Monday, February 27, 2012

Rindu pada 12

In The Name of Allah

Rindu pada seseorang bukan bermaksud kita mesti bertemu..
Rindu pada seseorang bukan bermaksud kita mesti bersama-sama
Tapi.............
Rindunya boleh di uraikan dalam bisikan-biskan doa






Ya Allah,rindunya pada mereka 12

Moga perpisahan kami bukan suatu penghalang
Tapi satu enzim yang memangkinkan semangat kami
Bertemu di syurga

Friday, February 10, 2012

Sekitar CHC

In The Name of Allah

Perancangan seharusnya dah mula buat reflective writing... tapi otak dan hati da tak menentu,da tak boleh nak fokus dan berfikir dengan baik... Sebab tajuk penulisan Peranan Sebagai Ahli Kumpulan dalam Penjagaan Pesakit. Banyak sangat  kenangan dalam projek CHC ini perlu di putarkan kembali untuk menghasilkan satu reflective writing yang saya sendiri perlu puas hati.. Selain tue slide nak present esok pun nak kena edit pulak macam ada percanggahan maklumat tentang pesakit. Aish! Nak jumpa esok untuk perbetulkan masing-masing tak berpeluang... Bincang je la dengan mesej. Ini satu kelemahan buat projek dengan pelajar kos lain.



Secara tak langsung,saya dah tulis sikit reflective writing..
Tapi tak pa la,saya tulis je kat blog nie je dulu sebab saya bebas nak tulis apa yang saya nak dan bebas nak letak tajuk yang saya suka.

Satu pengalaman yang sangat menyentuh hati dan membuka fikiran berlaku tanpa di duga. Tak pernah terfikir dek hati dan fikiran. Pengalaman bermula bila kami perlu melawat ke Persatuan NGO yang berkaitan dengan pesakit yang telah di tetapkan oleh pensyarah.

Pesakit kami menghidap spastic qudriplegic cerebral palsy dan secondary generalised epilepsy. Senang kata,dia menghidap kekakuan otot di seluruh anggotanya dan sawan. Pesakit tak boleh bergerak dengan normal,ada masalah air liur sentiasa meleleh,tak boleh kawal pundi kencing dan keterencatan otak.

Bila dapat pesakit epilepsy,kami mula terkejut. Tak tahu macam mana nak menghadapi kalau-kalu die kena serangan masa kami datang. Walaupun dah belajar jenis dan rawatannya..perasaan berdebar-debar masih ada.


Alhamdulillah,lawatan ke rumah pesakit berjalan lancar. Mak pesakit sangat sporting walaupun tak faham bahasa melayu sebab dia berketurunan India.Jadi anaknya yang darjah 4 yang tolong kami untuk translatekan kepada bahasa ibunda depa. Sebab tue kami ada masalah kecelaruan maklumat untuk pembentangan esok. Masing-masing balik bilik buat bahagian masing-masing tanpa ada perbincangan untuk dapatkan kesepakatan maklumat. Sebab kami sedang dalam mood final exam sedangkan stud perubatan dalam mood balik. Huhu..masalah masing-masing. Kesian jugak kat mak pesakit sebab bukan pesakit sorang je yang menghidap penyakit tue,tapi abangnya yang  lebih tua 2 tahun pun mengalami penyakit yang sama.

Mak depa memang mak yang sabar. Dapat menjaga dua anak yang tak dapat menguruskan diri sendiri sampai bila-bila. Tapi syukur,anak ketiganya normal bahkan cemerlang dalam pelajaran. Ada juga lah tempat untuk dia bergantung nanti. Ada jugaklah orang yang akan menjaga abang-abangnya nanti. Keluarga depa bukan lah keluarga yang kaya,ayah pemandu lori,mak suri rumah;mengulang alik bawa anak pergi rawatan dan terapi di HUKM.


Cerita si maknya,dia susah nak dapat bantuan kebajikan sebab suaminya masih bekerja. Sampailah die terpaksa menipu suaminya dah meninggal. Barulah kebajikan bagi RM120 untuk abang(sebab boleh berjalan) RM 150 untuk pesakit kami(sebab tak boleh berjalan). Wah! Saya memang agak terkesima...sampai macam tue sekali die terpaksa berbohong. Ada kami tanya,dalam kesukaran untuknya bawa kedua-dua anaknya ke HUKM,ada tak doktor dari HUKM sendiri datang sini buat medical check up dan rawatan yang sepatutnya. Malangnya jawapannya tidak pernah! Ada jugak doktor datang tapi doktor dari gereja..

Saya terdiam... Saya nampak kuil kecik dalam rumahnya,bermakna dia bukan penganut kristian..


