Saturday, July 24, 2010

I'm Proud Of You...





Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatjan kepada Allah atas segala nikmat yang sentiasa mengiringi disaat kami menarik dan menghembus nafas. Syukur atas kelapangan dan kemudahan yang diberiNya kepada kami,fakulti farmasi tahun dua untuk menguruskan hari interaksi farmasi. Boleh dikatakan banyak juga pengorbanan yang telah mereka korbankan.


Exco dan ajk,persembahan yang tinggalnya di Plazarah terpaksa berulang alik datang ke K1 selepas kelas. Ditambahkan lagi dengan jadual kelas yang padat...tahniah kepada mereka! Yang membuat persembahan adalah mereka dari kalangan tahun 1. Walaubagaimanapun akhirnya mereka  dapat menghasilkan persembahan menghiburkan seluruh warga fakulti farmasi. Sekali lagi tahniah.


                      
Untuk melaksanakan persedian pada malam Jumaat,boleh dikatakan hampir semua sahabat-sahabat yang tinggal di Plazarah,datang menginap di k1 untuk satu malam. Masing-masing menumpang bilik coursemate.
Ini menunjukkan kami di fakulti farmasi tahun dua,sentiasa saling bekerjasama dan prihatin terhadap kawan-kawan meraka. Malah ada yang berebut-rebut supaya tidur di bilik mereka...huh!

kami ketika di tahun satu


Malam semalam ,maka bermula lah persediaan untuk menghadapi hari interaksi pada esok hari. Banyak yang perlu dilakukan,hiasan pentas, kesediaan PA sistem yang banyak membuat hal,pemantapan persembahan dan juga rehearsal,raptai dari awl hingga habis. Namun,raptai ditengah jalan,sebab ada masalah PA sistem. Maka yang lainnya,sibuk menyusun untuk protokol dan juga teks ucapan. Kebanyakkannya pertama kali menjadi mc,namun atas kerjasama mereka yang terlibat memberi idea dan cadangan maka cabaran tetap disambut!
Dalam pukul 1 pagi,barulah kami beransur pulang. Kalau di ikutkan hati,nak je saya pulang awal,tapi takut rasa bersalah dan tak sedap hati seterusnya tak boleh tidur dengan tenang...chewwah!



Esoknya,jam 7.00 pagi tapak progran dah dipenuhi oleh ajk2. Memang bersemangat. Ada yang kata tak dapat tidur dengan lena sebab risau tentang pejalanan program hari nie. Dalam pukul 8.15,acara perasmian dimulakan oleh Prof.Ibrahim bin Jantan,Dekan Fakulti Farmasi dengan acara gimik. Kemudian di teruskan dengan persembahan oleh tahun satu dan sarapan pagi. Selepas tue,acara sukaneka di mulakan...agak menarik la permainannya..bagi saya ada sukaneka yang sangat kreatif. Tapi yang paling saya suka semestinya tarik tali. Memang menarik!!! walaupun saya tak join,tapi sokongan tetap di berikan..hakhaaaaaa. Walaupun tartrazine kalah. Tapi semangat tartrazine kuat!! samada student maupun pensyarahnya.. huhu.... Satu lagi acara ialah futsal..tartrazine dapat no 1!!! wah!!!!...namun,secara keseluruhan tetap no 4..sob3.

Dr. Malina yang sempoi!




Dr. Shariza dan Dr. Azrina yang gila sporting...huhu
serta staff sokongan
go tatrazine!!


Dean dan prof Thomas turut turun padang,memberi semangat..


padan muka kena simbah air oleh noor.
(class rep)

chlorophyll bawa bendera sebagai tanda memberi sokongan..
namun,tempat ketiga gak..huhu

lecturer dan staff  wakil dari tatrazine
membincangakn strategi selepas kalah round 1 tarik tali..
memang mantap dan semangat!


 
walau panas,sokongan tetap kena bagi..

Tatrazine yang keletihan....,sebab tue kalah kot..huhu
kena kepit bola pulak nak pi isi air...cabaran yang bertambah..
Fill in the bottle yang unik...aish! x semudah dulu..
congrate to amaranth!
good try tatrazine.....hahahhaha.janji enjoy!


makanan bungkus kami...

Habis semua atucara program selepas semua pensyarah dan senior2 balik,maka pelajar tahun 1 ,kami tahan untuk tolong kami membersihkan kawasan...walaupun penat,kerjasama tetap di berikan. Ada je yang cuba melarikan diri,balik bilik mungkin penat,tapi kesian...hahahaah. Tak sempat sampai bilik,dipanggil oleh kami untuk angkat kerusi ke DSG. Tapi tahun 2,meneruskan urusan sehingga selesai,kutip sampah,sapu sampah,bersihkan bekas air dan juga menghabiskan makanan VIP...

Selepas itu maka selesailah atucara dengan jayanya...amin.

