Saturday, June 12, 2010

Cinta





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas nikmat oxygen yang diberikan tanpa putus-putus sehingga hambanya ini mampu meneruskan kehidupan yang sentiasa diselebungi 1001 rahsia yang masih belum diterokai. Juga selawat keatas kekesihnya Muhammad Bin Abdullah. Hari akan tetap berlalu walau dalam kepala berlegar-legar macam-macam persoalan. Benarlah, kita akan terus belajar setiap saat walaupun tanpa buku.

Minggu ni saya membaca satu buku tulisan Hilal Asyraf, Kembara  Hamba Mencari Cahaya. Buku ni banyak berkisar tentang cinta. Cinta kita kepada Allah,Rasulullah,ibu bapa dan sahabat juga sebaliknya. Yang penting ialah setiap cinta yang dirasai pastinya mempunyai bukti samada dari segi perbuatan mahupun pertuturan. Suasana yang porak peranda dalam keluarga ialah adanya sifat EGO dalam diri kita,kita malu untuk mempamerkan rasa yang tersemat dalam hati. pernah kita katakan kepada

Allah -- "Ya Allah,ya Tuhanku.aku cinta kepada Kau yang Maha Berkuasa keatas diriku"

Rasullullah -- "Terlalu banyak pengorbanan yang kau lakukan untuk umatmu. Aku rindu kepadamu Muhammad"

Ibubapa -- "Mak abah,saya sayang sangat kat mak abah. Terima kasih sebab telah menjaga saya sehingga saya 20 tahun dengan  penuh kasih sayang(ketika hari lahir)."

* bukannya "mak abah,mana hadiah hari jadi saya? saya nak laptop baru..."

Sahabat -- "dayah,trimas untuk segalanya,aku beruntung sebab ada kawan macam kau"




[mungkin pembaca ada ayat yang lebih sedap..afwan]


Tapi yang sering segelintir manusia ucapkan rasa kasih dan cinta mereka kepada buayafren dan gilafren

cth(saya x pernah berpengalaman):

"Ani,aku sayang padamu,lautan api mampu aku renangi demi kasihku padamu.."

huh? lautan api?
bangun malam untuk tahjud juga tidak mampu,
mengorbankan masa tidurmu juga tidak mampu..
beramal dengan sunnah juga tidak mampu..
aduh! manusia...

Allah,tuhan yang maha Agung,
setiap ketetapannya mempunyai hikmah..
Allah boleh dianalogikan
tauke kedai runcit kemudian memberikan kedainya kepada kita
dengan syarat supaya kita menjaga kedainya dengan baik,menjalankan perniagaannya dengan jujur dan tulus
kemudian setelah beberapa lama kita menjalankan amanah..
tauke kedai itu datang dengan hasrat untuk membeli kedai runcit itu dari kita
dan diberikan sebuah hypermarket untuk kita..

"sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan surga....."(9:111)

Semalam,saya tengok Oasis,drama bertajuk Jangan Dilukai Hatinya..
ada satu quote menarik

"kadang-kadang kata ibu bapa menghiris hati, tapi anggaplah hanya sebagai satu khayalan"

menarik kan?
ingatlah..
ibu dan bapa kita..
walaupun dah tua,walaupun cerewet,walaupun baran,walaupun asyik mengarah,walaupun terlalu tegas...dan pelbagai lagi yang membuatkan kita asyik mengeluh....

mereka ialah pemegang kunci syurga untuk kita..
ibarat pemegang peta harta karun dan kita adalah lanunnya..

Pernah terdengar satu cerita dari seorang ustaz di tv...

ada seorang sahabat berdoa..
"Ya Allah,jadikanlah aku dari kalangan yang sedikit..."

sahabat lain bertanya..
"kenapa kau bedoa begitu??"

"kerna sedikit sekali orang bersykur,terlalu sedikit sekali orang yang berfikir.." jawabnya..


p/s: solusi terbaru sangat cantik covernya,sangat best isinya..dapatkannya sekarang!

Thursday, June 10, 2010

...........

Alahamdulillah,hidup penuh pengambaraan..samada secara realiti lahiriyah atau batiniah..kita,manusia  selalu mengemabara.
 Hari ini aku bergerak ke Kulim bersama ayah, nak buat spec mata ayah dan hantar kad kahwin sepupu kat pak andak..macam- macam terjadi dalam sehari ini. Pertama,kunci kereta hilang kat carpark supermarket..aduh,mood ayah lain macam sejak masa tue,lepas jumpa kunci kat pak guard ..kakak yang drive lepas tue,ayah malas nak drive dah..suasana ketika tue tegang je,tapi aku diam je..'mandom' like always. Ambil langkah selamat..

 Balik dari Kulim pukul 6.30 petang,so terpaksa maghrib dan isyak di masjid berdekatan ketika azan berkumandang. Astaghfirullahazim! selesai je,solat sampai ke tempat letak kasut..sandle aku hilang!!! buat pertama kalinya dalam sejarah.. Alhamdulillah aku tak terasa marah sangat,walaupun terpaksa jalan dengan berstoking sahaja.. tapi berfikir,kenapa aku yang ditakdirkan hilang sandle hari ini...solatku tak khusyuk..terlalu memikirkan perancangan minggu depan yang penuh kesulitan.

Ya Allah tunjukkanku jalannya....