2 minngu lepas tue kami melawat ke NGO yang berkaitan dengan pesakit kami. Kami pergi ke Tasputa Perkim di Ampang. Nak datang melawat punyalah susah,jenuh jugaklah lidah nie speaking dengan PA pemiliknya. Pemiliknya adalah orang Iran. Kadang-kadang kata-katanya sukar di fahami. Kami juga diwajibkan untuk bawa RM50 sebagai derma. Bawa je la..kami kumpul duit untuk RM 50 tue..terpaksa bekorban walaupun rasa tak ikhlas dan pelik.. Susah nak cari NGO yang berkaitan dengan pesakit kami. yang banyaknya diabetes,jantung,dan kanser.

Mula-mula masuk saya dan zailin ke kawasan terapi. Memang tempat nie di huni oleh kanak-kanak. Pagi dihantar dan petang ibu bapa kena ambil semula..lebih kurang macam  nursery. Yang bezanya cuma terapi-terapi yang disediakan. Semasa tengah sembang-sembang dengan pekerjanya,tiba-tiba ada seorang budak cina merangkak menggunakan tangan dan menghulurkan tangan.

Saya terpinga-pinga apa yang dia nak..

"dah la aku ni tak taw pape tentang terapi..ubat taw la" menolog sebentar.

"nak jalan,nak jalan..." Meng berumur 6 tahun bersuara.

Aku lagi la terkejut..apa aku nak buat nie. Alhmadulillah ada pembantu tolong.. Aku dukung die ke tempat walking therapy. Berpeluh jugak la..dia buat tiga round sebab trainer kat situ yang suruh.
Begitu semngat die nak berjalan,sedangkan kakinya keras dan kaku. Betapa positifnya Meng.. Lepas berjalan,dia merangkak ke tempat terapi lain tapi tak mangajak pun saya sebab trainer nya yang tolong.


Di suatu sudut,ada seorang budak perempuan sedang tidur. Kecik je badannya.. Bila ditanya,ternyata umurnya lebih kurang 1 tahun 10 bulan.. Kecil tak seperti kanak-kanak normal. Tiba-tiba dia terjaga sebab ada persembahan Iran sempena sambutan akhir tahun masa tue. Saya pun cuba mendekati budak nie.. Saya angkat dan letak dia diatas paha macam saya selalu buat kat anak sedara.. Saya pengang badannya erat supaya badannya terduduk tegak.. Tapi hanya sebentar,2 minit lepas tue badannya kembali bengkok. Saya pegang erat lagi..tapi benda yang sama masih berlaku.. Inilah di antara permasalahan otot badan.

Lepas tue selepas habis persembahan saya tepukkan tangannya..tapi genggaman tanganya tak terbuka. Saya kemudianya cuba luruskan kesepuluh jari-jemarinya. Ya berjaya! Sekali lagi hanya sebentar... Kesian bila tengok wajahnya yang comel tapi kebingungan di saat orang lain kegembiraan dalam persembahan tersebut.

Disuatu sudut lain,adik nie masih tetap tidur walaupun suasana kehingaran dengan bunyi muzik. Tadi saya terkaget bila mana pembantu nak bagi adik nie makan. Bukan mulut yang cuba di bukak,tapi baju.. Kemudian penutup di perutnya di buka,tiub disambungkan dengan syringe dan susu di tuangkan. Barulah adik ni dapat menikmati nikmatnya makanan.

Cerita pembantunya..mula-mula adik nie makan menggunakan mulut seperti manusia normal tapi makanan termasuk dalam laluan pernafasan;paru-parunya. Kemudian doktor tukar,makan ikut hidung..malangnya masalahnya masih sama. Dan sekarang tukar ikut perut pula...masalah yang sama juga yang timbul. Untuk akan datang lehernya sendiri akan di tebuk untuk dia makan. Makanannya hanyalah susu dan nestum sahaja.


Tak macam kita boleh makan apa-apa yang kita nak bila-bila masa. Itu pun jarang sekali kita nak bersyukur. Kita boleh berjalan kemana kita mahu pada bila-bila masa. Tak de pulak muscle kita stiff sudddenly .Itu pun jarang kita manfaatkan untukNya.

Saya terfikir setelah lawatan-lawatan yang lalui..
Betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi kepada diri ini jika nak di bandingkan dnegan mereka yang ada di sana. Andai kata suatu hari nanti Allah minta bayaran atas semua nikmat yang diberiNya.. Masa tue saya terfikir,apa yang saya ada nak bayar?

Solat yang khusyuk?
Amal yang ikhlas?
Pengorbanan di jalanNya?
Infak yang dilaksanakan?

Ya,saya pernah buat semua tue..tapi terlalu jarang dan sedikit untuk dibandingkan dengan nikmat Allah..

Allah..terima kasih Kau buka mata ini betapa besarnya nikmatmu..
Kau beri ku peluang untuk mengeroksi diri
Masih ada kesempatan untuk memperbaiki diri...

Allah..didiklah diriku supaya cinta kepadaMu kucambahkan dulu....

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..