 Yang penting selalulah ikhlas,insyaAllah kerja yang mudah akan menjadi senang...

Wednesday, July 21, 2010

Aina Bukan Badot 1

 "okey,sekarang nie boleh tak kamu tidak teragak-agak untuk tolong orang?"

"insyaAllah,kami akan usaha ke arah itu"

"Alhamdulillah,jadi kita tangguhkan majlis"

bersurai..
                                                            ************
1- "aina,boleh tak tolong akak bawak balik buku nie ke rumah,akak nak keluar la dengan kawan"

    "akak,saya pun baru beli buku pharmaco,barang saya berat,saya sendiri terhencut2 bawa beg nie"

    "ye ke? (tapi masih berdiri disitu mengharapkan pertolongan)"

    "ala,akak berat la..hmmm (sambil terseyum). akak tinggalkan je la dulu kat surau nie,da balik nanti ambil la balik..."

    "................................................"

    "tak pe la ,meh la bukunya nanti saya bawa."
                                      
                                                                     **********

2- dia berbuka puasa di bilik aina,tapi aina tak puasa
  
    7.30 ptg azan berkumandang,dia bersedia dengan makanan dia untuk berbuka
  
    "dalam flask nie teh ais,minum la"
  
    "terima kasih aina"
  
     sementara tue aina turun berjemaah maghrib di surau
 
     selepas berbuka dia pun turun ke surau untk solat.
  
      "aina,aku dah menghabiskan air teh ais ko" sambil memandang muka aina,mungkin ingin tahu apa     reaksinya
  
      "ye ke,x pe la..." walaupun dalam hati, aina cuba untuk mengikhlaskan nya sebab dia pun belum minum lagi teh ais tue.
  
      "sorila aina"

      "tak pe2" sambil mengukirkan senyuman walaupun terpaksa

3. msg:"salam akak kul 6 nanti saya datang bilik ambil buku ye"

          "okey datang la...akak pun x wat pape time tue"
Jam 6..
      
            "ha,iffah..masuklah.."

            tiba-tiba jiran sebelah bilik aina datang
    
            "aina,buddy eh?"
    
            "aah.masuklah"

Dalam pada tue,mereka bertiga bersembang-sembang bertukar-tukar ilmu.Yang aina tak tahan tue,iffah tue da macam buddy jiran biliknya.Apa yang Iffah tanya semua jirannya tue menyampuk tanpa berhenti,aina macam tak da ruang untuk menyelit. Jadi dalam keadaan macam tue,aian hanya banyak berdiam diri je..malu dengan buddynya.

Akhirnya aina yang fed up:

"Aku bukan badot yang tak punya perasaan..."

Monday, July 19, 2010

Bukan 'Milik' Kita

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Aku jumpa dalam pejalanan,kami berselisih..sebenarnya aku tak perasan pun muka dia. Tiba-tiba dia melambaikan tangannya dan seyum. Aku pun dengan muka terkejut senyum dengan ikhlas. Dia menyuakan tangan untuk bersalaman dan aku pun menyambutnya. Sementara rakannya yang jalan bersamanya tadi memberhentikan pergerakan kaki mereka. Dia menyambung pergerakannya dengan menyelisih pipi,aku sambaut dengan gembiranya. Pada saat yang sama,kawannya yang jalan bersamanya..

"nak salam jugak lah akak ni"

Maka aku dan rakannya pun bersalaman seperti mana dia berbuat tadi.Sementara seorang rakan lelaki mereka yang tadi jalan bersama hanya menonton adengan tadi. Aku tak kisah jika ia berlaku jika kami baru berjumpa saat itu setelah sekian lama,atau bertemu di  tempat yang tidak ada orang lalu lalang. Aku sungguh terharu di perbuat begitu sedangkan kami hanya kenal semalam ketika di surau.

Sesuatu yang membuat aku sedih ialah,dia bukan 'milik' kita,dia 'milik' saudara kita,sedangkan dia sendiri tak tahu. Andainya tiada perpecahan antara kita pasti aku lebih bahagia untuk bersama-sama berkongsi segala-galanya. Sesungguhnya apa yang aku harapkan tidak menjadi realiti tapi menjadi hakikat yang sakit untuk ditempuhi. Aku amat berharap suatu keajiban berlaku..insyaAllah.

"Afwan adikku,akak tak dapat berbuat apa-apa untuk akmu selain silaturrahim setakat ini".

Namun ukhuwah seaqidah harus dipertahankan dan disemai walaupun mungkin berbeza pergerakan selepas ini.

Sunday, July 18, 2010

Kucing K1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari minggu nie merupakan hari minggu yang pertama dalam sem nie,yang paling relax.. tak ada assignment,tak ada nota prof  walaupun dah belajar bab 1&2 untuk semua subjek. Boleh di katakn honey week lagi la. Alhamdulillah..dalam pada masa yang sama boleh la aku nak cuba menyelesakan dengan keadaan sekeliling dan mempunyai perancangan untuk sem nie.