Minggu deppan ,minggu yang penuh aktiviti. Yang utama dan teruatamanya,daurah di sungai congkak yang aku dan inform ayah sebulan yang lalu..yang datang secara tiba-tiba,kakak pulak yang booking suruh jaga anak dia sebab penjaga balik kampung . Yang menjadi masalahnya,tarikhnya sama..Ayah pulak secara tiba-tiba sakan suruh aku tak yang pergi sungai congkak.
Aku cuba cari geng dari kedah untuk pergi daurah sama-sama,namun hasilnya tetap negatif. Mak depa susah nak bagi keluar..aduhai~.. kena atur rancangan lain. Yang konfliknya,aku da tak ada idea camna nak p sg congkak tue dari kedah...da la kena sorang-sorang. Tapi perasaannya memang aku nak p.. tak boleh ajak ayah p KL lagi sebab minggu nie da p cos ada kenduri sepupu tue..

Ya Allah,Ya Rabbi...

benarlah ,menulis blog juga boleh menentukan tahap keimanan kita,jika hidup penuh juga sibuk dengan dunia..idea nak menulis juga kurang dan bertambah tak berkualiti. Berbanding jika iman satbil,idea datang bermacam-macam..pelbagai input boleh di tulis dan dikongsikan..dan jujurnya imanku futur ketika ini. Kefuturan membawa kerugian,menyebabkan kelalaian....jadi bangkitlah..

Monday, June 7, 2010

Terima Kasih Ya Allah..


Alhamdulillah wa syukurillah..bersyukur kepadaMU ya Allah..
inilah nikmat yang paling agung aku rasa saat ini,namun bukan bermakna menidakkan nikmat-nikmat lain.
sebelum nie,aku rasa amat mustahil untuk aku memperoleh ''three pointer''.tapi sekarang Allah telah menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil di tangannnya..

  Padamulanya memang takut nak semak keputusan dan kalau boleh nak saja dilupakan tentang  keputusan keluar hari ni. Jadi pagi nya,aku pergi ke rumah aini untuk bersembang-sembang keakhwatan.Macam biasalah,bila balik rumah,macam -macam masalah timbol. Kalau dulu,dekat kolej setiap detik masa dihargai sebaik-baiknya. Mutabaah pun dijaga rapi,sejam masa berlalu terasa rugi kalau hanya duduk bersembang dengan kawan.

Tapi kalau dah balik rumah macam-macam...masa terasa amat lambat berlalu dan luahan hati terasa bosan selalu terkeluar..padahal banyak lagi kemahiran hidup tidak di nikmati..
Alhamdulillah,ada akhwat yang tinggal dekat,boleh juga di buat kawan dari termanggu kat rumah sorang-sorang. Terasa lain rasanya berdiskusi bersama akhwat berbanding dengan akwan lain..itulah hebatnya akhwatku!

Akhirnya,aku semak juga keputusan atas pujukan akhwatku seorang. Terus terang aku katakan memang aku tidak ada perasaan ketika nak semak melainkan berdebar-debar sekiranya aku hampa,sedih dan kecewa. Aku takut doaku tidak dimakbulkan,dan aku dah tidak bersemangat untuk belajar lagi...ditambah dengan konflik dalaman..aduh!

Namun,Allah mempunyai perancangannya sendiri,dan perancangan Allah adalah yang terbaik..Alhamdulillah..saat aku bukak internet,bukak smpweb dan semak keputusan.....ALLAHUAKBAR.
Syukur yang tidak terkata,aku memang tak sangka! terusku peluk sahabatku di sebelah,hingga tidak ada air mata yang menitis kerna terlalu bahagia.. tak sabar rasanya nak beritahu abah...."lepas nie,JPA tak kan antar surat amaran mengenai perlu tingkatkan prestasi"...alhamdulillah,gembiranya sehingga esok hari..
Terima kasih ya Allah...


Semoga keputusan ini,akan menambahkan sumber kekuatanku untuk gencarkan dakwah di medanku. Agak tiada lagi aku teragak-agak untuk bertindak..tapi yakin dengan sahaja dengan perancangan MU...amin..

dari seorang sahabat...

"semalam baru aku sempat check..memang tergamam gler ble tengok..ntah la kat mana silap..memang menggunungaku harap 3.3 above..soalan dia bla aku pikir2 balik,x de serumit sem1..teros terang aku ckp aku memang tension..sem 1 dlu,aku x bpe serious blaja..tapi sem 2 ni,aku tak main2 pun,time exam pun aku x bukak tenet,kalu bukak,ble free je nak ilang ngantuk..mungkin senang aku nak bagi semangat kat org untuk bangun semula,tp ble jd kat aku 2 kali,ape yangaku cakap kat org memang tak mampu nak pujuk hati aku. mamang dah x dak mood nak belajar! cam skunk 21 jam kredit,result aku tak bleh lepas 3 lg apatah lg sem depan,aku punya jam kredit28..mmg aku bersyukur sebab pinter aku naik,tp ntahla,mgkin aku banyak pk n jeles sebab mgkin pointer coursemate aku lbih bagus dr aku...klu ko nampak aku ada silap kat mana2ko ckp je..mgkin aku tak sedar aku dah buat silap! sori,aku cuma nak ko taw,inilah yang aku rasa sekaranf. Kecelaruan fikiran! apela aku ni kan.psal dakwah pun x bpe sukses, akademik pun x bpe excellent"


aku juga mungkin berfikiran begitu jika result tak seperti kita harapkan..jika juga manusia punya perasaan. cuma perasaan itu jangan terlalu lama..jika benar kita bersyukur,perkataan 'tapi',tidak perlu hadir lagi..sebaliknya  perasaan redha itu perlu hadir.. Andai kata,Allah bagi apa yang kita harapkan namun selepas itu,hidup kita tak sebaik seperti sebelumnya..nak ke kita dengan result 3.3 itu? Yakinlah dengan perancaangan   Allah...

mungkin ada nasihat lebih bermakna..kongsikan

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..