Bismillah,
Alhamdulillah, masih bermanfaat sebagai medan curhat walaupun hanya setahun sekali.
2023, setelah seberapa tahun mengenal tarbiyah. Masih dalam perjalanan bertatih mengenal Allah dan memperbaiki diri.
2023, banyak sangat isu-isu yang berkecamuk. Serabut bila cuba mengambil ibrah, dan apatah lagi cuba menapis apa yang betul apa yang salah. Keliru.
2023, mungkin ramai manusia yang masih meraba-meraba mencari tujuan hidup. Mereka meraba mencari kebahagiaan hidup sebenar. Mungkin cuba sedang memaknai erti kehidupan yang mungkin bersulam ujian.
Pada tahun 2023,
Palestin di bantai teruk oleh Benjamin Netanyahu. Lebih teruk daripada peristiwa Nakbah 1948. Jiwa terkorban lebih ramai. Disaat teknologi yang jauh lebih canggih, umat Islam masih lagi dibawah, dibuli oleh musuh dan di diamkan oleh negara Islam yang lain. Tak sanggup nak melihat video kanak-kanak yang cedera bahkan syahid dengan kecederaan parah. Terlalu kejam tanpa erti kemanusiaan. Mereka hilang fitrah, hilang kesedaran.
Pada tahun ini, juga Kes Nik Elin mencabarkan mahkamah syariah di Kelantan. Suasana yang menyedihkan pabila Islam melawan sistem Islam. Islam perlu pertahankan syariah Islam daripada orang Islam sendiri. Keliru dengan "pemaknaan Islam" nya seseorang itu. Benarlah kata nabi, kita ni ibarat buih yang banyak tapi tidak bersatu dan mudah pecah. Mungkin inilah punca kelemahan Islam di abad ini.
Pada tahun ini juga, konsert terhebat di Malaysia yang berjaya mengumpulan 75,000 penonton Malaysia (yang pastinya majoritinya adalah muslim by population). Diluluskan oleh PM kita sendiri sedang telah di cadangkan untuk dibatalkan oleh Mufti di beberapa buah negeri. Di mana peranan ketua agama kita? Siapa yang akan datang membela umat Islam disaat disembelih oleh budaya hendonism yang melalaikan? Siapa.
Pada tahun ini juga, banyak kisah rumah tangga yang pecah belah. Tak kira muda atau tua. Semua nya terasa kacau bilau suasana di Malaysia. Aib dibuka sana sini, perbulan tentang kehidupan peribadi di canang-canang. Sedihkan jika kita melihat semua ni dari persepsi kualiti masyarakat kita. Lemahnya institusi keluarga, susah nak membina masyarakat yang berkualiti. Susah.
Akhirnya, masyarakat yang dinasihati menjadi kebal. Nasihat dibalas dengan kata-kata sombong. Kita dinasihati patutnya, memberi kesedaran untuk pembaikan tapi sebaliknya dibalas.
'Kenapa tak nasihat kat sana juga?' tiada tanda masyarakat yang mahukan perubahan dan pembaikan. Jika begini, macam mana boleh kita bayangkan akan wujud masyarakat Islam yang harmoni dan bertoleransi. Keharmonian tidak dapat di perolehi dengan separuh sahaja. Kita bukan hidup dalam tempurung masing-masing. Kita bersosial dan kita bergaul. Mahu tidak mahu pasti ada risiko akan terpalit arang kepada kita.
Jadi, apakah solusi yang sebenar? Nak bermula dari mana? Nak baiki apa? Ini sepatutnya timbul dalam hati kita andai kita merisaukan keadaan umat di akhir zaman ini.
Bermulalah dengan Tuhan, bermulalah dengan baiki AQIDAH kita.
Pembinaan individu muslim perlu dititik beratkan dalam semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan sehingga akhir umur. Semua ni perlu diperhatikan supaya di mana pun kita, berapa juga usia kita KETAATAN kepada Allah adalah suatu perkara yang dititik beratkan.
Perlu dibina, kerana akhir zaman ni tak mudah untuk kita beriman dengan mantap. Kadang paginya beriman, malamnya lalai. Jangan pernah lelah melalui jalan menuju ke syurga. Jangan banyak menyimpang dan jangan banyak menyinggah takut kita tak jumpa jalan balik.
Besarkan Allah dalam urusan kehidupan kita. Ameen.
Wallahulam.
Clinical Room,Stor Integrasi HBM