Tapi yang paling tak best nye kat cini adalah di sebabkan kehariran perlbagai warna jenis kucing yang selalu mengiau di depan pintu. Pantang je ada orang pergi buang sisa makanan, depa akan mengiau dan ikut kita balik bilik. Yang tak boleh tahan tue kesian la kat depa,kita mana ada makanan kucing,susu tepung pun tak de nak bancuh bagi depa minum..Yang paling selalu ikut aku ialah claudia. Claudia nie dulu adalah kucing yang selalu dibagi makan oleh seorang pelajar,tapi tahun nie pelajar tue duduk kat luar,plazarah. Claudia nie siap pakai loceng kat leher lagi warna merah,manja pulak tue..



Teringat kat kucing yang aku bela sebelum nie selama 13 tahun,noni. Boleh di katakan kami membesar bersama-sama. Mak aku pun kadang-kadang,melawak yang noni nie adik aku. Tapi awal tahun nie die dah mati sebab sakit tua. Kalo kat rumah dialah kawan aku..kalo aku study kat meja,dia mesti lepak kat kaki aku..aku pun kadang-kadang jadikan badannya sebagai karpet alas kaki....hahahha. Semua kenangan itu lelah berlalu.

Lepas noni mati,aku tak cari pengganti pun sebab takut untuk kehilangan buat kali kedua. Tapi kita harus tahu bahawa semuanya adalah milik Allah. Allah sentiasa menetapkan sesuatu yang baik untuk hambanya sedangkan hambanya tidak tahu.

"boleh jadi apa yang kamu suka itu adalah tidak baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu benci itu adalah baik bagi kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui (2:216)"

Jadi selalu lah berdoa supaya Alllah memberi apa yang terbaik untuk kita samada result ataupun ketetapan yang lain..

Friday, July 16, 2010

Exam oriented

Hari nie hari Jumaat,genap 5 hari aku memulakan klas..alhamdulillah. Memandangkan hari nie x de klas,sebab 1 st yr ad team building dengan semua pensyarah..aku pun menyelesaikan urusan pengangkutan untuk hari interaksi farmasi. Huhu..kena pergi fac walaupun x d klas..tapi ada hikmahnya juga,rupanya JPA dah masuk hari nie. Sepatutnya masuk esok seperti yang tertera dlam jadual. Boleh la aku terus bayar yuran dan melangsaikan semua hutang,alhamdulillah. Balik ke bilik terus search avicennabookstore sebab nak beli buku yang dah disenaraikan sejak cuti lagi...hehe, Malangnya tak tahu nak order camna.nak tanya pun x ada sumber...aishh.

Lepas je solat zohor,bacala buku personaliti plus sambil minum jus mangga.Bagi aku buku itu agak menarik. Bagai membaca buku cerita je..tapi isinya membuat kita banyak terfikir,terfikirkan tentang diri kita dan juga orang sekeliling. Akibat kepenatan,aku pun terlentok dan tido..memimpikan mimpi yang berkaitan personaliti,habis semua orang yang rapat dengan aku masuk mimpiku. Tiba-tiba....

Nor datang mengetuk pintu sehingga aku terjaga dan terduduk,tanda mengalu-alukan dia.. Aku pun infom apa yang kami nak buat esok. Dia membuka isu.
.


"zu,kami sedih....."

"kenapa?(sebab aku pun dalam kesedihan juga cuma mungkin sebabnya berbeza)"

"kami fail ujian MS(satu subjek yang dia amek)..result nie akan contribute 10% untuk final.."

"MS? bukan subjek itu korang slalunya take it lightly k? ingatkan senang.."

".........(aku nampak mukanya macam nak menangis)"

"sabarlah.mungkin itu salah satu ujian dari Allah"

"zu,cuma kadang-kadang kami terfikir,kita bantu agama Allah,tapi Allah tak bantu pun kami. Kami tengok kawan2 yang lain tak abes baca pun tapi depa lulus je. Depa x de pun sibuk2 nak taklim ke nak ketuk pintu ke nak datang surau k.."

"Nor,Allah tak bantu nor lulus bukannya bermaksud Allah tak bantu nor,tapi Dia nak bagi sesuatu yang lebih bagus dari lulus MS,cuma kita kena yakin seyakin-yakinnya. Lagi satu,cukup dah ke kita bantu Allah sampai kita nak claim camni..,banyak lagi yang kita tak lakukan. Nor,jalan yang kita pilih nie bukannya jalan yang lurus duhiasi taman-taman bunga.."

"......(dia cuba mengukir senyum,tapi aku tahu dasarnya dia masih lagi memikirkan benda yang sama)"

"kalo zu pulak camna? kalo zu fail...?"

