."

"baiklah ustazah"

"dari Amir al-Mu'minin Abu Hafs 'Umar Ibn Khatab radiyallahu 'anh,katanya: Aku dengar Rasulullah sallahu'alaihiwasalam bersabda:
Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang di niatkan. Maka barabf siapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia inginmengahwininya,maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu"

"okey sekarang ustazah nak tanya,sebelum nie aina ingin menolong orang sebab apa? jujur ya.."

"aina nak tolong orang sebab nanti kalo aina susah ada orang yang akan tolong aina. Lepas tue,kalau aina sentiasa berbuat baik dan menjaga hati orang,kawan aina ramai,sebab ramai yang akan suka aina nanti..aina tak kan keseorangan..tapi sebaliknya hati aina pulak yang sakit..ustazah"

"ha..itulah ustazah nak tekankan. Letakkan niat untuk melakukan sesuatu dengan sebaik-baik niat. Cuba aina letakkan niat aina berbuat baik sebab Allah sayang siapa yang sentiasa menolong saudaranya. Allah juga kasihkan mereka yang mengorbankan kepentingan diri untuk saudaranya. Rahmat Allah sentiasa bersama-sama hambanya yang menjaga hubungan mereka denganNya serta menusia lain.Allah redha dengan hambanya yang ikhlas berbuat sesuatu kerna dambakan syurganya. Aina nampak kan,kasih sayang Allah tidak berbelah bagi andai kita memntingkan pandangaNya melebihi pandangan manusia "

"Aina mengharapkan balasan dari manusia yang belum pasti dan melupakan kasih sayang Allah yang seluas lautan. Kita tengok,apabila aina tak dapat apa yang aina harapkan dari kawan-kawan,aina sendiri putus asa dan ragu-ragu dengan niat aina yang sememangnya mulia. Aina,kena tahu,mengharapkan balasan dari manusia itu memenatkan kita sebab ianya belum pasti dapat dan jika dapat hanya sementara. Kadang yang memenatkan itulah yang menyebabkan aina terasa seperti badut.Sedangkan kasih sayang Allah itu terlalu dekat kita jika meletakkan ikhlas keranaNya dalam diri ketika berbuat"

"ustazah tambah lagi...ikhlas itu perlu di didik. Bukannya serta merta kita boleh ikhlas. Memang la kita kan rasa tak puas hati atau terpaksa,tapi itu hanya permulaan. Aina kena kuat untuk istiqamah..ingat syaitan sentiasa berbisik-bisik supaya kita ragu-ragu dan putus asa. Kalau kita ikhlas,kita takkan rasa diri kita ini badut,tapi sebaliknya kita akan tersenyum disebalik pengorbanan itu sebab kita tahu ada yang menilai dan melihat. Sebab,badut berkorban memakai kostum dan menconteng muka untuk menghiburkan manusia,tapi kita berkorban masa dan tenaga disebabkan redha dari Allah.Boleh ke aina?"

""Faham ustazah..terima kasih. Selepas nie aina akan kuat dan takkan ragu-ragu lagi sebab,hanya badut merasakan mereka itu badut dan....Aina bukan badut!"



Aina yang sudah mulai faham....


"Alhamdulillah.."

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..