"kami pun mungkin akan sedih jugak kot,yela sape yang nak fail,cuma sedih tue jangan terlalu lama. Ingatlah syaitan itu selalu membisikkan ke telinga kita untuk menggugat iman dan keyakinan kita..dan itu bergantung camna kita menghadapinya..."

"zu,bagilah kami kekuatan..."

                                                                         *************

Inilah yang sebenarnya,membuatkan semua remaja lebih mementingkan dunia dari akhirat mereka. Sebab kebanyakkanya meletak lulus dengan cemerlang adalah satu keutamaan dalam matlamat hidup mereka. Kesan dari itu, mereka boleh nampak dan boleh bayangkan kesenangannya dan kegembiraannya,walaupun ia hanyalah sementara... Mereka lupa yang untuk meminta yang terbaik untuk mereka dari ketetapan Allah. Yang mereka tahu mereka nakcapai apa yang mereka sasarkan dengan sebaiknya.

Ada orang meletakkan akhirat untuk dunia..
mereka solat hajat,berpuasa dan dll amalan sunat hanya ketika musim exam supaya lulus dengan cemerlang.
Habis je musim maka habis lah segala amalan mereka..nauzubillah



p/s: mungkin aku boleh cakap sebegini,sebab aku tak mengalaminya..mungkin pembaca boleh menambah input2 lain..

Pengaduan..

Dengan nama Allah yang Maha Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah..syukur kepada Allah Tuhan sekelian alam. Yang menciptakan segala isi bumi untuk dimanfaatkan oleh hamba-hambaNya. Seminggu sudah berlalu sebagai pelajar tahun dua,senior kepada adik-adik tahun satu. heee... Alhamdulillah,dah jumpa pun adik buddy dan dia pun dah datang bilik untuk amek buku-buku tahun satu saya. Untungnya,dapat kenal rapat dengan orang yang akan menggangap kita sebagai kakak,sebab dia tak ada kakak dan saya tak ada adik. We are complementary to each other,insyaAllah untuk dunia dan akhirat.






Barusan je,meronda-ronda untuk menjual barang-barangan.walaupun banyak yang tak terjual pun,tapi ada kepuasan disitu..insyaAllah,ikhlas kerana Allah Taala. Menceritakan azam baru,selama 2 bulan meningkatkan tsaqafah diri dan harapnya sedikit sebanyak membantu diri yang lemah ini untuk maju selangkah dari tahun lepas.
Kalau ditengok kepada subjek yang saya amek sem nie,pening rasanya,sebab macam semua subjek belajar benda yang sama..balik2 definition of drug,how the drug are absorb,the dose of drug..untuk 4 subjek semua macam very closely related..huhu. Pening.... Yang penting abes je sem dapat result harapnya target2 yang disasarkan mengena.

Kadang-kadang saya terfikir...

Study yang memeningkan jiwa,sebab setiap kali lecture kat  BSH3,rasa tak sabar untuk lecture tue habis,asyik tengok jam je. Teruk betul..aduh,macam perasaan nak tahu tue dah tak ada. Dalam kelas terima je..balik bilik nak study pulak x faham.. Mungkin tak pasang niat sebelum belajar..

Rasanya tahun depan nak duduk plazarah sebab tak nak duduk sorang-sorang macam sekarang. Saya tak nak ada perasaan yang saya ada sekarang,kekekokan berada di surau. Kenapa perasaan ini hadir,padahal surau tue untuk semua yang mentauhidkan Allah.. Mungkin yang penting ikhlas..

Pengorbanan jiwa dan raga serta harta untuk mengajak diri sendiri dan juga saudara lain untuk mendekati Islam. Pengorbanan yang mungkin berfesyen baru bagi saya.. Ibarat ada persaingan dari dalam secara tersirat yang saya pun tak faham macam mana nak menghadapinya. Ya Allah bagilah aku kekuatan,kurniakan aku kefahaman untuk meneruskan perjalanan...


Mantapkan yang ibadah wajib dan kemaskan ibadah sunat....

Sunday, July 11, 2010

Pulang ke tapak.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang masih bagi peluang untuk hambanya meneruskan perjuangan hidup ini. Tepat pukul 11 pagi tadi aku telah selamat sampai ke kolej tercinta. Tapi malangnya henset pula tertinggal kat rumah abang. So,lost contact dengan sahabat yang check in kat plazarah. Rindu rasanya nak berbual dengan depa..sob3.

Tadi, pergi kafe makan tengah hari..teringat memori lalu dengan depa.Seram rasanya,nak teruskan nafas sorang-sorang kat sini. Wahai,akhwatku...rindunya pada kamu semua.

Tak pa..pandang ke depan..
Jangan pandang ke belakang lagi..

Azam baru dan planning baru...

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..